Welcome 2016! Page 1 of 366 :)

by - January 01, 2016


Assalamualaikum.

First of all, mestilah nak ucap Selamat Tahun Baru 2016 kat korang kan kan, macam tak biasa pulak. Kekeke. Semua orang busy tukar template baru sempena tahun baru. Untunglah rajin dan banyak idea nak godeh template. Hmm. Aku tak berapa nak rajin pulak since baru sebulan tukar template yang paling simple ni.

Tak sangka 2016 dah nak doploh tahun dah aku. Rasa macam tua pulak umur dah tak ada 1 di hadapan. Huhuhu. Seramnyaaa. Kenapa cepat sangat masa berlalu. Belum bersedia lagi nak jadi dewasa. Boleh tak kalau aku nak kembali ke zaman kanak-kanak semula T_T Main kejar-kejar, nenek si bongkok tiga. Hmm.

2015 banyak mengajar aku tentang kehidupan. Bezanya kawan dan sahabat. Kawan memang senang nak dapat, kawan ketawa, kawan berseronok, tapi sahabat yang ada di sisi kita waktu susah dan senang payah nak cari. Sedih bila orang yang selama ni aku anggap sahabat rupanya cuma seorang kawan biasa. 

Scary how time can change everything, kan?

***

Bila cerita pasal tahun baru mesti nak cerita pasal azam. Haha. Itu jelah balik-balik. Tahun baru, azam baru. Lepas tu krik krik. Azam tahun lepas pun tak semua aku dapat capai. Azam nak dapat dekan untuk kedua-dua sem hanya tinggal kenangan. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya aku gembira dengan keputusan aku. Alhamdulillah. Semoga Tuhan limpahkan kejayaan untuk hari-hari seterusnya. Amin :)

Azam tahun 2016... biarlah rahsia. Haha. Banyak azam sebenarnya, lol. Harap-harap dapat capai semuanya. Tak semua pun, 90% daripadanya okeylah. Salah satu azam aku pada tahun ini ialah nak siapkan post untuk Foundation Life sem 2. Sebenarnya itu azam sebelum berakhir tahun 2015. Huhu. Nampak tak nampak tak? Daripada tahun lepas nak siapkan, tapi tak buat-buat. Tak tahu nak jadi apalah malas sangat ni T_T

Semoga aku menjadi semakin rajin pada tahun ini dan seterusnya. Mihmih. Dan semoga Tuhan kurniakan kesihatan yang baik kepada diriku, ibu ayah, ahli keluarga yang lain, kawan-kawan dan kalian semua. Amin.

Anyway, apa azam tahun baru korang? Rahsia jugak ke? Hehehe.

You May Also Like

10 comments

  1. happy new year too fieyqa!
    kan jenguk blog org semua dah tukar template n design sempena 2016...
    azam? hurm....tak pk lagi...
    ^_^!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpelah lain kali boleh tukar kekeke. Cepat-cepat fikir dah 2016 ni :p

      Delete
  2. What's up my fav blogger chat ! haha Happy new year fieyqa . Haha every year jer azam baru . Same as me , Azam tahun lepas bawa ke 2016 . Contohnye kahwin bajet nak umur 22 tahun ( pergh awal kan , jgn risau ramai yang terkejut ) haha . Nampak nya masih single kita bawa azam ni ke 2016 umur 23 tahun , bajet tamat degree bulan depan , nak cari jodoh la . Haha . btw keep on focusing what you did now , Don't ever rushing , take one at a time . Happy new year fieyqa . I hope for the best for you . Oh one more thing! after solat pls do DOA ( This is bcs my sister always told me that , so why not I told to other blogger as well ) Because Allah itu maha mendengar . Fighting! (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi panjangnya komen u syamsid hahaha. Biasalah tu, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Jodoh belum sampailah tu. Kalau dah sampai in shaa Allah kahwin jugak. Nak kahwin tu jangan lupa jemput! Hehehe. In shaa Allah, always do. Terima kasih ingatkan :)

      Thanks again for the longest comment i've ever received! Hahahaha XD

      Delete
  3. selamat tahun baru! takde azam pun, cuma harap tahun ni lagi baik daripada tahun sebelumnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. In shaa Allah.
      Actually nak tanam azam baru tak semestinya kena tunggu tahun baru kan? ^^

      Delete
  4. Selamat tahun baru.. Semoga azam 2016 ni Allah permudahkan untuk dicapai. InsyaAllah :)

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