• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova
Hi, assalamualaikum.

 I hope it’s not too late to say this, but selamat hari raya! Tiba-tiba je kan tak ada angin, tak ada ribut, muncul semula. Setelah menghilangkan diri untuk berabad lamanya. Haha. Entahlah. Tak terlintas hasrat untuk kembali pun. Cuma sekadar menjenguk dan rasa nak update. Harap tak ada orang kisahlah sebab suka-suka je hilang lepas tu muncul balik, lepas tu hilang balik, muncul balik. Ceh, macamlah ada orang pernah kisah.

So, how’s your raya everyone? Going well? Since aku dah habis belajar, so raya aku lebih panjanglah untuk tahun ni. Kalau tahun-tahun lepas, baru raya seminggu, dah kena balik Shah Alam. DIsebabkan tahun ni status pelajar dah bertukar kepada status penganggur terhormat, tahun ni boleh raya sebulan kot? Hahaha.

Haritu, tak tahu kenapa rasa nak delete blog ni. Tapi bila fikir balik, macam sayang pulak. Dulu, blog nilah kesayangan. Masa zaman sekolah dulu, kalau boleh hari-hari nak update. Benda tak penting pun nak update. Lepas tu bila baca balik, rasa nak tutup muka nangis sebab tak percaya aku yang taip post-post tu. Malu sangat! Sekarang ni lain pulak cerita. Nak buka pun tak ada masa, lagilah nak update. Sebenarnya kalau nak guna ayat ‘tak ada masa’ tu nampak sangat macam tipu. Banyak je masa dalam dunia kan? Yang paling sesuai mungkin, tak berminat nak update. Huu huu. Mengaku jelah kenyataan itu, walaupun pahit. Well, truth hurts.

Mana entah pergi segala minat nak menaip dan berkongsi cerita dalam blog. I don’t even know. Nak kata dah ada kesayangan untuk berkongsi cerita ke apa, tak juga. Entahlah, mungkin makin aku dewasa ni, makin aku suka pendam semua benda. Dah terbiasa. Terbiasa pendam sendiri sampaikan semua cerita pun nak simpan sorang-sorang buat apa tak tahu. Buat pekasam agaknya. Kalaulah ada satu mesin berteknologi tinggi yang boleh proses segala benda yang aku simpan dalam otak, lagi bagus kot. Tolong proses, hadam, dan ekpresikannya dalam bentuk tulisan.  Untung-untung boleh jadi novel kisah hidup aku ni. Hehehe.

Kalau ikutkan, terlalu banyak benda nak cerita. Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ni, macam-macam dah jadi dalam hidup aku. Rezeki untuk sambung degree. Also how much I struggled to get that degree. The blood, sweat and tears. Gelak tawa bersama orang-orang tersayang yang menghiasi hari-hari aku. Malam-malam sepi yang cuma ditemani air mata. Sepanjang tiga tahun di Shah Alam terlalu banyak mengajar aku tentang kehidupan. Tentang persahabatan. Komitmen. Mandiri. Cinta. Kecewa. Tentang bagaimana aku mengenal manusia-manusia yang bermacam-macam ragam dan perangai. Yang baik, yang setia, yang pentingkan diri, yang cuma ada bila dia perlukan aku dan pergi bila aku tak lagi mendatangkan keuntungan untuk dia. It’s funny; to watch people come and go in our life. But that’s life right? The REAL life.

Aku belajar untuk selalu ada for the people I love, and eventually watched them leave me when I needed them. It hurts. But sometimes you just can’t do anything about it. You accept, you learn that you can’t control everything, and you move on. Aku juga belajar untuk angkat kaki dan pergi dari hidup orang-orang yang tak lagi perlu aku. Juga orang yang terus menyakiti dan mengecewakan aku. I learnt it the hard way that you have to remove toxic people from your life, so that you will stop hurting and start growing. Selama ni mungkin aku tak perasan orang yang aku nak simpan adalah orang yang paling aku patut buang. Pengalamanlah yang mengajar aku. Indeed, it is true that experience is the best teacher. My opinion, kita tak akan belajar sesuatu perkara tu tanpa mengalaminya sendiri. Kita mungkin boleh belajar daripada pengalaman orang lain, tapi selagi kita tak merasai pengalaman tu sendiri, we will never really learn from it.

By the way, aku habis degree bulan Disember tahun lepas. Wow, doing degree is really tough, aite? No joke. Sebelum ni masa asasi, chill-chill je struggle sikit-sikit tiba-tiba dah habis. While degree, urgh, aku lemas beberapa kali. Hampir saja hanyut tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, doa, dorongan daripada ibu ayah dan sokongan kawan-kawan, I finally made it!!! Bukan main susah nak dapat segulung ijazah kan..

Baru cerita sikit-sikit dekat atas. Belum cerita lagi pasal dugaan-dugaan sepanjang nak menghabiskan study. Daripada dugaan nak siapkan assignments, dugaan internship, dugaan nak siapkan thesis. Dengan laptop yang tiba-tiba rosak sehari sebelum aku kena hantar draft kedua. Allah hai. Masa tu dah tak tahulah nak cakap apa. Speechless. Nak menangis pun dah tak mampu. Cuma bersyukur sebab tak hilang fail-fail tu T__T

Dugaan masa internship lagi hebat. Buat aku sedar betapa kecilnya kita, dan betapa kejamnya dunia ni kadang-kadang. Some people can just ruin your life without thinking twice. Kudos to her. I will never forget that face. Hahaha. Aku selalu doa, kalau aku yang dianiaya, semoga Allah permudahkan urusan aku. Dan Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Dia permudahkan segala setiap satunya. Dalam masa yang sama, Allah juga hadirkan orang-orang yang selalu ada untuk aku, yang banyak tolong kuatkan aku, dan percayakan aku.

Terima kasih. You know who you are. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian.

Buat masa sekarang, aku masih belum bekerja. Nak sambung belajar macam tak ready lagi. Mula-mula ingatkan nak honeymoon dulu dua tiga bulan tapi dah jadi enam bulan pula. Hshshs. Masa awal-awal dulu ada juga job hunting tapi belum jumpa yang sesuai. Bila dah jumpa yang sesuai dan aku suka, timbul masalah gaji dan lokasi yang tak sesuai pula. Jadi, sampai sekaranglah masih menanam anggur. Cuma kadang-kadang kena jadi driver hantar adik pergi sekolah. Huehehe. Doakan aku dapat kerja yang baik-baik!

Tak pasti bila lagi akan rajin nak menaip dalam blog ni. Till then, take care dan selamat hari raya ♥

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Credit: Photo by Frans Van Heerden from Pexels

Hai, assalamualaikum.

Hehehe. Lama rasanya tak menaip dalam blog ni. Kesian.. Lama kena tinggal dah macam tak berpenghuni :') Sebenarnya bukan tak nak update pun. Tapi sebab sibuk sangat dengan degree life. Serious talk. Haha.

Diam diam rupanya dah setahun tak bukak. Kalau dulu adalah masa jugak bukak tengok kotak mesej tu, lepas tu blogwalking kejap walaupun tak update blog. Tapi beberapa bulan lepas ni, nak bukak blogger.com pun tak ada masa. Rasa macam malas je. Aku busy bukanlah sebab buat assignment je hari-hari. Assignment memang banyak, tak pernah habis. Tapi sebenarnya ada je masa terluang. Cuma aku lebih pilih untuk mengisi masa yang terluang tu dengan berehat (read:tidur), baca buku atau tengok filem-filem yang aku dah letak dalam 'watchlist'.

Anyway, aku baru je habis semester 5. Tinggal lagi satu semester je. Tak sangka kan? Pejam celik, pejam celik, dah nak habis belajar. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je aku update pasal nak sambung degree tu, sekarang dah nak habis degree dah :')

Orang dah mula tanya apa yang aku nak buat lepas habis degree. Aku sendiri pun tak pasti sama ada nak sambung belajar atau kerja dulu. Kalau ikutkan hati macam nak kerja, tapi dalam masa yang sama rasa macam tak bersedia lagi nak menghadapi alam pekerjaan. Haha. Ada jugak rasa nak sambung belajar, tapi macam tula. Masih tak jelas. Huhu. Yang penting aku nak habiskan degree ni dulu lepas tu baru fikir nak buat apa lepas tu.

Aku tengah tertanya-tanya sebenarnya, ada lagi ke orang bukak blog sendu aku ni?
Kalau taip panjang-panjang pun, masih ada lagi ke orang yang nak baca? 

Hahahah hailaaa.


By the way, sekarang sepatutnya dah kena start intern tapi aku tak dapat tempat lagi. Haha :( Kalau ada yang nak recommend atau suggest tempat yang perlukan orang untuk intern, roger lah saya ye. Hehehe.


