Selamat Hari Raya, dan sedikit update tentang kehidupan.
Hi, assalamualaikum.
I hope it’s not too late
to say this, but selamat hari raya! Tiba-tiba je kan tak ada angin, tak ada ribut,
muncul semula. Setelah menghilangkan diri untuk berabad lamanya. Haha.
Entahlah. Tak terlintas hasrat untuk kembali pun. Cuma sekadar menjenguk dan rasa
nak update. Harap tak ada orang kisahlah sebab suka-suka je hilang lepas tu
muncul balik, lepas tu hilang balik, muncul balik. Ceh, macamlah ada orang
pernah kisah.
So, how’s your raya
everyone? Going well? Since aku dah habis belajar, so raya aku lebih panjanglah
untuk tahun ni. Kalau tahun-tahun lepas, baru raya seminggu, dah kena balik
Shah Alam. DIsebabkan tahun ni status pelajar dah bertukar kepada status
penganggur terhormat, tahun ni boleh raya sebulan kot? Hahaha.
Haritu, tak tahu kenapa
rasa nak delete blog ni. Tapi bila fikir balik, macam sayang pulak. Dulu, blog
nilah kesayangan. Masa zaman sekolah dulu, kalau boleh hari-hari nak update.
Benda tak penting pun nak update. Lepas tu bila baca balik, rasa nak tutup muka
nangis sebab tak percaya aku yang taip post-post tu. Malu sangat! Sekarang ni
lain pulak cerita. Nak buka pun tak ada masa, lagilah nak update. Sebenarnya
kalau nak guna ayat ‘tak ada masa’ tu nampak sangat macam tipu. Banyak je masa dalam
dunia kan? Yang paling sesuai mungkin, tak berminat nak update. Huu huu. Mengaku
jelah kenyataan itu, walaupun pahit. Well, truth hurts.
Mana entah pergi segala
minat nak menaip dan berkongsi cerita dalam blog. I don’t even know. Nak kata
dah ada kesayangan untuk berkongsi cerita ke apa, tak juga. Entahlah, mungkin
makin aku dewasa ni, makin aku suka pendam semua benda. Dah terbiasa. Terbiasa
pendam sendiri sampaikan semua cerita pun nak simpan sorang-sorang buat apa tak
tahu. Buat pekasam agaknya. Kalaulah ada satu mesin berteknologi tinggi yang
boleh proses segala benda yang aku simpan dalam otak, lagi bagus kot. Tolong
proses, hadam, dan ekpresikannya dalam bentuk tulisan. Untung-untung boleh jadi novel kisah hidup aku
ni. Hehehe.
Kalau ikutkan, terlalu
banyak benda nak cerita. Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ni, macam-macam
dah jadi dalam hidup aku. Rezeki untuk sambung degree. Also how much I
struggled to get that degree. The blood, sweat and tears. Gelak tawa bersama
orang-orang tersayang yang menghiasi hari-hari aku. Malam-malam sepi yang cuma ditemani
air mata. Sepanjang tiga tahun di Shah Alam terlalu banyak mengajar aku tentang
kehidupan. Tentang persahabatan. Komitmen. Mandiri. Cinta. Kecewa. Tentang
bagaimana aku mengenal manusia-manusia yang bermacam-macam ragam dan perangai.
Yang baik, yang setia, yang pentingkan diri, yang cuma ada bila dia perlukan
aku dan pergi bila aku tak lagi mendatangkan keuntungan untuk dia. It’s funny;
to watch people come and go in our life. But that’s life right? The REAL life.
Aku belajar untuk selalu
ada for the people I love, and eventually watched them leave me when I needed
them. It hurts. But sometimes you just can’t do anything about it. You accept,
you learn that you can’t control everything, and you move on. Aku juga belajar
untuk angkat kaki dan pergi dari hidup orang-orang yang tak lagi perlu aku.
Juga orang yang terus menyakiti dan mengecewakan aku. I learnt it the hard way
that you have to remove toxic people from your life, so that you will stop
hurting and start growing. Selama ni mungkin aku tak perasan orang yang aku nak
simpan adalah orang yang paling aku patut buang. Pengalamanlah yang mengajar
aku. Indeed, it is true that experience is the best teacher. My opinion, kita
tak akan belajar sesuatu perkara tu tanpa mengalaminya sendiri. Kita mungkin
boleh belajar daripada pengalaman orang lain, tapi selagi kita tak merasai
pengalaman tu sendiri, we will never really learn from it.
