It's 2018 already...

by - July 16, 2018

Credit: pexels.com

Hai, assalamualaikum.

Hehehe. Lama rasanya tak menaip dalam blog ni. Kesian.. Lama kena tinggal dah macam tak berpenghuni :') Sebenarnya bukan tak nak update pun. Tapi sebab sibuk sangat dengan degree life. Serious talk. Haha.

Diam diam rupanya dah setahun tak bukak. Kalau dulu adalah masa jugak bukak tengok kotak mesej tu, lepas tu blogwalking kejap walaupun tak update blog. Tapi beberapa bulan lepas ni, nak bukak blogger.com pun tak ada masa. Rasa macam malas je. Aku busy bukanlah sebab buat assignment je hari-hari. Assignment memang banyak, tak pernah habis. Tapi sebenarnya ada je masa terluang. Cuma aku lebih pilih untuk mengisi masa yang terluang tu dengan berehat (read:tidur), baca buku atau tengok filem-filem yang aku dah letak dalam 'watchlist'.

Anyway, aku baru je habis semester 5. Tinggal lagi satu semester je. Tak sangka kan? Pejam celik, pejam celik, dah nak habis belajar. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je aku update pasal nak sambung degree tu, sekarang dah nak habis degree dah :')

Orang dah mula tanya apa yang aku nak buat lepas habis degree. Aku sendiri pun tak pasti sama ada nak sambung belajar atau kerja dulu. Kalau ikutkan hati macam nak kerja, tapi dalam masa yang sama rasa macam tak bersedia lagi nak menghadapi alam pekerjaan. Haha. Ada jugak rasa nak sambung belajar, tapi macam tula. Masih tak jelas. Huhu. Yang penting aku nak habiskan degree ni dulu lepas tu baru fikir nak buat apa lepas tu.

Aku tengah tertanya-tanya sebenarnya, ada lagi ke orang bukak blog sendu aku ni?
Kalau taip panjang-panjang pun, masih ada lagi ke orang yang nak baca? 

Hahahah hailaaa.


By the way, sekarang sepatutnya dah kena start intern tapi aku tak dapat tempat lagi. Haha :( Kalau ada yang nak recommend atau suggest tempat yang perlukan orang untuk intern, roger lah saya ye. Hehehe.


Sampai berjumpa lagi! :p

You May Also Like

10 comments

  1. all the best for upcoming event in your life :)

    ReplyDelete
  2. yeay fieyqa kembali!!! welcome back fieyqa! ada je baca kalau berupdate. hehehehehe
    hopefully lepas ni dapat konsisten. sebab jadi tak konsisten nak update bila tengok blogger yang kita suka baca lesap. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Thank you Sofie. Tulaa, harap-harap dapat konsisten jugaklah lepas ni XD Hmmm. Betul, setuju. Ni pun tengok macam dah ramai jugak hilang. Huhu.

      Delete
  3. bestnya dah nak habis degree! saya masih ada banyak lagi semester yg tinggal hahaha menyesal pulak sambung degree lambat dulu :')

    lepas ni dah masuk alam pekerjaan mesti rindu dgn suasana belajar kan fieyqa hihi

    anyway, good luck! smoga dipermudahkan utk dapat tmpat utk internship nanti! fighting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Takpe Tashira. Kejap je tu masa berjalan. Sedar-sedar dah habis nanti.
      Fiqa pun tak sedar dah nak habis belajar. Hahaha.

      Ehehe. In shaa Allah. Terima kasih :)

      Delete
  4. No worries, I will read your post. Just let me know whenever your blog is updated. Haha. Anyways, what course are you in? You can try search at maukerja.my. There's a few company is searching for intern student. And I think UTP tengah buka untuk student intern. Not really sure. Just check it out okay. Wish you all the best. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi thank you Nurul :) ❤ Ha'ah ada jugak mintak kat maukerja, jobstreet semua.
      Tengah tunggu interview. Hehe. Fiqa ambil English for professional communication.

      Alright thank you again :D

      Delete
  5. samalah kita pun sibuk dengan degree life, kadang lupa nak update. btw good luck for your intern. moga dipermudahkan 🌸

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kalau tak lupa pun, sebab ada benda lain nak buat. Haha --'
      Terima kasih Shalin :)

      Delete

Wanna say something? :)