Sampai berjumpa lagi! :p

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Assalamualaikum dan… hai ._.

Lama sangat dah ni tak update blog. Last update haritu pun sebab Nile punya Megasales je. Sebelum entri tu, yang terakhir aku update adalah pada 23 Julai 2016. 2016 okey! Sekarang dah 2017. Haha. Wow, setengah tahun aku tinggalkan blog ni sepi tak berpenghuni. Bravo. Ini kalau rumah ni dah lama berpenunggu -_- 

Sebenarnya bukan sibuk sangat pun, ada je masa nak update tapi entahlah. Rasa give up nak menulis, sampaikan at one point aku rasa macam nak delete je blog ni. Tapi bila fikir balik macam sayanglah pulak. Dah banyak perubahan Blogspot sekarang. Especially dashboard tu. Terkejut aku hari tu bukak blogger tengok dah jadi macam tu. Rasa macam kekok sat. Haha. Tak tahu mana nak tengok blog yang aku follow, followers, comments yang belum approve semua. Aku jumpa reading list je. Comments awaiting moderation tu memang dah tak ada notification kat mana-mana dah ke? So kena check setiap masa ke macam mana? -_-

Sepanjang aku tak update ni, of course lah macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup aku kan. Study life pun dah lama tak update. Last update masa aku baru masuk sem 1. Sekarang dah nak masuk sem 3. Hahaha. Cepat betul masa berlalu kan? Sekarang ni aku tengah cuti semester. Cuti semester yang lepas life aku memang hectic gila sampai tak ada kesempatan nak update. Dengan ibu aku yang tak berapa sihat, lepas tu adik aku pulak terlibat dalam kemalangan sampai masuk ICU 3 hari. Dekat 2 minggu jugak duduk hospital. Merasa jugaklah aku berkampung di hospital selama seminggu. Huhuhu.

Hebatnya perancangan Allah, semuanya berlaku betul-betul masa aku tengah cuti semester. Bolehlah aku tolong tengokkan adik di hospital sebab keadaan ibu aku masa tu yang tak berapa sihat, jadi risau jugaklah kalau nak biarkan ibu jaga adik di hospital. Tapi hari-hari terakhir tu terpaksa jugaklah ibu jaga adik bila aku keracunan makanan sebab hari-hari dok makan makanan beli kat kedai je, hahaha. Tak pasal-pasal.

Perkara yang terjadi kat adik aku memang membuka mata aku tentang perasaan bila mana kita hampir kehilangan orang yang kita sayang. Walaupun aku dengan adik selalu gaduh, tapi tipulah kan kalau cakap tak sayang. Adik kot, walaupun gaduh teruk macam mana sampai patah gigi ke, tempang ke, tetap sayang. Hehe.

Aku masih ingat masa hari kejadian tu macam mana aku nampak adik aku terbaring lemah atas jalan raya tak berdaya nak buat apa-apa cuma mampu beristighfar. Aku nampak kaki dengan tangan kiri adik dah terkulai layu. Seorang pakcik yang ada kat situ beritahu kami yang tangan dengan kaki adik aku patah. Pada waktu tu, aku cuma berharap yang hanya tu je yang berlaku pada adik. Tapi bila ambulan sampai dan masa mereka nak angkat adik aku masuk ke dalam ambulan tu tiba-tiba adik aku mengadu pada ayah aku yang perut dia sakit. Aku tak terfikir apa-apa sebab aku ingatkan rasa sakit tu mungkin cuma sebab kesan hentakan or something.

Malam tu, bila kami sampai je di hospital, doktor beritahu yang adik aku kena operate secepat mungkin sebab dalam badan dia dah penuh dengan darah dan kalau terlambat boleh menyebabkan kematian disebabkan keracunan. Aku tak tahu nak fikir apa atau rasa apa masa tu cuma mampu berdoa je supaya adik aku selamat.

Sepanjang aku jaga adik aku kat hospital tu aku sedar betapa kuat dan cekalnya adik aku berbanding aku yang lembik ni. Huhuhu. Lepas 3 hari dalam ICU dan dah dipindahkan ke wad biasa, tangan dengan kaki adik yang patah still tak operate lagi sebab doktor kata kena tunggu dia stabil so kau bayangkanlah kaki tangan patah tapi kena balut macam tu jeeeee. Ergh aku yang seram. Tapi adik aku lek-lek je walaupun aku tahu dia sakit. Huhuhu. Lepas tu setiap malam tengah syok tidur kena kejut pulak sebab nak ambil darah. Cucuk banyak kali pun tak dapat-dapat sampai lebam, sudahnya hati aku yang bengkak sebab takut tengok jarum. Haha.

Sekarang ni alhamdulillah adik aku dah sihat. Mungkin sebab kecekalan hati dan kekuatan semangat dia yang buat dia sembuh dengan sangat cepat. Haha. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih beri kami peluang untuk bersama sebagai satu keluarga. Walaupun perasaan waktu tu memang.. tak tahulah nak describe macam mana. Semoga Allah sentiasa panjangkan umur kami sekeluarga dan semua pembaca. Ameen.

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Assalamualaikum.

Selamat hari raya guys! Dah Syawal ke 13 baru nak ucap. Hehehe maaf sesangat. Setiap kali buka blogger tengok dashboard masing-masing dah update pasal raya, aku je belum. Sorry, sis busy yang amat. Haha. 

Raya tahun ni tak meriah sangat macam sebelum-sebelum ni. Dengan fikir exam yang tinggal lagi satu paper haritu. Waktu raya kan memanjang busy, orang datang rumah apa semua jadi semangat nak belajar tu sejujurnya memang tak berapa nak ada. Risau jugak masa jawab, harap semuanya okey. Ibu aku pulak tak berapa sihat, jadi tak excited sangat pun nak sambut. Persiapan raya pun ala kadar je. Bila waktu-waktu diuji macam ni rasa macam tak berguna sangat aku ni T_T Haih, tolong doakan ibu aku cepat sihat ye?

Walaupun dah lambat, aku still nak upload ootd raya pertama. Nak jugak nak jugak walaupun poyo je -.-


Mohon jangan meluat sebab aku letak gambar besar gedabak tak tahulah macam mana lagi nak adjust. Haha. Letak large kecik sangat letak extra large besar sangat pulak last-last aku resize je haa lantaklah situ.

Oh by the way nak cerita pasal voucher RM100 yang aku dapat untuk collaboration dengan Zalora. Hihihi. Tak sangka Zalora nak collaborate dengan blogger haru lagi sendu macam aku ni. Terharu sis. First invitation dapat masa bulan April yang lepas, then bulan Jun dapat lagi second invitation. Alhamdulillah rezeki. Hehe. 

Masa nak tebus tu bukan main lama aku usha website Zalora sebab tak tahu nak pilih apa. Keliru sama ada nak beli satu barang je yang worth RM100 atau pun beli banyak-banyak sampai habis RM100. Akhirnya aku pilih untuk beli beberapa barang hehehe. Aku beli dua pasang flat shoes jenama Velvet dan Zalora. Sepasang untuk aku, sepasang untuk ibu. Dan wallet Swiss Polo untuk ayah. Jadilah buat ada-ada. Mihmih. Walaupun jumlahnya lebih daripada RM100 haha aku kena tambah lagi RM37 tapi okeylah RM37 dapat tiga barang ><


Excited terlebih masa parcel sampai pejabat kolej. Parcel besar dan menyerlah sikit berbanding yang lain sampai makcik dalam pejabat tu siap tegur "Amboi banyaknya shopping kat Zalora.." Hahaha bengang je -_-


Inilah kasut yang aku pilih. Tak tahu kenapa berkenan sangat. Cinta pandang pertama kot. Hahaha. 

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Assalamulaikum.

Dalam tak sedar, aku dah sampai tahap lupa diri sendiri ada blog. Boleh bayangkan tak betapa sibuknya hidup aku sekarang? Haha. Over je. Tapi memang sibuk sangat dari dua minggu lepas sampailah sekarang. Sekarang ni aku kat rumah, tapi kejap lagi pukul 4 petang dah nak balik Shah Alam. Habis dah cuti Gawai seminggu. Tak dapat nak menikmati cuti kali ini sebab demam memanjang plus assignment bertingkek-tingkek T_T

Dalam kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang beragama Islam. Puasa elok-elok ye? Jangan curi-curi makan bila tak ada orang sebab Allah nampak. Muehehe macam nasihat budak kecik jeee -_- 


Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati dan semoga amalan puasa kita nanti diterima oleh Allah. Amin. In shaa Allah. Sedih sebenarnya sebab tak dapat nak sambut first puasa kat rumah. Hmm.

