Pinterest

Saturday, January 16, 2016

Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.


Assalamualaikum.

Dulu, aku memang kurang prihatin pasal expiry date produk-produk yang aku guna. Sebab aku rasa macam benda tu remeh. Tapi bila aku buat research dan melalui pembacaan aku, baru aku tahu yang pentingnya kita tahu expiry date produk yang kita guna, sebab ada produk yang boleh membahayakan bila dah expired.

Aku sangat yakin dan pasti ada segelintir orang yang tak kisah pasal benda ni kan? Cuba check meja solek korang. Ada tak any produk yang korang beli dah bertahun, tak habis lagi dan korang masih simpan? Hehehehehe. Aku dulu macam tulah. Entah tahun bila aku beli, masih ada lagi aku simpan -.-"

Kadang-kadang aku terfikir jugak, nak buang sayang. Simpan bukan guna pun, tapi masih jugak nak simpan. Hahaha. Aku ada guna produk The Body Shop. Dulu ingatkan produk macam tu tak adalah expired date since diperbuat daripada natural ingredients kan, rupanya ada jugakkkk. Semua benda ada expired date ye, termasuklah foundation, bedak compact, eyeshadow, cream blush, even mascara pun sama okey T_T

Contoh macam ni :
Makeup
  • Mascara (regular or waterproof), liquid, pencil or gel eyeliners: 4 to 6 months (always toss out dry mascara—never add water to extend its life) 
  • Cream, Liquid or Stick Foundations or Concealers: 6 months to 1 year 
  • Powder-based products (including mineral makeup): 2-3 years 
  • Lipsticks, Lip Gloss, & Lip Pencils: 2-3 years 

Skincare
  • Cleansers: 1 year 
  • Toners: 6 months to 1 year 
  • BHA or AHA Exfoliants: 1 year 
  • Facial or Body Moisturizers and Serums: 6 months to 1 year 
  • Lip Balms: 1 year 
  • Sample Packets: 1 day (no, really, one day)
Boleh rujuk di sini => When to Toss Out Beauty Products dan sini => Save or Toss?


Selalunya produk-produk yang kita beli memang jarang state dia punya expiry date. So macam mana kita nak tahu bila produk tu expired? Salah satu caranya ialah dengan menyemak production date iaitu tarikh pengeluaran sesuatu produk. Tahu tak macam mana nak check? Itulah yang aku nak share. Hehe. Bagi yang tak tahu dan nak cuba check bila production date produk-produk korang, boleh ke sini -> Checkfresh.

Aku memang guna website ni je untuk check. Tapi website ni cuma untuk international product jelah ye. Kalau korang nak cari jenama Safi ke Syahirah ke SimplySiti ke memang tak adalah. Huhuhu.

Caranya senang je iaitu korang kena cari BATCH CODE produk tu. Kedudukan batch code berbeza ye bagi setiap jenis produk. Ada yang kat tepi, ada yang kat penutup, ada jugak yang kat bawah. Jangan keliru dengan bar code pulak. Bar code yang panjang tu, batch code pulak pendek je. Contoh : XL4031A


Lepas dah dapat batch code, korang check-lah dalam website tadi.

Masukkan cosmetic brand -> Batch code -> Check

Dah tahu dia punya production date, dah bolehlah korang kira bila produk tu expired. Melalui apa yang aku baca, produk-produk macam ni cuma boleh tahan maksimum 3 tahun daripada tarikh pengeluaran. Aku ulang, 3 tahun. Bukan 30 tahun tau. Jangan simpan untuk cucu cicit pulak. Kanser kulit pulak nanti. Huhu.

Make sure sentiasa check production date bila korang beli produk-produk macam ni supaya kita tak ditipu. Kadang-kadang takut dia dah simpan lama dalam kedai last-last masa kita beli produk tu pun dah expired. Macam aku beli produk ***** pada November 2015. Aku pakai je muka aku keluar rashes padahal selama ni pakai produk yang sama okey je. Aku tak sedap hati tu yang check production date. Nak tahu bila production date dia? Bulan Februari 2013. Dah 2 tahun lebih. Sabar jelah. Tapi sebab malas nak bising, aku buang je.

Kalau production date dia baru lagi, baguslah tu. Tapi bila dah guna korang kena concern pasal ni pulak.


Period after opening. Simbol ni menunjukkan yang produk ni akan expired selepas 12 bulan (12 Months) dibuka. So agak-agak dah pakai setahun tu bolehlah campak dalam tong sampah yeee. Jangan pakai lagi. Bahaya pakai produk yang expired ni. Kalau nak tahu apa yang bahaya, google. Rajin sikit yee. Kekekeke.

Sekarang ni baik korang pergi check balik produk-produk yang korang guna. Mana tahu dah expired :p

26 comments:

  1. omg yessss
    what a good idea nnt lps ni lepas beli je anything ill put a sticker on the stuffs so that i know when will it be expired in case dah rabun sbb diorang selalu tersembunyi!!!
    hahahahah
    thank u dear fieyqa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ye tu bagus. Tampal sticker besar-besar ye so that dari jauh pun nampak :p

      Delete
  2. Uishhhh! Betul jugakkan! Tak terfikir pulak psl expired date tu. Sbb fadh jarang sgt pakai apa-2 make up or pencuci muka. Sbb tak rajin. Hehehehhe. Tp adalah satu produk ni fadh guna. Lps tu terstop. But then, guna balik. Tak terfikir pulak dah expired ke belum. Huhu. Nnti cek balik! Nice entry btw! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lainkali kena check dulu baru pakai takut dah expired hehe :)

      Delete
  3. wahhh, bagus sangat info nie. :D
    thanks for info ya :)

    ReplyDelete
  4. hahaha, baru taw. serius selama ni men hentam ja. guna ja tak tengok expired date pon. nice sharing:)

    ReplyDelete
  5. ohh yeke.. baru tau.. thanks kongsi ilmu ^^

    ReplyDelete
  6. gud info. baru tau :) ..mekaseh sharing !

    ReplyDelete
  7. wah berguna ni :) sebab memang tak pernah cek pun. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. hahaha,okay nak komen panjang, bedak pun pakai bedak tepung je. hahaha, tak pandai nak makeupp bagai. huhuk. terimakasih untuk pengetahuan baru ni. ^^

    ReplyDelete
  9. bahaya jugak ek . thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  10. bahaya jugak sbb x tahu expiry date brg2 make up ni kan. tq fieyqa sharing this hehe

    ReplyDelete
  11. wah trima kasih kongsi ye :) sbb kdg2 lipstick yg dibeli langsung takda bgitau expired bila , dan logo brapa month boleh simpan lpas bkk pnutup pun takda jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Kitalah yang kena beringat sendiri. Heeee :3

      Delete
  12. scya pun dulu x amek port sangat pasal ni tapi lama2 dah timbul kesedaran sebab nanti kan risau rosakkan diri sendiri jugak kan

    ReplyDelete
  13. Laaa.. baru tau produk pun ada expirey date.. mekasih share!!! :D

    ReplyDelete
  14. Cuma kadang kadang rasa macam sayang nak buang kalau still ada banyak lagi wuaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Biasalah tu beli mahal mahal lepas tu pakai tak habis. Haha.
      Tapi kena buang jugak sebab bahaya kalau kita teruskan pakai :)

      Delete
  15. yang lain mmg cepat habis...mascara je mcm tahan lama, risau gak..dah expired hape...hahaha. kena check ni.. good info fieyqa... dah bookmark this entry as rujukan nanti.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Sama-sama semua. terima kasih sebab sudi baca. semoga berguna. sharing is caring, muehehehe ♥

      Delete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.