By the way, aku habis degree bulan Disember tahun lepas. Wow, doing degree is really tough, aite? No joke. Sebelum ni masa asasi, chill-chill je struggle sikit-sikit tiba-tiba dah habis. While degree, urgh, aku lemas beberapa kali. Hampir saja hanyut tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran, doa, dorongan daripada ibu ayah dan sokongan kawan-kawan, I finally made it!!! Bukan main susah nak dapat segulung ijazah kan..
Baru cerita sikit-sikit
dekat atas. Belum cerita lagi pasal dugaan-dugaan sepanjang nak menghabiskan
study. Daripada dugaan nak siapkan assignments, dugaan internship, dugaan nak
siapkan thesis. Dengan laptop yang tiba-tiba rosak sehari sebelum aku kena
hantar draft kedua. Allah hai. Masa tu dah tak tahulah nak cakap apa.
Speechless. Nak menangis pun dah tak mampu. Cuma bersyukur sebab tak hilang
fail-fail tu T__T
Dugaan masa internship
lagi hebat. Buat aku sedar betapa kecilnya kita, dan betapa kejamnya dunia ni kadang-kadang. Some people can just ruin your life without thinking twice. Kudos
to her. I will never forget that face. Hahaha. Aku selalu doa, kalau aku yang dianiaya,
semoga Allah permudahkan urusan aku. Dan Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar.
Dia permudahkan segala setiap satunya. Dalam masa yang sama, Allah juga
hadirkan orang-orang yang selalu ada untuk aku, yang banyak tolong kuatkan aku,
dan percayakan aku.
Terima kasih. You know who
you are. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian.
Buat masa sekarang, aku
masih belum bekerja. Nak sambung belajar macam tak ready lagi. Mula-mula
ingatkan nak honeymoon dulu dua tiga bulan tapi dah jadi enam bulan pula. Hshshs.
Masa awal-awal dulu ada juga job hunting tapi belum jumpa yang sesuai. Bila dah
jumpa yang sesuai dan aku suka, timbul masalah gaji dan lokasi yang tak sesuai pula.
Jadi, sampai sekaranglah masih menanam anggur. Cuma kadang-kadang kena jadi
driver hantar adik pergi sekolah. Huehehe. Doakan aku dapat kerja yang
baik-baik!
Tak pasti bila lagi akan
rajin nak menaip dalam blog ni. Till then, take care dan selamat hari raya ♥
14 comments
selamat hari raya sis
ReplyDeleteSelamat hari raya :)
DeleteMay All ease everything for you dear.
ReplyDeleteAaaminnn. Thank you so much ♥
DeleteSaya pun jarang dah update blog sbb selalu luah kat twitter hari2 hehhe. Selamat hari raya sis 🌸
ReplyDeleteHahaha betul. Tapi sekarang ni, twitter pun tak bukak dah. Haha. Selamat hari raya :)
Deletelamanya tak singgah sini fieyqaaaaa. sy pun kdg2 muncul kdg2 hilang dlm dunia blog ni hahaha. rasa nak update tu ade je tapi tahap malas dia tu alahaiii ssh nak cakap :P
ReplyDeleteBESTNYA DAH HABIS DEGREEEE. Sy ada 4 sem je lagi ni hahhhhh :'))
nanti bila dah tua nanti mesti terfkir balik pengalaman yg pernah kita lalui pada zaman2 muda ni kan? hmmm. zaman degree ni mmg byk dugaan sungguh but honestly bnda mcm ni lah yg buat kita semakin tough utk truskan kehidupan & pandang ke depan ecehhhh HAHAHA
Semoga lepas ni ada rezeki dapat kerja! inshaallah Allah dah atur yg terbaik utk fieyqa hehe
Selamat hari raya ♥
Hi Tashira! Miss youuuuuuu! Haha. Itulah, memang rasa nak update selalu tapi kemalasan mengatasi segalanya. Kadang-kadang time rajin, idea pulak takde. Hahaha.
DeleteTakpe, 2 tahun je lagi. Kejap je tu. Hihi.
Betul. Benda-benda macam nilah yg mengajar kita untuk lebih kuat dan tabah :)
Aaaminnn. Thank you dear. All the best to you too. Selamat hari raya ♥
selamat hari raya fieyqa!
ReplyDeleteInsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan awak :) fightingg ^^
Selamat hari raya!
DeleteAaaminnn. Same goes to you. Thank you Anis! :)
Congrats dah habis degree! Alhamdulillah hehe. Jom jom kita active blog semula, rindu lah. Btw Selamat Hari Raya Fieyqa! <33
ReplyDeleteHehe nak aktif tapi kadang-kadang tak tahu nak update apa. Haha.
DeleteSelamat hari raya Kak Nad! ^_^
happy eid mubarak fieyqa! i hope everything goes well with your life ^^
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA
ReplyDeleteBe nice please. Thank you ♥