Pinterest

Saturday, July 23, 2016

My favourite online shop : Hermo.my


Assalamualaikum dan Hai.

Hari ni aku nak share one of my favourite online shops. Pada aku, online shopping ni dah jadi macam hobi. Sebab apa? Sebab setiap kali aku bosan je aku akan cari barang online untuk dibeli walaupun aku tak perlukan pun barang tu, haha. Okey tak adalah 'setiap kali', tapi kadang-kadanglah. Kalau setiap kali bosan kena beli barang online, orang kaya pun boleh bankrap sebab aku selalu bosan. Huehehehe.

Jadi, salah satu website yang aku selalu usha semestinya ialah... *drumroll* Hermo.my. K tak saspen pun ._.

Hermo ni jual produk skincare, make up etc dan kebanyakannya yang diimport dari Korea, Jepun dan Taiwan. So kalau korang rasa nak feeling-feeling Korea pakai produk Korea, bolehlah beli dari Hermo ni. Hehe.

Masuk kali ni dah banyak kali jugaklah aku beli dari Hermo. Aku suka beli kat sini sebab harga murah dan ada banyak sangat pilihan. Barang-barang yang aku beli selama ni pun semuanya sampai dalam keadaan baik. Tak pernahlah pecah ke, rosak ke, tumpah ke, semua tip top. Plus kalau barang korang besar sikit atau banyak, dia akan guna kotak untuk letak barang-barang tu so memang sangat secure. Don't worry.

Sebelum raya hari tu aku ada jugak order few items untuk rayalah kononnya :p Tapi masa raya dapat email inform yang kalau buat any purchase akan dapat free summer beauty pouch. Aku pun apa lagi, barang free siapa yang tak nak? Haha. Order order, buat payment lepas tu tunggulah 2-3 hari barang pun sampai :D


Inilah barang-barang yang aku beli kali ni. Aku beli Yadah Anti-trouble Mini Kit (my second purchase), Innisfree Green Tea Cleansing Foam, Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel dan yang kecik comel tu pulak, IN2IT Gel Tint (peach). Aku beli 4 barang ni, dapatlah free summer beauty pouch tu. Hihi.


Yang ini pulak barang-barang dalam pouch tu. Ada voucher Photobook, Good Face ECO Pearl Mask Sheet, H20+ Face OASIS Hydrating Treatment, Heimish Mini Lipstick Palette dan hand mirror yang comel. Woooo excited gila dapat hand miror sebab aku tak pernah simpan cermin dalam beg. Haha.

Dua barang favourite yang comel dan yang paling penting, FREE!!! Hahaha. 

Aku tak guna lagi barang-barang free yang aku dapat. Sayang nak guna. Tersimpan elok je dalam pouch tu. Hahaha. Kalau ada kelapangan nanti aku review produk yang aku beli. In shaa Allah.

Tunggu apa lagi? Pergilah usha website tu, order banyak-banyak. Kihkihkih. Dan jangan lupa beritahu Hermo aku yang suggest sebab entry ini adalah iklan tidak berbayar. Hahahaha. Tak pun kalau korang murah hati, sign up lah daripada link yang aku bagi ni - Hermo. Semoga murah rezeki korang. Hiks. Thanks lovelies 

Maaf gambar tak berkualiti sebab ambil pakai kamera handphone je.
Entah bilalah dapat beli camera untuk blog ni ._.

11 comments:

  1. Eh eh akak pun suka beli barang Kak Hermo! Kekadang dapat barang free tu yang seronok tu hehe

    ReplyDelete
  2. sama lahhh ittewww. fav online mall jugak <3 hermo<3 dah 4 kali beli barang dengan hermo entah apa nak jadi tah dengan diri ini. menangis wallet

    ReplyDelete
  3. best kan hermo ni? haha sy pulak dah jarang sikit nak beli barang online sesuka hati. bila mmg comfirm perlukan barang tu barulah sy beli hahaha sbb dah banyak bazir beli benda yang tak diguna T_T

    ReplyDelete
  4. First time dgr hermo tu teross laju je bukak link, maka hati pun terpaut hihi thanks for the info tau

    ReplyDelete
  5. Banyak sekarang online shop based product korea and jepun ... Baru first time dgr pasal hermo ... Boleh la terjah web tue nanti ... Salam perkenalan ye =)

    ReplyDelete
  6. Hermo? wahhh not bad, bole try ni :) hehehe selalu usha kalau online beli dekat instagram je hehe tq for sharing. lepasni sara nak beli makeup bole intai intai kat hermo je ngeeeeee ;)

    http://sarahhijabista.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Tq sharing kedai online nie.. nanti senang nak shopping..

    ReplyDelete
  8. waaahhh banyak nye dia shopping... ok takpe.. shoping pun boleh buat kita relax2.....

    ReplyDelete
  9. Seronoknya! Free gift dia amboi. Tapi kan, Nad tak reti beli beli online ni T_T Cemanaaa.

    ReplyDelete
  10. Hello fieyqa! Ingat i tak? hahaha i just graduated and baru ada time nak check blog and blogger friends balik. keep blogging okay! :)

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.