Review buku : Seyogia karya Amal Hamsan
Assalamualaikum.
Siang tadi aku kemas bilik, terjumpa pula novel Seyogia karya Amal Hamsan yang aku beli saing dengan novel Awek Chuck Taylor dan Kasarnova, tak ingat bila. Tahun lepas rasanya. Aku memang dah lama suka baca novel-novel keluaran Lejen Press ni sebab santai, senang cerita memang bestlah. Lagi satu Buku Fixi pun aku minat juga. Dulu suka baca kawan-kawan punya je. Muka tak malu pinjam orang punya. Haha. Alasannya sebab aku suka kumpul novel omputeh je plus susah nak jumpa buku-buku macam ni kat tempat aku.
Tiba-tiba tadi bila nampak buku ni rasa macam nak baca balik, padahal buku The Fire Witness pun tak habis baca lagi. Haha. Macam ni lah perangai aku. Kadang-kadang sampai tiga empat buah buku dalam satu masa T_T Buku ni bukanlah buku baru sebenarnya. Diterbitkan pun pada tahun 2013. Aku syak mesti ramai yang dah baca. Tapi bagi yang belum baca, aku recommend korang cubalah baca buku ni :)
Sinopsis
Pertemuan mereka berdua tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, berlainan. Walau permulaannya sama, namun yang hujungnya jelas tiada persamaan.
Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka.
Cinta antara mereka terus-terusan membuta.
Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.
Review :~
Pada aku buku ni memang best sebab berjaya buat aku nangis banyak kali. Ke aku yang emotional sangat ni. Haha. Jazreen atau dalam nama panggilannya Jard dalam cerita ni merupakan seorang gadis yang kesunyian sebab parents dia pun tak ambil kisah pasal dia kecuali abang dia, Jazman. Watak Jazman ni aku paling sukaaaa sebab aku bayangkan alangkah bestnya ada abang yang macam tu. Huu T_T Protective sangat-sangat. Aku dapat rasa yang dia sayang sangat kat adik dia si Jazreen tu walaupun dia tak tunjuk secara zahir. Mereka memang rapat sejak kecil sampailah ada satu peristiwa berlaku yang menyebabkan hubungan mereka bertukar dingin. Paling sedih sebab lepas tu abang dia meninggal. Perkara ini menyedarkan aku bahawa tak kira macam mana pun kita sayang seseorang, satu hari nanti kita pasti akan kehilangan mereka :'(
Sementara itu, pertemuan Jard dengan Laila menyedarkan Jard yang walaupun dia rasa hidup dia teruk, sebenarnya ada orang lain yang perjalanan hidup mereka lebih teruk daripada dia. Laila banyak mengajar Jard tentang erti hidup walaupun lepas tu Laila pun tinggalkan Jard sebab kanser otak. Nangis lagi T_T
Ada seorang lagi watak Kak Mas yang berjaya bimbing Jard semula ke jalan yang lurus dan Azzad yang dok admire kat dia walaupun dia tak layan. Haha. Ada lagi ke lelaki yang macam tu kat dalam dunia ni ._.
Dan part paling sedih antara part-part paling sedih. Lol. Bila Jard jumpa CD milik abangnya yang tertulis.....
Will you ever know, that the bitterness and anger left me long ago,Only sadness remains, and it will pass.You will be loved by somebody good.By somebody good, Jard.
Bukan itu je, ada juga gambar-gambar Jard yang Jazman tangkap menunjukkan bahawa Jazman sentiasa memerhati dan mengawasi adiknya. Nampak macam stalker kan? Tapi sebenarnya itulah tanda yang dia sayang sangat pada adik dia dan dia nak pastikan adik dia sentiasa selamat. Hurm.
Aku bagi 5/5 bintang. Siapa belum baca, cubalah. Confirm tak menyesal. Bravo kepada penulis.
Okay bye. Nak nangis lagi T_T
12 comments
macam menarik je. :D
ReplyDeletesedih lak walaupun cuma baca ur review T^T
macam menarik je. :D
ReplyDeletesedih lak walaupun cuma baca ur review T^T
i tag you~
ReplyDeletehttp://fardiyah.blogspot.my/2015/11/sepuluh-soalan-dari-mimi-rheem.html
@BudakVanilla
ReplyDeleteCuba baca sendiri. Mesti lagi sedih xD
Sumpah cerita ni best gilaaaaa nak mati. Nak abg macam tuuuuuuuuuuu. 5/5 Sumpah. Best. Heheh
ReplyDeletemacam best jee :D
ReplyDeletemcm best jer novel2 tu.. sy duk lyn novel alaf 21 jer... klu best nak try beli la nanti... hehehe
ReplyDelete@Emi Jung
ReplyDeleteHahahahahahaha bukan main sumpah dia :p
@Mormor
ReplyDeleteBest. Mesti baca! :D
@Ahlam Miera Shafie
ReplyDeleteBelilah. Banyak lagi novel best-best keluaran Lejen Press :)
Setiap kali pegang buku ni nak beli, mesti xjd beli, xthu knpe .. kali ni, msti masuk wishlist dan kena beli. Tq for review :D
ReplyDelete@Kim Chaa
ReplyDeleteMesti takut tak best kan? Hehe beli yg ni, mesti tak menyesal. No problem :)
Be nice please. Thank you ♥