Oh Cinderella by KMLIA HSHM

by - February 09, 2016

Klik banner untuk join :)


Cinderella? Haha. Masa kecik-kecik dulu Cinderella memang antara fairy tale yang menjadi favourite aku. Tak tahu kenapa suka sangat jalan cerita yang macam ni. Sama macam cerita Puteh, aku suka gila cerita tu! Kalau boleh setiap hari nak tengok. Huhu. Samalah macam cerita Cinderella ni.

Masa kecik tipulah kalau aku cakap aku tak pernah berangan nak jadi Cinderella, tapi aku cuma berangan part yang selepas pari-pari tu tolong dia sampailah dia kahwin dengan anak raja. Part-part sebelum tu tak nak aku, jadi kuli lepas tu hari-hari kena buli buat kerja rumah tak berhenti T_T Tak bestlah hidup macam tu. Haha!

Aku selalu berangan, kan best kalau dapat kahwin dengan anak raja. Hidup mewah, bahagia, dapat pakai pakaian mahal-mahal, dapat makan sedap-sedap, dapat duduk dalam istana, dapat anak cantik (tetiba). Sampaikan bila main pondok-pondok mesti nak namakan anak Puteri. Lol -.-" Macam ntah apa-apa kan? Hmm. Eleh macamlah korang tak pernah berangan macam ni. Tipulah. Hahaha. Tapi bila aku makin besar, baru aku sedar bahawa apa yang aku angankan masa aku kecik-kecik dulu tu semua merepek je. Sia-sia. Apakehenya anak raja nak kahwin dengan aku, dah macam sinetron je, kehkeh. 

Masa sekolah rendah, disebabkan tahap fanatik aku terhadap Cinderella yang melebihi ketinggian klcc, aku pernah masuk satu pertandingan bercerita bahasa Melayu. Peringkat sekolah jelah. And guess what? Mestilah aku pilih Cinderella sebagai cerita yang aku nak sampaikan. Siap merengek-rengek kat ayah suruh belikan gaun kembang macam Cinderella dengan kasut tumit! Hahaha. Beriya betul nak jadi Cinderella.

Fortunately, berbaloilah sebab aku menang tempat pertama tau. Tak sangka... Eleh padahal dah agak dah aku mesti top 3 sebab ramai tak hafal cerita waktu tu. Haha. Dapat set pensel warna yang besar tu. Alaa yang dalamnya ada pensel warna kayu, pensel warna air, marker dengan crayon. Kejap aku google. Lol.

Haaa set yang macam nilah, tapi aku punya bentuk kereta. Tak dapat nak describe betapa gembiranya aku waktu tu sebab dapat jadi Cinderella depan orang ramai lepas tu pulang membawa sebiji kereta, kehkeh.

Oh ye, lupa nak tunjuk!


Inilah buku cerita Cinderella yang memberi seribu kenangan buatku. Kehkehkeh. Sekarang dah buruklah. Dah lama kan, tapi kenangan dengan Cinderella tetap terpahat dalam ingatan *LOL, apa aku ni*

Banyak pulak aku membebel, dahlah macam lari topik je. Haha. Tak kisahlah.

Hadiah best gila aku rasa nak menangis sampai esok T_T Korang joinlah sekali. Mana tahu ada rezeki kan? Kalau tak ada rezeki pun, kita menangislah berjemaah tengok hadiah tu menjadi milik orang lain. Hahaha.


Nota kaki : Entry ini telah siap ditaip pada 27 Disember 2015. Sekian, harap maklum. Lol.

You May Also Like

6 comments

  1. Goodluck dear girl! <3333333 yes, tipu lah tak berangan ceni kan hiks!

    ReplyDelete
  2. dulu pun suka sangat cinderella, hahah, siap jadi orang pertama beratur untuk beli buku cinderella kat sekolah. lepas tu pulak, try lukis cinderella tapi, dah jadi buruk sebab tak de bakat. buku cinderella tu pun dah reput sebab selalu belek.pernah lah jugak berangan, hahaha, sekarang dah keluar novel ain maisarah dan izanor sharif tajuk cinderellah vs rapunzellah, dah khatam banyak kali dah. yang buku cinderella tu pun dah hilang kene bakar rasanya. hahaaa.

    semoga berjaya menjadi pemenang :)

    ReplyDelete
  3. set colors tu memang set impian masa zaman kecik dlu kan

    ReplyDelete
  4. ya Allah , seriously dulu liyana ada set crayon tu !! itu memang favourite set ever and time dapat tu punyala kedekut nak guna . kihkih .

    The Talking Diary

    ReplyDelete
  5. hahaa benda pertama yang selalu aku berangankan masa zaman hingus-hingus dulu.. selalu sangat tengok citer cinderella setiap pagi sabtu.. entah sekarang ada lagi ke tak. kah!

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