Tak tahulah bila lagi nak balik rumah. Naik cuti ni ada lagi dua minggu P&P lepas tu cuti study week seminggu. Paper final aku pada 26 Jun, 30 Jun dan 12 Julai. Tak best kan? Kalau aku balik study week ni lepas tu raya nanti nak balik lagi. Wehhhh ingat tiket bas murah ke!? Emo kejap, haha. Tapi kalau tak balik maka mereputlah aku di asrama puasa sorang-sorang kalau roommate pun balik rumah tinggalkan aku. Sob sob.


Nota kaki : Tak sabarnya nak habiskan first sem ni.... Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.



Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Assalamualaikum.

Kalau korang baca previous entry aku yang konon-konon sedih sangat tak dapat balik rumah sebab homesick, sebenarnya aku balik juga akhirnya. Hahahahahahahahahahaha.

Ceritanya begini, ceh!

Petang tu aku memang dah redha sebab tak dapat balik tapi tiba-tiba kawan aku whatsapp tanya "Dah balik ke?" Emmm sedih je. Borak borak lepas tu dia cakap dia pun dapat tiket terakhir pukul 6 setengah petang. Aku pun macam hmm sekurang-kurangnya dapat balik..... Lepas tu dia cakap bas malam ada lagi waktu dia beli tiket dia. Aku pun excited punya pasal pergilah suruh dia tanyakan kat kaunter, last-last habis jugak -_- 

Dia bagi cadangan suruh naik train. Aku tak pernah naik train so memang tak terfikir langsung nak balik naik train. Terus call KTM, dia cakap train pukul 10.20 malam tinggal 28 seats. Aku cakap nak book terus boleh, dia cakap tak boleh kena beli kat kaunter. K.

Masa tu dah pukul 6 setengah, aku terus siap-siap nak kejar 28 seats tu. Call akak driver suruh ambil aku pukul 6:50 hantar ke KTM Padang Jawa. Sampai Padang Jawa, topup kad touch & go lepas tu masa nak swipe tu dia cakap baki aku tak cukup. Aku dah serabut, nak tanya kaunter tapi ramai sangat orang tengah beratur. Aku pun tanyalah sorang kakak ni. Dia pun tolong aku touch kad tu tapi tak boleh jugak. Tiga minit jugaklah kitaorang dok touch kad tu tapi tak boleh-boleh hahahahahahaha. Akhirnya baru aku sedar yang tempat aku touch tu untuk keluar bukan masuk. Jammed. Nampak tak betapa serabutnya aku masa tu? HAHAHAHA.

Sepanjang perjalanan dalam train yang lama gila tu, Kak Iza tulah yang teman aku. Hehehehe. Dia kata kesian kat aku sebab balik sorang-sorang, malam-malam pulak tu. Hmmm ada juga orang simpati kat aku. Kehkeh.

Sampai KL Sentral, Kak Iza teman aku tanya tiket train untuk ke Kluang, nak tahu kakak kaunter tu cakap apa? "Tiket habis dik, esok pagi je ada, pukul 5 pagi." Aku terus melopong 15 saat sampai kenyang makan lalat 6 ekor. Nak je aku balas, "Akak buat lawak ke ni? Sumpah tak kelakar langsung." tapi tak mampu. Huhuhuhu.

Aku terus call ayah tanya macam mana semua, akhirnya aku terima hakikat yang aku tak boleh balik Kluang malam tu dan aku kena tunggu train kat KL Sentral sampai subuh! Sedih sungguh rasanya hati ini. Hahaha. 

Pukul 2:40 pagi ><

Nasib baiklah aku ni peramah (sangat!) dapatlah lagi sorang kawan kat sini, Ika namanya. Dia nak balik Ipoh tapi train pukul 7 pagi. Lagi haruuu! Aku terus rasa bersyukur sangat waktu tu sebab sekurang-kurangnya train aku awal sikitlah daripada dia. Dapatlah aku berkejar untuk ke family day. Hehehehehehe.

Malam tu, kami habiskan masa dengan bercerita je. Seronok bila dapat kenal dengan orang baru tapi dah rapat macam kawan lama. Heeee. Aku memang stay up sebab segan nak tidur kat situ, takut pun ada. Walaupun sebenarnya ramai je perempuan tidur sepah-sepah kat situ. Huhu.

Tapi bila jam dah menunjukkan pukul 3 lebih, aku dah start rasa mengantuk. Tak boleh jadi ni. Aku pun ajak Ika pergi kfc sebab ramai perempuan tidur kat situ. Dapatlah jugak lelapkan mata dalam 40 minit kot? Aku tengok Ika langsung tak tidur. Hebat betul dia boleh tahan mata walaupun mata dah merah hahaha.

Bila dah pukul 5 pagi, train aku dah sampai, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada satu sama lain. Lol. Naik je train, cari seat, alhamdulillah dapat seat sebelah perempuan. Tak adalah segan sangat kalau nak tidur ke apa. Train bergerak je aku terus terlelap sebab memang ngantuk + penat sangat.

Yang tak bestnya naik train ialah sebab banyak sangat perhentian sampai rasa macam haih bila nak sampai ni. Hahaha. Yang lain okey je. Oh makanan mahal sikitlah. Aku beli roti je. Nasib baik memang tak lapar sangat.

Kat dalam train ni aku kawan dengan kakak sebelah seat aku jelah. Dia dari Perak nak balik Johor Bahru. Namaaa... Emmm, lupa pulak nak tanya nama dia siapa. Mungkin sebab dah tak sabar sangat nak balik.

Waktu sarapan. Terima kasih temankan saya sarapan ><
Tapi dia moody sikit waktu ni sebab tengah tidur lepas tu kena kejut suruh teman sarapan :p


Akhirnya dalam pukul 10 pagi, aku pun sampai Kluang. Terharu sangat bila nampak bandar Kluang. Hehe. Sampai rumah je tak sempat rehat, tak sempat makan, terus mandi dan bersiap untuk ke family day.

Walaupun perjalanan balik ni memenatkan dan bermacam-macam dugaan aku tempuh, tapi aku bersyukur sangat sebab dapat balik. Dapat tengok ibu ayah, adik-adik. Bila fikir balik walaupun macam-macam perkara terjadi yang nampak macam menyusahkan je tapi dalam masa yang sama Allah permudahkan aku dalam banyak perkara. Allah hantar 3 orang perempuan yang baik untuk teman aku sepanjang perjalanan supaya aku tak rasa lost dan keseorangan. Kalau mereka tak ada, especially Kak Iza dan Ika mesti aku huru hara dan tak tahu apa nak buat dalam situasi-situasi tertentu sebab aku ni cepat gelabah kadang-kadang -_- 

Alhamdulillah. betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu begitu besar :')

Untuk Kak Iza, Ika dan kakak seat-sebelah-dalam-train, terima kasih sebab tolong temankan dan semuanyalah.
Aku doakan dimana saja kalian berada sekarang, semoga Allah permudahkan segala urusan kalian. Amin.
Dan untuk yang call sebab risau dan yang tak henti whatsapp sebab nak 'temankan aku', terima kasih juga ^^

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada ibu dan ayah. Amin.

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Minggu ni aku ada satu perasaan yang pelik sikit. Tak tahulah kenapa. Hmm. Rasa rindu rumah sangat-sangat, rindu ibu ayah, rindu adik-adik, rindu kucing. Teruk pulak tu. Asyik rasa nak menangis je T_T

Adakah ini yang dinamakan cinta homesick?

Kalau mengikut definisi yang diberikan Google, homesick is...

experiencing a longing for one's home during a period of absence from it.

Betullah tu kan aku tengah homesick ni? Hahahahaha :/

Hai.... Ingatkan bila dah study makin dekat dah tak homesick dah. Dulu masa study kat Kedah rilek je tak ada pun nak homesick bagai. Tak tahulah kenapa duduk Shah Alam tiba-tiba homesick. Payah betullah.

Lagi satu, sepatutnya hari ni aku balik dah. Sebab esok ada Family Day. Malangnya, aku tak dapat balik. Okey... Serius sedih sangat. Sebabnya ialah aku tak pandai lagi balik sorang-sorang. Lol. Aku tak reti nak pergi TBS dari Shah Alam, especially by myself. Sudahlah tak pernah pergi. Aku ni pelik-pelik sikit. Karang tak sampai Johor tapi sampai tempat lain pulak. Hahaha. Gosh, I can't even imagine -_-

Tak, hakikatnya aku memang penakut. K.

Arghhhh sebenarnya tak penakut sangat pun sebab semalam memang dah decide nak bantai je pergi sorang asalkan dapat balik Johor tapi bila aku cuba nak beli tiket melalui online, tiket dah habis. Okey sangat sadis. Kawan-kawan aku cakap boleh je beli tiket kat TBS terus tapi ....... deiiii malaslah aku nak cerita lagi. Haha.

