Pinterest

Sunday, January 27, 2013

5 Sains Akaun.

5 sains akaun.
kelas aku tahun ini, tahun 2013.

memandangkan tiada streaming sebab kelas aku merupakan satu-satunya kelas akaun, jadi memang kena hadap muka-muka tahun lepas untuk lagi setahun. bosan tak bosan, jemu tak jemulah. memang muntah hijau hari-hari sebab tengok muka orang yg sama. k aku tipu.

tahun lepas, aku ada buat satu post pasal kelas lama aku. 4 sains akaun. dalam post tu, memang aku luahkan ke-menyampah-an aku pada kelas tu. but now... hehehe. betul orang cakap, tak kenal maka tak cinta. setahun berlalu, aku makin sayang pada kelas aku. bukan bangunan kelas tu yg aku sayang. i mean, classmates aku. seriously, we're like one big happy family. walaupun masih ada kelompok-kelompok tertentu dalam kelas macam yg ni kelompok pandai, yg tu kelompok bising, yg sana kelompok gay *opps* tapi tapi bila ada apa-apa aktiviti, semua jadi satu. all for one, one for all! yeah, itu yg kita nak! 1 Malaysia! -.-


jujurnya memang aku sayang. waktu kami tinggal setahun je. tak lama. lepas ni semua akan bawa haluan masing-masing. entah jumpa lagi, entah tidak. setiap momen-momen yg kami lalui, aku akan ingat sampai bila-bila. tak akan terlupakan. tahun ni, aku nak kumpul kenangan banyak-banyak. biar penuh satu bakul. biar ada banyak perkara yg boleh buat aku senyum waktu tua nanti. hehehehe. sekarang pun, bila ingat balik, aku mesti tersenyum :')

budak-budak ni beriya rancang nak pergi sana sini lepas habis SPM. jauh betul fikir :p nak bercuti sama-sama. nak spend time sama-sama. nak pergi tepi pantai, nak mandi laut, nak teroka gua, nak itu, nak ini. aku nak tengok sejauh mana rancangan tu boleh pergi. berjaya atau tidak. just wait and see yaaaaaaaaaaa. hahaha. 

*senyum sumbing*

susah-susah sangat, kita bentang tikar kat dataran tasik putih, pasang radio kuat-kuat sambil layan tempe cicah sambal kicap. lagi ohsemmmmmmmmmmmmmmmm! kahkah.

2 comments:

  1. betul tu. saya pun ada classmates yang masih sama sejak ting. 1 (skrg saya form 4) memang dah rapat macam family.


    amboi, rancang cuti tapi SPM belum habis berperang lagi :P All the best fer yer SPM! :D

    ReplyDelete
  2. @Miss Xyz
    kan kan? fieyqa pun ada :)
    tulaa pasal. berangan bukan main. HAHA. terima kasih :D

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.