Review buku : Anak Patung Nana

by - February 15, 2016


Assalamualaikum.

Macam yang aku cerita dalam entri lepas, Diari Februari #1, aku banyak memanfaatkan masa yang terbuang bila customer tak ada dengan membaca novel ni. Hehe. Novel ni bukan aku punya, tapi kepunyaan part time sebelum-sebelum ni yang mewariskan novel ini kepada part time baru. Hahaha. Apa benda.....

Dalam novel ni ada empat buah kisah yang berbeza iaitu :

  1. Anak Patung Nana - Suzani Nadzir
  2. Gumanthong - Maria Kajiwa
  3. Ngeri - Eqbal Mohaydeen
  4. Sorok-sorok - Sufi Abqari

Pada aku, novel ni best sebab membuatkan aku rasa nak baca dan nak habiskan cepat-cepat sebab nak tahu kesudahan cerita. Terlalu kemaruk menghayati cerita dalam ni sampai aku dihantui bayang-bayang hitam selama beberapa hari. Hahaha. Masalah betul aku ni -_-

Kisah pertama : Anak Patung Nana - “Seru nama saya dan saya akan datang.”

Kisah ini menceritakan tentang Nana yang memiliki sebuah anak patung yang dinamakan Puteri. Anak patung tu sebenarnya milik anak Puan Khor yang dah mati bernama Carla. Carla ni cacat so Puan Khor macam tak suka dia sangat, dia selalu dera Carla sampai akhirnya bila Carla dah mati baru dia rasa menyesal. Jadi untuk menebus kesilapannya, dia janji untuk jaga anak patung kesayangan Carla, si Marie tu macam anak sendiri. Dia jahit Marie dengan rambut Carla yang dah mati tu so anak patung tu macam hidup.

Anak patung tu sebenarnya dibuat perhiasan je kat pejabat Puan Khor, tapi sebab anak patung tu macam boleh bergerak sendiri, dia bergerak ke rak anak patung untuk dijual sampailah Nana terbeli anak patung tu. Nana ni pulak tangan dia cacat sampai dia dibenci oleh ayahnya sendiri. Cuma mak dia je sayang dia.

Lepas daripada tu, Puteri ni macam jadi pelindung Nana. Bila ada orang yang kacau atau buli Nana kat sekolah, roh jahat yang wujud dalam Puteri tu akan memainkan peranan. Ada sorang budak kelas Nana, tangan dia sampai hancur tersepit sebab dia ejek Nana tak ada tangan. *mulut terlopong* Boleh tahan kejam jugaklah si Puteri ni, macam Chucky. Haha. Sampaikan ayah Nana pun accident sebab gangguan Puteri. 

Part yang agak sedih ialah bila Nana mati sebab dia ikut Puteri terjun dalam kolam renang. Mati lemas -_- Kesian Nana. Lepas Nana mati, family dia dah tak duduk rumah tu lagi, tapi mereka tinggalkan patung Puteri tu kat situ sampai menghantui penghuni-penghuni baru rumah tu. Huhuhu.


Kisah kedua : Gumanthong - “Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!"

Gumanthong ni best gila walaupun pada asalnya aku tak faham disebabkan jalan ceritanya yang agak memeningkan otak sebab ada throwback kisah zaman dahulu dengan nama yang pelik-pelik. Hahaha.

Sinopsis : Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan satu sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayutthaya 500 tahun dahulu? Dapatkah Luqman menyelamatkan keadaan sebelum terlambat?

Gumanthong ni macam ilmu perang zaman dahulu yang dituntut untuk menewaskan musuh. *Yekeeeeeee ni?* Tapi ilmu gumanthong yang dituntut oleh Ply Kaew ni kira paling hebat dan power lah sebab dia guna janin anak dia sendiri yang disalai atas api sampai kering. Lepas tu dibuat loket. Huhuhuhu.

Yang si Luqman ni pulak, dia dengan secara tak sengajanya dah terima Gumanthong tu. Sejak tu, perniagaan jual perabot dia terus jadi laris. Pelanggan hari-hari ramai, duit hasil jualan pulak macam beranak pinak. Malangnya, macam yang kita tahu, perjanjian dengan syaitan pasti hanya akan menguntungkan syaitan. Walaupun Luqman dah makin kaya, tapi sebab Gumanthong tu, dia dah korbankan dua orang anak dia T_T


Kisah ketiga : Ngeri - "Apa yang kau percaya tidak semestinya betul."

Sinopsis : Sekumpulan rakan mengatur satu percutian. Keseronokan yang dirancang menjadi peristiwa paling hitam dalam hidup apabila salah seorang ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Bayangan-bayangan yang menggerunkan terus-terusan menghantui. Maut dirasakan berlegar-legar di sekeliling. Pembunuhnya kekal misteri. Satu per satu nyawa diburunya dengan rakus. Antara pemburu dan mangsa, siapakah yang akan memenangi permainan ini?