Yang penting sekarang ni aku nak pergi tengok Ada Apa Dengan Cinta 2. Ada sesiapa dah tengok? Best tak?

Dan yang terakhir, anyone sudi share instagram yang jual baju lawa-lawa tak kisahlah blouse ke jubah ke dress ke? Please drop a comment ya. Aku nak shopping baju puas-puas bagi mengubati hati yang lara. Sobs. 

Thank you! ^^

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku dah balik semula ke Shah Alam. Cuti mid-sem dah habis minggu lepas. Kejapnya seminggu berlalu, macam tak rasa je. Ah ok, sebenarnya lebih seminggu. 9 hari + bonus 2 hari. Hehehehehe.

Sepatutnya balik sini hari Ahad (17 April) yang lepas tapi sebab hari Selasa (19 April) aku ada temuduga kat Johor Bahru, jadi aku ambil keputusan untuk sambung cuti. Seronokkan... Seronok tak seronoklah dua hari aku tinggal kelas. Huhu. Tapi kalau balik sini hari Ahad lepas tu pergi JB lepas tu nak datang sini balik, membazirlah pulak. Membazir duit, tenaga, masa dan segala-galanya -.-'

Sebenarnya, itulah kali pertama aku dapat panggilan temuduga SPA sejak aku isi borang SPA dua tahun lepas. Kalau ikutkan, aku tak nak cerita pun pasal interview tu tapi entahlah, rasa macam nak meluahkan sesuatu tapi tak tahu pada siapa. Blog jelah yang sudi mendengar cerita-cerita bosan aku. Hmmm.

Masa mula-mula dapat panggilan temuduga tu, memang aku rasa macam tak nak pergi je. Sebab aku dah sambung belajar dah pun kan. Buat apa nak fikir pasal tu lagi. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa sayanglah pulak kalau tak pergi. Dapat tak dapat, itu belakang kira. Rezeki, kita tak tahu kan? Jadi berkat sokongan daripada ibu dan ayah tersayang, aku pun pergilah interview tu dengan penuh rasa teruja dan bersemangat. Ceh.

Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masuk je dalam bilik temuduga tu, rasa macam kena tamparan hebat bila dia cakap aku sepatutnya teruskan belajar... Jangan buang masa sebab aku sekarang degree takkan nak turun balik ke tahap diploma? Waktu tu memang dah rasa down dah. 

Aku bukan tak fikir pun pasal semua tu. Aku dah fikir dah masak-masak. Tapi banyak faktor yang menyebabkan aku pergi temuduga tu. Kalau tak, memang aku tak pergilah. Temuduga je pun, belum tentu dapat lagi. Tapi janganlah cakap macam tu, sedih tau. Ada satu lagi ayat dia yang membuat hancur hatiku ini. 

Heh.

Sekarang ni aku malas nak fikir dah. Buat serabut kepala je. Aku serahkan semuanya pada Allah. Dia je yang tahu mana yang terbaikkan? Minggu depan test berderet-deret. Allah. Semoga Tuhan beri aku kekuatan T_T


Korangggg..... Doakan yang terbaik untuk Fieyqa ye? :)


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Assalamualaikum.

Wehuuuuuuu. Lama tak menaip dalam blog ni. Haha. Niat untuk tak abaikan blog ni bila sambung belajar nampaknya tak kesampaian. Hakikatnya, dah sebulan tak update. Bukan tak ada niat nak update. Niat tu ada. Masa dan kerajinan tu je yang tak berapa nak ada. Haha. 

Kadang-kadang masa tengah belajar dalam kelas, rasa macam ada banyak benda je nak tulis dalam blog. Macam-macam terlintas dalam fikiran. Tapi bila blog dah terpampang depan skrin laptop ni, idea terbang ke mana pun tak tahulah. Last-last layan movie je, tak pun sambung buat assignments. *ceh, rajin kan*

Beberapa minggu ni memang rasa tak cukup nafas je, tak tahu kenapa. Rasa macam sibuk sangat, dengan macam-macam benda nak fikir. Nak balik, nak cuti, nak test, nak siapkan assignment, nak prepare slides untuk presentation, sampai kan aku mengalami depresi. Okey tak. Belum teruk sangat sampai tahap depression lah.

Tapi stress tahap nak lari pergi Neverland dan tak balik-balik.

Sekarang ni aku tengah cuti mid sem. Haaa itulah sebab utama mengapa aku update blog pada hari ini! Yeay. Kalau bukan sebab cuti mungkin blog ni akan krik krik untuk jangka masa beberapa bulan lagi sampai aku habis belajar agaknya. Kesian blog ni dapat owner macam aku, selalu kena tinggal. Huhuhuhu.

Sebenarnya dah 4 hari aku kat rumah tapi baru sekarang dapat update -__-


Sorry lah sebab entry ni tak bermanfaat langsung untuk dibaca. 
Chia chia chia <-- gelak paling annoying dalam dunia.


I need a vacation..........
Someone please take me somewhere far awayyyyy :3

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Assalamulaikum.

Hai! Long time no see. Errr. So, I’ve started my degree life. So far not so good. Lol.

Bagi yang tanya aku sambung course apa, maaf sebab tak jawab. Konon-konon nak surprise lah. Haha. Amende weh -_- Aku sekarang ambil course English for Professional Communication (EPC) di bawah Akademi Pengajian Bahasa. Daripada Fakulti Undang-undang ke Akademi Pengajian Bahasa, okeylah tu. Lokasi fakulti pun sebelah-menyebelah je, memang setiap hari terserempak kawan-kawan se-asasi dulu. Hehe -_-

Honestly, language is not as easy as I thought it would be. Bukanlah aku fikir senang sangat kacang goreng belajar tutup mata je, cuma mungkin lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan law dan yang seangkatan dengannya. Rupanya tanggapan aku silap. Language is everything. Language is our part of life. Obviously.

And it is not easy.

Menjadi sebahagian daripada komuniti ni membuatkan aku rasa rendah diri dan bangga at the same time. Rendah diri sebab sebahagian besar daripada budak-budak kelas aku ialah lepasan TESL, English, Mass comm etc. Senang cerita yang memang dah biasa bercakap dalam bahasa inggeris. Sedangkan aku? Oh no.

Dan bangga sebab aku rasa... tak apalah tak naklah nanti orang cakap aku ni bangga diri pulak. Haha >.<

Buat masa ni aku masih sedang menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Mana tak terkejut sebab dulu kat Kedah semuanya senang. Kolej dekat dengan kelas, jalan kaki je. Kelas pukul 8, pukul 7.50 baru keluar bilik. Nak beli makanan senang. Nak keluar pergi mana-mana pun senang. Tapi kat sini, everything is different. Setiap hari kena bersiap awal sebab nak tunggu bas untuk ke kelas. Fakulti aku bukan main dia punya jauh. Nak beli makanan pun rasa jauh je mula-mula. Hmm. Tapi sekarang dah rasa dekat sikitlah. Haha.

I’m not complaining. Not at all. Cuma nak meluahkan je T_T

Aku tak boleh nak update sangat sebab buat masa ni aku tak ada internet yang betul-betul stabil. How sad. Kalau kat Kedah, internet laju. Boleh tengok youtube, siap boleh download movie lagi. 



T_T



Ok tak nak compare Kedah dengan Shah Alam lagi. Ok ok ok. Maafkan saya.

Aku sebenarnya cuba nak update selalu tapi.. keadaan tak mengizinkan. Sekarang ni pun dah mula kena buat research semua. Aku cuma harap yang aku tak akan abaikan blog ni lagi macam waktu asasi dulu ==’

I miss to write. God knows how much I love writing.

But I hate writing essays. Hahahahahahaha. Subjek aku banyak writing weh. Hahahahahahaha. Ok stop.

p/s : Rindu nak blogwalking, baca entry korang dan tinggalkan komen semuaaa.
Sekarang belum ada masa lagi. Sorry :/

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

Assalamualaikum.

Apa khabar? Hihi. Aku sihat je, alhamdulillah. Cuma lately busy dengan persiapan nak masuk universiti. Biasalah, siapa tak kenal aku. Kalau kemas barang confirm seminggu baru settle -_-

27 Februari dah nak pergi daftar kolej dah. Huhu. Bagi yang tanya aku dapat sambung mana, aku jawab kat sini jelah ye. Aku akan sambung di UiTM Shah Alam. In shaa Allah. Dekatlah sikit daripada Kedah dulu. Memang kali ni tak nak jauh-jauh pun, sebab nak belajar tiga tahun kan, aku dah serik belajar jauh-jauh. Penat, perbelanjaan pun tinggi, kalau apa-apa hal susah nak balik.

