Pinterest

Saturday, July 23, 2016

My favourite online shop : Hermo.my


Assalamualaikum dan Hai.

Hari ni aku nak share one of my favourite online shops. Pada aku, online shopping ni dah jadi macam hobi. Sebab apa? Sebab setiap kali aku bosan je aku akan cari barang online untuk dibeli walaupun aku tak perlukan pun barang tu, haha. Okey tak adalah 'setiap kali', tapi kadang-kadanglah. Kalau setiap kali bosan kena beli barang online, orang kaya pun boleh bankrap sebab aku selalu bosan. Huehehehe.

Jadi, salah satu website yang aku selalu usha semestinya ialah... *drumroll* Hermo.my. K tak saspen pun ._.

Hermo ni jual produk skincare, make up etc dan kebanyakannya yang diimport dari Korea, Jepun dan Taiwan. So kalau korang rasa nak feeling-feeling Korea pakai produk Korea, bolehlah beli dari Hermo ni. Hehe.

Masuk kali ni dah banyak kali jugaklah aku beli dari Hermo. Aku suka beli kat sini sebab harga murah dan ada banyak sangat pilihan. Barang-barang yang aku beli selama ni pun semuanya sampai dalam keadaan baik. Tak pernahlah pecah ke, rosak ke, tumpah ke, semua tip top. Plus kalau barang korang besar sikit atau banyak, dia akan guna kotak untuk letak barang-barang tu so memang sangat secure. Don't worry.

Sebelum raya hari tu aku ada jugak order few items untuk rayalah kononnya :p Tapi masa raya dapat email inform yang kalau buat any purchase akan dapat free summer beauty pouch. Aku pun apa lagi, barang free siapa yang tak nak? Haha. Order order, buat payment lepas tu tunggulah 2-3 hari barang pun sampai :D


Inilah barang-barang yang aku beli kali ni. Aku beli Yadah Anti-trouble Mini Kit (my second purchase), Innisfree Green Tea Cleansing Foam, Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel dan yang kecik comel tu pulak, IN2IT Gel Tint (peach). Aku beli 4 barang ni, dapatlah free summer beauty pouch tu. Hihi.


Yang ini pulak barang-barang dalam pouch tu. Ada voucher Photobook, Good Face ECO Pearl Mask Sheet, H20+ Face OASIS Hydrating Treatment, Heimish Mini Lipstick Palette dan hand mirror yang comel. Woooo excited gila dapat hand miror sebab aku tak pernah simpan cermin dalam beg. Haha.

Dua barang favourite yang comel dan yang paling penting, FREE!!! Hahaha. 

Aku tak guna lagi barang-barang free yang aku dapat. Sayang nak guna. Tersimpan elok je dalam pouch tu. Hahaha. Kalau ada kelapangan nanti aku review produk yang aku beli. In shaa Allah.

Tunggu apa lagi? Pergilah usha website tu, order banyak-banyak. Kihkihkih. Dan jangan lupa beritahu Hermo aku yang suggest sebab entry ini adalah iklan tidak berbayar. Hahahaha. Tak pun kalau korang murah hati, sign up lah daripada link yang aku bagi ni - Hermo. Semoga murah rezeki korang. Hiks. Thanks lovelies 

Maaf gambar tak berkualiti sebab ambil pakai kamera handphone je.
Entah bilalah dapat beli camera untuk blog ni ._.

Monday, July 18, 2016

Raya 2016 dan Zalora.

Assalamualaikum.

Selamat hari raya guys! Dah Syawal ke 13 baru nak ucap. Hehehe maaf sesangat. Setiap kali buka blogger tengok dashboard masing-masing dah update pasal raya, aku je belum. Sorry, sis busy yang amat. Haha. 

Raya tahun ni tak meriah sangat macam sebelum-sebelum ni. Dengan fikir exam yang tinggal lagi satu paper haritu. Waktu raya kan memanjang busy, orang datang rumah apa semua jadi semangat nak belajar tu sejujurnya memang tak berapa nak ada. Risau jugak masa jawab, harap semuanya okey. Ibu aku pulak tak berapa sihat, jadi tak excited sangat pun nak sambut. Persiapan raya pun ala kadar je. Bila waktu-waktu diuji macam ni rasa macam tak berguna sangat aku ni T_T Haih, tolong doakan ibu aku cepat sihat ye?

Walaupun dah lambat, aku still nak upload ootd raya pertama. Nak jugak nak jugak walaupun poyo je -.-


Mohon jangan meluat sebab aku letak gambar besar gedabak tak tahulah macam mana lagi nak adjust. Haha. Letak large kecik sangat letak extra large besar sangat pulak last-last aku resize je haa lantaklah situ.

Nah sis payung lagi satu gambar sis yang nampak paling sopan dalam dunia. #mohonjangankecam :p


Gambar depan rumah je berlatarbelakang pepohon yang menghijaukuning maaflah tak menarik hahahaha. 

Oh by the way nak cerita pasal voucher RM100 yang aku dapat untuk collaboration dengan Zalora. Hihihi. Tak sangka Zalora nak collaborate dengan blogger haru lagi sendu macam aku ni. Terharu sis. First invitation dapat masa bulan April yang lepas, then bulan Jun dapat lagi second invitation. Alhamdulillah rezeki. Hehe. 

Masa nak tebus tu bukan main lama aku usha website Zalora sebab tak tahu nak pilih apa. Keliru sama ada nak beli satu barang je yang worth RM100 atau pun beli banyak-banyak sampai habis RM100. Akhirnya aku pilih untuk beli beberapa barang hehehe. Aku beli dua pasang flat shoes jenama Velvet dan Zalora. Sepasang untuk aku, sepasang untuk ibu. Dan wallet Swiss Polo untuk ayah. Jadilah buat ada-ada. Mihmih. Walaupun jumlahnya lebih daripada RM100 haha aku kena tambah lagi RM37 tapi okeylah RM37 dapat tiga barang ><


Excited terlebih masa parcel sampai pejabat kolej. Parcel besar dan menyerlah sikit berbanding yang lain sampai makcik dalam pejabat tu siap tegur "Amboi banyaknya shopping kat Zalora.." Hahaha bengang je -_-



Inilah kasut yang aku pilih. Tak tahu kenapa berkenan sangat. Cinta pandang pertama kot. Hahaha. 


Nak jugak tepek gambar pakai kasut tu even tak nampak pun! Hahaha. Suka sangat kasut tu sebab dia comel ._. walaupun kecik sikit. Huhu. Saiz dah betul dah memang saiz aku cuma mungkin cutting dia kecik so agak sempit bila pakai. Tapi sebab malas nak return nak tukar saiz semua, iRedha. 

Sorry sis bukan model nampak camera je terus kaku macam tiang letrik tak tahu nak buat gaya apa. Kehkeh. Tak tahulah kenapa mengada sangat nak berdiri senget macam tu haih rasa nak tampar diri sendiri pulakkk.

