Jalan-jalan cuci mata!
Assalamualaikum.
Memandangkan aku tengah free ni, duduk mereput je kat rumah, online jelah kerja aku. Ingatkan nak kerja tapi since sekarang tengah musim hujan jadi malas sikit. Rasa nak tidur je kat rumah. Hmmm. Tadi masa tengah selongkar galeri handphone terjumpa pula gambar-gambar ni terus aii rasa nak throwback sikit *emoji ketawa nangis* Cehhh, acah-acah Instagram je nak throwback-throwback segala. Hahaha.
Waktu aku dah habis asasi haritu, family aku datang jemput aku kat Kedah. Alang-alang dah sampai Kedah tu, marilah kita berjalan sekali. Orang kata, sambil menyelam minum air iye tak? Tapi kalau menyelam dalam swimming pool tak payah sambil minumlah sebab kebarangkalian anda untuk terminum sisa kumbahan orang lain sangatlah tinggi. Heh *sila muntah* Takut nanti terkena kencing tikus pula. Haha tetiba.
Kami terus menuju ke Jitra lepas ambil aku sebab kawan ayah ajak bermalam di rumah. Esoknya tu pagi-pagi kami pergi ke taman rekreasi D'Aman Park, Jitra, saja ambil udara pagi yang dah nak tengah hari tu.
Kat sini boleh sewa bot swan tu dan buggy ride kalau just nak pusing keliling tasik. Sorry tak ada gambar buggy. Sewa untuk buggy ride tu RM15 boleh naik 4 orang. Lebih tak tahu boleh ke tak. Kami sewa 2 buggy, sebuah untuk kanak-kanak dan remaja, sebuah lagi untuk ibu bapa kihkih. Kami malas nak naik bot swan sebab masa tu cuaca tengah panas lagipun waktu kat Langkawi dulu dah pernah naik :)
Gambar-gambar yang diambil waktu tengah naik buggy yang slow tu. Jalan kaki pun lagi laju tahu tak T_T Kalau naik buggy ni jangan berangan-lah nak bawa berlumba yeeeee. Hahaha.
Buggy yang dinaiki oleh para ibu dan bapa telah tertinggal jauh di belakang kehkeh.
Amacam? Cantikkan tempat ni? Siapa belum pernah sampai tu cubalah pergi sini. Boleh bawa anak-anak naik bot swan ke buggy ride ke bagi makan ikan ke.. Bagi sesiapa yang suka memancing, kat sini boleh memancing juga. Tapi kena bayarlah. I think RM10 untuk 4 jam rasanya if I'm not mistaken. Kalau rasa nak berenang atau menyelam dalam tasik tu pun boleh juga. Tak ada siapa akan melarang. Hahaha.
Balik dari Jitra, kami meneruskan perjalanan ke Ipoh, Perak sebab nak menziarahi ibu saudaraku yang tinggal di sana. Haaa amek bahasa baku aku bagi. Hahaha. Tidur semalam kat sana, malam tu makan besar kehkeh esoknya dia bawa kami ke Kellie's Castle. Itu pun sebab aku yang beriya sangat nak pergi. Tak tahulah mengapa suka sangat melawat tempat-tempat macam ni T_T Rasa macam tengah belajar History gitu. Lol.
Satu jam lebih jugalah kami dalam istana ni mencari harta karun tapi malangnya tak jumpa. K tipu. Istana ke? Sebab nama dia castle aku panggil istana jelah ye padahal rumah agam. Haha.
Sebenarnya Malaysia ni memang ada banyak tempat menarikkan? Tak payah pergi jauh-jauh ke luar negara, kat Malaysia pun dah ada macam-macam tempat best dan menarik yang boleh kita teroka.
Korang pula macam mana? Cuti sekolah ni pergi manaaa? Hehehehe.
p/s : Dah seminggu entry ni terkubur dalam draft sebab busy sangat. Huhu T_T
22 comments
Dari dulu teringin nak gi Kellie's Castle tapi asyik tak kesampaian sajaaa T_T
ReplyDelete@Nadratul Syazwana
ReplyDeleteHahaha sama lah dah lama nak pergi. Alhamdulillah dah sampai pun. Nanti ada masa pergilah :)
Blom sampai lg.huhu
ReplyDeletecantiknya...
ReplyDeleteselamat bercuti ya...
@Nabila Syifa
ReplyDeleteIn shaa Allah akan sampai :)
@sofie adie
ReplyDeleteGambar lama je ni. Haha. Anyway thanks :)
dah pernah smpai ke kellie's castle tp x naik pun angkara baby meragam
ReplyDelete@nazaraman
ReplyDeleteAlahai siannya. Haha :/ Takpelah lain kali boleh pergi lagi :)
Kellie's castle tu bukan tempat yg ____ tu ke?
ReplyDeletenever been there lg huhu T_T
^_^
ReplyDeleteDah lama teringin nak ke Kellie's Castle..
ReplyDeleteMerungkai sejarah dan misteri nusantara.......... Haha
@syasandeul
ReplyDeleteTempat yg apa tu Sya? Hahaha :p
@Miss M.S
ReplyDelete:)
@Kakak Tiri Cinderella
ReplyDeleteCehwah sejarah dan misteri nusantara eh? Hahaha datanglah. Rungkai semuanya :p
johopr, tanah airku...yeahhh...
ReplyDelete@Muhammad Faizal
ReplyDeleteTetiba je Johor -.-" Ni kes tak baca, main komen je ke macam mana. Haha.
tak sampai lagi ke sini T_T
ReplyDelete@Harei Sachiyo 幸代
ReplyDeleteIn shaa Allah satu hari nanti sampai :)
Ada jumpa hantu tak kt kellie castle.. ehehe
ReplyDelete@Media Sensasi
ReplyDeleteHantu tak nak keluarlah siang-siang. Kehkeh.
amboi jln sakan.. hehehe balas kunjungan..
ReplyDelete@Ahlam Miera Shafie
ReplyDeleteTerima kasih :)
Be nice please. Thank you ♥