Lepas tu, aku tak sambung degree in law. Walaupun aku dah penuhi syarat-syarat kelayakan tapi.. entahlah. Dari asasi dulu memang tak ada niat pun nak sambung law. Suka belajar law sebab best tapi minat tu tak ada. Cuba jugaklah nak tanam minat dan rasa cinta tu masa asasi dulu tapi perasaan tu tak kunjung tiba. Orang kata, cinta tak boleh dipaksa. Jadi daripada kena reject di kemudian hari, lebih baiklah aku undur diri dulu.

Apa-apa pun, untuk kawan-kawan yang sambung degree in law di UiTM Shah Alam nanti, semoga berjaya. Kalau terserempak, buat-buat tak kenal jelah ye. Yang sambung di Seremban pun, all the best :)

Sedih sebab masing-masing dah buat haluan sendiri :'/

Sebenarnya ada banyak entry yang aku nak update tetapi masih terkubur di dalam draft. Tak tahu kenapa hilang mood these few days. Nak update pasal photobook pun tak update-update lagi sebab aku malas nak ambil gambar photobook tu. Kenapa eh? Homesick maybe? Aik, belum apa-apa dah homesick. Parahhh.

Doakan aku dipermudahkan segala urusan dan diberi ketenangan hati untuk belajar ye? Heee.
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

11 Februari

Masuk pukul 12:30 hari ni sebab terlambat bangun. Aku mati-mati ingatkan hari ni shift noon rupanya full. Argh, salah tengok jadual pulek. Macamlah salah besar sangat tak masuk pagi sebab takut tak ada orang jaga. Aku tengok ada je orang yang boleh tolong tengokkan. Lagipun pagi bukannya ramai customer sangat.  

Sambung baca novel lagi setiap kali free. Haha. Khusyuk betul aku baca. Selagi novel tu tak habis rasa macam tak tenteram je hati aku, lol. Cerita Gumanthong dah habis. Cerita ketiga Ngeri, pun dah habis. Sekarang baru nak masuk cerita terakhir, Sorok-sorok. Tapi aku tak start baca pun lagi sebab tadi dah pukul 9:50 malam. 

Cerita Ngeri memang ngeri gila. Macam filem Saw. Meremang bulu roma aku baca. Nak muntah pun ada -.- 

Aku tak sangka pulak ada part time kat situ yang kuat mengadu. Kau nak bodek si SA tu ke macam mana? Poyo lebih macam tak pernah buat salah je. Haishhhhhhh. Mind your own business boleh tak?


12 Februari

Akhirnya... Aku dah habis baca novel Anak Patung Nana. Lega hati saya dibuatnya. Kihkih. Lepas tu sambung pulak baca komik Sumpahan Puaka Soichi. Komik ni pun best jugak, sekejap je baca dah habis.

Hari ni shift morning. Okeylah dapat balik pukul 7 petang sebab sebelah malamnya sepupu aku tunang. Ingatkan tak nak pergi sebab penat kerja kan tapi pergi jelah, bukan selalu dapat tengok dia tunang. Hahaha. Tak sangka dah tunang dah. Dulu masa kecik main sama-sama, bukak spa, bukak kedai gunting rambut. Hari ni dah jadi tunang orang. Tahun depan dah nak kahwin dah. Huhuhu. Aku bila pulak? Erkkkkkkkkkkkk.


13 Februari

Mintak cuti hari ni sebab nak pergi Shah Alam, sepupu yang lain kahwin pulak. Best lah dapat jalan-jalan sekali, release tension dan penat kerja. Siapa cakap jadi part time promoter tak penat? Bukan setakat penat fizikal, mental pun boleh exhausted nak layan kerenah manusia yang berhati busuk. Hati kena sado tau.

Wedding kali ni diadakan di Roof Garden Hotel, Shah Alam. Masuk-masuk hall, nampak warna dark green je. Aku dengan adik sesat warna peach. Lol. Sempatlah bergambar di photoboth buat kenangan. Haha.


Sebenarnya aku tak faham betul dengan manusia yang berhati busuk ni. Tak boleh langsung tengok orang senang. Walaupun aku banyak curi masa waktu kerja untuk baca novel, tapi tak adalah sampai tak buat kerja, tak layan customer langsung. Pandai kau buat cerita cakap aku tak serve customer eh?

Yang selama ni kau lepak borak-borak dengan geng-geng kau, customer nak cari kasut tak jumpa sampai datang tanya aku, tak nak kecoh pulak? Salah orang nampak je, salah sendiri buat bodoh, buta tak nampak.

Haish.

Kak Afiqah kata mungkin dia dengki dengan aku sebab aku budak department ladies tapi aku selalu join budak department gents. Seriously lah? Dah fair terpisah, kau expect aku nak datang kat kau semata-mata nak borak dengan kau ke? Lepas tu nanti bukak cerita yang aku kuat berjalan pulak. Haha OK.

Seriously malas nak layan, perangai macam budak-budak.


14 Februari & 15 Februari

Masih cuti. Disebabkan dalam jadual aku OFF, jadi aku sambung jelah cuti. Kalau ikutkan hati memang aku nak berhenti je terus. Habis cerita. Kerja kali ni paling tak best aku rasa. Yang jadikan best cuma sebab ada manusia-manusia masuk air yang sekepala dengan aku macam Iqaa, Fatin, Kak Afiqah, Kak Yana, Kak Marina. Kalau tak ada mereka semua ni maka suramlah hari-hari bekerja aku setiap hari. Huhuhu. 

Ceh, dah letak nama dalam blog, kenalah belanja waffer. Crepe2u ke... Haha.


16 Februari

Full shift. Rasa macam nak sambung cuti je -_-

Panas hati rasanya bila tengok budak-budak kaki mengadu berkumpul, borak-borak lepas tu gelak kuat-kuat. Amboi, mengaku dulang paku serpih nampak??? Hahahahahahahahaha pathetic gila.

Fatin dah berhenti. Lepas ni siapa pulak nak berhenti?

Akulah.
Hahahahahaha.

Semua orang pun dah menyampah dengan budak-budak kaki mengadu yang tak reti cermin diri sendiri tu.


17 Februari

Full shift lagi untuk kali yang terakhir. Huuu tak sedih pun. Pagi-pagi dapat berita Kak Yana dah berhenti. Semalam last day. Habislah tinggal kami tiga orang, makin tepulah jawabnya. Hahahaha. Konon-konon aku nak jadi orang yang berhenti dulu lepas Fatin berhenti rupanya Kak Yana dah berhenti dulu. Heh.

Nasib baik semalam dah rehat, dah selfie, dah buat video sama-sama. Adalah kenangan jugak :p

Dah tak ada apa sangat pun nak cerita pasal kerja, customer pun ada tak ada je. Memang kami berbual sesama sendiri jelah. Semalam ada jugak sale 700 lebih. Hari ni langsung tak ada. Hahahahaha. Kesian tak laku T^T

Tak sabar nak berhenti esok. Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!


18 Februari

Masuk pukul 10 pagi, balik pukul 2 petang. Alangkah heaven-nya hidup ini. Hahahaha.

Hari ni okey je. Tak ada apa yang best atau tak best pun berlaku. Cuma tadi aku pergi isi minyak motor sorang-sorang. Entah macam mana tiba-tiba jadi tak reti lah pulak sampai habis tumpah minyak tu. Adoi. Nasib baik tiba-tiba ada lelaki baik hati tolong isikan minyak elok-elok sampai penuh tak boleh nak isi dah -_-

Terima kasih ye siapa pun anda. #humanityrestored Kihkih. Walaupun perkara sekecil ini, kita kena hargai. Hihi.


Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Assalamualaikum.

5 Februari

Shift noon sepatutnya masuk pukul 1 setengah sampai 10 setengah malam, tapi aku mintak untuk masuk pukul 1 jadi boleh balik pukul 10. Sepanjang pukul 1 sampai pukul 3 tu hati resah tak menentu memikirkan keputusan penerapan degree uitm yang akan keluar pada pukul 3 petang. Tak senang duduk weh. Bila dah pukul 3 lebih, nak check online tapi tak ada masa sebab customer ramai sangat, nak raya katanya.

Balik rehat pukul 5 petang aku terus capai laptop. Berdebar-debar nak tahu keputusan permohonan walaupun dah boleh agak dapat apa. Tak tahu kenapa beberapa hari sebelum keputusan keluar aku rasa sedikit menyesal sebab mohon course yang aku mohon tu. Aku memang harap aku tak dapat pilihan pertama, tapi pilihan kedua. Bila check, aku dapat pilihan pertama. Tergamam kejap tak tahu nak bagi respond apa. Huhu. Dalam rasa kesal, ada jugak rasa kesedaran mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Alhamdulillah.


