Cinta Si Wedding Planner

by - January 05, 2016

Assalamualaikum.

Sejujurnya aku bukanlah peminat fanatik drama Melayu. Uhuks. Kalau drama Melayu bersiaran kat tv tu aku memang buat tak tahu je walaupun sampai trending kat Twitter. Pelik ke aku ni? Sebab pada aku, drama Melayu ni plot dia lebih kurang sama je. Cinta, persahabatan, mati, itu jelah balik-balik. Plus aku tak suka cerita yang bersiri yang menyebabkan aku kena tunggu setiap hari untuk sambungannya. Malas weh ._.

Kalau aku nak tengok sangat pun aku akan tunggu cerita tu tamat lepas tu baru aku tengok online sekaligus berapa hari settle. Haha. Macam drama Sebenarnya Aku Isteri Dia, itu pun tengok sebab aku beli novel dia dulu sebelum drama keluar, so nak tengok jugaklah macam mana rupa dramanya kan. Plus sebab hero dia Izzue Islam. Ehem. Drama yang lain macam Ariana Rose semua memang aku tak tengok. Haha.

Tapi drama dalam slot Akasia kali ni telah menarik perhatian aku wiwiwi. Sebab apa? Mestilah sebab Adi Putra kekekeke, lepas tu bergandingan dengan Mira Filzah pulak. Alahai comelnya. Aku minat Mira ni sebelum dia mula berlakon lagi. Selalu usha ig dia sampai rasa insekiyo gila kenapa dia comel sangat T_T

Cuma satu jelah slot Akasia ni aku tak berkenan sikit sebab dia bersiaran jam 7 malam memang taklah aku nak tengok tv maghrib maghrib macam tu, jadi penyelesaiannya aku kenalah tengok online ye kawan-kawan.

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur di tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. >> Sinopsis penuh klik sini <<

Sekarang dah nak masuk episod 4. Siapa yang terlepas episod 1-3 boleh tengok online ye!


UPDATE !

Episod 4 • Episod 5 • Episod 6 • Episod 7 • Episod 8 • Episod 9 • Episod 10 • Episod 11 • Episod 12 • 
Episod 13 • Episod 14 • Episod 15 • Episod 16 • Episod 17 • Episod 18 • Episod 19 • Episod 20 • 
Episod 21 • Episod 22 • Episod 23 • Episod 24 • Episod 25 • Episod 26 • Episod 27 • Episod 28 


You May Also Like

13 comments

  1. OMG THANK U FOR THE LINK!!!
    ILOVE ADP T_T
    HE IS SO DAMN MACHO HUHUHUHU.
    and hot and sexy hiks.

    hmmmmmmm mira pun mmg cantik </3
    hahahah nangis tepi bucu katil sbb insecure ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome qilah. Hahaha kan kan fiqa dari dulu suka Adi Putra ni. Haish.
      Eh janganlah nangis. Semua orang pun cantik hehehehehe ><

      Delete
  2. haa cite ni nampak kat iklan mcm best, tp siaran kul 7..memang xdaya laa nak nengok..kene tonton online laa semestinya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya pun. Haha. Betul tu, nasib baik ada online dpt jgk tengok :)

      Delete
  3. Dah! terjebak semula.
    Setelah sekian lama stop tengok slot Akasia kerana time yang kureng sesuai.
    That is because ADP jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha minat adi putra jugak yeeee heee *kenyit mata*

      Delete
  4. hahahaha sama macam saya tengok sebab ada ADP je...kalau tak kirim salam ajelah nak melayan...plus lagu penutup dia best!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramainya peminat adi putra kat sini..... Haha. Kan. Tahu takpe! Suka lagu tu :3

      Delete
  5. samalah . hahhahhahah . drama paling best bila ada adi putra . hensem gitu xD

    ReplyDelete
  6. Saya follow Mira Filzah kat instagram, tapi tak banyak tahu mengenai drama Malay ini. Hehehe, sangat cantik!! Anyway, I am from Indonesia so I don't really understand Malay, but paham lah sikit-sikit. ^^

    febiola-febby.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, hi aurora. hehehe. ha'ah mira memang cantik pun T_T
      tapi rasanya bahasa melayu dengan bahasa indonesia tak banyak beza kan?

      anyway, thanks sudi singgah. hehehe :)

      Delete

Be nice please. Thank you ♥