Foundation life : Second semester.
Assalamualaikum.
Macam yang aku cerita dalam entri ini bahawasanya azam aku sebelum tamat tahun 2015 ialah aku nak siapkan sambungan untuk entri aku yang dulu. Malangnya, aku tak ada masa jadi azam tu kita carry forward ke tahun ini ye, kekekeke. Jadi, inilah sambungan kepada entri Foundation life : First semester :)
Semester kedua untuk Asasi Undang-undang ni aku belajar lapan subjek. Empat subjek Law (LAW037, LAW039, LAW087, LAW088), dua subjek english (ELC092, ELC093), ekonomi (ECO099) dan asas-asas syariah (CTU086). Macam biasa, cuma subjek pendidikan islam sahaja yang dipelajari dalam bahasa melayu ye, yang lain semua English. Aku tak berniat nak terangkan dengan lebih lanjut berkaitan setiap subjek sebab nanti post ni jadi panjang sangat korang bukan baca pun. Haha. Tapi kalau ada request daripada bakal student asasi undang-undang, in shaa Allah aku buat dalam entri lain. Kalau tak ada, maka tak adalah. Hehehehe :p
Semester kedua ni memang nampaklah dia punya busy tu. Jadual setiap hari memang pack. Kelas start seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Tengok hari jugaklah. Ada hari yang kelas start pukul 10. Itu pun sehari je. Huhuhu. Setiap hari memang penat sebab kelas penuh lepas tu malam nak siapkan assignment lagi, nak layan drama Korea lagi. Lol. Kelas pulak jarang-jarang cancel, tak macam masa sem 1 memanjang cancel.
Apa yang bestnya semester kedua ialah sebab lebih banyak assignment, presentation, speech, forum, debate dan segala bendalah yang menyebabkan kau untuk bercakap di hadapan. Huwaa. Masa mula-mula aku memang stress jugaklah sebab aku ni bukan jenis yang suka ke depan nak bercakap depan orang, tapi bila dah biasa lama-lama jadi seronok pulak. Dah tak takut. Lagi-lagi bila dapat classmate sporting jenis tak menganjing dan tak mengutuk memang bestlah. Rasa free je nak cakap kat depan. Nervous sikit jelah. Hehe.
Forum dan debate. Obviously not my group. Hehe.
Semester kedua ni aku tak stay kelas lama, aku tukar. Adalah beberapa reason yang menyebabkan aku request untuk pindah kelas, dan aku bersyukur sebenarnya sebab aku buat keputusan tu. Kadang-kadang classmate ni memainkan peranan penting jugakkan masa kita belajar? Pada akulah. Pada korang aku tak tahu, haha.
Semester kedua jugak aku dapat roommate baru merangkap bff aku muehehe geli pulak baca. Haha. Kami memang rapat sangat sebab sebilik kan, lepas tu satu kelas pulak tu. Walaupun kadang-kadang ada gaduh sikit-sikit tu biasalah kan, nama pun kawan. Kalau tak gaduh tak bestlah, hambar je persahabatan tu kekeke.
Kami memang selalu keluar berdua je. Dulu aku paling tak suka keluar dua tiga orang sebab nanti kena bayar sewa kereta mahal. Lagi ramai, lagi murah, lagi bagus. Hahaha. Tapi yang paling tak best keluar dengan budak ni sebab aku jelah kena drive, bosan betul. Heh. Arghhhhh dengan sesiapa jelah pun kalau keluar mesti aku je jadi driver yang lain semua tak ada lesen. Kalau yang ada lesen pun, takut nak drive. Sakit hati kite makkk. Baik buang je lesen tu campak dalam sungai. Haha. Gurau je. Jangan marah nanti kena jual ._.
Partner in crime :3
Budak lagi dua orang ni aku rapat sebab satu kelas. Lepas tu kami selalu satu kumpulan kalau buat group assignment. Kepala semua tingtong. Kalau lepak sama-sama memang haroklah jawabnya. Baik-baik niat suci murni nak buat assignment terus ke laut semuanya. Hahaha. Semua sebaya kecuali sorang tu kakak sikit :p
Yang ni memang partner in crime. Geng gossip, geng gelak macam nak terkeluar isi perut, geng layan running man dengan cerita hantu sama-sama lepas tu yang hujung tu jerit-jerit macam nak kena tampar, hahaha, geng ponteng kelas elc sebab malas nak praktis debat, geng ponteng kelas ctu sebab nak keluar beli barang. Kehkeh. Memang tak patut jadi janganlah tiru. Haha. What a lovely memories we shared together.
