Pinterest

Sunday, June 10, 2012

Muar - Melaka - Muar

assalamualaikum.

beberapa hari yg lalu, ayah bawa kami sekeluarga except my big brother along (sebab dia kerja), makan angin dan berjalan-jalan di sekitar Muar dan Melaka. memang dekat je tapi seriously we had a very great time there! kami bertolak pagi Rabu dalam pukul 7 lebih gitu.

our first destination was the Sungai Gersik Hot Spring, Muar, Johorrrrr.


kami tak mandi pun. just lepak-lepak, cuci mata, main rendam-rendam kaki jek sebab masa tu pagi lagi jadi mood nak mandi memang takde. lagipun air dalam kolam tu memang panas sangat. aku tak tahan. baru rendam kaki 5 minit dah kepanasan macam kena rendam dalam air mendidih. pftt.


then kami teruskan perjalanan ke Pantai Klebang, Melaka. waktu tu tengah hari, matahari memang tengah terpacak atas kepala. tapi disebabkan kehadiran angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa, bahang kepanasan pun berkuranglah sikit. bentang tikar kat port yg paling best dan... makan! selera habis makan tepi pantai walaupun angin makin lama makin kuat. heee~ next destination ialah pantai puteri. sorry gambar takde :p



nie time kat muzium kapal selam. waktu sampai situ, aku rasa teruja gila tengok kapal selam tu. mula-mula ingatkan boleh masuk dalam, rupanya boleh tengok daripada luar jek terus patah seribu hatiku~ tapi kat sini memang best. banyak informasi berguna kita boleh dapat kalau rajin bacalah :p bayaran masuk pun murah je.


lepas tu pergi bandar Melaka. pusing-pusing dataran pahlawan, mahkota parade semua. masuk semua muzium yg ada kat situ. haha. seronok gila. rasa macam nak pergi lagi jek. tapi waktu aku pergi nie ada banyak rombongan dari mana entah so muzium jadi crowded sikit, terasa macam dalam tin sardin pulak.

dalam petang sikit, ayah bawak naik river cruise. yg nie awesome! kami dapat tengok bandar Melaka sambil cuci mata melihat keindahan alam. tapi paling best sebab ada budak lelaki handsome dalam tu lepas tu kami main mata sekejap. hahahaha. k stop.

malam tu kami bertolak balik ke Muar and masa dalam perjalanan tu, kami singgah kedai tepi jalan melantak durian pulak. pergh, syok tahu tak. lepas gian sebab dah lama tak makan durian.

keesokkan harinya, kami bertolak pula ke Gunung Ledang, Tangkak. family mak long dah sampai dulu.


best, memang best. kami naik sampai atas. sampai jumpa air terjun paling tinggi. kalau boleh nak naik tinggi lagi bak kata adik aku, nak jumpa puteri gunung ledang. tak dapat jumpa puteri, nampak jambatan emas pun jadilah kan. malangnya hajat kami tak kesampaian. haha. kami panjat batu tu tinggi-tinggi sampai kat tempat yg ada tanda amaran 'Bahaya! Dilarang Masuk.' cool. terasa diri ini paling hebat. *muntah*

pak long and mak long with my beloved parents :)

balik tu kami singgah rumah mak ngah pulak. rehatkan badan. makan-makan. lepas maghrib kami pun bertolak balik Kluang. sampai-sampai rumah, makan durian then aku terus tidur. letih sangat. kaki naik kejang sebab banyak sangat berjalan. pedih oii sendi-sendi gua.


kesimpulannya, percutian nie memang best dan heaven gila walaupun dekat dan sekejap. hihi. dua hari bersama keluarga yg cukup menenangkan. thanks ayah for this wonderful holiday :')

6 comments:

  1. best nya gi melaka ngn muar. jaa blom penah smapi ag muar tuu..hehe

    ReplyDelete
  2. penah g gunung ledang tu..tp xsampai atas.hehe.

    ReplyDelete
  3. @.:: Lynn Johari ::.
    try naik sampai atas. best :)

    ReplyDelete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.