Backpacking ke Penang (Part 2)

by - November 07, 2015


Assalamualaikum.

Baiklah, entry ini adalah sambungan daripada entry ini :)

Esoknya, lepas kemas barang, kami terus check out dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yang kami sendiri tak pasti mana nak pergi. Main redah je. Haha. Sebelum tu, ambil gambar dulu depan Muntri House. Buat kenangan waktu tua nanti. LOL.


Dekat-dekat dengan Muntri House tu ada The Chocolate Boutique, macam muzium jugalah kot. Tak sure sebab kami tak berminat nak masuk. Masa tengah borak-borak kat depan tu tiba-tiba ternampak ada pelancong dari Korea lepas tu si Fadh dan Zati terus kejar mereka sebab nak ambil gambar -.- Ai don't understand. Kejar bukan main jauh tapi tak dapat bergambar pun sebab pelancong Korea tu lari bukan main laju terus masuk dalam satu restoran. Kami syak mereka takut sebab kena stalk. Mesti mereka ingat kami gila. Haha.


Kami nampak 'Friendship Park' dalam peta jadi rasa excited nak pergi sebab nak tengok juga tempatnya macam mana- best ke tak. Gigihlah ni jalan panas-panas sebab nak pergi Friendship Park. Rupanya...


Macam ni je tempatnya. Macam taman untuk berehat. Nak tahu lebih lanjut, klik sini.

Selepas tu, kami jalan-jalan cuci mata lagi dan terus menuju ke Penang 3D Mural Art Street yang bersambung sekali dengan Time Tunnel. Jalan nak ke Time Tunnel ni tersembunyi sikit. Kena pandai carilah. Bayaran masuk untuk dewasa RM22 manakala kanak-kanak RM12 dan student pula, RM10 jewwww.


Macam ntah apa-apa je gambar dalam ni tapi alang-alang dah masuk, layankan jelah T_T

Lepas sarapan, kami naik bas rapid menuju ke Kompleks Bukit Jambul. Saja jalan-jalan. Ingatkan nak singgah Queensbay tapi sebab masa dah suntuk jadi terpaksalah batalkan hasrat tersebut. Cari barang sikit lepas tu makan tengah hari kat KFC dan naik bas rapid sekali lagi untuk balik ke Pengkalan Weld.

Kami sampai UiTM Kedah dalam pukul 9 lebih. Memang penat sangat tapi pengalaman tu yang paling best. Tak puas rasa macam tak nak balik sebenarnya. Hekhek. Walaupun tak banyak tempat pun yang kami pergi tapi okaylah, we had an amazing time. Lain kali ada rezeki boleh pergi lagi. Tapi tempat lainlah. In shaa Allah :)

Banyak lagi sebenarnya gambar tapi tak dan lah aku nak upload semua kan. Haha.

Total perbelanjaan asas macam pengangkutan + hotel + muzium cuma lebih kurang RM80 seorang. Tak masuk shopping plus makan ye. Memang jimat banyaklah. Tak sampai seratus pun. Hehehehe.

p/s: Aku tak adalah taip entry ni mengikut kronologi sangat sebab aku sendiri tak ingat apa yang kami buat. Haha. Jadi aku taip ikut suka aku je. Banyak lagi perkara yang aku tak masukkan macam pergi makan atau pergi mana-mana tempat sebab aku nak make it short and simple. Alasan je padahal malas. Plus aku tak suka cerita pasal makan sebab sekarang ni pun aku dah lapar T_T

Till then, have a nice day everyone! :D

You May Also Like

10 comments

  1. salam perkenalan sis..

    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  2. @Amy Jung
    Salam perkenalan. Terima kasih singgah blog fiqa :)

    ReplyDelete
  3. ok la kan RM80, sy dlu pegi penang kedah RM100, lebih kurang jgk, tak termasuk makan..makan, pandai2 la jimat..haha

    ReplyDelete
  4. @Athirah Zain
    Haah betul tu. Makan sesekali bolehlah makan besar. Yang lain amek yg paling jimat je! Hihi :p

    ReplyDelete
  5. Penang! Best... Bila agaknya boleh sampai sana... Wuwuwuw

    Okey... Part kejar orang Korea tuu lawak.. Siap melarikan diri lak tuu. Haha

    ReplyDelete
  6. @Kakak Tiri Cinderella
    In shaa Allah satu hari nanti sampai. Hehe. Kannnnn macam tetahu pulak kami kejar dia hahah siap lari lelaju tu yg tak boleh blah lol.

    ReplyDelete
  7. hamboi kejar tourist korea ye? takot dorang agaknye tu yg laju lari hehehe. syoknya jalan2 dengan kawan2 kan. puas hati dpt yang sekepala hehe

    ReplyDelete
  8. @anamizu
    Minat korea sangat sampai pelancong korea pun dikejarnyeeee. Hahaha. Yup alhamdulillah, memang satu kepala dgn dyorang ni kalau tak memang tak pergi sama-sama pun :p

    ReplyDelete
  9. Seronoknyeee :D Okey la tu dah round round penang. Bukan senang tu. haha

    ReplyDelete
  10. @Anis Khalilah
    Hehehehe tapi in shaa Allah nak pergi lagi sebab tak puas :3

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