Pinterest

Sunday, February 14, 2016

Diari Februari #1.


Assalamualaikum.

5 Februari

Shift noon sepatutnya masuk pukul 1 setengah sampai 10 setengah malam, tapi aku mintak untuk masuk pukul 1 jadi boleh balik pukul 10. Sepanjang pukul 1 sampai pukul 3 tu hati resah tak menentu memikirkan keputusan penerapan degree uitm yang akan keluar pada pukul 3 petang. Tak senang duduk weh. Bila dah pukul 3 lebih, nak check online tapi tak ada masa sebab customer ramai sangat, nak raya katanya.

Balik rehat pukul 5 petang aku terus capai laptop. Berdebar-debar nak tahu keputusan permohonan walaupun dah boleh agak dapat apa. Tak tahu kenapa beberapa hari sebelum keputusan keluar aku rasa sedikit menyesal sebab mohon course yang aku mohon tu. Aku memang harap aku tak dapat pilihan pertama, tapi pilihan kedua. Bila check, aku dapat pilihan pertama. Tergamam kejap tak tahu nak bagi respond apa. Huhu. Dalam rasa kesal, ada jugak rasa kesedaran mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Alhamdulillah.


6 Februari

Full shift, masuk pukul 10 pagi tapi hari ni special sebab balik pukul 2 pagi. Heh. 14 jam kerja, bangla pun kalah. Mesti company ingat dapat sambutan besar-besaran sebab dah nak dekat raya kan, rupanya... hampeh.

Kami yang jaga fair ni boleh mati kebosanan. Sampai pukul 11 lebih gitu je orang ramai, lepas tu berkurang berkurang dan berkurang akhirnya kami yang promoter ni je tinggal terpacak setia kat situ. Aku dah membebel je dekat supervisor suruh tutup fair pukul 12 sebab tak ada orang. Membebel dalam hatilah tapi.

Dari pukul 12 lebih sampai 1 lebih tu aku memanfaatkan waktu dengan membaca novel. Novel Anak Patung Nana. Nasib baik ada novel, kalau tak ada? Sudahlah bateri handphone pun tinggal nyawa-nyawa ikan -_-

Dalam pukul 1 lebih dengar bunyi pagar ditarik terus hilang ngantuk sebab itu bermakna fair nak tutup dah. Kemas fair dan..... cabut. Promoter yang jaga dalam tak boleh balik lagi. Kehkeh. Aku punch out pukul 1.38 pagi. Hujan lebat gila kat luar. Sudahlah dua kali rehat balik rumah, dua kali jugak kena hujan. Nasib baik pagi tu ayah jemput aku sebab ayah tak bagi balik sendiri. Sampai rumah, mandi, salin baju, terus pengsan.


7 Februari

Cuti. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA aku dah agak dah. Demam, tak larat. Pengsan sepanjang hari, lol.

p/s : Photobook dah sampai! Teruja gila aku. Haha. Nanti free aku buat entry :)


8 Februari

Shift noon lagi. Bersyukur sebab dapat rehat lama sikit sampai tak nak bangun. Haha. Lepas tu masuk kerja terus kelaparan sebab tak makan nasi. Ada orang cakap nak hantar makanan, tiba-tiba ada hal pulak sampai tak boleh nak hantar. Moody terus aku. Customer pulak ramai gila hari ni. Lepas tu ramai jugaklah yang tanya pendapat aku pasal beg kat situ. Aku main hentam je jawab ikut suka.

Paling menyampah bila orang tanya pendapat aku 'cantik tak beg ni, sesuai tak dengan akak' dan segala yang sewaktu dengannya, lepas tu aku bagilah jawapan paling jujur, tapi tiba-tiba ada orang menyampuk 'mestilah dia cakap cantik sebab nak lakukan beg dia. hihihi' <-- sambil ketawa paling syaitoooon bunyinya.

Aku senyum je, malas nak balas. Kalaulah saya dapat komisen untuk setiap beg yang terjual kak, memang saya jerit-jerit macam kat pasar malam tu dua singgit dua singgit dua singgit. Malangnya tak. Huhuhuhu.


9 Februari

Customer boleh tahan ramai hari ni, tapi sempat jugaklah aku curi masa sambung baca novel.

