• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum.

Hari ni aku free jadi aku rajinkanlah diri join segmen yang aku dah bookmark banyak-banyak tu. Haritu time aku busy, kalau aku ada nampak segmen baru je terus aku bookmark dulu. Time free macam ni boleh join. Banyak kot aku bookmark. Hahaha. Tapi yang syarat-syaratnya leceh sikit tu aku tak join-lah. Huhuhuhu.

Bagi yang tak tahu, dah dua bulan aku menganggur kat rumah lepas habis foundation. Aku bukan tak nak kerja atau malas kerja, tapi aku ada banyak kerja yang nak dibuat. Walaupun aku ni penganggur, tapi hidup aku selalu busy tau. Busy apa tak tahulah. Hehe. Tapi mulai 1 Februari ni aku dah start kerja dah. Part time promoter jeeee. Eh best tau kerja promoter. Boleh latih kaki berdiri lama-lama nanti kaki cantik je. #legsgoal Tak payah gigih buat squat dah. Kehkeh. Tapi kerja fair dua minggu je. Tak lama pun.

By the way, dengar cerita penerapan degree uitm masuk akhir bulan Februari. Hmmm, cepatnya. Hari tu ingat pertengahan bulan Mac baru masuk. Tak sangka tiba-tiba kawan aku cakap awal bulan Mac dah mula kelas. Aku harap ini cuma khabar angin semata-mata. Huhu. Seram pulak nak masuk degree T_T


Oh ye, haritu lepas aku terbaca entry Tashira pasal photobook ni terus aku excited nak jugak. Hahaha. Hari tu jugak aku survey website Lazada sebab nak beli photobook. Dah siap pilih terus aku settle-kan payment. Aku tak fikir apa-apa pun masa tu. Lepas aku dah settle payment, aku saja-sajalah usha website Photobook ni. Biasalah bila kita baru first time bukak, dia akan keluar satu pop-up untuk subscribe. Aku pun subscribe lepas tu aku sign up terus. Lepas sign up, aku dapat email daripada Photobook inform yang aku dapat 'free welcome gift' sebab join Photobook family-lah kononnya. Aku pun apa lagi, seronoklah. Dapat free kan. Haha.

Tapi lepas tu aku terus terfikir, yang aku beli tu nak buat apa pulak? Lol. Aku memang tak kuasa nak edit sampai dua photobook sebeb leceh kan. Dahlah 40 muka surat. Fuhhhh. Mula-mula aku fikir macam 'Takpelah yang beli tu untuk gambar family, yang free ni boleh letak gambar dengan kawan-kawan.' Tapi bila aku dah start design yang free tu aku terus berubah fikiran nak design satu je. Haha. Last-last esoknya hari Jumaat tu aku call Lazada sebab nak cancel order. Nasib baik dekat Lazada tu boleh cancel order ><

Jadi semalam aku pun bertungkus lumus siapkan photobook tu. Gigih aku buat walaupun main hentam je. Tak tahulah hasil dia nanti macam mana. Harap-harap cantiklah. Haha. Bila dah siap tu, aku terus buat payment pukul dua pagi tu dan taraaa..... tinggal tunggu photobook aku sampai depan rumah je. Heee.

Kalau tengok harga waktu dah siap, RM83 something tapi lepas redeem voucher, aku cuma kena banyar RM8.48 je iaitu untuk shipping fee muehehehe. Murah kan? Walaupun yang ni saiznya kecik sikit, 6" x 6" sebab yang aku beli kat Lazada tu besar sikit, 8" x 8" tapi tak apalah. Lain kali boleh beli yang besar pulak :D

Siapa yang belum sign up photobook tu, pergi sign up sekarang.
Nanti boleh dapat welcome gift percuma macam aku. Hehe.

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Assalamulaikum.

Beberapa hari ni aku agak sibuk dengan banyak perkara yang perlu dibuat dan diselesaikan menyebabkan aku tak ada masa nak update blog dan balas blogwalking korang. Kalau ada masa pun dah tengah malam. Maaf ye. Terima kasih kepada yang masih gigih singgah blog ni, tinggalkan jejak dan komen. I terharu T_T

Apa yang buat aku tak terharu dan sedih hiba ialah bila aku perasan yang bilangan followers aku makin lama makin menurun. Banyak pulak tu yang hilang. Masalah blogspot lagi ke ni? Apa masalah blogspot sebenarnya eh? Sudahlah tahun lepas aku dah hilang 200 lebih aku rilek je lagi minum kopi sambil goyang kaki sebab aku malas nak cari gaduh *ceh* kejap lagi tengok hilang lagi 30 lebih. Hmm saya okey.