Aku syak penulis cerita ni mesti suka tengok filem-filem kejam macam Saw atau Wrong Turn sebab sepanjang aku baca cerita ni, aku mesti teringat cerita Saw. Hahaha. Pembunuhnya kejam gila.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada Fahrin, Muiz, Adam, Natasha dan Marlisa ni mengisi masa cuti mereka dengan pergi bercuti di rumah percutian keluarga Marlisa yang telah lama ditinggalkan. Malangnya, berlaku pelbagai kejadian ngeri sepanjang mereka di sana. Seorang demi seorang mati dibunuh dengan kejam.

Cerita ni ohsem sebab aku tak sabar nak tahu siapa pembunuh yang sebenar. Tapi end up, aku keciwa sebab plot twist sampai otak dan isi perut aku pun rasa di-twist. Lol. Tiba-tiba teringat flem Death Do Us Part. Walau bagaimanapun, cerita ni tetap best dan berjaya membuat bulu tengkuk aku meremang. Hahaha.


Kisah keempat : Sorok-sorok - "Bila salah berjanji, mata jadi galang ganti."

Sinopsis : Ketakutan Remmy menjadi nyata apabila dia kehilangan sebelah mata dan hampir menemui ajal ketika bermain sorok-sorok dengan seorang budak lelaki di Jalan Kemboja. Adakah budak lelaki itu punca kesemua kejadian yang berlaku? Kalau ya, mengapa? Dan adakah sebelah lagi mata Remmy dapat diselamatkan atau bakal dikorbankan juga?

Aku paling sakit hati baca cerita ni disebabkan kesombongan dan kebongkakkan si Remmy tu. Huh. Sudahlah bajet bagus, berlagak, tak reti hormat perempuan. Semua yang negatif ada pada dialah senang cerita. Haha.

Dah hilang satu mata pun boleh sombong lagi dengan orang yang tolong dia. Eh macam nak kena tampor je. Hahaha. Tak pandai sangat nak ulas cerita ni sebab ia berkisarkan tentang something macam saka or I don't know what to call it... yang diwarisi oleh keluarga si Remmy tu. Macam perjanjian dengan syaitan jugaklah. Jin ifrit tu kot? Dan kalau nak batalkan perjanjian tu, kena korbankan mata -_-

Cerita ni pun best sebab aku penat teka siapa sebenarnya yang betul-betul jahat dan tamak sebab nak kuasai jin tu. Rupanya... orang yang tak disangka-sangka. Ingatkan si Murni, adik si Remmy tu. Arghhhhh salah lagi.




Overall, novel ni memang best dan aku bagi 4.5 bintang. Haha. Setiap kisah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun ada certain part yang jalan ceritanya tunggang langgang tapi sebab ideanya best, aku tak boleh berhenti daripada membacanya. Kehkehkeh. Sangat worth to read bila ada masa lapang ><


Till then, happy reading! :)

You May Also Like

31 comments

  1. Alamakk, sorry saya tak mampu nak baca pun entry nih. Sebab tengok cover tu pun dah seramm. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha cover je seram, cerita tak seram mana pun ><

      Delete
  2. sy terpaksa skip baca part yg seram2 hahaha lemah semangat >.< anyway,nak jugak try baca buku ni nanti.

    ReplyDelete
  3. Macam best, macam nak beli jugak :D Suka novel genre macam ni. Koleksi novel kat rumah sekarang ni pun banyak genre macam ni berbanding genre cintan-cintun. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. bacalah. tahu takpe, selalu baca novel cinta je, kali ni tukar mood sikit ><

      Delete
  4. fuhh.. ni kalo baca memang susah nak move on ni.. thanks for review fieyqa.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul, fieyqa macam tulah, tapi dua tiga hari je. kehkeh. sama-sama :)

      Delete
  5. baca sikit pun memang terasa keseramannya memang taknak baca lah jawabnya haha kang terbayang susah pulak nak tidur malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha seru nama saya dan saya akan datang. kihkihkih :p

      Delete
  6. Baca post fieyqa ni pun dah meremang rasa haha

    ReplyDelete
  7. tgk gmbr tu seram je, kalau cikjaja mmg susah lah nk baca hehe :p

    ReplyDelete
  8. wahhh part anak patung nana tu best

    ReplyDelete
  9. Mak aiii, sy suka cerita agak2 seram ni huhuhu nak beli3!!

    ReplyDelete
  10. Huiii.. Seram sejuk jugaq novel mcm ni, huhu~~

    ReplyDelete
  11. eeeiiiyy kenapa creepy sangat cover dia aduh aduh.
    hati qila taa kuadd hahahahaha. so kental ah you read this haih.
    i cant.... :(

    ReplyDelete
  12. tak baca novel seram takut haha kalau thriller boleh tahan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba baca sesekali. asyik baca genre yang sama je, sesekali tukar mood pulak :)

      Delete
  13. dah nak beli dah hari buku ni tapi nampak cover buku tu. tak mampu nak teruskan beli. hihi.. T.T

    ReplyDelete
  14. Wuishhhhhh! Minat cerita seram keeeee! ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat jugaklah tapi jarang sangat baca novel seram :)

      Delete
  15. sib baik baca time tengah panas2 ada matahari lagi...kalau malam mau terus tutup terus..hahahhahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha fieyqa baca novel ni pukul 1 pagi rilek je :p

      Delete
  16. mmg x rugi baca. sedar tak sedar, dah setahun rupanya saya baca buku ni.. huuu

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