Best novel Anak Patung Nana tu, catchy. Sampai aku rasa yang Nana tu memang betul-betul wujud. Sepertinya dia yang memanggil-manggil aku untuk meneruskan pembacaanku. Haha. Eh seram pulak kitew.

Aku suka tagline cerita tu, "Seru nama saya dan saya akan datang." Hihihihihihihihihihihihihihihihihihi.

Sepatutnya hari ni full shift tapi aku mintak balik pukul 7 sebab period pain. Ingatkan nak tahan je tapi bila fikir-fikir balik argh tak sanggup aku nak tunggu sampai pukul 10. Ada karang yang pengsan tengah jalan T^T


10 Februari

Full shift hari ni. Datang kerja tiba-tiba terawal daripada biasa. Pagi-pagi customer tak ramai jadi aku sambung baca novel. Dah masuk cerita kedua, Gumanthong. Best jugak cerita tu. Mula-mula macam tak berapa nak faham sebab plot ceritanya yang agak complicated, tapi lama-lama baru faham.

Ada seorang lelaki ni pulak, pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Bising-bising bagitahu aku yang dia kena buat full shift hari ni sebab promoter dia ingat aku tak datang, so nanti malam tak ada orang jaga fair. Membebel macam perempuan. Menyampah aku. Bukan salah aku pun, aku tak ada cakap pun yang aku nak MC ke apa hari ni. Apa masalah dia pun aku tak tahulah. Hari-hari ada je benda nak buat aku panas.

Mood kerja dah makin down. Aku rasa macam nak berhenti je -_-



p/s : Entri ini sepatutnya sudah di-publish pada 11 Februari tapi sebab kepenatan, sekarang baru dapat publish T^T

22 comments:

  1. Hm biasalah fieyqa, sometimes boss baik tp pekerja serupa tahi haha.
    sometimes geng geng best, boss pula ugh. hihi
    bertabah okay? hugs! <3 pls rest well and stay safe and healthy tau <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu! kali ni kerja tak best sikit sebab ada orang hati busuk. haha.
      hiks. baiklah. thanks qila. *hugs* hahaha <3

      Delete
  2. misschu btw ihihihihhihi seru qila nanti qila dtg hihihihihi

    ReplyDelete
  3. lumrah bekerja mmg macam tu kot. hihi sabar ye. btw jgn lupa buat post pasal photobook tu tau! hehe nak tgk jugakkk >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, hati mesti sado. kihkih. in shaa Allah :)

      Delete
  4. jgn macam tu,,semoga terus dpt semangat balik nak keja !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe tinggal 3 hari je. tak sabar nak berhenti. hahahaha.

      Delete
  5. kelakar pula part promote bag dua singgit dua singgit tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu tipu. pasar malam pun tak dapat dua singgit :p

      Delete
  6. Lahh novel tu cerita seram ke? :O Haha ingatkan cerita comel comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel comel? hahahahaha lawaklah akak ni. cerita seram tu. pasal anak patung hidup macam chucky ><

      Delete
  7. Wahhh tahniahhhh! Fieyqa dapat sambung dekat mana tuwww? Btw, kerja memang macamtu Fieyqa, ada je yang nak buat kita annoying kann hm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak :) dekat dekat je. dekat sikitlah daripada kedah. hahahahaha.
      memang pun. malas nak layan sebab kalau layankan buat sakit hati je ><

      Delete
  8. dari hari tu lagi nak komen entri ni..asyik tergendala je....pergh promoter mmg best..tapi sabar kena tinggi jugaklah..sebab kita main dgn orang...semua kena sopan...lembut...semoga fieyqa tabah hadapi segalanya...

    p/s: kerja promoter paling byk uji sikap 'kehakiman' dalam diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu bila? entry ni baru publish semalam. kihkihkih.
      betul tu. nak layan kerenah customer lagi, kerenah kawan kerja lagi. huhu. in shaa Allah :)

      Delete
  9. Bertabahla dengan kerja tu. Bukan senang kot nak kerja tu. Huu. Good luck untuk kehidupan fiqa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bertabah je setiap hari. haha. thanks kak :)

      Delete
  10. Busynya dia. Btw fieyqa smbng ap? Hihi

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.