Siapa lagi yang mengalami masalah yang sama macam aku angkat tangan! Kalau masalah blogspot tak apalah, aku redha. Tapi kalau memang blogger yang beramai-ramai unfollow aku, aku mintak maaf ye kalau ada update entry yang membuatkan sesiapa terasa atau berkecil hati. Sesungguhnya saya tak sempurna. Kehkeh.


p/s : Entri macam sedih sangat je. Poyo. Hahaha. Have a good day everyone! :)

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Asaalamualaikum dan Salam Jumaat. Hihi.


Semalam tiba-tiba datang satu perasaan yang membuak-buak untuk menukar header blog ni. Actually header yang sebelum ni aku dah pakai since 2013 tak tukar-tukar. Bukan tak nak tukar tapi sebab tak ada masa nak mengedit yang baru jadi aku biarkan jelah dulu since header tu pun elok lagi. Lol. Memang header boleh berkulat pun. Hehehe. Lepas dah tukar header, aku rasa macam nak letak background pulak sebab sebelum ni kan aku tak pakai background apa-apa, memang biar kosong je. Nak nampak simple-lah kononnya.


Setelah ditukar kedua-duanya maka jadilah seperti apa yang korang lihat sekarang ini. Uhuks. Macam tak ada apa-apa perubahan kan? Hahahaha. Adalah. Besar tau perubahannya dalam hidup aku. Eh, dah kenapa?

Bila aku nak edit header ni barulah aku perasan yang skill photoshop aku dah terkubur. Huhuhu. Dah lama sangat aku tak pakai sampai tak reti nak guna dah. Nak delete background pun aku tak ingat dah macam mana, hahaha. Sebenarnya aku nak buat header design lain tapi sebab masalah photoshop ni lah aku terus decide nak edit asal boleh jelah. Recycle yang lama punya T_T Itu pun guna freebies je. Huhuhuhu.

Nak kena asah balik ni kalau tak habislah tumpul berkarat terus. Haha. Aku bukanlah pandai guna sangat dulu tapi setakat nak edit suka-suka bolehlah. Bila dah lama sangat tak guna jadi macam ni lah, apa pun aku tak ingat. Tapi sejak edit header semalam aku rasa dah ingatlah sikit-sikit. Itu yang malam tadi aku dok bersengkang mata buat watermark sampai pukul tiga pagi. Hahaha. Excited sangat main photoshop sampai lima watermark aku buat sebab asyik tak puas hati je. Tak nak tunjuk sebab nanti kena kutuk. Kekekeke.

Last-last pagi tadi aku buat lagi satu sebab yang semalam punya tu aku rasa macam over sangat je -.-''


Yeay inilah namanya watermark orang paling malas dalam dunia. Haha. Simple kan kan kan? Eh yang simple itu lagi menawan tau. Hahaha. Mohon sifu photoshop tak kutuk aku walaupun dalam hati. Kekekeke.

By the way, gambar ini diambil sewaktu aku sedang menunggu lampu traffic light untuk bertukar hijau. Kena ke bagitahu? Cantik kan Kluang? Tak? Okey. Bagi yang tak tahu, Kluang terletak di dalam negeri Johor ye. Kalau siapa nak jalan-jalan kat Kluang contact-lah aku mana tahu aku boleh jadi tour guide korang ke. Heee.

Gambar terpaksa di-blur-kan untuk menjaga sensitiviti tuan blog :p

Kumpul punya kumpul dah banyak jugak header yang pernah aku guna rupanya. Haha. Ini belum masuk dalam pendrive lama yang dah kena virus tu, habis semua hilang tak dapat diselamatkan. Nasib baik yang ni aku simpan dalam komputer lama, bolehlah simpan buat kenangan. Huhuhu.

Agaknya cecah 60 lebih jugak header aku ye. Biasalah dulu memang suka tukar-tukar header, asyik-asyik rasa nak tukar je bila dapat ilham baru. Hahaha. Sekarang ni je satu header pakai tiga tahun. Jimat. Ahaks.


p/s : Tajuk entri ni aku recycle je daripada entri lama Aku dan Planner 2016. Haha.



Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

I've done my part even though you don't deserve it, so now it's all up to you.

"We never lose friends, we just learn who our real ones are."



