Aku dan Header 2016.

by - January 22, 2016

Asaalamualaikum dan Salam Jumaat. Hihi.


Semalam tiba-tiba datang satu perasaan yang membuak-buak untuk menukar header blog ni. Actually header yang sebelum ni aku dah pakai since 2013 tak tukar-tukar. Bukan tak nak tukar tapi sebab tak ada masa nak mengedit yang baru jadi aku biarkan jelah dulu since header tu pun elok lagi. Lol. Memang header boleh berkulat pun. Hehehe. Lepas dah tukar header, aku rasa macam nak letak background pulak sebab sebelum ni kan aku tak pakai background apa-apa, memang biar kosong je. Nak nampak simple-lah kononnya.


Setelah ditukar kedua-duanya maka jadilah seperti apa yang korang lihat sekarang ini. Uhuks. Macam tak ada apa-apa perubahan kan? Hahahaha. Adalah. Besar tau perubahannya dalam hidup aku. Eh, dah kenapa?

Bila aku nak edit header ni barulah aku perasan yang skill photoshop aku dah terkubur. Huhuhu. Dah lama sangat aku tak pakai sampai tak reti nak guna dah. Nak delete background pun aku tak ingat dah macam mana, hahaha. Sebenarnya aku nak buat header design lain tapi sebab masalah photoshop ni lah aku terus decide nak edit asal boleh jelah. Recycle yang lama punya T_T Itu pun guna freebies je. Huhuhuhu.

Nak kena asah balik ni kalau tak habislah tumpul berkarat terus. Haha. Aku bukanlah pandai guna sangat dulu tapi setakat nak edit suka-suka bolehlah. Bila dah lama sangat tak guna jadi macam ni lah, apa pun aku tak ingat. Tapi sejak edit header semalam aku rasa dah ingatlah sikit-sikit. Itu yang malam tadi aku dok bersengkang mata buat watermark sampai pukul tiga pagi. Hahaha. Excited sangat main photoshop sampai lima watermark aku buat sebab asyik tak puas hati je. Tak nak tunjuk sebab nanti kena kutuk. Kekekeke.

Last-last pagi tadi aku buat lagi satu sebab yang semalam punya tu aku rasa macam over sangat je -.-''


Yeay inilah namanya watermark orang paling malas dalam dunia. Haha. Simple kan kan kan? Eh yang simple itu lagi menawan tau. Hahaha. Mohon sifu photoshop tak kutuk aku walaupun dalam hati. Kekekeke.

By the way, gambar ini diambil sewaktu aku sedang menunggu lampu traffic light untuk bertukar hijau. Kena ke bagitahu? Cantik kan Kluang? Tak? Okey. Bagi yang tak tahu, Kluang terletak di dalam negeri Johor ye. Kalau siapa nak jalan-jalan kat Kluang contact-lah aku mana tahu aku boleh jadi tour guide korang ke. Heee.

Gambar terpaksa di-blur-kan untuk menjaga sensitiviti tuan blog :p

Kumpul punya kumpul dah banyak jugak header yang pernah aku guna rupanya. Haha. Ini belum masuk dalam pendrive lama yang dah kena virus tu, habis semua hilang tak dapat diselamatkan. Nasib baik yang ni aku simpan dalam komputer lama, bolehlah simpan buat kenangan. Huhuhu.

Agaknya cecah 60 lebih jugak header aku ye. Biasalah dulu memang suka tukar-tukar header, asyik-asyik rasa nak tukar je bila dapat ilham baru. Hahaha. Sekarang ni je satu header pakai tiga tahun. Jimat. Ahaks.


p/s : Tajuk entri ni aku recycle je daripada entri lama Aku dan Planner 2016. Haha.



You May Also Like

24 comments

  1. Tapi header yg sebelum ni lagi comel la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee terima kasih tapi header tu dah lama sangat pakai :)

      Delete
  2. cantikkk gilaaa headerr baru tu. bebunga lawa. hihih. thumbs up! ^^

    ReplyDelete
  3. Cannntik... Berbunga2 hati kita tgk header dia 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih eimma. dalam hati ada taman tu. hahaha.

      Delete
  4. Cantiklah header baru!! :3

    ReplyDelete
  5. Akk smalh kita. Berpuloh header di tukar. Kalau boleh hari hari nak tukar. Haha. Dari zaman start blogging smpai hari ini. Gamaknya boleh buat album. Lol \( ̄▽ ̄;)/

    ReplyDelete
  6. header yg skrg lawa sangat dan nampak vintage :D

    ReplyDelete
  7. pink blog. haha favorite kaler. at least lah pandai edit kan daripada tak reti langsung mcm sy ni hah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak suka pink sangat pun tapi tak tahulah kenapa kalau blog je mesti nak warna pink, haha.

      Delete
  8. ;AAAAAA; lawanyaa headerrrr buatkan satu boleh? hahahah gurau2

    ReplyDelete
  9. header baru ni lawa. comel sangat-sangat :)

    ReplyDelete
  10. semua header lawa2 je qila rs tuw :p hihi

    ReplyDelete
  11. aduh editing skills i pun dah kelaut hahaha. cantik banner!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada semua yg komen. penat nak reply satu-satu, kehkehkeh ♥

      Delete
  12. pergh 60 header ! itu tak campur lg pendrive yang dah masuk virus tu , mau cecah 100++ ye dak . hehe lepas ni boleh lah cerita bagaimana boleh dapat nama terpikir kenape letak nama "adelova" tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak. yg dalam pendrive tu ada sikit je dalam 20+ kot, yang atas tu ada 40+ so
      total lebih kurang 60+ je, mandai dia tambah sampai 100. HAHA. heee itu rahsia ><

      Delete
  13. Bestnya pandai guna photoshop! Saya dulu reti lah jugak guna sesikit lepas tu saya pergi delete photoshop dalam laptop ni. Now baru nak download balik -.- haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. fieyqa pun takdelah pandai sangat kak, cincai-cincai je bolehlah. haha.

      Delete

Be nice please. Thank you ♥