6 Februari

Full shift, masuk pukul 10 pagi tapi hari ni special sebab balik pukul 2 pagi. Heh. 14 jam kerja, bangla pun kalah. Mesti company ingat dapat sambutan besar-besaran sebab dah nak dekat raya kan, rupanya... hampeh.

Kami yang jaga fair ni boleh mati kebosanan. Sampai pukul 11 lebih gitu je orang ramai, lepas tu berkurang berkurang dan berkurang akhirnya kami yang promoter ni je tinggal terpacak setia kat situ. Aku dah membebel je dekat supervisor suruh tutup fair pukul 12 sebab tak ada orang. Membebel dalam hatilah tapi.

Dari pukul 12 lebih sampai 1 lebih tu aku memanfaatkan waktu dengan membaca novel. Novel Anak Patung Nana. Nasib baik ada novel, kalau tak ada? Sudahlah bateri handphone pun tinggal nyawa-nyawa ikan -_-

Dalam pukul 1 lebih dengar bunyi pagar ditarik terus hilang ngantuk sebab itu bermakna fair nak tutup dah. Kemas fair dan..... cabut. Promoter yang jaga dalam tak boleh balik lagi. Kehkeh. Aku punch out pukul 1.38 pagi. Hujan lebat gila kat luar. Sudahlah dua kali rehat balik rumah, dua kali jugak kena hujan. Nasib baik pagi tu ayah jemput aku sebab ayah tak bagi balik sendiri. Sampai rumah, mandi, salin baju, terus pengsan.


7 Februari

Cuti. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA aku dah agak dah. Demam, tak larat. Pengsan sepanjang hari, lol.

p/s : Photobook dah sampai! Teruja gila aku. Haha. Nanti free aku buat entry :)


8 Februari

Shift noon lagi. Bersyukur sebab dapat rehat lama sikit sampai tak nak bangun. Haha. Lepas tu masuk kerja terus kelaparan sebab tak makan nasi. Ada orang cakap nak hantar makanan, tiba-tiba ada hal pulak sampai tak boleh nak hantar. Moody terus aku. Customer pulak ramai gila hari ni. Lepas tu ramai jugaklah yang tanya pendapat aku pasal beg kat situ. Aku main hentam je jawab ikut suka.

Paling menyampah bila orang tanya pendapat aku 'cantik tak beg ni, sesuai tak dengan akak' dan segala yang sewaktu dengannya, lepas tu aku bagilah jawapan paling jujur, tapi tiba-tiba ada orang menyampuk 'mestilah dia cakap cantik sebab nak lakukan beg dia. hihihi' <-- sambil ketawa paling syaitoooon bunyinya.

Aku senyum je, malas nak balas. Kalaulah saya dapat komisen untuk setiap beg yang terjual kak, memang saya jerit-jerit macam kat pasar malam tu dua singgit dua singgit dua singgit. Malangnya tak. Huhuhuhu.


9 Februari

Customer boleh tahan ramai hari ni, tapi sempat jugaklah aku curi masa sambung baca novel.

Best novel Anak Patung Nana tu, catchy. Sampai aku rasa yang Nana tu memang betul-betul wujud. Sepertinya dia yang memanggil-manggil aku untuk meneruskan pembacaanku. Haha. Eh seram pulak kitew.

Aku suka tagline cerita tu, "Seru nama saya dan saya akan datang." Hihihihihihihihihihihihihihihihihihi.

Sepatutnya hari ni full shift tapi aku mintak balik pukul 7 sebab period pain. Ingatkan nak tahan je tapi bila fikir-fikir balik argh tak sanggup aku nak tunggu sampai pukul 10. Ada karang yang pengsan tengah jalan T^T


10 Februari

Full shift hari ni. Datang kerja tiba-tiba terawal daripada biasa. Pagi-pagi customer tak ramai jadi aku sambung baca novel. Dah masuk cerita kedua, Gumanthong. Best jugak cerita tu. Mula-mula macam tak berapa nak faham sebab plot ceritanya yang agak complicated, tapi lama-lama baru faham.

Ada seorang lelaki ni pulak, pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Bising-bising bagitahu aku yang dia kena buat full shift hari ni sebab promoter dia ingat aku tak datang, so nanti malam tak ada orang jaga fair. Membebel macam perempuan. Menyampah aku. Bukan salah aku pun, aku tak ada cakap pun yang aku nak MC ke apa hari ni. Apa masalah dia pun aku tak tahulah. Hari-hari ada je benda nak buat aku panas.

Mood kerja dah makin down. Aku rasa macam nak berhenti je -_-



p/s : Entri ini sepatutnya sudah di-publish pada 11 Februari tapi sebab kepenatan, sekarang baru dapat publish T^T

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Assalamualaikum.

Kejap je dah empat hari kerja. Hari ni baru ada masa nak online sebab setiap hari balik malam. Kalau esoknya shift noon boleh jugak online, tapi kalau full shift masuk pukul 10 memang tak ada masa-lah nak bukak blog.

Kerja makin best sebab kami empat perempuan dah makin rapat, mihmih. Bukan macam sebelum ni dok usha dari jauh je lepas tu senyum-senyum, pemalu konon, last-last aku bantai tegur lagi dua orang tu. Haaa dah rapat pun. Haha. Pengajarannya senang je, kalau orang tak nak mula, kita kena mulakan. Ok? Ok.

Perhaps okay will be our always.

Ada seorang promoter lelaki ni kadang-kadang asyik nak cari gaduh dengan aku je. Kadang-kadang kelakar sangat sampai jadi bahan lawak kami. Hari tu berbual dengan dia pasal cermin mata (macam tak ada topik lain) lepas tu tiba-tiba dia cakap "Ada sorang promoter perempuan tu dia pakai apa tu.. eye bag." Aku tahu dia nak maksudkan contact lens tapi dia cakap eye bag ._. Kami terus bantai gelakkan dia sampai dia cakap "Sorrylah kak, saya tak tahu." banyak kali. Tak tahu kenapa aku rasa kelakar sangat, mungkin sebab aku bayangkan perempuan tu pakai 'eye bag' dalam mata kot. Hmmm. Tapi sekarang dah tak kelakar sangatlah. Haha.

Dari dulu kalau aku kerja situ, waktu rehat mesti aku balik rumah. Lagi puas makan kat rumah dapat tambah seberapa banyak kali pun plus dapat jimat duit. Tapi dah dua hari ni aku tak balik jadi aku rehat dengan kawan-kawan. Akibatnya, aku dah guna RM25 untuk makan. Gaji separuh hari tu. Tak boleh jadi ni ><

Aku paling suka jadi promoter ni sebab boleh tengok macam-macam ragam pelanggan. Ada yang dah belek berjam-jam akhirnya tak jadi beli. Ada pulak yang dah suka sangat-sangat lepas tu tanya harga lepas diskaun last-last cakap kat rumah ada lagi beg yang elok-elok. Kadang-kadang kesian jugak tengok makcik-makcik yang tengok handbag tapi lepas tu dia cakap "Nak jugak merasa pakai handbag mahal, tapi duit takde." sambil gelak buat-buat ke asli ke aku tak pasti sebab aku pun pura-pura gelak je lepas dia cakap gitu. Huhu.

Yang paling tak best, "Dik, handbag harga RM30 ada dik?" Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Lagi satu pengajaran yang aku dapat ialah kalau anak anda menangis dan meraung di khalayak ramai sebab nakkan sesuatu tapi tak dapat, jangan pujuk, biarkan je sambil rakam sight untuk post kat moment wechat.

Hari ni 5 Februari. Hmmm. Semoga ada berita gembira buat aku. Amin.

Maaf sebab belum sempat balas blogwalking korang. Happy blogging! :)
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Assalamualaikum.

Semalam hari pertama aku kerja. Tapi bukan kali pertama aku kerja situlah sebab sebelum ni pun dah beberapa kali jugak masuk kerja situ. Asyik-asyik masuk situ kalau cuti. Hihi. Macam tak ada company lain je yang nak ambil aku kerja. Bukan tak ada, tapi aku tak mintak pun sebab yang lain semua jauh. Kluang Mall je yang paling dekat dengan rumah. Itu pun tak dekat sangat. Kalau jalan kaki semput jugaklah. Huhu.

Aku dapat kerja situ sekali dengan kawan sekolah lama. Seronoklah dapat kerja sama-sama jaga fair nanti tak adalah bosan sangat sebab boleh gossip-gossip. Haha. Kejap lagi rupanya dia jaga fair tingkat bawah, aku pulak jaga fair tingkat atas. Memang sehari kerja tak nampak satu sama lain pun sampai kan rehat pun dia cakap dia lupa aku kerja situ -.-" Arghhhhhh stress. Itulah, niat tak baik Tuhan tak izinkan. Hahaha.