True that.

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Assalamualaikum.

Macam yang aku cerita dalam entri ini bahawasanya azam aku sebelum tamat tahun 2015 ialah aku nak siapkan sambungan untuk entri aku yang dulu. Malangnya, aku tak ada masa jadi azam tu kita carry forward ke tahun ini ye, kekekeke. Jadi, inilah sambungan kepada entri Foundation life : First semester :)

Semester kedua untuk Asasi Undang-undang ni aku belajar lapan subjek. Empat subjek Law (LAW037, LAW039, LAW087, LAW088), dua subjek english (ELC092, ELC093), ekonomi (ECO099) dan asas-asas syariah (CTU086). Macam biasa, cuma subjek pendidikan islam sahaja yang dipelajari dalam bahasa melayu ye, yang lain semua English. Aku tak berniat nak terangkan dengan lebih lanjut berkaitan setiap subjek sebab nanti post ni jadi panjang sangat korang bukan baca pun. Haha. Tapi kalau ada request daripada bakal student asasi undang-undang, in shaa Allah aku buat dalam entri lain. Kalau tak ada, maka tak adalah. Hehehehe :p

Semester kedua ni memang nampaklah dia punya busy tu. Jadual setiap hari memang pack. Kelas start seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Tengok hari jugaklah. Ada hari yang kelas start pukul 10. Itu pun sehari je. Huhuhu. Setiap hari memang penat sebab kelas penuh lepas tu malam nak siapkan assignment lagi, nak layan drama Korea lagi. Lol. Kelas pulak jarang-jarang cancel, tak macam masa sem 1 memanjang cancel.

Apa yang bestnya semester kedua ialah sebab lebih banyak assignment, presentation, speech, forum, debate dan segala bendalah yang menyebabkan kau untuk bercakap di hadapan. Huwaa. Masa mula-mula aku memang stress jugaklah sebab aku ni bukan jenis yang suka ke depan nak bercakap depan orang, tapi bila dah biasa lama-lama jadi seronok pulak. Dah tak takut. Lagi-lagi bila dapat classmate sporting jenis tak menganjing dan tak mengutuk memang bestlah. Rasa free je nak cakap kat depan. Nervous sikit jelah. Hehe.

Forum dan debate. Obviously not my group. Hehe.

Semester kedua ni aku tak stay kelas lama, aku tukar. Adalah beberapa reason yang menyebabkan aku request untuk pindah kelas, dan aku bersyukur sebenarnya sebab aku buat keputusan tu. Kadang-kadang classmate ni memainkan peranan penting jugakkan masa kita belajar? Pada akulah. Pada korang aku tak tahu, haha.

Semester kedua jugak aku dapat roommate baru merangkap bff aku muehehe geli pulak baca. Haha. Kami memang rapat sangat sebab sebilik kan, lepas tu satu kelas pulak tu. Walaupun kadang-kadang ada gaduh sikit-sikit tu biasalah kan, nama pun kawan. Kalau tak gaduh tak bestlah, hambar je persahabatan tu kekeke.

Kami memang selalu keluar berdua je. Dulu aku paling tak suka keluar dua tiga orang sebab nanti kena bayar sewa kereta mahal. Lagi ramai, lagi murah, lagi bagus. Hahaha. Tapi yang paling tak best keluar dengan budak ni sebab aku jelah kena drive, bosan betul. Heh. Arghhhhh dengan sesiapa jelah pun kalau keluar mesti aku je jadi driver yang lain semua tak ada lesen. Kalau yang ada lesen pun, takut nak drive. Sakit hati kite makkk. Baik buang je lesen tu campak dalam sungai. Haha. Gurau je. Jangan marah nanti kena jual ._.

Partner in crime :3

Budak lagi dua orang ni aku rapat sebab satu kelas. Lepas tu kami selalu satu kumpulan kalau buat group assignment. Kepala semua tingtong. Kalau lepak sama-sama memang haroklah jawabnya. Baik-baik niat suci murni nak buat assignment terus ke laut semuanya. Hahaha. Semua sebaya kecuali sorang tu kakak sikit :p

Yang ni memang partner in crime. Geng gossip, geng gelak macam nak terkeluar isi perut, geng layan running man dengan cerita hantu sama-sama lepas tu yang hujung tu jerit-jerit macam nak kena tampar, hahaha, geng ponteng kelas elc sebab malas nak praktis debat, geng ponteng kelas ctu sebab nak keluar beli barang. Kehkeh. Memang tak patut jadi janganlah tiru. Haha. What a lovely memories we shared together.

