Pinterest

Friday, February 05, 2016

Cerita tentang kerja.


Assalamualaikum.

Kejap je dah empat hari kerja. Hari ni baru ada masa nak online sebab setiap hari balik malam. Kalau esoknya shift noon boleh jugak online, tapi kalau full shift masuk pukul 10 memang tak ada masa-lah nak bukak blog.

Kerja makin best sebab kami empat perempuan dah makin rapat, mihmih. Bukan macam sebelum ni dok usha dari jauh je lepas tu senyum-senyum, pemalu konon, last-last aku bantai tegur lagi dua orang tu. Haaa dah rapat pun. Haha. Pengajarannya senang je, kalau orang tak nak mula, kita kena mulakan. Ok? Ok.

Perhaps okay will be our always.

Ada seorang promoter lelaki ni kadang-kadang asyik nak cari gaduh dengan aku je. Kadang-kadang kelakar sangat sampai jadi bahan lawak kami. Hari tu berbual dengan dia pasal cermin mata (macam tak ada topik lain) lepas tu tiba-tiba dia cakap "Ada sorang promoter perempuan tu dia pakai apa tu.. eye bag." Aku tahu dia nak maksudkan contact lens tapi dia cakap eye bag ._. Kami terus bantai gelakkan dia sampai dia cakap "Sorrylah kak, saya tak tahu." banyak kali. Tak tahu kenapa aku rasa kelakar sangat, mungkin sebab aku bayangkan perempuan tu pakai 'eye bag' dalam mata kot. Hmmm. Tapi sekarang dah tak kelakar sangatlah. Haha.

Dari dulu kalau aku kerja situ, waktu rehat mesti aku balik rumah. Lagi puas makan kat rumah dapat tambah seberapa banyak kali pun plus dapat jimat duit. Tapi dah dua hari ni aku tak balik jadi aku rehat dengan kawan-kawan. Akibatnya, aku dah guna RM25 untuk makan. Gaji separuh hari tu. Tak boleh jadi ni ><

Aku paling suka jadi promoter ni sebab boleh tengok macam-macam ragam pelanggan. Ada yang dah belek berjam-jam akhirnya tak jadi beli. Ada pulak yang dah suka sangat-sangat lepas tu tanya harga lepas diskaun last-last cakap kat rumah ada lagi beg yang elok-elok. Kadang-kadang kesian jugak tengok makcik-makcik yang tengok handbag tapi lepas tu dia cakap "Nak jugak merasa pakai handbag mahal, tapi duit takde." sambil gelak buat-buat ke asli ke aku tak pasti sebab aku pun pura-pura gelak je lepas dia cakap gitu. Huhu.

Yang paling tak best, "Dik, handbag harga RM30 ada dik?" Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Lagi satu pengajaran yang aku dapat ialah kalau anak anda menangis dan meraung di khalayak ramai sebab nakkan sesuatu tapi tak dapat, jangan pujuk, biarkan je sambil rakam sight untuk post kat moment wechat.

Hari ni 5 Februari. Hmmm. Semoga ada berita gembira buat aku. Amin.

Maaf sebab belum sempat balas blogwalking korang. Happy blogging! :)

18 comments:

  1. kalau pujuk anak meraung tu , konfem lg sakan dia nak teriak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tengok budak tu jugak dan cara kita pujuk dia :) sebab lepas tu nenek
      dia agaknya dah bingit sangat pergilah pujuk budak tu, dia terus diam. hihi.

      Delete
  2. kalau kerja promoter memang dapat tengok macam2 ragam orang kan. hehehhee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sampai kadang-kadang teruji jugak kesabaran, kehkeh.

      Delete
  3. Eye bag dalam mata. Hehehehe tu lawak. Sometimes lelaki kena ambik kisah jugak bab-bab alat make-up orang perempuan ni , betul tak ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul. kalau tak memang malukan diri sendiri je. haha.

      Delete
  4. bukan senang nk lyn kerenah org ni kan... huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. lagi-lagi yang cerewet kadang-kadang geram jugak ><

      Delete
  5. Teringin pula nak jadi promoter.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali mintak kerja jadi promoter baru boleh rasa pengalaman tu. hehehe.

      Delete
  6. hehe macam macam pengalaman dapat bila kerja ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sebab tu kalau rajin, kena cuba macam-macam jenis kerja. baru best hehehe.

      Delete
  7. what a cute cat.

    oh and that tfios reference thoo xD

    -http://nothingmuchbutyeah.blogspot.my/2016/02/27-addiction.html

    ReplyDelete
  8. Haha macam macam kan ragam orang. Bestnya kerja! Dapat duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. best memang best tapi dia punya penat nak berdiri tu... Tuhan je yang tahu. hahaha.

      Delete
  9. dtg blogwaking sini :D done follow, btw blog ni cantek lahh.... mata bersinar tengok! :D hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiiii tak cantik mana pun sampai boleh bersinar tengok hahahaha ><'

      Delete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.