Tips untuk new blogger ikhlas daripada saya. Hehe.
Bulan lepas, aku ada dapat satu mesej di Cbox tanya aku tips untuk new blogger. Bernama tetapi tak ada link. Tak tahulah siapa Niena tu kan malu-malu kucing pulak ye. Hihi. Aku fikir banyak kali jugak nak buat ke tak, nak buat ke tak, sebab tak tahulah layak ke tak nak buat entri macam ni since aku bukanlah blogger famous atau termasuk dalam kategori blogger professional pun. Blogger baru nak belajar merangkak je. Huhu.
Tapi bila fikir-fikir balik, tak apa kot kalau aku nak kongsi pengalaman aku selama 5 tahun berblogging ni. Baru 5 tahun ye, bukan 15. Jangan salah baca kekekeke. Sebenarnya tak reti pun nak bagi tips tips ni. Wuwuwu. Rasa macam Dato Dr Fadzilah Kamsah pulak nak bagi tips. Haha. Mohon jangan bash saya T_T
Okey, jom kita mula. Bismillahirrahmanirrahim.
1. Yang pertama semestinya kita perlu rajin. Rajin update entri baru. Buat satu goal untuk dicapai macam 'Aku mesti update blog setiap hari.' atau dua kali seminggu atau seminggu sekali. Depends kepada keadaan diri sendiri. Tapi janganlah sebab nak update selalu sampai buat entri merepek atau copy paste je entri orang lain. Tak baik main kotor. Haha. Yang penting selalu update. Jangan tinggalkan blog setahun tak berupdate. Macam aku. Huhu. Lainlah kita ni blogger famous bertahun tak update pun masih ada orang datang baca.
2. Rajin lagi. Rajin blogwalking. Salah satu cara paling senang untuk kita nak orang lain kenal dan tahu kewujudan blog kita ialah dengan blogwalking ke blog orang lain. Tak kisahlah korang nak walking ke hopping ke running ke, yang penting mesti buat, dan jangan lupa tinggalkan jejak. Bila kita jengah blog orang lain, mereka mesti akan jengah blog kita balikkan. So kat situ kita dah boleh up traffic blog jugak. Hehe.
3. Jangan sombong. Bila dah baca entri orang lain, ambillah masa sikit untuk tinggalkan komen. Pada aku, bila orang tinggalkan komen kat entri aku, aku rasa dihargai sangat. At least aku tahu ada orang yang betul-betul baca apa yang aku bebel. Haha. Lagi satu, bila orang komen entri kita pulak, rajin-rajinlah balas. Kesian orang lain tinggalkan komen tapi kita tak balas pun. Nanti dia merajuk sampai bila-bila tak komen dah. Haha.
4. Kemas. Bukan tadika kemas ye tapi kekemasan blog. Sentiasa pastikan yang blog kita kemas dan tak serabut dilihat. Kalau boleh, widget-widget yang tak penting tu tak payahlah letak. Macam widget bagi makan ikan ke, jam ke. Semua orang dah ada jam kat desktop masing-masing jadi widget jam tu tak perlu pun. Plus kalau widget tak banyak, blog pun tak berat sangat. Dan bila tak berat, taklah ambik masa yang lama untuk loading.
5. Susun atur blog yang rapi. Pastikan layout blog sentiasa tersusun dan tak berterabur. Paling penting, kotak shoutmix atau cbox haruslah diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Bayangkan kalau korang letak tempat yang susah nak nampak, orang blogwalking blog korang punyalah scroll banyak kali tapi tak jumpa pun kotak tu. Dahlah internet tengah cari gaduh. Tak ke menguji kesabaran mereka pada waktu itu? Huhuhu.
6. Pemilihan warna yang sesuai. Pemilihan warna yang aku maksudkan ialah pemilihan warna di blog post dan warna tulisan. Sorry to say, jangan marah ye. Aku selalu perasan perkara ni berlaku pada blogger yang guna template blogskin. Bukan semualah. Few of them. Background blog post warna putih lepas tu tulisan boleh pulak warna kelabu sikit je lagi nak putih. Mahu berair mata aku nak baca entri korang weh T_T
7. Jadilah blogger yang pemurah. Pemurah bukan murah tau. Kalau blogwalking kat blog orang lain nampak iklan tengah menari-nari tu tolonglah klik ye. Tak rugi kan? Dapat pahala lagi tau. Hahahahahahahahaha.
Okey yang last sekali tu bukan tips sangatlah. Kekekeke.
Aku rasa itu je kot. Apa lagi eh? Dah tak ada idea dah. Kepada Niena, maaflah ye lambat jawab soalan Niena. Kak Fieyqa dilema tak tahu nak buat ke tak. Hahaha. Poyo gila. Rasa diri tua sangat pulak guna 'kak'. Hmmm.
Anyway aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau entri ni ada buat sesiapa terasa. I'm just sharing my humble opinion. Kalau ada yang tak puas hati nanti kita cerita belakang ye. Hahaha.
p/s : Kepada blogger-blogger baru, happy blogging. Teruskan usaha, pasti berjaya. Mihmih ><
42 comments
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tips...bagus2...
