Assalamualaikum.
Selamat hari raya guys! Dah Syawal ke 13 baru nak ucap. Hehehe maaf sesangat. Setiap kali buka blogger tengok dashboard masing-masing dah update pasal raya, aku je belum. Sorry, sis busy yang amat. Haha.
Raya tahun ni tak meriah sangat macam sebelum-sebelum ni. Dengan fikir exam yang tinggal lagi satu paper haritu. Waktu raya kan memanjang busy, orang datang rumah apa semua jadi semangat nak belajar tu sejujurnya memang tak berapa nak ada. Risau jugak masa jawab, harap semuanya okey. Ibu aku pulak tak berapa sihat, jadi tak excited sangat pun nak sambut. Persiapan raya pun ala kadar je. Bila waktu-waktu diuji macam ni rasa macam tak berguna sangat aku ni T_T Haih, tolong doakan ibu aku cepat sihat ye?
Walaupun dah lambat, aku still nak upload ootd raya pertama. Nak jugak nak jugak walaupun poyo je -.-
Mohon jangan meluat sebab aku letak gambar besar gedabak tak tahulah macam mana lagi nak adjust. Haha. Letak large kecik sangat letak extra large besar sangat pulak last-last aku resize je haa lantaklah situ.
Oh by the way nak cerita pasal voucher RM100 yang aku dapat untuk collaboration dengan Zalora. Hihihi. Tak sangka Zalora nak collaborate dengan blogger haru lagi sendu macam aku ni. Terharu sis. First invitation dapat masa bulan April yang lepas, then bulan Jun dapat lagi second invitation. Alhamdulillah rezeki. Hehe.
Masa nak tebus tu bukan main lama aku usha website Zalora sebab tak tahu nak pilih apa. Keliru sama ada nak beli satu barang je yang worth RM100 atau pun beli banyak-banyak sampai habis RM100. Akhirnya aku pilih untuk beli beberapa barang hehehe. Aku beli dua pasang flat shoes jenama Velvet dan Zalora. Sepasang untuk aku, sepasang untuk ibu. Dan wallet Swiss Polo untuk ayah. Jadilah buat ada-ada. Mihmih. Walaupun jumlahnya lebih daripada RM100 haha aku kena tambah lagi RM37 tapi okeylah RM37 dapat tiga barang ><
Excited terlebih masa parcel sampai pejabat kolej. Parcel besar dan menyerlah sikit berbanding yang lain sampai makcik dalam pejabat tu siap tegur "Amboi banyaknya shopping kat Zalora.." Hahaha bengang je -_-
Inilah kasut yang aku pilih. Tak tahu kenapa berkenan sangat. Cinta pandang pertama kot. Hahaha.
28 comments
selamat hari raya fieyqa! nice r kasut tu...nampak comel dan sesuai dengan si pemakai :)
ReplyDeleteselamat hari raya sofie! hehehe terima kasih :)
Deletepahal cantik sangat rasa nak pukul je hahahaha
ReplyDeletemat ri ye fieyqa!!! <3333333
tak boleh lawan qilah muehehe mat ri ye gak ><
Deletemurah rezeki :) selamat hari raya jugak. maaf zahir & batin. hehe
ReplyDeletealhamdulillah. selamat hari raya tashira :)
Deleteslmt hari raya fieyqa.. sakan shopping kat zalora ^^
ReplyDeleteselamat hari raya leyha. alhamdulillah rezeki. hehehe.
DeleteSelamat hari raya.. maaf zahir dan batin
ReplyDeleteselamat hari raya :)
DeleteSelamat hari raya jgak. Bestlaa shopping sakan kat zalora. Hihi
ReplyDeleteselamat hari raya. hehehe alhamdulillah, harap rezeki datang lagi :p
DeleteSemoga ibu cepat sembuh. Amin. Comel je kasutnyee pun. Hee. Selamat hari raya ^^
ReplyDeleteamin. comel kan kan kan. hehehe. selamat hari raya kak anis :)
DeleteSelamat Hari Raya
ReplyDeleteselamat hari raya jugak :)
DeleteCantiknya baju rayaaaa! I love the color.
ReplyDeletehehehe terima kasih :)
Deleteselamat hari raya,maaf zahir batin ^^ Baju and kasut tu cantik sangatttt
ReplyDeleteselamat hari raya! terima kasih anis ^^
Deleteselamat hari raya Fieyqa....
ReplyDeleteselamat hari raya :)
DeleteSelamat hari raya..! :)
ReplyDeleteselamat hari raya :)
Deletetak pernah lagi beli belah di zalora
ReplyDeleteAntik antik je dia dia hari raya <333 Hihi. Pernah sekali je beli kat Zalora. Tu pun tak sempat nak cerita kat blog harhar.
ReplyDeleteselamat hari raya awak =)
ReplyDeletecute kasut tu tapi zety xberapa suka beli flat sebab rasa diri pendek..hahah =)
Hahahahahaha oklah tu raya ketigabelas update. Kite ni update last raya, lagi dahsyat! Hahaha... Waa bestnyaaa shopping zalora. Kite asyik scroll scroll scroll kasut dari mula sampai habis tapi still tak beli beli. Banyak kali dah. Haha sadis. Semoga ma ayah dan fieyqa pun sihat selalu k, aminnn... Selamat hari raya walaupun raya dah habis! Tunggu raya haji pulak insyaAllah. Heheh
ReplyDeleteBe nice please. Thank you ♥