Random post #2.

by - January 30, 2016


Assalamualaikum.

Hari ni aku free jadi aku rajinkanlah diri join segmen yang aku dah bookmark banyak-banyak tu. Haritu time aku busy, kalau aku ada nampak segmen baru je terus aku bookmark dulu. Time free macam ni boleh join. Banyak kot aku bookmark. Hahaha. Tapi yang syarat-syaratnya leceh sikit tu aku tak join-lah. Huhuhuhu.

Bagi yang tak tahu, dah dua bulan aku menganggur kat rumah lepas habis foundation. Aku bukan tak nak kerja atau malas kerja, tapi aku ada banyak kerja yang nak dibuat. Walaupun aku ni penganggur, tapi hidup aku selalu busy tau. Busy apa tak tahulah. Hehe. Tapi mulai 1 Februari ni aku dah start kerja dah. Part time promoter jeeee. Eh best tau kerja promoter. Boleh latih kaki berdiri lama-lama nanti kaki cantik je. #legsgoal Tak payah gigih buat squat dah. Kehkeh. Tapi kerja fair dua minggu je. Tak lama pun.

By the way, dengar cerita penerapan degree uitm masuk akhir bulan Februari. Hmmm, cepatnya. Hari tu ingat pertengahan bulan Mac baru masuk. Tak sangka tiba-tiba kawan aku cakap awal bulan Mac dah mula kelas. Aku harap ini cuma khabar angin semata-mata. Huhu. Seram pulak nak masuk degree T_T


Oh ye, haritu lepas aku terbaca entry Tashira pasal photobook ni terus aku excited nak jugak. Hahaha. Hari tu jugak aku survey website Lazada sebab nak beli photobook. Dah siap pilih terus aku settle-kan payment. Aku tak fikir apa-apa pun masa tu. Lepas aku dah settle payment, aku saja-sajalah usha website Photobook ni. Biasalah bila kita baru first time bukak, dia akan keluar satu pop-up untuk subscribe. Aku pun subscribe lepas tu aku sign up terus. Lepas sign up, aku dapat email daripada Photobook inform yang aku dapat 'free welcome gift' sebab join Photobook family-lah kononnya. Aku pun apa lagi, seronoklah. Dapat free kan. Haha.

Tapi lepas tu aku terus terfikir, yang aku beli tu nak buat apa pulak? Lol. Aku memang tak kuasa nak edit sampai dua photobook sebeb leceh kan. Dahlah 40 muka surat. Fuhhhh. Mula-mula aku fikir macam 'Takpelah yang beli tu untuk gambar family, yang free ni boleh letak gambar dengan kawan-kawan.' Tapi bila aku dah start design yang free tu aku terus berubah fikiran nak design satu je. Haha. Last-last esoknya hari Jumaat tu aku call Lazada sebab nak cancel order. Nasib baik dekat Lazada tu boleh cancel order ><

Jadi semalam aku pun bertungkus lumus siapkan photobook tu. Gigih aku buat walaupun main hentam je. Tak tahulah hasil dia nanti macam mana. Harap-harap cantiklah. Haha. Bila dah siap tu, aku terus buat payment pukul dua pagi tu dan taraaa..... tinggal tunggu photobook aku sampai depan rumah je. Heee.

Kalau tengok harga waktu dah siap, RM83 something tapi lepas redeem voucher, aku cuma kena banyar RM8.48 je iaitu untuk shipping fee muehehehe. Murah kan? Walaupun yang ni saiznya kecik sikit, 6" x 6" sebab yang aku beli kat Lazada tu besar sikit, 8" x 8" tapi tak apalah. Lain kali boleh beli yang besar pulak :D

Siapa yang belum sign up photobook tu, pergi sign up sekarang.
Nanti boleh dapat welcome gift percuma macam aku. Hehe.

You May Also Like

12 comments

  1. Mesti cantikkk. Nanti nak tengokk ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh. nanti kalau dah dapat, fieyqa buat entry :)

      Delete
  2. haha kan? leceh jugak rasanya nak edit byk2.

    ReplyDelete
  3. Murahnyaaaa! Saya terus buka website Lazada tp macam tengah maintenance :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah, wajib beli *ceh* hahaha. eh yeke kak? fieyqa bukak petang tadi okey je.

      Delete
  4. Bestnyaaa!!! Nanti dah siap photobook tu share okey! Nak tengokkk... Hehe #muahciked :*

    ReplyDelete
  5. all the best jadi part time promoter. kita pun duduk rumah menganggur jugekk..heheh. bulan 3 ni sem baru (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itulah tiba-tiba company lama panggil cakap nak guna orang, pergi jelah.
      lagipun dah lama sangat duduk rumah :)

      Delete
  6. Woah nice . Boleh share di blogpost . Usha sikit macam mane ghope nye . hehehe :D

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