Hari pertama macam biasalah kaki naik kejang berdiri sebab dah lama tak kerja kan. Haha. Padan muka. Bosan pulak tu mula-mula sebab aku seorang je yang baru masuk semalam so yang dah lama masuk tu macam tak tegur aku sangatlah. Heh. Aku dah fikir macam.. habislah mereput aku sepanjang dua minggu ni. Tapi lepas tu bila dah tegur-tegur terus macam dah kenal lama. Asyik borak je. Hahaha. Nasib baik diorang okey.

Aku jaga bahagian handbag, brand Gio Fiore. Kecur je tengok handbag lawa-lawa, stok baru pulak tu. Hmmm. Pakkal lah baru kerja gaji tak ada lagi, kahkah. Tapi aku dah jatuh cinta pada dua beg kat situ. Tapi... aku nak simpan duit. Erm. Tak apalah mungkin kali ni aku hanya mampu untuk mencintai tapi tidak untuk memiliki. 



Ok.

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

Assalamualaikum.

Hari ni aku free jadi aku rajinkanlah diri join segmen yang aku dah bookmark banyak-banyak tu. Haritu time aku busy, kalau aku ada nampak segmen baru je terus aku bookmark dulu. Time free macam ni boleh join. Banyak kot aku bookmark. Hahaha. Tapi yang syarat-syaratnya leceh sikit tu aku tak join-lah. Huhuhuhu.

Bagi yang tak tahu, dah dua bulan aku menganggur kat rumah lepas habis foundation. Aku bukan tak nak kerja atau malas kerja, tapi aku ada banyak kerja yang nak dibuat. Walaupun aku ni penganggur, tapi hidup aku selalu busy tau. Busy apa tak tahulah. Hehe. Tapi mulai 1 Februari ni aku dah start kerja dah. Part time promoter jeeee. Eh best tau kerja promoter. Boleh latih kaki berdiri lama-lama nanti kaki cantik je. #legsgoal Tak payah gigih buat squat dah. Kehkeh. Tapi kerja fair dua minggu je. Tak lama pun.

By the way, dengar cerita penerapan degree uitm masuk akhir bulan Februari. Hmmm, cepatnya. Hari tu ingat pertengahan bulan Mac baru masuk. Tak sangka tiba-tiba kawan aku cakap awal bulan Mac dah mula kelas. Aku harap ini cuma khabar angin semata-mata. Huhu. Seram pulak nak masuk degree T_T


Oh ye, haritu lepas aku terbaca entry Tashira pasal photobook ni terus aku excited nak jugak. Hahaha. Hari tu jugak aku survey website Lazada sebab nak beli photobook. Dah siap pilih terus aku settle-kan payment. Aku tak fikir apa-apa pun masa tu. Lepas aku dah settle payment, aku saja-sajalah usha website Photobook ni. Biasalah bila kita baru first time bukak, dia akan keluar satu pop-up untuk subscribe. Aku pun subscribe lepas tu aku sign up terus. Lepas sign up, aku dapat email daripada Photobook inform yang aku dapat 'free welcome gift' sebab join Photobook family-lah kononnya. Aku pun apa lagi, seronoklah. Dapat free kan. Haha.

Tapi lepas tu aku terus terfikir, yang aku beli tu nak buat apa pulak? Lol. Aku memang tak kuasa nak edit sampai dua photobook sebeb leceh kan. Dahlah 40 muka surat. Fuhhhh. Mula-mula aku fikir macam 'Takpelah yang beli tu untuk gambar family, yang free ni boleh letak gambar dengan kawan-kawan.' Tapi bila aku dah start design yang free tu aku terus berubah fikiran nak design satu je. Haha. Last-last esoknya hari Jumaat tu aku call Lazada sebab nak cancel order. Nasib baik dekat Lazada tu boleh cancel order ><

Jadi semalam aku pun bertungkus lumus siapkan photobook tu. Gigih aku buat walaupun main hentam je. Tak tahulah hasil dia nanti macam mana. Harap-harap cantiklah. Haha. Bila dah siap tu, aku terus buat payment pukul dua pagi tu dan taraaa..... tinggal tunggu photobook aku sampai depan rumah je. Heee.

Kalau tengok harga waktu dah siap, RM83 something tapi lepas redeem voucher, aku cuma kena banyar RM8.48 je iaitu untuk shipping fee muehehehe. Murah kan? Walaupun yang ni saiznya kecik sikit, 6" x 6" sebab yang aku beli kat Lazada tu besar sikit, 8" x 8" tapi tak apalah. Lain kali boleh beli yang besar pulak :D

Siapa yang belum sign up photobook tu, pergi sign up sekarang.
Nanti boleh dapat welcome gift percuma macam aku. Hehe.

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Assalamualaikum.

Macam yang aku cerita dalam entri ini bahawasanya azam aku sebelum tamat tahun 2015 ialah aku nak siapkan sambungan untuk entri aku yang dulu. Malangnya, aku tak ada masa jadi azam tu kita carry forward ke tahun ini ye, kekekeke. Jadi, inilah sambungan kepada entri Foundation life : First semester :)

Semester kedua untuk Asasi Undang-undang ni aku belajar lapan subjek. Empat subjek Law (LAW037, LAW039, LAW087, LAW088), dua subjek english (ELC092, ELC093), ekonomi (ECO099) dan asas-asas syariah (CTU086). Macam biasa, cuma subjek pendidikan islam sahaja yang dipelajari dalam bahasa melayu ye, yang lain semua English. Aku tak berniat nak terangkan dengan lebih lanjut berkaitan setiap subjek sebab nanti post ni jadi panjang sangat korang bukan baca pun. Haha. Tapi kalau ada request daripada bakal student asasi undang-undang, in shaa Allah aku buat dalam entri lain. Kalau tak ada, maka tak adalah. Hehehehe :p

Semester kedua ni memang nampaklah dia punya busy tu. Jadual setiap hari memang pack. Kelas start seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Tengok hari jugaklah. Ada hari yang kelas start pukul 10. Itu pun sehari je. Huhuhu. Setiap hari memang penat sebab kelas penuh lepas tu malam nak siapkan assignment lagi, nak layan drama Korea lagi. Lol. Kelas pulak jarang-jarang cancel, tak macam masa sem 1 memanjang cancel.

Apa yang bestnya semester kedua ialah sebab lebih banyak assignment, presentation, speech, forum, debate dan segala bendalah yang menyebabkan kau untuk bercakap di hadapan. Huwaa. Masa mula-mula aku memang stress jugaklah sebab aku ni bukan jenis yang suka ke depan nak bercakap depan orang, tapi bila dah biasa lama-lama jadi seronok pulak. Dah tak takut. Lagi-lagi bila dapat classmate sporting jenis tak menganjing dan tak mengutuk memang bestlah. Rasa free je nak cakap kat depan. Nervous sikit jelah. Hehe.

Forum dan debate. Obviously not my group. Hehe.

Semester kedua ni aku tak stay kelas lama, aku tukar. Adalah beberapa reason yang menyebabkan aku request untuk pindah kelas, dan aku bersyukur sebenarnya sebab aku buat keputusan tu. Kadang-kadang classmate ni memainkan peranan penting jugakkan masa kita belajar? Pada akulah. Pada korang aku tak tahu, haha.

Semester kedua jugak aku dapat roommate baru merangkap bff aku muehehe geli pulak baca. Haha. Kami memang rapat sangat sebab sebilik kan, lepas tu satu kelas pulak tu. Walaupun kadang-kadang ada gaduh sikit-sikit tu biasalah kan, nama pun kawan. Kalau tak gaduh tak bestlah, hambar je persahabatan tu kekeke.

Kami memang selalu keluar berdua je. Dulu aku paling tak suka keluar dua tiga orang sebab nanti kena bayar sewa kereta mahal. Lagi ramai, lagi murah, lagi bagus. Hahaha. Tapi yang paling tak best keluar dengan budak ni sebab aku jelah kena drive, bosan betul. Heh. Arghhhhh dengan sesiapa jelah pun kalau keluar mesti aku je jadi driver yang lain semua tak ada lesen. Kalau yang ada lesen pun, takut nak drive. Sakit hati kite makkk. Baik buang je lesen tu campak dalam sungai. Haha. Gurau je. Jangan marah nanti kena jual ._.

