Jom ke Taman Botani Johor!
Assalamualaikum.
Lately ni aku busy sikit sampai tak ada masa nak update blog atau balas blogwalking korang. Sorryyyyy.
Busy banyak sebenarnya sampai nak on laptop pun tak sempat. Haha.
By the way, Sabtu lepas aku ikut family shopping barang sekolah adik-adik. Saja menyibuk walaupun dah habis sekolah. Eksaited. Huhuhu. Lepas lunch, tiba-tiba ayah ajak pergi Taman Botani Johor yang terletak di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Taman ni dah lama ada rasanya, cuma mereka ada upgrade sikit-sikit tu yang nak pergi tengok tu since ramai orang dok post dalam Facebook bagitahu mereka pi sini. Haha.
Masa on the way tu cuaca memang panas tapi malangnya bila sampai sana, hujan pulak T_T Terpaksa tunggu sampai hujan reda sikit barulah pergi masuk dalam. Tu pun still gerimis kuat jugalah masa tu. Dah lah kena parking luar pagar sebab pintu pagar tak buka. Aku rasa sebab hari Sabtu kot. Pejabat dalam tu pun tak buka. So kalau nak pergi, aku sarankan pergilah hari biasa. Tak adalah kena jalan jauh-jauh nak masuk dalam.
Boleh tahan cantik jugalah tempat ni walaupun macam tak terurus je. Huhu. Yang paling membuat aku sakit hati sebab sampai-sampai je sini, handphone aku terus mati sebab kehabisan bateri. Blergh.
Dalam taman ni ada tasik-tasik terhasil daripada bekas lombong.
Tuan belog pun nak ada gambar juga. Bagilah can sikit. Kehkeh!
Masa kami sampai tak ramai orang sangat tapi waktu nak balik, dah penuh dah orang tepi tasik T_T
Siapa yang belum pernah datang sini, jemputlah datang. Cehwah macam rumah aku je. Haha. Tak kena bayar pun nak masuk sini. Free je. Sukalah tu free kan. Lepas tu boleh jalan-jalan seluruh negeri Johor sekali. Johor pun ada banyak tempat best tau! Bulan Disember ni aku wartakan sebagai Bulan Melawat Johor. Heh.
Last but not least, tips kalau nak pergi sini jangan pergi waktu hujan atau selepas hujan sebab memang bestlah mandi lecak kasut semua kotor macam apa je tapi dalam gambar tak nampaklah kan kan. Haha.
24 comments
jauh berjalan luas pemandangan =)
ReplyDelete@munirah mansor
ReplyDeleteBetul tu :)
I use to stayed in johor before but never know there's such a place like that . Haha . Nice blog btw
ReplyDelete- Syamsid Blog -
johor pun tak pernah sampai lagi T.T
ReplyDeleteDpt gak jenjalan okey lah...Kita keje je sampai nengok kertas pun nak muntah
ReplyDeletebestnya jenjalan dengan family camnie. :D
ReplyDeletecantik taman tu :D
cantiknyaa taman botani. tapi paling suka payung2 tu. hehe. hipstur angattt
ReplyDelete@Syamsid Dhuha
ReplyDeleteHahaha biasalah tu. Fiqa pun tak habis lagi semua tempat dalam Johor ni :)
@Harei Sachiyo 幸代
ReplyDeleteMeh la datang Johor :D
@ct cheery
ReplyDeleteHehehe sesekali ambillah cuti jalan-jalan tenangkan fikiran ^^
haha macam best jeeeee. nak ajak family juga lah ;D
ReplyDelete@BudakVanilla
ReplyDeleteCantik, walaupun tak siap lagi sebenarnya ni. Masih dalam pembikinan. Hihi :)
@Mormor
ReplyDeleteHahaha hipster eh. Sekarang dah banyak tempat buat macam tu kan? :3
Macam best! Jauh lah johor, sy duduk selangor..huhu..belum ada rezekijejak kaki ke sana
ReplyDeletelaaa, org bp keeee. sama la
ReplyDeletewahh cantik jugak yer taman botani johor..salam kenal fieyqa
ReplyDelete@Diya Hanun
ReplyDeleteHehe In shaa Allah ada rezeki mesti sampai :)
@Aisyah Sukor
ReplyDeleteEh tak lah, saya bukan orang bp. Jalan-jalan je ni ^^
@cikpuanfairul
ReplyDeleteCantik... :) Salam kenal ^^
@Syifa Auliya
ReplyDeleteBest! Datanglah. Tapi tunggu semua siap lagi best agaknya. Hehe.
nais view :D
ReplyDelete@jo
ReplyDeleteHehe ^^
weyhhhh... datang BP bukannye nak singgah rumah aku ekkkk....
ReplyDeleteJauhnya nak pergi sampai rumah kau. Hahaha T^T
DeleteBe nice please. Thank you ♥