Tentang cinta.

by - June 17, 2019



Assalamualaikum.

Lately, aku dah mula jadi semakin open dengan blog aku. Aku pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba rasa nak share. Pernah suatu masa, aku sangat berahsia pasal blog aku sampai kawan rapat aku sendiri minta link pun aku tak nak bagi. I was so insecure. Aku tak nak orang terdekat tahu apa yang aku merepek dalam blog. Sebab aku memang suka merepek. Dan selalunya manusia suka buat assumption sendiri instead of asking me what is really happening. Sama macam status yang aku suka update di whatsapp. Kadang-kadang benda tu tak ada kena mengena dengan aku pun, tapi saja update. Dan akan ada manusia yang assume benda tu pasal aku.

Trust me, tak semua yang aku update tu ada kaitan dengan aku pun. Haha.

Kalau perkara yang aku update dalam blog, lainlah pula ceritanya. This is my blog, obviously pasal akulah kan. Tapi still lah, aku masih tak boleh nak control apa yang orang fikir lepas baca apa yang aku taip. Segala assumption dan conclusion yang diorang buat, aku tak boleh nak cakap apa. Everyone has their own point of view. Cuma perkara yang aku nak tegaskan disini ialah, benda boleh tanya, kenapa nak assume. Gituwww.

Lepas update blog haritu, aku dapat few texts yang tanya aku kenapa, okey ke. Putus cinta ke? WHATTT????? Diorang cakap post haritu macam sedih sangat bunyinya. Hailaaa.. Sedih ke? Tak perasan pula saya. Mungkin korang je kot yang baca dengan nada sedih. Cuba baca dengan nada garang mesti tak jadi cerita sedih. Hahaha.

Perkara ni buat aku terfikir betapa penulisan kita boleh disalah-artikan especially bila orang tak tahu perkara sebenar. Letak sikit perkataan ‘cinta’ + ‘kecewa’ dah assume aku putus cinta. Memang perkataan cinta tu hanya sinonim dengan boyfriend girlfriend ke? Tak kan? Definisi cinta tu sendiri luas. Jadi janganlah jumudkan pemikiran kita dengan mengkhususkan perkataan itu hanya untuk explain pasal kekasih.

Bila lepas ni ada orang kata dia kecewa, janganlah main assume je. Kalau concern sangat, tanya. Mungkin dia kecewa dengan orang sekeliling, atau kecewa dengan kawan dia. Well, friends can break your heart too =P

Jangan lupa ada cinta kepada Allah, Rasulullah, ibu bapa, haiwan, buku, etc. Kalau cinta tu hanya berkait rapat dengan kekasih, tak adalah slogan “Cintailah sungai kita.” Ke kau boleh bercinta dengan sungai? Hahahah.

You May Also Like

13 comments

  1. Hi Fieyqa!! Omg hahahha memang dah lama gila kan tak singgah blog! Kak Nad pun baru nak active balik hahah. And yes, I'm getting married this week! Fieyqa stay mana? Kalau dekat nak jemput!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiqa pun rasa macam nak aktif balik tapi tulah, takut hilang lagi je. Hahaha.
      Bestnyaaaa nak kahwin dah. Fiqa stay kluang. Hehehe. Macam jauh je kan :/

      Delete
  2. so samaaaaaaaaa. kdg2 saja ja kot nak update status mcm tu dlm ws. at least ada jugak update status kan HAHAHA lol. lately ni ramai gila kwn sy yg mintak link blog hmmm dah lah sy jnis tak suka kalau org yg sy knal baca blog sbb kdg2 dlm blog sy ni jnis yg jujur sikit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kadang-kadang jumpa ayat-ayat best kat ig ke sajalah update kat ws, padahal tak semua ada kaitan dengan kita pun kan. Haha. Samalah fiqa pun rasa macamtu sometimes. Sampai kawan sanggup cari sendiri blog haha tapi lelama rasa macam ah tak kisahlah :D

      Delete
  3. salam kenal..1st time sis singgah sini.. jemput datang blog sis.. jika sudi follow sis akan turut follwback.. TQ :D

    ReplyDelete
  4. dulu pun saya selalu berahsia pasal link blog saya kat kengkawan tpi kini tidak lagi muahahaha.
    hahaha kannn, kita update sedih2 tk semestinya putus cinta. cuma benda tu random dan nampak menarik je sebabtu kita sharee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah perasaan boleh berubah. Kejap tak nak orang tahu, kejap nak pulak. Hahaha.
      Betul. Kadang-kadang tengok ayat ni macam sedap je, share jelah. Hehehe.

      Delete
  5. hai fieyqa, kita sama lah psl xnk share link blog tu. but then ttbe rasa mcm suka hati lah nak judge ke apa, pastu open je terusss haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Tetiba terfikir kalau takut sangat orang judge baik private je. Hahaha.

      Delete

Please use good words. Thank you ♥