Ini kuning. Tak, sebenarnya aku lupa nama dia apa. Haha. Dia ni anak kucing yang sesat dok mengiau depan bilik lalu kami pun ambil bawa masuk dalam bilik dan jadikan permainan buat menghibur hati. Lol.

Aku sebenarnya tak nampak ke mana hala tuju entri aku ni tapi.. tak apalah kita teruskan je. Hahahaha.

Semester kedua ada lawatan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Tak semua pelajar dapat pergi cuma beberapa orang yang terpilih saja. Dan aku terpilih. Hehehehehe k diam. Tak buat apa pun just tengok keadaan dalam mahkamah lepas tu dengar ceramah (ceramah ke?) lepas tu ada minum petang. Tu jelah kot. Minum petang jelah best sebab aku lapar gila kot masa tu. Tak sempat lunch punya pasal. Hmm.

Akhir sekali, macam biasalah sebelum final mesti ada jamuan makan-makan kan. Selalunya orang buat dinner tapi kami student law tak ada dinner cuma high-tea je wuhuhuhuhu cedih. Tema high-tea kami ialah pastel color. Sangatlah tak rare okey? Huhuhu. Masa high-tea aku tak ambil gambar sangat sebab malas. Sila percaya.

Aku tepek satu jelah gambar masa high-tea ye buat syarat. Muehehe. Inilah antara muka-muka manusia yang bertanggungjawab menceriakan dan mewarna-warnikan hidup aku sepanjang semester kedua. Kalau tak ada mereka bertiga ni mesti bosan sikit hidup aku. Sikit jelah tapi. Haha. Terima kasih diucapkan kepada mereka :3

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah yang mengajar aku untuk kedua-dua semester, kawan-kawan sekelas, 1D dan 2C, roommates (F1-01-11), jiran bilik depan yang suka sendawa kuat-kuat satu floor boleh dengar, jiran bilik sebelah yang tolong bukakan pintu waktu pintu bilik aku terkunci dari dalam sebab Fadh memandai kunci dia ingat bilik dia ke apa, pakcik tukang kebun yang selalu senyum setiap kali kami lalu nak pergi kelas, makcik-makcik dewan makan, kerani di pejabat kolej yang selalu layan kami yang suka beli barang online, senior yang datang bawak minyak panas dan air revive masa aku sakit perut (lol), anak-anak kucing yang selalu datang bilik menghiburkan kami semua, Dixy, hamster Zaty yang comel tapi annoying dan semua oranglah yang terlibat. Ramai betul kalau nak sebut satu-satu. Terima kasih semua T_T

Pemandangan hari-hari nak pergi kelas.

Pemandangan hari-hari nak balik bilik.

Aku pasti akan merindui zaman asasi. Walaupun singkat tapi meninggalkan kenangan yang manis dalam hidup aku. Namun... andai diberi peluang untuk ulang semula, aku tak nak ulang. Tak sanggup! Haha.

Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

Assalamualaikum.

Dulu, aku memang kurang prihatin pasal expiry date produk-produk yang aku guna. Sebab aku rasa macam benda tu remeh. Tapi bila aku buat research dan melalui pembacaan aku, baru aku tahu yang pentingnya kita tahu expiry date produk yang kita guna, sebab ada produk yang boleh membahayakan bila dah expired.

Aku sangat yakin dan pasti ada segelintir orang yang tak kisah pasal benda ni kan? Cuba check meja solek korang. Ada tak any produk yang korang beli dah bertahun, tak habis lagi dan korang masih simpan? Hehehehehe. Aku dulu macam tulah. Entah tahun bila aku beli, masih ada lagi aku simpan -.-"

Kadang-kadang aku terfikir jugak, nak buang sayang. Simpan bukan guna pun, tapi masih jugak nak simpan. Hahaha. Aku ada guna produk The Body Shop. Dulu ingatkan produk macam tu tak adalah expired date since diperbuat daripada natural ingredients kan, rupanya ada jugakkkk. Semua benda ada expired date ye, termasuklah foundation, bedak compact, eyeshadow, cream blush, even mascara pun sama okey T_T

Contoh macam ni :
Makeup
  • Mascara (regular or waterproof), liquid, pencil or gel eyeliners: 4 to 6 months (always toss out dry mascara—never add water to extend its life) 
  • Cream, Liquid or Stick Foundations or Concealers: 6 months to 1 year 
  • Powder-based products (including mineral makeup): 2-3 years 
  • Lipsticks, Lip Gloss, & Lip Pencils: 2-3 years 

Skincare
  • Cleansers: 1 year 
  • Toners: 6 months to 1 year 
  • BHA or AHA Exfoliants: 1 year 
  • Facial or Body Moisturizers and Serums: 6 months to 1 year 
  • Lip Balms: 1 year 
  • Sample Packets: 1 day (no, really, one day)
Boleh rujuk di sini => When to Toss Out Beauty Products dan sini => Save or Toss?


