Pinterest

Sunday, June 11, 2017

Jom bercuti sambil menikmati sejarah...

Hi semua. Apa khabar?

Bagi yang tak tahu, Melaka Bandaraya Bersejarah memang famous dengan asam pedasnya. So untuk penggemar asam pedas tu, boleh dah plan trip ke Melaka. Tak kenal maka tak cinta. Betul tak? Hehe. Alamak, sebut asam pedas siang-siang ni buat aku rasa terliur pulak. Haha. Tapi sebenarnya, bukan cerita pasal asam pedas yang aku nak sharekan kat sini tapi aku nak share dengan korang yang suka berjalan tu satu tempat awesome yang terletak di tengah Bandar Melaka dan dekat dengan Jonker Walk. Haaa siapa tahu?


Tarraaaaaaaaa. Nama tempat ni adalah Casa Del Rio. Perghhh. Stylokan nama dia, sesuai dengan tempatnya yang memang stylo. Bunyi macam James Bond pulak. Haha. As we know, Melaka memang dah lama jadi salah satu destinasi perlancongan yang popular untuk orang luar negara dan orang kita sendiri. Sebab apa tahu tak? Sebab kita takkan jemu dengan pemandangannya yang indah especially waktu malam di Jonker Walk.

Hotel ini jugak dekat dengan Baba & Nyonya Heritage untuk korang enjoy tradisi dan adat Baba & Nyonya serta cuba makanan diorang yang pelbagai. Banyak kedai untuk shopping yang dekat so korang jangan lupa bawak duit banyak-banyak ye untuk beli souvenir ataupun nak melahap. Haha. Yang bestnya, korang boleh relax kat swimming pool hotel ini secara rendam solo atau berduet. Memang sangat selesalah dapat berendam especially tengah tahun sebab time ni kita tahu keadaan di pantai barat ni memang panas sikit sebab kurang hujan. So tak payah komplen panaslah hujanlah kan semua tu rezeki. Hehe, dah macam ceramah ustaz ustazah pulak. Lepas tu, hotel ni jugak ada spa treatment. Yela kan kita ni ada yang stress belajar, ada pulak yang sibuk bekerja sampai mental dan fizikal kita penat lepas tu nanti datang pulak banyak penyakit yang tak diundang. So korang bolehlah jadikan tempat ni untuk rejuvenate badan korang.

Lawanya night view kat sini~

Servis hotel ini memang dah terkenal dikalangan orang Melaka, orang mat saleh dan orang KL yang pernah pergi dengan prestasi diorang yang the best. Nak check in dengan check out pun tak ambik banyak masa sebab boleh dikatakan ekspress jugaklah kalah bas ekspress Kelantan-KL. Haha. Ada juga servis tour untuk korang yang tak biasa berjalan di Melaka. Lepas tu kalau nak buat wedding pun tiada masalah sebab tempat memang ada cuma kena discuss-lah sikit dengan orang hotel. Imagine kahwin kat sini. Huhu :3

Selain daripada tu, ada banyak jugak restoran untuk korang penuhkan nafsu makan korang, dengan pelbagai jenis menu, cakap je nak apa semua ada. Yang paling penting, of course-lah asam pedas pun ada. Untuk yang nak buat function untuk company korang pun takde hal sebab hotel ini ada tempat yang sesuai dan korang bolehlah beraktiviti dengan company korang sambil bercuti dan berjalan di sekeliling bandar Melaka. Facilities dia memang cukup, just korang perlu check out Casa Del Rio Melaka online di Traveloka dan book date yang korang nak pergi. Sebelum pergi pun korang boleh je call diorang lagi kalau nak tahu apa lagi perkhidmatan yang diorang boleh sediakan untuk korang. Jangan risau, servis mesti terbaik. Hehe.


Lagi satu, environment dia memang okey dan kalau ada parents yang nak bawak budak-budak pun memang tak ada masalah sebab swimming pool untuk budak-budak memang ada. Sambil tu malam korang dah boleh bawak diorang pergi tengok lampu di Jonker Walk. Lepas tu, kalau nak lagi seronok, boleh pergi naik Melaka River Cruise pulak dan enjoy the moment. Capture semua memori ni masuk dalam kotak ingatan korang. Balik je bila korang cerita kat member korang, confirm diorang pon beriya-iya nak kumpul duit book seminggu terus. Haha. Aku berani cakap, korang pasti takkan menyesal. Bukan selalu nak spend time dengan orang yang tersayang kan so jadikanlah Casa Del Rio ni port korang untuk bersilaturrahim. Haa gituuuu.

By the way, tempat ni memang sibuk so aku nak suggest kat korang supaya book awal-awal sebab aku tak berani janji kalau korang book last minit. Sebab tempat di sekeliling hotel ini adalah tempat tumpuan pelancong. Dia takde season, dia all season. Haha. Haa paham ke idok? Cuti sekolah confirm penuh punya. So ajaklah abang, kakak, adik sekampung jom pergi bercuti di Melaka especially di Casa Del Rio ni. Dalam satu sampai sepuluh aku boleh bagi 9.5. Yelah sebab taknak nampak buyers sangat kan. Haha. Pengalaman korang bercuti sambil mengimbau asal usul sejarah Malaysia memang best sehingga menjilat jari. *tetiba*


1 comment:

  1. Haha eventhough I lived there for 2 month but never had asam pedas even once. Yup jonker is like a must go when you go to Melaka . Jonker walk kan, sape je yang tak tau / BTW The photo of Casa Del Rio "night version" look nice lah . Along the riverside when you see a reflections of the light that is definitely cacthing our eyes ... I don't know why BUT that was breath taking views tho :) ...

    PSSSSS . The pool is very cool lah . And I hope I will go there SOON !!! . Thanks for a nice post Fiqyqa
    from - Syamsid Blog -

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.