Tuesday, July 05, 2016

Stay.


I still remember how I used to keep people close to me. But as time goes by, I keep avoiding people.

Kenapa eh? Aku selalu rasa takut nak rapat dengan seseorang. Sebab pada aku, everyone with whom I'm close will eventually leave me. Jadi aku pilih jalan mudah untuk tak ambil risiko; atau lari dari kenyataan.

Setiap kali aku rasa aku mula rapat dengan seseorang, aku akan mula menjauhkan diri. Because I'm afraid- and I'm just tired of getting close to people and watching them leave, so instead, I chose to walk away.

Tapi kadang-kadang terfikir jugak sampai bila nak macam ni.
Hanya kerana aku takut kehilangan orang; I keep shutting people out.

Tiba-tiba terbayang, kalau asyik macam ni je, last-last aku sorang-sorang je dalam dunia ni.

Boleh jadi ke?

Macam tak logik je.

Emmm.

Tak apalah, malas nak fikir dah. 

I just hope that one day I will eventually find someone who will literally.. stay.


#selamathariraya


Saturday, July 02, 2016

3 MUST-HAVE MAKEUP FOR BEGINNERS

Assalamualaikum :)

Today, let's talk about makeup!

Makeup has been a woman’s treasure and when we were little girls, we were waiting for the right age to purchase our own makeup items and apply it on our face. However, some of you might remember that when we all first started, we hardly have any clue of what type of makeup we should own and what works with our skin tone. If you are one of beginners (just like me), let’s take a look at the three must-have makeup items that will definitely serve you well even when you are a newbie in the beauty department :D 


1. Lipstick 

Everyone knows that lipstick helps add colour to your face and can quickly make you appear fresh even though you are not. Haha -_- Choose from the vast choices of lipstick shades available in the market from various makeup brands. However, do take into mind that you should choose lipstick colours which matches your skin tone. If you are unsure, lipstick shades such as nude and pink will always do the trick. 



2. Powder 

Even when we were girls, powder has been very familiar to us but as you grow up you discover that there are various compact powders with many function to choose from. Some have minerals, shimmer and dual impact. If you are a beginner, choose the neutral shade which match your skin tone and apply it to give your face a fresh touch. For me, since I have sensitive skin, I will choose mineral powder over everything else ._.



3. Eyeliner 

Eyeliners are a must-have for beginners as it helps make your eyes pop. You can choose from liquid, chalk, pencil or gel eyeliners depending on your level of makeup expertise. If you are a natural pro, liquid eyeliners will be perfect. Meanwhile, if you are still in the beginner zone, pencil eyeliners will be your suitable fit. However, untuk manusia bertangan kayu macam aku, dua-dua pun aku fail T_T


So, these are the 3 must-have makeup items for beginners! Perempuan memang tak akan lari daripada makeup kan? Bezanya pandai dengan tak pandai je. Haha. Secara jujurnya, aku memang tak pandai makeup langsung tapi aku berminat nak belajar. Cemburu tengok orang yang pandai conteng muka. Ergh T_T

Sunday, June 05, 2016

Selamat berpuasa semua! :D

Assalamulaikum.

Dalam tak sedar, aku dah sampai tahap lupa diri sendiri ada blog. Boleh bayangkan tak betapa sibuknya hidup aku sekarang? Haha. Over je. Tapi memang sibuk sangat dari dua minggu lepas sampailah sekarang. Sekarang ni aku kat rumah, tapi kejap lagi pukul 4 petang dah nak balik Shah Alam. Habis dah cuti Gawai seminggu. Tak dapat nak menikmati cuti kali ini sebab demam memanjang plus assignment bertingkek-tingkek T_T

Dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang beragama Islam. Puasa elok-elok ye? Jangan curi-curi makan bila tak ada orang sebab Allah nampak. Muehehe macam nasihat budak kecik jeee -_- 


Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati dan semoga amalan puasa kita nanti diterima oleh Allah. Amin. In shaa Allah. Sedih sebenarnya sebab tak dapat nak sambut first puasa kat rumah. Hmm.

Tak tahulah bila lagi nak balik rumah. Naik cuti ni ada lagi dua minggu P&P lepas tu cuti study week seminggu. Paper final aku pada 26 Jun, 30 Jun dan 12 Julai. Tak best kan? Kalau aku balik study week ni lepas tu raya nanti nak balik lagi. Wehhhh ingat tiket bas murah ke!? Emo kejap, haha. Tapi kalau tak balik maka mereputlah aku di asrama puasa sorang-sorang kalau roommate pun balik rumah tinggalkan aku. Sob sob.


Nota kaki : Tak sabarnya nak habiskan first sem ni.... Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.



Thursday, May 05, 2016

Pengalaman kali pertama balik sendiri naik train.


Assalamualaikum.

Kalau korang baca previous entry aku yang konon-konon sedih sangat tak dapat balik rumah sebab homesick, sebenarnya aku balik juga akhirnya. Hahahahahahahahahahaha.

Ceritanya begini, ceh!

Petang tu aku memang dah redha sebab tak dapat balik tapi tiba-tiba kawan aku whatsapp tanya "Dah balik ke?" Emmm sedih je. Borak borak lepas tu dia cakap dia pun dapat tiket terakhir pukul 6 setengah petang. Aku pun macam hmm sekurang-kurangnya dapat balik..... Lepas tu dia cakap bas malam ada lagi waktu dia beli tiket dia. Aku pun excited punya pasal pergilah suruh dia tanyakan kat kaunter, last-last habis jugak -_- 

Dia bagi cadangan suruh naik train. Aku tak pernah naik train so memang tak terfikir langsung nak balik naik train. Terus call KTM, dia cakap train pukul 10.20 malam tinggal 28 seats. Aku cakap nak book terus boleh, dia cakap tak boleh kena beli kat kaunter. K.

Masa tu dah pukul 6 setengah, aku terus siap-siap nak kejar 28 seats tu. Call akak driver suruh ambil aku pukul 6:50 hantar ke KTM Padang Jawa. Sampai Padang Jawa, topup kad touch & go lepas tu masa nak swipe tu dia cakap baki aku tak cukup. Aku dah serabut, nak tanya kaunter tapi ramai sangat orang tengah beratur. Aku pun tanyalah sorang kakak ni. Dia pun tolong aku touch kad tu tapi tak boleh jugak. Tiga minit jugaklah kitaorang dok touch kad tu tapi tak boleh-boleh hahahahahahaha. Akhirnya baru aku sedar yang tempat aku touch tu untuk keluar bukan masuk. Jammed. Nampak tak betapa serabutnya aku masa tu? HAHAHAHA.

Sepanjang perjalanan dalam train yang lama gila tu, Kak Iza tulah yang teman aku. Hehehehe. Dia kata kesian kat aku sebab balik sorang-sorang, malam-malam pulak tu. Hmmm ada juga orang simpati kat aku. Kehkeh.

