Pinterest

Saturday, October 24, 2015

How I miss blogging...


Assalamualaikum. Hai.

Dah lama sangat tak berblogging sampai rasa kekok nak menaip. Terlalu banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup aku dan aku tak sempat nak tulis semua dalam blog ni macam dulu. Start dari aku tamat zaman persekolahan, kerja part time sana sini and lastly dapat tawaran UiTM second intake untuk asasi undang-undang. Dan sekarang ni aku dah habis asasi pun. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu walaupun sebenarnya aku memang lambat sikit nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain since aku tak pergi matrikulasi disebabkan beberapa faktor yang tak mengizinkan aku pergi plus masa first intake aku dapat Diploma Sains Komputer yang mana memang aku tak nak tapi tak tahulah macam mana boleh dapat so aku apply pulak untuk yang second intake. Dan alhamdulillah, aku dapat my first choice.

Sekarang ni pulak aku tengah sibuk-sibuk nak apply degree. Serabut jugak nak apply degree ni rupanya. Takut tersalah pilih nanti menyesal tak sudah. Kawan-kawan aku ramai yang suggest supaya aku sambung je degree in law but tbh, aku tak yakin dengan diri sendiri untuk teruskan dengan law. Don't ask me why. Kalau nak cakap pasal susah, apa benda je yang senang dalam dunia ni kan? Frankly speaking, I had a great time during my foundation life. Orang selalu cakap asasi susah sebab setahun je. Bayangkan pelajaran yang banyak tu kena habiskan dalam masa 14 minggu! (..or less) Memang serabut dan memenatkan otaklah cerita dia. Kadang-kadang rasa macam saraf otak nak putus. Heh. Tapi okay je, tak mati pun.

During the first sem, life was good. Walaupun busy tapi masih ada masa nak layan movie dengan roommate ke baca novel-novel jiwang ke tidur sepanjang hari ke. Tapi bila masuk sem 2 memang terasa dia punya sibuk tu. Kelas pun start as early as 8 a.m. sampai 6 petang baru habis. Memang exhausted gila. Dengan silibus yang makin susah. Assignment lagi. Tapi.. alhamdulillah. I managed to get through it :)

Actually, ada banyak benda aku nak cerita tapi mungkin lain kali. In shaa Allah. Anyone yang ada soalan berkaitan asasi undang-undang atau.. oh ye, I was in UiTM Merbok, Kedah. So kalau nak tahu apa-apa pasal this course or UiTM Merbok, feel free to ask. Tapi asasi undang-undang lepas ni semuanya akan ditempatkan di kampus Dengkil, so yang berminat nak sambung asasi undang-undang, jangan risau u guys takkan dicampak ke Merbok. Bersyukurlah. Huhuhu. Tapi sebenarnya kena campak ke Merbok wasn't so bad after all since Merbok pun okay je. Aman lagi mendamaikan. Serious talk. Haha. Okey, abaikan 'haha' tu, aku serius -.-


Till then, take care!

12 comments:

  1. tkpe, pilih slow2 degree tu sebab it will determine ur future. anyway kemas nye blog awk :)

    ReplyDelete
  2. @eyjalukman
    In shaa Allah. Dah buat pilihan dah pun. Hehe. Thanks, biasa je :)

    ReplyDelete
  3. bila dah lama tak blogging memang rasa kekok nak menaip kan, hihi. my sister pun study kat merbok, but dia account. all the best there. :)

    ReplyDelete
  4. @Farah Arina
    Kekok walaupun nak menulis dalam blog sendiri je pun XD Oh yeke? Heee. Alright thanks :)

    ReplyDelete
  5. kalu dah lama tak berblog, kekok, senang je... urut jari tu banyak kali...lama2 tak kekok la...hihihihi...

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.