Ini kuning. Tak, sebenarnya aku lupa nama dia apa. Haha. Dia ni anak kucing yang sesat dok mengiau depan bilik lalu kami pun ambil bawa masuk dalam bilik dan jadikan permainan buat menghibur hati. Lol.
Aku sebenarnya tak nampak ke mana hala tuju entri aku ni tapi.. tak apalah kita teruskan je. Hahahaha.
Semester kedua ada lawatan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Tak semua pelajar dapat pergi cuma beberapa orang yang terpilih saja. Dan aku terpilih. Hehehehehe k diam. Tak buat apa pun just tengok keadaan dalam mahkamah lepas tu dengar ceramah (ceramah ke?) lepas tu ada minum petang. Tu jelah kot. Minum petang jelah best sebab aku lapar gila kot masa tu. Tak sempat lunch punya pasal. Hmm.
Akhir sekali, macam biasalah sebelum final mesti ada jamuan makan-makan kan. Selalunya orang buat dinner tapi kami student law tak ada dinner cuma high-tea je wuhuhuhuhu cedih. Tema high-tea kami ialah pastel color. Sangatlah tak rare okey? Huhuhu. Masa high-tea aku tak ambil gambar sangat sebab malas. Sila percaya.
Aku tepek satu jelah gambar masa high-tea ye buat syarat. Muehehe. Inilah antara muka-muka manusia yang bertanggungjawab menceriakan dan mewarna-warnikan hidup aku sepanjang semester kedua. Kalau tak ada mereka bertiga ni mesti bosan sikit hidup aku. Sikit jelah tapi. Haha. Terima kasih diucapkan kepada mereka :3
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah yang mengajar aku untuk kedua-dua semester, kawan-kawan sekelas, 1D dan 2C, roommates (F1-01-11), jiran bilik depan yang suka sendawa kuat-kuat satu floor boleh dengar, jiran bilik sebelah yang tolong bukakan pintu waktu pintu bilik aku terkunci dari dalam sebab Fadh memandai kunci dia ingat bilik dia ke apa, pakcik tukang kebun yang selalu senyum setiap kali kami lalu nak pergi kelas, makcik-makcik dewan makan, kerani di pejabat kolej yang selalu layan kami yang suka beli barang online, senior yang datang bawak minyak panas dan air revive masa aku sakit perut (lol), anak-anak kucing yang selalu datang bilik menghiburkan kami semua, Dixy, hamster Zaty yang comel tapi annoying dan semua oranglah yang terlibat. Ramai betul kalau nak sebut satu-satu. Terima kasih semua T_T
Pemandangan hari-hari nak pergi kelas.
Pemandangan hari-hari nak balik bilik.
Aku pasti akan merindui zaman asasi. Walaupun singkat tapi meninggalkan kenangan yang manis dalam hidup aku. Namun... andai diberi peluang untuk ulang semula, aku tak nak ulang. Tak sanggup! Haha.
42 comments
hari-hari mmg sibuk mcm tu ye >.< kak saya tak tahu la lpas ni nk isi borang UPU TT.TT
ReplyDeleteAda jugak hari-hari yg free hehehe. Tak tahu kenapa?
DeleteWeh fiqa....aq pon rindu weh nk g klas lah..huwaa.....nk ponteng klas..nk bt assgnmnt last minit..stay up tgk cite hantu...😭😭😭
ReplyDeleteWeh miraaaaaaa hahaha tahu takpe rindu kan T_T
Deletebestnyer... Bakal lawyer la ni.. :D
ReplyDeleteEh taklah. Huhuhu. Tak minat lawyer haha :3
Deletesibuk bila masuk tahun asasi ni, all the best :)
ReplyDeleteDah habis dah pun. Hehe.