Waalaikumussalam. Sama sama :)
DeleteYeyyy bestnya banyak tips! :D
ReplyDeleteHehehe. Semoga bermanfaat ^^
DeleteNice tips! especially number 6 hehe lagi satu yang suka pasang lagu kt blog, menggelabah cari button pause ^^
ReplyDeleteYa Allah itu pun salah satu point nak tulis last last terlupa. Haish -.-"
DeleteThanks aina! Semoga berguna walaupun bukan new blogger, hihihi.
Lawak la fiqa ni :D Tersengih sengih depan laptop ni tahu tak -..-" haha. Btw, good tips ! Hee ;)
ReplyDeleteHaha tang mana yg lawaknya :p Thanks sudi baca. Hihi.
Deletesbb last tips tu mcm meminta kan :p
ReplyDeleteqila mmg pemurah hiks.
thanks for the tips gurl! <3
Sesekali meminta takpe kot. Hahaha. No problem :)
Deletetips yang bagus. walaupun dah lama blogging hehehe... btw tips yang no 6 tue mmg betul pun. tersengeh pulakk kite membacanya. huhuhu. clicking your nuff anyway :)
ReplyDeleteKan... Sakit mata tau. Mata kita dah lah tak berapa nak terang. Haha. Terima kasih ^^
DeleteYess I wanna say somerhing ! . Haha . Actually I'm kinda New too eventho I'm 22 y/old , but I start blogging since June 2015 ( Almost 7 month yrs old ) I'm "senior" Newbie , I think ? Haha Lets considered as "ordinary" , Wait ! I'm confused what I'm talking about right now . Haha . Ok let's get to the straight , from my observations what I've seen through this blogger world , well it's kinda we already knew , like you said "neat and tidy" so yes ! When I take a look at my blog , hurm I feel down already , seems like I'm lack of something when I look at my blog. Haha As Newbie like me , You guys should learn from the best , like Fieyqa-san here . She's good n she's beautiful too . Hahahaha Am I right Cik Fieyqa ? OPPSS I mean your blog so "beautiful" hahaha #PickupLineBlogger . Haha
ReplyDeleteBaru start blogging tapi blog dah famous okeylah tu. Pencapaian yg memberansangkan! Hahaha.
DeleteFor me, ur blog is just okay. Nice and tidy. Cuma kalau kotak cbox tu letak kat sidebar lagi okey kot.
Just my two cents. Hahaha. Amboi nak apa ni puji puji? -.-"
amboi~ syamsid puji lebih2 ye kat fieyqa ni.. >o<
Deletehahahaha dia propa je tu ._.
Deletethankyou kak fieyqa untuk tips ni
ReplyDeleteSama-sama raizah :)
Deletethanks fieyq bagi tips yang sangat berguna untuk semua...
ReplyDeletemaju blogger infinity!
Sama-sama. Terima kasih sudi baca. Hehehe.
Deletetips last sekali tu paling best hahah xD
ReplyDeleteHehehe tu paling utama sekali, jangan lupa ye. Haha.
Deletetips yang bagus dan berguna untuk saya :3 terima kasih atas perkongsian ini :3333 *banyak pulak nombor 3 ni* hhehe
ReplyDeleteSama-sama tomo. Hahaha. Silakan letak banyak-banyak lagi XD
DeleteNice tips. hehe thanks fieyqa sebab sudi share. nah fatin tolong klikkan iklan marigold, toyota dan shell untuk fieyqa <3 <3
ReplyDeleteWelcome. Hehehe, terima kasih fatin! Nanti fieyqa datang serang balik ye :D
Deletebetul tu. BV pun amalkan tips2 diatas walaupun rasanya bukan newbie lagi dah. thanks tau :D
ReplyDeleteBV dah senior bukan newbie lagi dah ehehehe okay :)
DeletePemurah okay bukan murah ! Okay, saya sukaaa.. hehe. btw, thanks info. walaupun bukan newbie dah tapi still rasa macam newbie.. ekkkekeke
ReplyDeleteSalam kenal semuanyaa... Ai nak jadi pemurah jugak tapi bukan murah okay :)
Hehehe sama-sama mawar. Ye, lain tau pemurah dengan murah, kena ingat tu. Hahaha.
Deletethankyouuu wak ehh for the sharing♥
ReplyDeleteWelcome ♥ Hihi.
Deletebagus tips2 nya...
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #21 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/12/senarai-url-blog-21.html
maaf ya sangat-sangat, mia baru je sempat nak blogwalking ni... (^_^)
Hehehe terima kasih kak mia. Cantik nombor fieyqa, 60 ><
DeleteTerima kasih :)
ReplyDeleteEhehehehe amboi mcm tu sekali ye, hutan hujan tropika terus. Hahaha.
For someone who has been blogging since 2015, these tips serve as a reminder especially number 1 hahahhaha.. i hardly blog especially when i am busy. Should have set a goal to at lease post a picture when i'm busy XD thanks for the reminders ^^
ReplyDeleteThat's the most important thing that's why i put it as the first point hehehehe
Deleteselalulah update so people will always come to read our blogpost. Welcome dear :)
ni bukan tips untuk newbie je. yg dah lama pun bloh pakai. hehhe
ReplyDeletehehehe in shaa Allah semoga bermanfaat :)
Deletenice tips dear~ harap la sy telah memenuhi semua syarat tu. #bloggerbwhtempurung hehehe
ReplyDeletejemput singgah yer.. http://aienienka.blogspot.my
hahaha dah lama blogging jangan risau :p
Deletetips yang bagus,thank you!
ReplyDeleteBe nice please. Thank you ♥