Pinterest

Tuesday, February 02, 2016

Hari pertama kerja.


Assalamualaikum.

Semalam hari pertama aku kerja. Tapi bukan kali pertama aku kerja situlah sebab sebelum ni pun dah beberapa kali jugak masuk kerja situ. Asyik-asyik masuk situ kalau cuti. Hihi. Macam tak ada company lain je yang nak ambil aku kerja. Bukan tak ada, tapi aku tak mintak pun sebab yang lain semua jauh. Kluang Mall je yang paling dekat dengan rumah. Itu pun tak dekat sangat. Kalau jalan kaki semput jugaklah. Huhu.

Aku dapat kerja situ sekali dengan kawan sekolah lama. Seronoklah dapat kerja sama-sama jaga fair nanti tak adalah bosan sangat sebab boleh gossip-gossip. Haha. Kejap lagi rupanya dia jaga fair tingkat bawah, aku pulak jaga fair tingkat atas. Memang sehari kerja tak nampak satu sama lain pun sampai kan rehat pun dia cakap dia lupa aku kerja situ -.-" Arghhhhhh stress. Itulah, niat tak baik Tuhan tak izinkan. Hahaha.

Hari pertama macam biasalah kaki naik kejang berdiri sebab dah lama tak kerja kan. Haha. Padan muka. Bosan pulak tu mula-mula sebab aku seorang je yang baru masuk semalam so yang dah lama masuk tu macam tak tegur aku sangatlah. Heh. Aku dah fikir macam.. habislah mereput aku sepanjang dua minggu ni. Tapi lepas tu bila dah tegur-tegur terus macam dah kenal lama. Asyik borak je. Hahaha. Nasib baik diorang okey.

Aku jaga bahagian handbag, brand Gio Fiore. Kecur je tengok handbag lawa-lawa, stok baru pulak tu. Hmmm. Pakkal lah baru kerja gaji tak ada lagi, kahkah. Tapi aku dah jatuh cinta pada dua beg kat situ. Tapi... aku nak simpan duit. Erm. Tak apalah mungkin kali ni aku hanya mampu untuk mencintai tapi tidak untuk memiliki. 



Ok.

24 comments:

  1. nnti ada duit boleh le buang 'hanya mampu mencintai tapi tidak untuk memiliki'

    ReplyDelete
  2. Hahaha Kecur air liur tengok handbag :P

    Selamat bekerja sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal. paling tak boleh tengok handbag dengan kasut. hahaha. terima kasih KTC :)

      Delete
  3. kerja elok elok :) tak pun simpan aje duit gaji tu sampai banyak banyak before rasa betul betul nak beli beg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi betul, sebab bukan keperluan pun, cuma kehendak ><

      Delete
  4. nk gi kluang mall lah :p
    eceh acah dekat je hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mari mari, fieyqa bentang red carpet nanti. hahaha.

      Delete
  5. haha tgk je lah dulu. nanti gaji baru beli. tapi at least dapat kerja kan? tak mcm sy ni dok rumah goyang kaki T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe fieyqa pun dah dua bulan goyang kaki, kerjalah pulak. hihi.

      Delete
  6. lahai~ sadis nau ending ayat dia.. :'( tak apa. mana tau ada rezeki dapat hadiah beg.. dari unknown. tu, baru class

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa pulaklah unknown tu tetiba je nak bagi kite beg. hahahaha.

      Delete
  7. bestnya da kerja..hihi..selamat berkerja ya..^^

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. waalaikumussalam. terima kasih singgah, hihi.

      Delete
  9. Nanti dah kaya sikit, kita shopping handbag sama-sama ya! Kekeke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhhhh. tapi tak nak kaya sikit, nak kaya banyak. hahaha.

      Delete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.