Review movie : The Finest Hours

by - February 21, 2016

Assalamualaikum.

Kelmarin aku keluar dengan kawan. Plan asal nak sarapan kat luar lepas tu tengok Deadpool, tapi plan ke laut sebab macam-macam halangan dan rintangan kami terpaksa tempuhi. Akhirnya, tak dapat tengok pun. Cis.

Mula-mula dah decide tak payah tengok movie, nak shopping barang untuk sambung belajar je tapi lepas tu aku rasa macam gian pulak nak tengok wayang dengan kawan so ajaklah jugak Iqaa tengok movie ni :<

Tak dapat tengok Deadpool pun tak apalah :<

Kenapa handsome :<

Cerita ni tentang Bernie, seorang pengawal pantai yang dah jatuh cinta pada seorang gadis bernama Miriam. Masa diorang punya first date Miriam dah lamar si Bernie ni hahahaha pantas sungguh kau yee Miriam. Nama Miriam, kenapalah tak Mariam ke, Meriam ke, senang sikit nak menyebutnya punnn.

Diorang decide nak kahwin. Yang si Bernie ni pulak macam poyo sikit nak formal sangat siap nak mintak izin ketua dia untuk kahwin. Masa hari dia nak mintak izin tu, ada sebuah kapal tangki terbelah dua so Bernie telah ditugaskan bagi mengetuai misi menyelamat kapal tu bersama dengan tiga orang krew yang lain.



Dalam masa yang sama, krew-krew dalam kapal tu pulak tengah bertungkus-lumus untuk elakkan kapal tu daripada tenggelam. Biasalah cerita mat saleh kalau scene macam ni mesti ada pertelingkahan sebab semua orang rasa diri sendiri betul. Haha. Tapi akhirnya, semua orang ikut cakap Sybert. (alah, yang macho tu)


Si Miriam ni pulak dah risau sangat dekat boyfriend dia, si Bernie tu sebab dia rasa yang misi menyelamat tu macam 'Suicide Mission' memandangkan cuaca kat laut yang memang menakutkan. Huhu.

Banyak kali dia suruh ketua Bernie untuk arahkan Bernie supaya patah balik tapi ketua dia buat bodoh je -_-

Yang paling tak boleh blah, krew dalam kapal tangki tu ada 30 lebih tapi nak selamatkan pakai bot kecik je yang kapasiti muatan 12 orang. Aku dah gelak-gelak macam orang gila dengan Iqaa sebab dah macam sardin dah bot tu. Haha. Sudahlah ribut tengah kuat lepas tu pakai bot kecik je. Kena pukul ombak, terpelanting krew. Kompas pun boleh hilang. Kahkah. Aku fikir bot tu akan tenggelam tengah laut je tapi tak pun.

Bernie dan rakan-rakan berjaya menyelamatkan 32 orang krew kapal tangki SS Pendleton ><

Yeay, mission accomplished! Walaupun lawak dan macam tak masuk akal tapi diorang berjaya okey. Haha. Bernie dan crew dia lagi tiga orang tu pun dianugerahkan Gold Lifesaving Medal.

Aku tengok cerita ni banyak scene tengah laut dengan atas kapal je dah macam cerita Titanic. By the way, filem ni based on true story tau. So walaupun tak berapa logik dek akal, korang kena terima jugak. Haha.


Best dan tak rugi tengok!
Rating : Aku bagi 3.5 / 5 bintang :)

You May Also Like

34 comments

  1. belum tengok lagi :( baru nak pergi tengok esok huhu sobsobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengoklah, boleh tahan best filem ni. sorry kalau kacau mood nak tengok. kehkeh.

      Delete
  2. Menarik, ini yang rasa nak tengok wayang ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. ahaaa true story qila sukaaa hehe.
    ala jgn la tengok deadpool :( qila tak tgk lagi jgk hahahaha dengki betul haku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, fieyqa pun suka true story. hehehe. jomlah tengok cecamew :p

      Delete
  4. okay..nanti akak nak tengok juga haha

    ReplyDelete
  5. good review. nak tengok nanti kalau sempat hehe

    ReplyDelete
  6. masa tunggu nak tgk Ola Bola haritu dia ada jugak tunjuk trailer cerita ni and scya pun quite interested jugak. kalau tengok yg 3D punya konpem lemas haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 3D version ke eh? tak perasan pulak. hihi. tengok 2D pun dah lemas kesejukkan aircond. hahaha.

      Delete
  7. Hahaha "tak logic dek akal" tu tetibe teringat lagi ade satu movie india yang die tunggang kuda tu pastu slide bawah lori haha tp in shaa Allah hollywood belum sampai ke tahap tu lagi . Ok back to the story

    First of all tak tau nak reacts cam mane dengan movie ni sbb based on your review if feels like , it's worth to watch or not ? haha Selalunye based on true story kind of movie ni selalunye kite admire but lepas bace ni takut nanti ke wayang mat saleh kiri kanan pastu teringat dengan entry ni . Mahu gelak melambung dibuatnye fieyqa btw I must admit that I like your detailed review tho , It seems that I just watch a movie for free lah . Thanks for the review . I'm appreciate that a lot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggang kuda lepas tu slide bawah lori tu paling win. hahahaha.

      memang nak buat review macam ni pun biar orang fikir sendiri patut tengok ke tak. haha :p
      movie ni best, lagi-lagi kalau tengok dengan kawan yang sekepala sebab akan ada je little things
      yang boleh jadi bahan lawak. hahaha --" thanks anyway for reading this review. hihi.

      Delete
  8. Baca post review pasal movie ni tros rasa nak nengok laa nanti.. haha.. tq for sharing!

    ReplyDelete
  9. my hubby cakap deadpool banyak flashback.tak best

    ReplyDelete
  10. Wah mcm best jerk..nak g tgok la nt.. :*

    ReplyDelete
  11. macam best ja...p tada mood lagi nak layan movie..huhuhu ada gak camni kan?
    p zootopia kena tengok...hahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh macam tu, kena tengok jugak! eh suka je nak paksa orang. haha. nak tengok jugak :3

      Delete
  12. Replies
    1. siapa yang handsome? saya ke? terima kasih. hahaha.

      Delete
  13. haha lawak part macam sardin tu...mungkin sebab compact, tu mission accomplished tu, dlm kecompactkan tu ada hikmahnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugaklah kan. setiap yang berlaku ada hikmahnya. huhuhu.

      Delete
  14. filmnya bagus sangat, saya suka...para pejuang yang rela mati demi keselamatan orang lain

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