Pinterest

Friday, April 22, 2016

Temuduga SPA. Hurmmm.


Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku dah balik semula ke Shah Alam. Cuti mid-sem dah habis minggu lepas. Kejapnya seminggu berlalu, macam tak rasa je. Ah ok, sebenarnya lebih seminggu. 9 hari + bonus 2 hari. Hehehehehe.

Sepatutnya balik sini hari Ahad (17 April) yang lepas tapi sebab hari Selasa (19 April) aku ada temuduga kat Johor Bahru, jadi aku ambil keputusan untuk sambung cuti. Seronokkan... Seronok tak seronoklah dua hari aku tinggal kelas. Huhu. Tapi kalau balik sini hari Ahad lepas tu pergi JB lepas tu nak datang sini balik, membazirlah pulak. Membazir duit, tenaga, masa dan segala-galanya -.-'

Sebenarnya, itulah kali pertama aku dapat panggilan temuduga SPA sejak aku isi borang SPA dua tahun lepas. Kalau ikutkan, aku tak nak cerita pun pasal interview tu tapi entahlah, rasa macam nak meluahkan sesuatu tapi tak tahu pada siapa. Blog jelah yang sudi mendengar cerita-cerita bosan aku. Hmmm.

Masa mula-mula dapat panggilan temuduga tu, memang aku rasa macam tak nak pergi je. Sebab aku dah sambung belajar dah pun kan. Buat apa nak fikir pasal tu lagi. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa sayanglah pulak kalau tak pergi. Dapat tak dapat, itu belakang kira. Rezeki, kita tak tahu kan? Jadi berkat sokongan daripada ibu dan ayah tersayang, aku pun pergilah interview tu dengan penuh rasa teruja dan bersemangat. Ceh.

Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masuk je dalam bilik temuduga tu, rasa macam kena tamparan hebat bila dia cakap aku sepatutnya teruskan belajar... Jangan buang masa sebab aku sekarang degree takkan nak turun balik ke tahap diploma? Waktu tu memang dah rasa down dah. 

Aku bukan tak fikir pun pasal semua tu. Aku dah fikir dah masak-masak. Tapi banyak faktor yang menyebabkan aku pergi temuduga tu. Kalau tak, memang aku tak pergilah. Temuduga je pun, belum tentu dapat lagi. Tapi janganlah cakap macam tu, sedih tau. Ada satu lagi ayat dia yang membuat hancur hatiku ini. 

Heh.

Sekarang ni aku malas nak fikir dah. Buat serabut kepala je. Aku serahkan semuanya pada Allah. Dia je yang tahu mana yang terbaikkan? Minggu depan test berderet-deret. Allah. Semoga Tuhan beri aku kekuatan T_T


Korangggg..... Doakan yang terbaik untuk Fieyqa ye? :)


15 comments:

  1. Fatin pun dulu pernah gi interview SPA. Memang kena psiko gila-gila lah. Dia cakap sekarang kan tengah belajar, kenapa datang interview ni. Sama macam Fieyqa lah. Memang rasa down yang amat.

    Apa-apa pun, Fatin doakan yang terbaik untu Fieyqa. Sekarang ni pun Fatin tengah mencari kerja. Doakan Fatin cepat-cepat dapat kerja ye. Dah lama sangat rehat ni. hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. memang saja je nak psiko. berjayalah strategi dia tu. huhuhu.
      terima kasih fatin. in shaa Allah. semoga cepat dapat kerja yg elok-elok :)

      Delete
  2. Jangan putus berdoa dan percaya ada hikmah yang Allah selitkan di setiap kejadian =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. keep calm and have faith. hehehe. terima kasih :)

      Delete
  3. InShaaAllah.. moga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete
  4. Good fiqa dengan apa apa pun dalam kehidupan fiqa.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Selalunya memang cmtu dorg akn ckp klu kite skrg ni tgh stdy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sedih je. rasa kecewa sangat. huhu. terima kasih kak :)

      Delete
    2. Luck tertinggal. Good luck sebenarnya. Huhu. Sama sama ^^

      Delete
  5. Good luck Fieyqa :) Kita pat lima kali juga dapat panggilan interview tapi tak pernah pergi so memang takde experience.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah seronoknya dah panggil banyak kali. memang taknak pergi ke? huhu. thanks kak nad <3

      Delete
  6. hi fieyqa!!!!!!!!!!!!! <3
    its been awhile :( <3
    best of luck in eveerything. just take care of urself ok <3
    inshaallah! may allah grant u strength and permudahkan everything for u :) hugs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah its been so long. hahaha. thank you dear qilah. in shaa Allah. take care of urself too! <3

      Delete
  7. pergh! berdesup telinga kalau kena ayat mcm tu kat kita... maunya tak down dan masuk ke zon negatif lepas tu...memang minx kena pijak! huhuhuhu
    sabau ajelah fieyqa...He knows best for u...at least u da try kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, memang down sangat masa tu. huhuhu.

      terima kasih sofie :)

      Delete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.