Sampai KL Sentral, Kak Iza teman aku tanya tiket train untuk ke Kluang, nak tahu kakak kaunter tu cakap apa? "Tiket habis dik, esok pagi je ada, pukul 5 pagi." Aku terus melopong 15 saat sampai kenyang makan lalat 6 ekor. Nak je aku balas, "Akak buat lawak ke ni? Sumpah tak kelakar langsung." tapi tak mampu. Huhuhuhu.

Aku terus call ayah tanya macam mana semua, akhirnya aku terima hakikat yang aku tak boleh balik Kluang malam tu dan aku kena tunggu train kat KL Sentral sampai subuh! Sedih sungguh rasanya hati ini. Hahaha. 

Pukul 2:40 pagi ><

Nasib baiklah aku ni peramah (sangat!) dapatlah lagi sorang kawan kat sini, Ika namanya. Dia nak balik Ipoh tapi train pukul 7 pagi. Lagi haruuu! Aku terus rasa bersyukur sangat waktu tu sebab sekurang-kurangnya train aku awal sikitlah daripada dia. Dapatlah aku berkejar untuk ke family day. Hehehehehehe.

Malam tu, kami habiskan masa dengan bercerita je. Seronok bila dapat kenal dengan orang baru tapi dah rapat macam kawan lama. Heeee. Aku memang stay up sebab segan nak tidur kat situ, takut pun ada. Walaupun sebenarnya ramai je perempuan tidur sepah-sepah kat situ. Huhu.

Tapi bila jam dah menunjukkan pukul 3 lebih, aku dah start rasa mengantuk. Tak boleh jadi ni. Aku pun ajak Ika pergi kfc sebab ramai perempuan tidur kat situ. Dapatlah jugak lelapkan mata dalam 40 minit kot? Aku tengok Ika langsung tak tidur. Hebat betul dia boleh tahan mata walaupun mata dah merah hahaha.

Bila dah pukul 5 pagi, train aku dah sampai, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain. Lol. Naik je train, cari seat, alhamdulillah dapat seat sebelah perempuan. Tak adalah segan sangat kalau nak tidur ke apa. Train bergerak je aku terus terlelap sebab memang ngantuk + penat sangat.

Yang tak bestnya naik train ialah sebab banyak sangat perhentian sampai rasa macam haih bila nak sampai ni. Hahaha. Yang lain okey je. Oh makanan mahal sikitlah. Aku beli roti je. Nasib baik memang tak lapar sangat.

Kat dalam train ni aku kawan dengan kakak sebelah seat aku jelah. Dia dari Perak nak balik Johor Bahru. Namaaa... Emmm, lupa pulak nak tanya nama dia siapa. Mungkin sebab dah tak sabar sangat nak balik.

Waktu sarapan. Terima kasih temankan saya sarapan ><
Tapi dia moody sikit waktu ni sebab tengah tidur lepas tu kena kejut suruh teman sarapan :p


Akhirnya dalam pukul 10 pagi, aku pun sampai Kluang. Terharu sangat bila nampak bandar Kluang. Hehe. Sampai rumah je tak sempat rehat, tak sempat makan, terus mandi dan bersiap untuk ke family day.

Walaupun perjalanan balik ni memenatkan dan bermacam-macam dugaan aku tempuh, tapi aku bersyukur sangat sebab dapat balik. Dapat tengok ibu ayah, adik-adik. Bila fikir balik walaupun macam-macam perkara terjadi yang nampak macam menyusahkan je tapi dalam masa yang sama Allah permudahkan aku dalam banyak perkara. Allah hantar 3 orang perempuan yang baik untuk teman aku sepanjang perjalanan supaya aku tak rasa lost dan keseorangan. Kalau mereka tak ada, especially Kak Iza dan Ika mesti aku huru hara dan tak tahu apa nak buat dalam situasi-situasi tertentu sebab aku ni cepat gelabah kadang-kadang -_- 

Alhamdulillah. betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu begitu besar :')

Untuk Kak Iza, Ika dan kakak seat-sebelah-dalam-train, terima kasih sebab tolong temankan dan semuanyalah.
Aku doakan dimana saja kalian berada sekarang, semoga Allah permudahkan segala urusan kalian. Amin.
Dan untuk yang call sebab risau dan yang tak henti whatsapp sebab nak 'temankan aku', terima kasih juga ^^

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada ibu dan ayah. Amin.

Friday, April 29, 2016

Adakah ini yang dinamakan homesick?


Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Minggu ni aku ada satu perasaan yang pelik sikit. Tak tahulah kenapa. Hmm. Rasa rindu rumah sangat-sangat, rindu ibu ayah, rindu adik-adik, rindu kucing. Teruk pulak tu. Asyik rasa nak menangis je T_T

Adakah ini yang dinamakan cinta homesick?

Kalau mengikut definisi yang diberikan Google, homesick is...

experiencing a longing for one's home during a period of absence from it.

Betullah tu kan aku tengah homesick ni? Hahahahaha :/

Hai.... Ingatkan bila dah study makin dekat dah tak homesick dah. Dulu masa study kat Kedah rilek je tak ada pun nak homesick bagai. Tak tahulah kenapa duduk Shah Alam tiba-tiba homesick. Payah betullah.

Lagi satu, sepatutnya hari ni aku balik dah. Sebab esok ada Family Day. Malangnya, aku tak dapat balik. Okey... Serius sedih sangat. Sebabnya ialah aku tak pandai lagi balik sorang-sorang. Lol. Aku tak reti nak pergi TBS dari Shah Alam, especially by myself. Sudahlah tak pernah pergi. Aku ni pelik-pelik sikit. Karang tak sampai Johor tapi sampai tempat lain pulak. Hahaha. Gosh, I can't even imagine -_-

Tak, hakikatnya aku memang penakut. K.

Arghhhh sebenarnya tak penakut sangat pun sebab semalam memang dah decide nak bantai je pergi sorang asalkan dapat balik Johor tapi bila aku cuba nak beli tiket melalui online, tiket dah habis. Okey sangat sadis. Kawan-kawan aku cakap boleh je beli tiket kat TBS terus tapi ....... deiiii malaslah aku nak cerita lagi. Haha.

Yang penting sekarang ni aku nak pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2. Ada sesiapa dah tengok? Best tak?

Dan yang terakhir, anyone sudi share instagram yang jual baju lawa-lawa tak kisahlah blouse ke jubah ke dress ke? Please drop a comment ya. Aku nak shopping baju puas-puas bagi mengubati hati yang lara. Sobs. 

Thank you! ^^

Tuesday, April 26, 2016

Trend Baju Kurung Modern Terkini

Assalamualaikum.