Partner in crime :3

Budak lagi dua orang ni aku rapat sebab satu kelas. Lepas tu kami selalu satu kumpulan kalau buat group assignment. Kepala semua tingtong. Kalau lepak sama-sama memang haroklah jawabnya. Baik-baik niat suci murni nak buat assignment terus ke laut semuanya. Hahaha. Semua sebaya kecuali sorang tu kakak sikit :p

Yang ni memang partner in crime. Geng gossip, geng gelak macam nak terkeluar isi perut, geng layan running man dengan cerita hantu sama-sama lepas tu yang hujung tu jerit-jerit macam nak kena tampar, hahaha, geng ponteng kelas elc sebab malas nak praktis debat, geng ponteng kelas ctu sebab nak keluar beli barang. Kehkeh. Memang tak patut jadi janganlah tiru. Haha. What a lovely memories we shared together.

Ini kuning. Tak, sebenarnya aku lupa nama dia apa. Haha. Dia ni anak kucing yang sesat dok mengiau depan bilik lalu kami pun ambil bawa masuk dalam bilik dan jadikan permainan buat menghibur hati. Lol.

Aku sebenarnya tak nampak ke mana hala tuju entri aku ni tapi.. tak apalah kita teruskan je. Hahahaha.

Semester kedua ada lawatan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Tak semua pelajar dapat pergi cuma beberapa orang yang terpilih saja. Dan aku terpilih. Hehehehehe k diam. Tak buat apa pun just tengok keadaan dalam mahkamah lepas tu dengar ceramah (ceramah ke?) lepas tu ada minum petang. Tu jelah kot. Minum petang jelah best sebab aku lapar gila kot masa tu. Tak sempat lunch punya pasal. Hmm.

Akhir sekali, macam biasalah sebelum final mesti ada jamuan makan-makan kan. Selalunya orang buat dinner tapi kami student law tak ada dinner cuma high-tea je wuhuhuhuhu cedih. Tema high-tea kami ialah pastel color. Sangatlah tak rare okey? Huhuhu. Masa high-tea aku tak ambil gambar sangat sebab malas. Sila percaya.

Aku tepek satu jelah gambar masa high-tea ye buat syarat. Muehehe. Inilah antara muka-muka manusia yang bertanggungjawab menceriakan dan mewarna-warnikan hidup aku sepanjang semester kedua. Kalau tak ada mereka bertiga ni mesti bosan sikit hidup aku. Sikit jelah tapi. Haha. Terima kasih diucapkan kepada mereka :3

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah yang mengajar aku untuk kedua-dua semester, kawan-kawan sekelas, 1D dan 2C, roommates (F1-01-11), jiran bilik depan yang suka sendawa kuat-kuat satu floor boleh dengar, jiran bilik sebelah yang tolong bukakan pintu waktu pintu bilik aku terkunci dari dalam sebab Fadh memandai kunci dia ingat bilik dia ke apa, pakcik tukang kebun yang selalu senyum setiap kali kami lalu nak pergi kelas, makcik-makcik dewan makan, kerani di pejabat kolej yang selalu layan kami yang suka beli barang online, senior yang datang bawak minyak panas dan air revive masa aku sakit perut (lol), anak-anak kucing yang selalu datang bilik menghiburkan kami semua, Dixy, hamster Zaty yang comel tapi annoying dan semua oranglah yang terlibat. Ramai betul kalau nak sebut satu-satu. Terima kasih semua T_T

Pemandangan hari-hari nak pergi kelas.

Pemandangan hari-hari nak balik bilik.

Aku pasti akan merindui zaman asasi. Walaupun singkat tapi meninggalkan kenangan yang manis dalam hidup aku. Namun... andai diberi peluang untuk ulang semula, aku tak nak ulang. Tak sanggup! Haha.

Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

Assalamulaikum.

Hari ni sebab bosan tak tahu nak update apa, aku mula godeh-godeh semua benda dan secara tiba-tibanya aku terjumpa blog-blog lama aku. Huwaaaaa. Ada tiga blog kesemuanya yang aku dah lupa terus kewujudan mereka. Agaknya sebab akaun yang tu aku guna email lain kot sebab tulah sampai boleh lupa. Agaknya-lah. Tak tahulah kenapa dulu-dulu tamak sangat nak ada blog banyak-banyak. Hobi kot? Merepek betul.


Banyak betul blog aku ye, ingatkan ada tiga je rupanya tambah tiga lagi, ada enamlah kesemuanya hahahaha. Tengok nama je dah pelik, bila baca entri dalamnya lagi kelakor aduhaiii lemah jiwa dibuatnya. Dengan segala macam contest aku join. Ya Allah memang bersyukur gila untuk jejak kasih yang berlaku secara tak sengaja ini jadi bolehlah aku tamatkan riwayat ketiga-tiganya. Alhamdulillah dah selamat dikebumi. Huhuhuhu T_T

Patutlah masa aku nak aktif balik blog ni aku jadi pelik kenapalah blog yang aku follow cuma ada seratus lebih. Rupanya kebanyakan blog yang aku follow dulu-dulu semua guna akaun yang lagi satu ni. Haih.

Kelakar pulak bila ingat balik dulu-dulu punya perangai. Hahaha. Aku dah tak macam dulu ye. Sekarang ni memang nak fokus satu blog je. Tak nak mendua-tiga-empat-limakan lagi dah. Lol. Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Hahaha. Apa benda aku merepek ni duhhhh. Hmmmm.

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Assalamualaikum.

Cepatnya dah 3hb kan? Sebulan yang lepas, di malam yang sepi tiba-tiba aku dapat ilham nak ada planner sendiri. Tak tahulah mana datang ilham tu, jatuh dari langit kot? Just rasa nak ada sesuatu yang boleh bantu aku untuk mengurus masa dengan lebih baik, dan tak lupa perkara-perkara penting yang aku kena buat. Aku ni bukanlah pelupa sangat cuma kadang-kadang bila banyak sangat benda yang nak kena ingat, hidupku jadi serabut huu huu huu. Lepas tu mulalah nangis tepi katil sambil berdendang "tidakku pinta lahir ke dunia..." 

Okey tak, tu tipu.

Plus aku banyak tengok channel youtube mat saleh diy planner cantik-cantik ya ampun aku nak pengsan. Kenapalah kreatif sangat T_T Kalau aku yang buat confirm tak cantik macam tu, biasalah tangan kayu. Haha.

Aku memang tak pernah ada planner sebelum ni. Kalau diari tu adalah. Itu pun muka surat kosong je banyak. Sejak jadi pelajar universiti, aku macam tak ada masa nak menulis diari. Ceh. Tengok blog ni je cukuplah. Asyik-asyik terbengkalai, sampai pernah rasa nak delete blog pun ada. Padahal bukanlah busy mana pun ._. 

Tapi sejak dua menjak dah nak masuk 20 ni, banyak kesedaran pulak timbul, kekeke. Aku rasa macam tahun 2016 ni adalah tahun yang terbaik kalau aku nak mula buat planner. Sebab dah 20 tahun kan haha apa kena mengena? Tak tahulah tapi aku rasa aku memang dah patut mula untuk masa depan yang lebih baik. Haa kau.

Oleh itu, berbekalkan semangat yang tinggi dan keazaman yang jitu, aku pun mulalah diy planner aku sejak hari Khamis yang lepas. Gila punya gigih berjam-jam aku buat. Cantiknya tak pun. Hahaha. Aku tak tahu sangat pun nak buat macam mana tapi aku hentam je. Dengan bantuan google-lah pastinya. Google banyak je printable planner yang free. Kena pandai-pandai carilah. Tapi aku tak refer just satu website yang specific since aku ikut keperluan aku je mana yang aku perlu. Lepas tu aku pandai-pandailah tambah dan edit sendiri haha memang tak adalah lawa macam kat youtube tapi bukan orang lain pun yang nak tengok, aku je ><'

Kenapa buat sendiri, kenapa tak beli kat kedai je, kan lagi senang?

Aku ada tanya soalan tu pada diri sendiri. Jawapannya sebab kalau aku buat sendiri aku boleh ikut citarasa aku, plus yang jual kat kedai tu mahal. Tak adalah mahal sangat tapi plannernya agak tebal. Aku takut membazir pulak nanti tak banyak pun yang aku isi dalam tu since aku baru je nak cuba cuba kan. Hehe.

Planner aku tak siap pun lagi, masih dalam pembikinan. Banyak benda yang aku nak beli dan tambah supaya planner aku nampak cantik, at least cantik di mata aku. Ayat pasrah, haha. Lagi satu, maaf sebab tak ada gambar planner sebab handphone rosak, cisss alasan, padahal tak nak tunjuk sebab malu. Hahaha.

Ada kat sini yang ada planner sendiri? Mesti planner korang comel comel kan T_T

Sumber : weheartit

Jelesnyaaaaaaa T_T Doakan semoga projek diy aku siap dan menghasilkan planner yang comel

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Aku dan Planner 2016.
  • Tentang cinta.
  • Berhati-hatilah membeli produk muka di pasaran!
  • Review buku : Anak Patung Nana
  • Foundation life : Second semester.

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates