Adakah ini yang dinamakan homesick?

by - April 29, 2016


Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Minggu ni aku ada satu perasaan yang pelik sikit. Tak tahulah kenapa. Hmm. Rasa rindu rumah sangat-sangat, rindu ibu ayah, rindu adik-adik, rindu kucing. Teruk pulak tu. Asyik rasa nak menangis je T_T

Adakah ini yang dinamakan cinta homesick?

Kalau mengikut definisi yang diberikan Google, homesick is...

experiencing a longing for one's home during a period of absence from it.

Betullah tu kan aku tengah homesick ni? Hahahahaha :/

Hai.... Ingatkan bila dah study makin dekat dah tak homesick dah. Dulu masa study kat Kedah rilek je tak ada pun nak homesick bagai. Tak tahulah kenapa duduk Shah Alam tiba-tiba homesick. Payah betullah.

Lagi satu, sepatutnya hari ni aku balik dah. Sebab esok ada Family Day. Malangnya, aku tak dapat balik. Okey... Serius sedih sangat. Sebabnya ialah aku tak pandai lagi balik sorang-sorang. Lol. Aku tak reti nak pergi TBS dari Shah Alam, especially by myself. Sudahlah tak pernah pergi. Aku ni pelik-pelik sikit. Karang tak sampai Johor tapi sampai tempat lain pulak. Hahaha. Gosh, I can't even imagine -_-

Tak, hakikatnya aku memang penakut. K.

Arghhhh sebenarnya tak penakut sangat pun sebab semalam memang dah decide nak bantai je pergi sorang asalkan dapat balik Johor tapi bila aku cuba nak beli tiket melalui online, tiket dah habis. Okey sangat sadis. Kawan-kawan aku cakap boleh je beli tiket kat TBS terus tapi ....... deiiii malaslah aku nak cerita lagi. Haha.

Yang penting sekarang ni aku nak pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2. Ada sesiapa dah tengok? Best tak?

Dan yang terakhir, anyone sudi share instagram yang jual baju lawa-lawa tak kisahlah blouse ke jubah ke dress ke? Please drop a comment ya. Aku nak shopping baju puas-puas bagi mengubati hati yang lara. Sobs. 

Thank you! ^^

You May Also Like

14 comments

  1. Alololo siannya dia tak dapat balik kampung. Takpe, next week Fieyqa balik ye. Fatin tak tahu sangat instagram mana yang jual dress lawa-lawa, sebab Fatin jual supplement je :)

    ReplyDelete
  2. alololo siannya fieyqa....awat takut angat aih? acu berani sikit jer...confirm sampai rumah dah....huhuhu...
    AADC2? yang satu pun rasa dah lupa, kena tgok balik sebelum nak layan yg kedua nyer...lau best fieyqa review tau!
    :D take care fieyqa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha alhamdulillah sampai jugak rumah :p
      fieyqa tak tengok lagi, nak download je kot. haha. take care jugak sofie!

      Delete
  3. Homesick jugak. Tadi pergi TBS ticket balik melaka untuk harini dah habis tsk tsk T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. fieyqa dah dapat pengajaran. lain kali kalau nak balik sangat kena beli tiket awal hehehehe.

      Delete
  4. alolololo sedahnya dia.. takpa masa belajar ni mmg selalu homesick.. nanti dah kerja townsick pulak.. XD

    ReplyDelete
  5. samalah kita,penakut -.- haha kalau sy kan mesti selalu fikir benda yg negatif so last2 semua benda pun tak menjadi. anyway sorry,tak tau pulak instagram yg jual baju lawa2 >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha itulah pasal, masalah jugak kadang-kadang -_-

      Delete
  6. alo2 comelnya cat atas tu homesick

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