5 jam di Melaka.
Assalamualaikum. Hai.
Hari Khamis lepas aku pergi Melaka sebab ada hal sikit nak settle. Ayah pula ada kerja jadi terpaksalah pergi sendiri. Nasib baik ada seorang kawan kat Melaka, bolehlah minta tolong dia teman aku kat sana. Hehe. Aku keluar dari rumah bukan main awal pukul 7.40 pagi sebab dia kata bas paling awal pukul 8. Rupanya pukul 9. Terpaksalah menggelupur kebosanan di stesen bas tu selama sejam sebab nak tunggu pukul 9. Huhu.
Naik bas dari Kluang ke Melaka cuma 3 jam je. Pukul 12 tengah hari dah sampai. Tiket berharga RM15.40. Masa kat Melaka Sentral aku pusing-pusing sampai mabuk tengok macam-macam barang yang dijual. Lepas tu pergi makan kejap sementara tunggu kawan aku sampai. Aku nampak ramai orang dengan beg sandang besar cuci mata tengok cenderamata. Backpackers lettuw~ Hatiku berbisik. Lol.
Bila Qamarina dah sampai, dia tanya aku nak pergi makan pisang goreng cheese tak? Mestilah nak. Siapa tak nak?! Aku pun cakap okay jelah. Jadi kami pun pergi ke Kapten Pisang di Foodcourt Taman Seri Cempaka.
Masa kami sampai tu dah ramai orang tengah beratur. Qamarina cakap memang sedap plus yang bestnya kat sini sebab pisang goreng tu ada banyak topping. Jadi kita boleh pilih mana yang berkenan dihati.
Nak pilih crew dia pun boleh. Huhu. Kami pilih topping cheese, chocolate, oreo cheese dan cinnamon sugar. 12 keping hanya RM10. Kami berdua je tapi sebab nak rasa banyak sikit jadi ambillah yang 12 keping boleh pilih maksimum 4 toppings :) Kalau beli set yang 6 keping tu cuma boleh pilih 1 topping je.
Selepas makan, pergi selesaikan urusan sebenar lepas tu pergi jalan-jalan kejap sementara tunggu bas nak balik pukul 5.15 petang. Ramai betul orang, memang sesak jalan masa ni.
River cruise Melaka. Dah naik masa pergi Melaka dengan family tiga tahun lepas :)
Last sekali, kami pergi minum di vendor boutique sebelah Aeon. Comel je tempatnya.
Lepas tu Qamarina terus hantar aku pergi Melaka Sentral sebab dah pukul 5.15. Bas pun dah gerak. Panik gila aku masa tu. Hahaha. Nasib baiklah dia berhenti waktu aku dengan muka tak malunya tahan bas tu kat tengah jalan. Lol. Mestilah dia berhenti kalau tak sah-sah dia langgar aku -.-"
Terima kasih Qama sebab bawa I jalan-jalan! Kehkeh. Kali terakhir jumpa dia masa kami darjah 6. Lepas 7 tahun baru jumpa balik. Itu pun disebabkan adanya Instagram. Haha. Tak sangka Qama nak kahwin dah. Tahniah! Semoga bahagia hingga ke anak cucu. Wish awal-awal takpe kan? Hehe.
22 comments
terliur tgok kapten pisang tuuu
ReplyDelete@amira faqihah
ReplyDeleteFiqa yg dah makan ni pun still rasa terliur bila tengok :p
Ya Allah sedaaaaaaaapnyaaaa pisang tuuuu .. >.< .. minta sapu tangan, air liur dh meleleh leleh ni... :p btw, ni first Time singgah sini. Jemputlhmah datang rumah http://kimchaa.blogspot.my .. :D
ReplyDelete@Kim Chaa
ReplyDeleteAmboiiii. Nahhh *hulur sapu tangan* Hehehehe. Terima kasih sudi singgah :)
Bestnya fieyqa dapat jalan-jalan :-)
ReplyDeletewahh..cantik melaka ni..mmg bersih kan bandaraya melaka ni..balik nt ingt nk ronda2 melaka la..insyaAllah.
ReplyDelete5jam je kat Melaka? mana cukup...5 hari ar...
ReplyDelete@Belog Nabihah
ReplyDeleteAda urusan nak diselesaikan. Jadi sambil menyelam kita minumlah air. Hehehe.
@athiqi ariff
ReplyDeleteMelaka memang cantik! :) Pergilah pusing satu Melaka. Banyak tempat boleh pergi kat Melaka tu. Semuanya menarik :D
@Muhammad Faizal
ReplyDeleteHahaha cukup je bukan nak pergi mana pun :)
pisang cheese tu paling best!!
ReplyDeletebest giloss tengok pisang tu, dahsyat. nakkkk
ReplyDelete@fifie feyca
ReplyDeleteMemangggg. Best gila. Haha.
@Myra Azraff
ReplyDeleteSilakan... Ambillah banyak mana nak. Hikhik :p
pisang topping tu....terliur tgk..
ReplyDelete@Azura Rabbits
ReplyDeleteHehehehe :)
Melaka... Salah satu tempat yang KTC teringin sangat nak gi :) Best laa kan jalan jalan kat sana..
ReplyDeleteBersama kawan lama pulak tuu... Tuu laa kebaikan media sosial... Tapi ramai yang salah guna...
Wah... Alhamdulillah.. Nak kawen dah.. Hihi tahniah... Wish awal tanda eksaited kan.. :P
hai sisss, seronok baca post niii. buat la tips bajet utk vacation di melaka pliss. terigin sangatt hehe suggest la hotel mana yg selesa, dh lama nak singgah melaka jalanjalan :)
ReplyDelete@Kakak Tiri Cinderella
ReplyDeleteMai lah semenanjung, banyak tempat boleh pergi. Hehe. Haah. Betul tu, kitalah yg kena pandai gunakan dgn betul kan? :)
Itulah. Jodoh dah sampai. Terima kasih.. *saya wakilkan* Haha.
@lyannanuuur
ReplyDeleteEhhhhhhhhh hahaha fiqa pun tak pernah lagi backpacking ke Melaka. Pernah bercuti ke Melaka dulu pun dengan family hihi in shaa Allah ada rezeki kalau pergi fiqa update yeee :)
menariknya kaptain pisang tu! lapar terus T____T
ReplyDeleteermm ermm pastu MELAKA wahhhhh teringinnya
nak pergi jalan-jalan Mekala. Eh Melaka hehehe
@anamizu
ReplyDeleteCuti sekolah ni, pergilah Melaka. Kalau jalan-jalan kat sana nanti, jangan lupa singgah kapten pisang :D
Be nice please. Thank you ♥