Back after a long hiatus.

by - January 26, 2017


Assalamualaikum dan… hai ._.

Lama sangat dah ni tak update blog. Last update haritu pun sebab Nile punya Megasales je. Sebelum entri tu, yang terakhir aku update adalah pada 23 Julai 2016. 2016 okey! Sekarang dah 2017. Haha. Wow, setengah tahun aku tinggalkan blog ni sepi tak berpenghuni. Bravo. Ini kalau rumah ni dah lama berpenunggu -_- 

Sebenarnya bukan sibuk sangat pun, ada je masa nak update tapi entahlah. Rasa give up nak menulis, sampaikan at one point aku rasa macam nak delete je blog ni. Tapi bila fikir balik macam sayanglah pulak. Dah banyak perubahan Blogspot sekarang. Especially dashboard tu. Terkejut aku hari tu bukak blogger tengok dah jadi macam tu. Rasa macam kekok sat. Haha. Tak tahu mana nak tengok blog yang aku follow, followers, comments yang belum approve semua. Aku jumpa reading list je. Comments awaiting moderation tu memang dah tak ada notification kat mana-mana dah ke? So kena check setiap masa ke macam mana? -_-

Sepanjang aku tak update ni, of course lah macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup aku kan. Study life pun dah lama tak update. Last update masa aku baru masuk sem 1. Sekarang dah nak masuk sem 3. Hahaha. Cepat betul masa berlalu kan? Sekarang ni aku tengah cuti semester. Cuti semester yang lepas life aku memang hectic gila sampai tak ada kesempatan nak update. Dengan ibu aku yang tak berapa sihat, lepas tu adik aku pulak terlibat dalam kemalangan sampai masuk ICU 3 hari. Dekat 2 minggu jugak duduk hospital. Merasa jugaklah aku berkampung di hospital selama seminggu. Huhuhu.

Hebatnya perancangan Allah, semuanya berlaku betul-betul masa aku tengah cuti semester. Bolehlah aku tolong tengokkan adik di hospital sebab keadaan ibu aku masa tu yang tak berapa sihat, jadi risau jugaklah kalau nak biarkan ibu jaga adik di hospital. Tapi hari-hari terakhir tu terpaksa jugaklah ibu jaga adik bila aku keracunan makanan sebab hari-hari dok makan makanan beli kat kedai je, hahaha. Tak pasal-pasal.

Perkara yang terjadi kat adik aku memang membuka mata aku tentang perasaan bila mana kita hampir kehilangan orang yang kita sayang. Walaupun aku dengan adik selalu gaduh, tapi tipulah kan kalau cakap tak sayang. Adik kot, walaupun gaduh teruk macam mana sampai patah gigi ke, tempang ke, tetap sayang. Hehe.

Aku masih ingat masa hari kejadian tu macam mana aku nampak adik aku terbaring lemah atas jalan raya tak berdaya nak buat apa-apa cuma mampu beristighfar. Aku nampak kaki dengan tangan kiri adik dah terkulai layu. Seorang pakcik yang ada kat situ beritahu kami yang tangan dengan kaki adik aku patah. Pada waktu tu, aku cuma berharap yang hanya tu je yang berlaku pada adik. Tapi bila ambulan sampai dan masa mereka nak angkat adik aku masuk ke dalam ambulan tu tiba-tiba adik aku mengadu pada ayah aku yang perut dia sakit. Aku tak terfikir apa-apa sebab aku ingatkan rasa sakit tu mungkin cuma sebab kesan hentakan or something.

Malam tu, bila kami sampai je di hospital, doktor beritahu yang adik aku kena operate secepat mungkin sebab dalam badan dia dah penuh dengan darah dan kalau terlambat boleh menyebabkan kematian disebabkan keracunan. Aku tak tahu nak fikir apa atau rasa apa masa tu cuma mampu berdoa je supaya adik aku selamat.

Sepanjang aku jaga adik aku kat hospital tu aku sedar betapa kuat dan cekalnya adik aku berbanding aku yang lembik ni. Huhuhu. Lepas 3 hari dalam ICU dan dah dipindahkan ke wad biasa, tangan dengan kaki adik yang patah still tak operate lagi sebab doktor kata kena tunggu dia stabil so kau bayangkanlah kaki tangan patah tapi kena balut macam tu jeeeee. Ergh aku yang seram. Tapi adik aku lek-lek je walaupun aku tahu dia sakit. Huhuhu. Lepas tu setiap malam tengah syok tidur kena kejut pulak sebab nak ambil darah. Cucuk banyak kali pun tak dapat-dapat sampai lebam, sudahnya hati aku yang bengkak sebab takut tengok jarum. Haha.

Sekarang ni alhamdulillah adik aku dah sihat. Mungkin sebab kecekalan hati dan kekuatan semangat dia yang buat dia sembuh dengan sangat cepat. Haha. Aku bersyukur sangat sebab Allah masih beri kami peluang untuk bersama sebagai satu keluarga. Walaupun perasaan waktu tu memang.. tak tahulah nak describe macam mana. Semoga Allah sentiasa panjangkan umur kami sekeluarga dan semua pembaca. Ameen.

You May Also Like

14 comments

  1. kirenye adik tu exciden tgah keracunan makanan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah, yg keracunan makanan tu fieyqa. haha --'

      Delete
  2. Alhamdulillah adik awak da sihat. Banyak iktibar sy dpt dr crita awak. Smoga Allah permudahkan urusan anda dimana anda berada. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. hehe in shaa Allah terima kasih eyqa :)

      Delete
  3. lama dah tak nampak hihi . semoga dipermudahkan urusan lepas ni :) teringat pulak kat adk2 sy lepas baca ni :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. thanks tashira hihi, lama tak nampak jugak XD

      Delete
  4. Alhamdulillah. Perancangan Allah memang hebat.Berlaku cuti semester lepas kan? Kejap je masa berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah itulah. dah nak dekat 7 bulan jugak. kejap je huhuhu.

      Delete
  5. Fieyqaaa semoga adik fieyqa makin sembuh inshaAllah..

    ReplyDelete
  6. Welcome back! :P Lin pun dah lama tak update tau. Semoga adik awak always in the best state :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks lin, welcome back jugak :p in shaa Allah. amin :)

      Delete
  7. Semoga awak dan family tabah menghadapi ujian Allah ini...

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