Haaa pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Mei dah kan. Puasa dah nak kunjung tiba. Raya pun dah mengintai dari tirai kamar, hehehe. Macam mana dengan persiapan raya korang? Baju raya dah beli belum? Untuk hari raya pertama memang dah jadi adatlah kita akan pakai baju kurung kan. Tapi baju kurung yang macam mana tu? Kalau kita tengok zaman sekarang ni, fesyen baju kurung modern dah makin cun melecun.

Macam trend-trend fesyen yang lain, trend baju kurung modern pun mengalami revolusi yang cukup pesat dan macam yang kita boleh tengok pada hari ni, industri fesyen tanah air semakin meriah dengan kedatangan ramai pereka fesyen yang memang berbakat tambah pulak dengan munculnya gaya-gaya fesyen yang cukup unik. Kalau kita tengok fesyen baju kurung modern 3 tahun lepas tak akan sama punya dengan yang sekarang.

So, sempena dengan sambutan Hari Raya yang dah nak dekat ni, jom kita tengok trend-trend baju kurung modern yang korang boleh beli buat koleksi baju raya tahun ni! Hehehe, mesti korang rasa nak beli semua ><


Baju Kurung Modern Lace

Cantikkan yang ni? Omg. Aku dah jatuh cinta sangat ni tak boleh nak bangun dah ni. Hahaha. 

Kalau korang tengok baju kurung ni, penggunaan lace sebagai material utama membuatkan baju kurung ni nampak unik + klasik gila! Dengan warna baby blue yang memang cantik sangat, confirm nanti pagi raya korang akan melekat je kat cermin tengok baju sendiri. Haha. And I’m very sure koleksi baju kurung modern lace ini mesti akan jadi antara pilihan no 1 perempuan-perempuan kat luar tu, mihmih.

Baju Kurung Peplum

Peplum!!! Uffff lawanya!!! Kalau tengok baju kurung peplum ni mesti ingat Saloma tak tahulah kenapa. Hahaha. Fenomena peplum ni sebenarnya dah start sejak 3 tahun lepas lagi tapi sampai sekarang fesyen ni still relevan untuk dipakai. Tak lapuk dek zamanlah kiranya. So, kepada kawan-kawan yang tengah baca ni, janganlah rasa teragak-agak nak menggayakan koleksi baju peplum ni sempena syawal nanti ye? :D

Baju Kurung Cape

Next, kita ada fesyen baju kurung modern yang disuntik dengan elemen cape macam kat atas ni. Fuhhhhhhhhhhh, aku tak pernah tahu baju kurung jenis cape ni boleh jadi cantik sangat macam tu????? :O Dulu tengok rasa macam “apa ni.....” Tapi bila tengok yang kat gambar atas ni rasa macam nak lari laju-laju je pergi beli. Hahaha. Kalau korang pakai baju kurung cape ni raya nanti mesti korang akan nampak elegan sangat! Bukan setakat elegan je, nampak bergaya lagi ala-ala diva gitu. Haaaa. Percayalah~

Baju Kurung Modern Klasik

Dan last sekali adalah rekaan klasik baju kurung modern yang sentiasa evergreen dan digemari oleh ramai wanita. Bukan setakat wanita, lelaki pun menggemarinya. Cewahhh! Lagi satu, kalau korang perasan, fesyen baju kurung modern mesti mempunyai potongan bahagian badan yang lebih singkat dan mengikut shape. Tahu tak kenapa? Haaa, tu kira macam dia punya ‘trademark’ lah! Hehehehehe.

Amacam??? Cantik-cantikkan??? Tunggu apa lagi??? 
Bolehlah start shopping untuk koleksi Syawal 2016 yang akan menjelma tak lama lagi ni :D 


Till then!


Friday, April 22, 2016

Temuduga SPA. Hurmmm.


Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku dah balik semula ke Shah Alam. Cuti mid-sem dah habis minggu lepas. Kejapnya seminggu berlalu, macam tak rasa je. Ah ok, sebenarnya lebih seminggu. 9 hari + bonus 2 hari. Hehehehehe.

Sepatutnya balik sini hari Ahad (17 April) yang lepas tapi sebab hari Selasa (19 April) aku ada temuduga kat Johor Bahru, jadi aku ambil keputusan untuk sambung cuti. Seronokkan... Seronok tak seronoklah dua hari aku tinggal kelas. Huhu. Tapi kalau balik sini hari Ahad lepas tu pergi JB lepas tu nak datang sini balik, membazirlah pulak. Membazir duit, tenaga, masa dan segala-galanya -.-'

Sebenarnya, itulah kali pertama aku dapat panggilan temuduga SPA sejak aku isi borang SPA dua tahun lepas. Kalau ikutkan, aku tak nak cerita pun pasal interview tu tapi entahlah, rasa macam nak meluahkan sesuatu tapi tak tahu pada siapa. Blog jelah yang sudi mendengar cerita-cerita bosan aku. Hmmm.

Masa mula-mula dapat panggilan temuduga tu, memang aku rasa macam tak nak pergi je. Sebab aku dah sambung belajar dah pun kan. Buat apa nak fikir pasal tu lagi. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa sayanglah pulak kalau tak pergi. Dapat tak dapat, itu belakang kira. Rezeki, kita tak tahu kan? Jadi berkat sokongan daripada ibu dan ayah tersayang, aku pun pergilah interview tu dengan penuh rasa teruja dan bersemangat. Ceh.

Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masuk je dalam bilik temuduga tu, rasa macam kena tamparan hebat bila dia cakap aku sepatutnya teruskan belajar... Jangan buang masa sebab aku sekarang degree takkan nak turun balik ke tahap diploma? Waktu tu memang dah rasa down dah. 

Aku bukan tak fikir pun pasal semua tu. Aku dah fikir dah masak-masak. Tapi banyak faktor yang menyebabkan aku pergi temuduga tu. Kalau tak, memang aku tak pergilah. Temuduga je pun, belum tentu dapat lagi. Tapi janganlah cakap macam tu, sedih tau. Ada satu lagi ayat dia yang membuat hancur hatiku ini. 

Heh.

Sekarang ni aku malas nak fikir dah. Buat serabut kepala je. Aku serahkan semuanya pada Allah. Dia je yang tahu mana yang terbaikkan? Minggu depan test berderet-deret. Allah. Semoga Tuhan beri aku kekuatan T_T


Korangggg..... Doakan yang terbaik untuk Fieyqa ye? :)


Tuesday, April 12, 2016

Cuti seminggu. Hehehe.


Assalamualaikum.

Wehuuuuuuu. Lama tak menaip dalam blog ni. Haha. Niat untuk tak abaikan blog ni bila sambung belajar nampaknya tak kesampaian. Hakikatnya, dah sebulan tak update. Bukan tak ada niat nak update. Niat tu ada. Masa dan kerajinan tu je yang tak berapa nak ada. Haha. 

Kadang-kadang masa tengah belajar dalam kelas, rasa macam ada banyak benda je nak tulis dalam blog. Macam-macam terlintas dalam fikiran. Tapi bila blog dah terpampang depan skrin laptop ni, idea terbang ke mana pun tak tahulah. Last-last layan movie je, tak pun sambung buat assignments. *ceh, rajin kan*

Beberapa minggu ni memang rasa tak cukup nafas je, tak tahu kenapa. Rasa macam sibuk sangat, dengan macam-macam benda nak fikir. Nak balik, nak cuti, nak test, nak siapkan assignment, nak prepare slides untuk presentation, sampai kan aku mengalami depresi. Okey tak. Belum teruk sangat sampai tahap depression lah.

Tapi stress tahap nak lari pergi Neverland dan tak balik-balik.

Sekarang ni aku tengah cuti mid sem. Haaa itulah sebab utama mengapa aku update blog pada hari ini! Yeay. Kalau bukan sebab cuti mungkin blog ni akan krik krik untuk jangka masa beberapa bulan lagi sampai aku habis belajar agaknya. Kesian blog ni dapat owner macam aku, selalu kena tinggal. Huhuhuhu.

Sebenarnya dah 4 hari aku kat rumah tapi baru sekarang dapat update -__-


Sorry lah sebab entry ni tak bermanfaat langsung untuk dibaca. 
Chia chia chia <-- gelak paling annoying dalam dunia.


I need a vacation..........
Someone please take me somewhere far awayyyyy :3

Wednesday, March 16, 2016

Wordless Wednesday #2


Kadang-kadang kita sibuk nak orang sayangkan kita
Tapi kita tak sedar, kita lupa nak sayang diri kita sendiri :/

Sunday, March 13, 2016

Review filem : Munafik


Assalamualaikum.

Semalam aku keluar dengan kawan-kawan sebab nak cari barang sikit plus tengok wayang. Filem Munafik menjadi pilihan. Kami tengok kat Aeon Bukit Raja. Masa nak beli tiket tu, seat pun dah nak habis. Hahaha. Nasib baik sempat beli. Itu pun beratur di priority line, kalau tak confirm tak dapat tengok -_-


SINOPSIS FILEM MUNAFIK

Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.

Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.

Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).


Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.


Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.

Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.





Review :

Pada pendapat aku, cerita ni memang best sangat! Thumbs up kepada pengarahnya iaitu Syamsul Yusof.

Walaupun bukan cerita hantu sangat, tapi filem ni dah buatkan aku terkejut dan terjerit banyak kali. Haha. Malu sangat rasa macam nak menyorok bawah kerusi walaupun bukan ada orang tahu pun aku yang jerit.

LOL.

Cerita ni akan membuatkan korang sentiasa tertanya-tanya siapa sebenarnya dalang di sebalik semua kejadian yang berlaku? Apa kaitan di antara Adam dan Maria? Siapa sebenarnya yang terlibat dalam kemalangan langgar-lari isteri Adam? Kenapa Maria jadi macam tu? Siapa sebenarnya yang berniat jahat terhadap Maria? Mak tiri Maria tu jahat ke tak sebenarnya? Watak Shah yang macam mencurigakan tu kenapa sebenarnya? Ayah Adam nak beritahu apa sebenarnya kepada Adam? Apa semua ni????? Hahahaha.

Ye, itulah persoalan-persoalan yang akan bermain di minda korang sepanjang menonton cerita ni. 

Banyak scene dalam cerita ni yang buatkan jantung aku mengepam darah dengan kadar paling laju. Hahaha. Scene masa Adam nak ubatkan Maria yang first sekali tu memang paling awesome. Aku tak pernah lagi tengok cerita Melayu sampai rasa seram macam tu sekali. Lagi-lagi part bila Maria sebut "Dajjal". Huhuhu. Rasa macam nak menggigil.


Dan klimaks cerita ini ialah bila semua perkara terhurai satu persatu. Perkara yang korang tak akan expect pun berlaku. Dan orang jahat dalam cerita ini ialah watak yang paling tak disangka-sangka. Huhuhuhu.

Aku pelik bila kawan-kawan aku cakap diorang nangis tengok cerita ni sebab aku tak nangis-nangis pun sampai kesudah. Rupanya part paling lastttttttttt tulah yang paling sedih sampai aku termenangis T_T

Apa yang best pada cerita ni ialah sebab cerita ni sarat dengan pengajaran. Even kawan aku yang non-muslim pun suka tengok cerita ni. Cerita ni mengajar kita supaya sentiasa memaafkan dan jangan berdendam, dan kita kena redha terima qada' dan qadar Allah. Sesungguhnya Allah tak akan membebankan umat-Nya.

Sesiapa yang tak suka tengok cerita Melayu kat wayang (macam aku), pergilah tengok cerita ni. Sangat worth it!


Rating : Aku bagi 4.8 / 5 :)

Tuesday, March 08, 2016

Degree life update.


Assalamulaikum.

Hai! Long time no see. Errr. So, I’ve started my degree life. So far not so good. Lol.

Bagi yang tanya aku sambung course apa, maaf sebab tak jawab. Konon-konon nak surprise lah. Haha. Amende weh -_- Aku sekarang ambil course English for Professional Communication (EPC) di bawah Akademi Pengajian Bahasa. Daripada Fakulti Undang-undang ke Akademi Pengajian Bahasa, okeylah tu. Lokasi fakulti pun sebelah-menyebelah je, memang setiap hari terserempak kawan-kawan se-asasi dulu. Hehe -_-

Honestly, language is not as easy as I thought it would be. Bukanlah aku fikir senang sangat kacang goreng belajar tutup mata je, cuma mungkin lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan law dan yang seangkatan dengannya. Rupanya tanggapan aku silap. Language is everything. Language is our part of life. Obviously.

And it is not easy.

Menjadi sebahagian daripada komuniti ni membuatkan aku rasa rendah diri dan bangga at the same time. Rendah diri sebab sebahagian besar daripada budak-budak kelas aku ialah lepasan TESL, English, Mass comm etc. Senang cerita yang memang dah biasa bercakap dalam bahasa inggeris. Sedangkan aku? Oh no.

Dan bangga sebab aku rasa... tak apalah tak naklah nanti orang cakap aku ni bangga diri pulak. Haha >.<

Buat masa ni aku masih sedang menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Mana tak terkejut sebab dulu kat Kedah semuanya senang. Kolej dekat dengan kelas, jalan kaki je. Kelas pukul 8, pukul 7.50 baru keluar bilik. Nak beli makanan senang. Nak keluar pergi mana-mana pun senang. Tapi kat sini, everything is different. Setiap hari kena bersiap awal sebab nak tunggu bas untuk ke kelas. Fakulti aku bukan main dia punya jauh. Nak beli makanan pun rasa jauh je mula-mula. Hmm. Tapi sekarang dah rasa dekat sikitlah. Haha.

I’m not complaining. Not at all. Cuma nak meluahkan je T_T

Aku tak boleh nak update sangat sebab buat masa ni aku tak ada internet yang betul-betul stabil. How sad. Kalau kat Kedah, internet laju. Boleh tengok youtube, siap boleh download movie lagi. 



T_T



Ok tak nak compare Kedah dengan Shah Alam lagi. Ok ok ok. Maafkan saya.

Aku sebenarnya cuba nak update selalu tapi.. keadaan tak mengizinkan. Sekarang ni pun dah mula kena buat research semua. Aku cuma harap yang aku tak akan abaikan blog ni lagi macam waktu asasi dulu ==’

I miss to write. God knows how much I love writing.

But I hate writing essays. Hahahahahahaha. Subjek aku banyak writing weh. Hahahahahahaha. Ok stop.

p/s : Rindu nak blogwalking, baca entry korang dan tinggalkan komen semuaaa.
Sekarang belum ada masa lagi. Sorry :/

Thursday, February 25, 2016

Diari Februari #3.


Assalamualaikum.

Apa khabar? Hihi. Aku sihat je, alhamdulillah. Cuma lately busy dengan persiapan nak masuk universiti. Biasalah, siapa tak kenal aku. Kalau kemas barang confirm seminggu baru settle -_-

27 Februari dah nak pergi daftar kolej dah. Huhu. Bagi yang tanya aku dapat sambung mana, aku jawab kat sini jelah ye. Aku akan sambung di UiTM Shah Alam. In shaa Allah. Dekatlah sikit daripada Kedah dulu. Memang kali ni tak nak jauh-jauh pun, sebab nak belajar tiga tahun kan, aku dah serik belajar jauh-jauh. Penat, perbelanjaan pun tinggi, kalau apa-apa hal susah nak balik.

Lepas tu, aku tak sambung degree in law. Walaupun aku dah penuhi syarat-syarat kelayakan tapi.. entahlah. Dari asasi dulu memang tak ada niat pun nak sambung law. Suka belajar law sebab best tapi minat tu tak ada. Cuba jugaklah nak tanam minat dan rasa cinta tu masa asasi dulu tapi perasaan tu tak kunjung tiba. Orang kata, cinta tak boleh dipaksa. Jadi daripada kena reject di kemudian hari, lebih baiklah aku undur diri dulu.

Apa-apa pun, untuk kawan-kawan yang sambung degree in law di UiTM Shah Alam nanti, semoga berjaya. Kalau terserempak, buat-buat tak kenal jelah ye. Yang sambung di Seremban pun, all the best :)

Sedih sebab masing-masing dah buat haluan sendiri :'/

Sebenarnya ada banyak entry yang aku nak update tetapi masih terkubur di dalam draft. Tak tahu kenapa hilang mood these few days. Nak update pasal photobook pun tak update-update lagi sebab aku malas nak ambil gambar photobook tu. Kenapa eh? Homesick maybe? Aik, belum apa-apa dah homesick. Parahhh.

Doakan aku dipermudahkan segala urusan dan diberi ketenangan hati untuk belajar ye? Heee.

Sunday, February 21, 2016

Review movie : The Finest Hours



Assalamualaikum.

Kelmarin aku keluar dengan kawan. Plan asal nak sarapan kat luar lepas tu tengok Deadpool, tapi plan ke laut sebab macam-macam halangan dan rintangan kami terpaksa tempuhi. Akhirnya, tak dapat tengok pun. Cis.

Mula-mula dah decide tak payah tengok movie, nak shopping barang untuk sambung belajar je tapi lepas tu aku rasa macam gian pulak nak tengok wayang dengan kawan so ajaklah jugak Iqaa tengok movie ni :<

Tak dapat tengok Deadpool pun tak apalah :<

Kenapa handsome :<

Cerita ni tentang Bernie, seorang pengawal pantai yang dah jatuh cinta pada seorang gadis bernama Miriam. Masa diorang punya first date Miriam dah lamar si Bernie ni hahahaha pantas sungguh kau yee Miriam. Nama Miriam, kenapalah tak Mariam ke, Meriam ke, senang sikit nak menyebutnya punnn.

Diorang decide nak kahwin. Yang si Bernie ni pulak macam poyo sikit nak formal sangat siap nak mintak izin ketua dia untuk kahwin. Masa hari dia nak mintak izin tu, ada sebuah kapal tangki terbelah dua so Bernie telah ditugaskan bagi mengetuai misi menyelamat kapal tu bersama dengan tiga orang krew yang lain.



Dalam masa yang sama, krew-krew dalam kapal tu pulak tengah bertungkus-lumus untuk elakkan kapal tu daripada tenggelam. Biasalah cerita mat saleh kalau scene macam ni mesti ada pertelingkahan sebab semua orang rasa diri sendiri betul. Haha. Tapi akhirnya, semua orang ikut cakap Sybert. (alah, yang macho tu)


Si Miriam ni pulak dah risau sangat dekat boyfriend dia, si Bernie tu sebab dia rasa yang misi menyelamat tu macam 'Suicide Mission' memandangkan cuaca kat laut yang memang menakutkan. Huhu.

Banyak kali dia suruh ketua Bernie untuk arahkan Bernie supaya patah balik tapi ketua dia buat bodoh je -_-

Yang paling tak boleh blah, krew dalam kapal tangki tu ada 30 lebih tapi nak selamatkan pakai bot kecik je yang kapasiti muatan 12 orang. Aku dah gelak-gelak macam orang gila dengan Iqaa sebab dah macam sardin dah bot tu. Haha. Sudahlah ribut tengah kuat lepas tu pakai bot kecik je. Kena pukul ombak, terpelanting krew. Kompas pun boleh hilang. Kahkah. Aku fikir bot tu akan tenggelam tengah laut je tapi tak pun.

Bernie dan rakan-rakan berjaya menyelamatkan 32 orang krew kapal tangki SS Pendleton ><

Yeay, mission accomplished! Walaupun lawak dan macam tak masuk akal tapi diorang berjaya okey. Haha. Bernie dan crew dia lagi tiga orang tu pun dianugerahkan Gold Lifesaving Medal.

Aku tengok cerita ni banyak scene tengah laut dengan atas kapal je dah macam cerita Titanic. By the way, filem ni based on true story tau. So walaupun tak berapa logik dek akal, korang kena terima jugak. Haha.


Best dan tak rugi tengok!
Rating : Aku bagi 3.5 / 5 bintang :)

Thursday, February 18, 2016

Diari Februari #2.


11 Februari

Masuk pukul 12:30 hari ni sebab terlambat bangun. Aku mati-mati ingatkan hari ni shift noon rupanya full. Argh, salah tengok jadual pulek. Macamlah salah besar sangat tak masuk pagi sebab takut tak ada orang jaga. Aku tengok ada je orang yang boleh tolong tengokkan. Lagipun pagi bukannya ramai customer sangat.  

Sambung baca novel lagi setiap kali free. Haha. Khusyuk betul aku baca. Selagi novel tu tak habis rasa macam tak tenteram je hati aku, lol. Cerita Gumanthong dah habis. Cerita ketiga Ngeri, pun dah habis. Sekarang baru nak masuk cerita terakhir, Sorok-sorok. Tapi aku tak start baca pun lagi sebab tadi dah pukul 9:50 malam. 

Cerita Ngeri memang ngeri gila. Macam filem Saw. Meremang bulu roma aku baca. Nak muntah pun ada -.- 

Aku tak sangka pulak ada part time kat situ yang kuat mengadu. Kau nak bodek si SA tu ke macam mana? Poyo lebih macam tak pernah buat salah je. Haishhhhhhh. Mind your own business boleh tak?


12 Februari

Akhirnya... Aku dah habis baca novel Anak Patung Nana. Lega hati saya dibuatnya. Kihkih. Lepas tu sambung pulak baca komik Sumpahan Puaka Soichi. Komik ni pun best jugak, sekejap je baca dah habis.

Hari ni shift morning. Okeylah dapat balik pukul 7 petang sebab sebelah malamnya sepupu aku tunang. Ingatkan tak nak pergi sebab penat kerja kan tapi pergi jelah, bukan selalu dapat tengok dia tunang. Hahaha. Tak sangka dah tunang dah. Dulu masa kecik main sama-sama, bukak spa, bukak kedai gunting rambut. Hari ni dah jadi tunang orang. Tahun depan dah nak kahwin dah. Huhuhu. Aku bila pulak? Erkkkkkkkkkkkk.


13 Februari

Mintak cuti hari ni sebab nak pergi Shah Alam, sepupu yang lain kahwin pulak. Best lah dapat jalan-jalan sekali, release tension dan penat kerja. Siapa cakap jadi part time promoter tak penat? Bukan setakat penat fizikal, mental pun boleh exhausted nak layan kerenah manusia yang berhati busuk. Hati kena sado tau.

Wedding kali ni diadakan di Roof Garden Hotel, Shah Alam. Masuk-masuk hall, nampak warna dark green je. Aku dengan adik sesat warna peach. Lol. Sempatlah bergambar di photoboth buat kenangan. Haha.


Sebenarnya aku tak faham betul dengan manusia yang berhati busuk ni. Tak boleh langsung tengok orang senang. Walaupun aku banyak curi masa waktu kerja untuk baca novel, tapi tak adalah sampai tak buat kerja, tak layan customer langsung. Pandai kau buat cerita cakap aku tak serve customer eh?

Yang selama ni kau lepak borak-borak dengan geng-geng kau, customer nak cari kasut tak jumpa sampai datang tanya aku, tak nak kecoh pulak? Salah orang nampak je, salah sendiri buat bodoh, buta tak nampak.

Haish.

Kak Afiqah kata mungkin dia dengki dengan aku sebab aku budak department ladies tapi aku selalu join budak department gents. Seriously lah? Dah fair terpisah, kau expect aku nak datang kat kau semata-mata nak borak dengan kau ke? Lepas tu nanti bukak cerita yang aku kuat berjalan pulak. Haha OK.

Seriously malas nak layan, perangai macam budak-budak.


14 Februari & 15 Februari

Masih cuti. Disebabkan dalam jadual aku OFF, jadi aku sambung jelah cuti. Kalau ikutkan hati memang aku nak berhenti je terus. Habis cerita. Kerja kali ni paling tak best aku rasa. Yang jadikan best cuma sebab ada manusia-manusia masuk air yang sekepala dengan aku macam Iqaa, Fatin, Kak Afiqah, Kak Yana, Kak Marina. Kalau tak ada mereka semua ni maka suramlah hari-hari bekerja aku setiap hari. Huhuhu. 

Ceh, dah letak nama dalam blog, kenalah belanja waffer. Crepe2u ke... Haha.


16 Februari

Full shift. Rasa macam nak sambung cuti je -_-

Panas hati rasanya bila tengok budak-budak kaki mengadu berkumpul, borak-borak lepas tu gelak kuat-kuat. Amboi, mengaku dulang paku serpih nampak??? Hahahahahahahahaha pathetic gila.

Fatin dah berhenti. Lepas ni siapa pulak nak berhenti?

Akulah.
Hahahahahaha.

Semua orang pun dah menyampah dengan budak-budak kaki mengadu yang tak reti cermin diri sendiri tu.


17 Februari

Full shift lagi untuk kali yang terakhir. Huuu tak sedih pun. Pagi-pagi dapat berita Kak Yana dah berhenti. Semalam last day. Habislah tinggal kami tiga orang, makin tepulah jawabnya. Hahahaha. Konon-konon aku nak jadi orang yang berhenti dulu lepas Fatin berhenti rupanya Kak Yana dah berhenti dulu. Heh.

Nasib baik semalam dah rehat, dah selfie, dah buat video sama-sama. Adalah kenangan jugak :p

Dah tak ada apa sangat pun nak cerita pasal kerja, customer pun ada tak ada je. Memang kami berbual sesama sendiri jelah. Semalam ada jugak sale 700 lebih. Hari ni langsung tak ada. Hahahahaha. Kesian tak laku T^T

Tak sabar nak berhenti esok. Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!


18 Februari

Masuk pukul 10 pagi, balik pukul 2 petang. Alangkah heaven-nya hidup ini. Hahahaha.

Hari ni okey je. Tak ada apa yang best atau tak best pun berlaku. Cuma tadi aku pergi isi minyak motor sorang-sorang. Entah macam mana tiba-tiba jadi tak reti lah pulak sampai habis tumpah minyak tu. Adoi. Nasib baik tiba-tiba ada lelaki baik hati tolong isikan minyak elok-elok sampai penuh tak boleh nak isi dah -_-

Terima kasih ye siapa pun anda. #humanityrestored Kihkih. Walaupun perkara sekecil ini, kita kena hargai. Hihi.


Monday, February 15, 2016

Review buku : Anak Patung Nana


Assalamualaikum.

Macam yang aku cerita dalam entri lepas, Diari Februari #1, aku banyak memanfaatkan masa yang terbuang bila customer tak ada dengan membaca novel ni. Hehe. Novel ni bukan aku punya, tapi kepunyaan part time sebelum-sebelum ni yang mewariskan novel ini kepada part time baru. Hahaha. Apa benda.....

Dalam novel ni ada empat buah kisah yang berbeza iaitu :

  1. Anak Patung Nana - Suzani Nadzir
  2. Gumanthong - Maria Kajiwa
  3. Ngeri - Eqbal Mohaydeen
  4. Sorok-sorok - Sufi Abqari

Pada aku, novel ni best sebab membuatkan aku rasa nak baca dan nak habiskan cepat-cepat sebab nak tahu kesudahan cerita. Terlalu kemaruk menghayati cerita dalam ni sampai aku dihantui bayang-bayang hitam selama beberapa hari. Hahaha. Masalah betul aku ni -_-

Kisah pertama : Anak Patung Nana - “Seru nama saya dan saya akan datang.”

Kisah ini menceritakan tentang Nana yang memiliki sebuah anak patung yang dinamakan Puteri. Anak patung tu sebenarnya milik anak Puan Khor yang dah mati bernama Carla. Carla ni cacat so Puan Khor macam tak suka dia sangat, dia selalu dera Carla sampai akhirnya bila Carla dah mati baru dia rasa menyesal. Jadi untuk menebus kesilapannya, dia janji untuk jaga anak patung kesayangan Carla, si Marie tu macam anak sendiri. Dia jahit Marie dengan rambut Carla yang dah mati tu so anak patung tu macam hidup.

Anak patung tu sebenarnya dibuat perhiasan je kat pejabat Puan Khor, tapi sebab anak patung tu macam boleh bergerak sendiri, dia bergerak ke rak anak patung untuk dijual sampailah Nana terbeli anak patung tu. Nana ni pulak tangan dia cacat sampai dia dibenci oleh ayahnya sendiri. Cuma mak dia je sayang dia.

Lepas daripada tu, Puteri ni macam jadi pelindung Nana. Bila ada orang yang kacau atau buli Nana kat sekolah, roh jahat yang wujud dalam Puteri tu akan memainkan peranan. Ada sorang budak kelas Nana, tangan dia sampai hancur tersepit sebab dia ejek Nana tak ada tangan. *mulut terlopong* Boleh tahan kejam jugaklah si Puteri ni, macam Chucky. Haha. Sampaikan ayah Nana pun accident sebab gangguan Puteri. 

Part yang agak sedih ialah bila Nana mati sebab dia ikut Puteri terjun dalam kolam renang. Mati lemas -_- Kesian Nana. Lepas Nana mati, family dia dah tak duduk rumah tu lagi, tapi mereka tinggalkan patung Puteri tu kat situ sampai menghantui penghuni-penghuni baru rumah tu. Huhuhu.


Kisah kedua : Gumanthong - “Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!"

Gumanthong ni best gila walaupun pada asalnya aku tak faham disebabkan jalan ceritanya yang agak memeningkan otak sebab ada throwback kisah zaman dahulu dengan nama yang pelik-pelik. Hahaha.

Sinopsis : Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan satu sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayutthaya 500 tahun dahulu? Dapatkah Luqman menyelamatkan keadaan sebelum terlambat?

Gumanthong ni macam ilmu perang zaman dahulu yang dituntut untuk menewaskan musuh. *Yekeeeeeee ni?* Tapi ilmu gumanthong yang dituntut oleh Ply Kaew ni kira paling hebat dan power lah sebab dia guna janin anak dia sendiri yang disalai atas api sampai kering. Lepas tu dibuat loket. Huhuhuhu.

Yang si Luqman ni pulak, dia dengan secara tak sengajanya dah terima Gumanthong tu. Sejak tu, perniagaan jual perabot dia terus jadi laris. Pelanggan hari-hari ramai, duit hasil jualan pulak macam beranak pinak. Malangnya, macam yang kita tahu, perjanjian dengan syaitan pasti hanya akan menguntungkan syaitan. Walaupun Luqman dah makin kaya, tapi sebab Gumanthong tu, dia dah korbankan dua orang anak dia T_T


Kisah ketiga : Ngeri - "Apa yang kau percaya tidak semestinya betul."

Sinopsis : Sekumpulan rakan mengatur satu percutian. Keseronokan yang dirancang menjadi peristiwa paling hitam dalam hidup apabila salah seorang ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Bayangan-bayangan yang menggerunkan terus-terusan menghantui. Maut dirasakan berlegar-legar di sekeliling. Pembunuhnya kekal misteri. Satu per satu nyawa diburunya dengan rakus. Antara pemburu dan mangsa, siapakah yang akan memenangi permainan ini?

Aku syak penulis cerita ni mesti suka tengok filem-filem kejam macam Saw atau Wrong Turn sebab sepanjang aku baca cerita ni, aku mesti teringat cerita Saw. Hahaha. Pembunuhnya kejam gila.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada Fahrin, Muiz, Adam, Natasha dan Marlisa ni mengisi masa cuti mereka dengan pergi bercuti di rumah percutian keluarga Marlisa yang telah lama ditinggalkan. Malangnya, berlaku pelbagai kejadian ngeri sepanjang mereka di sana. Seorang demi seorang mati dibunuh dengan kejam.

Cerita ni ohsem sebab aku tak sabar nak tahu siapa pembunuh yang sebenar. Tapi end up, aku keciwa sebab plot twist sampai otak dan isi perut aku pun rasa di-twist. Lol. Tiba-tiba teringat flem Death Do Us Part. Walau bagaimanapun, cerita ni tetap best dan berjaya membuat bulu tengkuk aku meremang. Hahaha.


Kisah keempat : Sorok-sorok - "Bila salah berjanji, mata jadi galang ganti."

Sinopsis : Ketakutan Remmy menjadi nyata apabila dia kehilangan sebelah mata dan hampir menemui ajal ketika bermain sorok-sorok dengan seorang budak lelaki di Jalan Kemboja. Adakah budak lelaki itu punca kesemua kejadian yang berlaku? Kalau ya, mengapa? Dan adakah sebelah lagi mata Remmy dapat diselamatkan atau bakal dikorbankan juga?

Aku paling sakit hati baca cerita ni disebabkan kesombongan dan kebongkakkan si Remmy tu. Huh. Sudahlah bajet bagus, berlagak, tak reti hormat perempuan. Semua yang negatif ada pada dialah senang cerita. Haha.

Dah hilang satu mata pun boleh sombong lagi dengan orang yang tolong dia. Eh macam nak kena tampor je. Hahaha. Tak pandai sangat nak ulas cerita ni sebab ia berkisarkan tentang something macam saka or I don't know what to call it... yang diwarisi oleh keluarga si Remmy tu. Macam perjanjian dengan syaitan jugaklah. Jin ifrit tu kot? Dan kalau nak batalkan perjanjian tu, kena korbankan mata -_-

Cerita ni pun best sebab aku penat teka siapa sebenarnya yang betul-betul jahat dan tamak sebab nak kuasai jin tu. Rupanya... orang yang tak disangka-sangka. Ingatkan si Murni, adik si Remmy tu. Arghhhhh salah lagi.




Overall, novel ni memang best dan aku bagi 4.5 bintang. Haha. Setiap kisah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun ada certain part yang jalan ceritanya tunggang langgang tapi sebab ideanya best, aku tak boleh berhenti daripada membacanya. Kehkehkeh. Sangat worth to read bila ada masa lapang ><


Till then, happy reading! :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.