Pinterest

Wednesday, January 27, 2016

Kenapa buat aku macam ni T_T


Assalamulaikum.

Beberapa hari ni aku agak sibuk dengan banyak perkara yang perlu dibuat dan diselesaikan menyebabkan aku tak ada masa nak update blog dan balas blogwalking korang. Kalau ada masa pun dah tengah malam. Maaf ye. Terima kasih kepada yang masih gigih singgah blog ni, tinggalkan jejak dan komen. I terharu T_T

Apa yang buat aku tak terharu dan sedih hiba ialah bila aku perasan yang bilangan followers aku makin lama makin menurun. Banyak pulak tu yang hilang. Masalah blogspot lagi ke ni? Apa masalah blogspot sebenarnya eh? Sudahlah tahun lepas aku dah hilang 200 lebih aku rilek je lagi minum kopi sambil goyang kaki sebab aku malas nak cari gaduh *ceh* kejap lagi tengok hilang lagi 30 lebih. Hmm saya okey.

Siapa lagi yang mengalami masalah yang sama macam aku angkat tangan! Kalau masalah blogspot tak apalah, aku redha. Tapi kalau memang blogger yang beramai-ramai unfollow aku, aku mintak maaf ye kalau ada update entry yang membuatkan sesiapa terasa atau berkecil hati. Sesungguhnya saya tak sempurna. Kehkeh.


p/s : Entri macam sedih sangat je. Poyo. Hahaha. Have a good day everyone! :)

24 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe so sweet. Terima kasih zinnirah :)

      Delete
  2. akk.. aina pun mgalami bnda yg sma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Memang masalah blogspot lah ni. Haih T_T

      Delete
  3. samalah kita fieyqa! huhuhuhu....sedih dowh...
    p rasanya masalah blogspot kot...hopefully...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan? Bukanlah batak followers tapi bila hilang sekali banyak macam tu sedih jugak T_T

      Delete
  4. mmng ada masalah lagi dgn blogspot tu kot. sbb ramai je yg update pasal followers hilang. sy pun gigih dok kumpul followers sampai 1600,tapi skrg dah turun 1556 pulak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu tak apalah nak buat macam mana, tunggu je dia naik balik T_T

      Delete
  5. it's might be something wrong with the link something like that. ade bloggers yg bg tips mcm mana nak elakkan benda ni jadi. Goodluck

    ReplyDelete
  6. hihihi blogwalking sat...kite pn x ramai follower...sedihh T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lama-lama banyaklah. Jangan risau. Heeee :)

      Delete
  7. Samaaaa. Dulu pun pernah gak tetiba berkurang. Tapi tak kisah lah, janji still dapat update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Touching dengan blogspot. Mogok lapar. Haha *tetiba*

      Delete
  8. Mmg poyo hahahaha hm qila dh malas dh nak fikir ekeke sbb ramai sgt dah hilang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qila followers ramai tak apalah kihkihkih ><

      Delete
  9. masalah blogspot kot fieyqa. fatin haritu pun ada banyak jugak followers yang menurun. tengok blogger lain pun ada jugak alami masalah yang sama. yang peliknya lepas habis masalah tu, takda pulak nak naik follower tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, memang dia sapu habis semua tak pulang balik dah. Haha T_T

      Delete
  10. Sama la followers menurun. Masa hilang tu, ada la jugak berdrama konon-konon orang unfollow. Padahal blogspot ni problem. So, sekarang iRedho dah iRedho hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nak buat macam mana kan, sakit hati jugak sebenarnya. uRedho? Ok. iPon. Haha.

      Delete
  11. Hahaha mari lah kita sama-sama bersedih sebab followers kak Nad pun dah kurang dekat 200 jugak ni TT_TT iPasrah iRedha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huuuuuuuuuuuuu T_T Hahaha. Nak naik bukan main susah, nak turun laju je T_T

      Delete
  12. Sbb Google kan? Tak lah siapa pulak yang nak unfollow fieyqa beramai-ramai hehe don't worry kay. Semoga Google tak buat hal lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe saja je berdrama. hiks. harap haraplah :)

      Delete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.