Deleteambik law? pergh. hari tu takot nk pilih law sbb byk akta apa dia tah nk kena hafal. hehe.
ReplyDeleteHahaha biasalah law memang banyak menghafal. Memory kena besar XD
Deleteall the best for future ^^
ReplyDeleteTerima kasih Leyha :)
Deletebaru nak assign fieyqa as personal lawyer huehue ^^
Deletehahaha amboi baru lepas foundation je apa pun takde lagi ><
Deleteuitm merbok ke?
ReplyDeleteHa'ah ye uitm merbok :)
Deletememang bilik kau tu bilik aku jugakkk... weyhh.. asal tak citer pasal yg conteng2 sampai ade org tak pegi kelas tu... hhahaha
ReplyDeleteNi siapa ni? Hahahaha. Ala banyak sangat nak cerita kang jadi penulis novel pulak tak pasal :p
DeletePeh peh peh budak lawyer lah pehhhhhh omg TT_TT
ReplyDeletei hate debate hahahha qila selalu nangis after those kind of thing sbb lack of confidence :( <3
Takde maknanya lawyer. Haha. Nangis? Laa janganlah sampai nangis qila. C'mon.
DeleteYou're a big girl. Haha. Kena biasakan. Alah bisa tegal biasa. Haaaa kau ><
fieyqaaa!!! awak foundation law jugak eh. Saya nak baca yg first entry awak pasal foundation ni. hehehe. all the best awak. sy x dpt sambung law sbb MUET x dpt band 4. i wish you the best! chaiyokkk ;)
ReplyDeleteHai senior hehehehe. Terima kasih kak :) Tak nak sambung law pun. Huuuu.
Deletehabis awak nak sambung apa? dah plan? law susah kan. icriedddd T.T
DeleteSambung kos biasa je. Haha. Law susah tp tbh suka sgt belajar law, very interesting. Hihi.
DeleteSelamat maju jaya untuk kehidupan lepas ni ;) utk degree.. mtk kos ape?
ReplyDeleteAmin. Terima kasih :) Degree tak mintak law pun, mintak kos biasa je. Huuu :3
Deletesemoga berjaya :) aamiin
ReplyDeleteAmin.. Hehe.
Deletesemoga berjaya :) aamiin
ReplyDeleteamin. terima kasih :)
DeleteWah dah abis asasi ke. tahniah..selamat menempuh episod baru pulak ya Fieyka. semoga dipermudahkan segala urusan ^^
ReplyDeleteIn shaa Allah. Terima kasih kak :)
DeleteCantiknye semua , eh silap I mean eh ape nak cakap td . lupa dah . haha Oh you take foundations in LAW ? I know that course it's obviously hard , Kakak saya pon ambil LAW , sekarang ni dia buka company sendiri ( I didn't ask her what's the name of her company ) teruknye adik camni. haha before that she's an ex malaysian presecutor . btw I look at the photo's which one are you ? haha from my view , i don't know why is it me or anyone in this photo's looks almost the same . haha By the way . Goodluck ! :)
ReplyDeleteWow. She has her own firm? How cool is ur sister :/ But i'm not that much into law
Deleteso i'm not gonna further my degree in law. Hehehe. Try guess lah i'm not telling :p
Serius confuse . Ok ok I trying to guess . There's four ladies , I guess the 3 orange/peach hijab . I guess you're the one in the middle who wearing peach coloured hijab .haha
DeleteHahahaha yes you're right :)
Deletemenariknyaaaaaaaaaaaaa foundation *O* (muka teruja sgt kan hehe)
ReplyDeleteHehehehehehe kan ><
DeleteWahhh tekun gile saya baca sebab memang minat nak sambung asasi LAW. Tahniah sis :)
ReplyDeleteYeke? All the best :) Hihi. Terima kasih.
DeleteGood sharing! Bagusnya kena bercakap depan selalu. Saya sampai sekarang still tak berani sangat bercakap depan orang ramai haha. ANyway, good luck for your degree!
ReplyDeleteHeee, kak dilla takpelah terer bahasa inggeris tinggal nak tingkatkan keyakinan je. Hiks. Thanks kak :)
DeleteBe nice please. Thank you ♥