Selalunya produk-produk yang kita beli memang jarang state dia punya expiry date. So macam mana kita nak tahu bila produk tu expired? Salah satu caranya ialah dengan menyemak production date iaitu tarikh pengeluaran sesuatu produk. Tahu tak macam mana nak check? Itulah yang aku nak share. Hehe. Bagi yang tak tahu dan nak cuba check bila production date produk-produk korang, boleh ke sini -> Checkfresh.

Aku memang guna website ni je untuk check. Tapi website ni cuma untuk international product jelah ye. Kalau korang nak cari jenama Safi ke Syahirah ke SimplySiti ke memang tak adalah. Huhuhu.

Caranya senang je iaitu korang kena cari BATCH CODE produk tu. Kedudukan batch code berbeza ye bagi setiap jenis produk. Ada yang kat tepi, ada yang kat penutup, ada jugak yang kat bawah. Jangan keliru dengan bar code pulak. Bar code yang panjang tu, batch code pulak pendek je. Contoh : XL4031A


Lepas dah dapat batch code, korang check-lah dalam website tadi.

Masukkan cosmetic brand -> Batch code -> Check

Dah tahu dia punya production date, dah bolehlah korang kira bila produk tu expired. Melalui apa yang aku baca, produk-produk macam ni cuma boleh tahan maksimum 3 tahun daripada tarikh pengeluaran. Aku ulang, 3 tahun. Bukan 30 tahun tau. Jangan simpan untuk cucu cicit pulak. Kanser kulit pulak nanti. Huhu.

Make sure sentiasa check production date bila korang beli produk-produk macam ni supaya kita tak ditipu. Kadang-kadang takut dia dah simpan lama dalam kedai last-last masa kita beli produk tu pun dah expired. Macam aku beli produk ***** pada November 2015. Aku pakai je muka aku keluar rashes padahal selama ni pakai produk yang sama okey je. Aku tak sedap hati tu yang check production date. Nak tahu bila production date dia? Bulan Februari 2013. Dah 2 tahun lebih. Sabar jelah. Tapi sebab malas nak bising, aku buang je.

Kalau production date dia baru lagi, baguslah tu. Tapi bila dah guna korang kena concern pasal ni pulak.


Period after opening. Simbol ni menunjukkan yang produk ni akan expired selepas 12 bulan (12 Months) dibuka. So agak-agak dah pakai setahun tu bolehlah campak dalam tong sampah yeee. Jangan pakai lagi. Bahaya pakai produk yang expired ni. Kalau nak tahu apa yang bahaya, google. Rajin sikit yee. Kekekeke.

Sekarang ni baik korang pergi check balik produk-produk yang korang guna. Mana tahu dah expired :p

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

Assalamulaikum.

Hari ni sebab bosan tak tahu nak update apa, aku mula godeh-godeh semua benda dan secara tiba-tibanya aku terjumpa blog-blog lama aku. Huwaaaaa. Ada tiga blog kesemuanya yang aku dah lupa terus kewujudan mereka. Agaknya sebab akaun yang tu aku guna email lain kot sebab tulah sampai boleh lupa. Agaknya-lah. Tak tahulah kenapa dulu-dulu tamak sangat nak ada blog banyak-banyak. Hobi kot? Merepek betul.


Banyak betul blog aku ye, ingatkan ada tiga je rupanya tambah tiga lagi, ada enamlah kesemuanya hahahaha. Tengok nama je dah pelik, bila baca entri dalamnya lagi kelakor aduhaiii lemah jiwa dibuatnya. Dengan segala macam contest aku join. Ya Allah memang bersyukur gila untuk jejak kasih yang berlaku secara tak sengaja ini jadi bolehlah aku tamatkan riwayat ketiga-tiganya. Alhamdulillah dah selamat dikebumi. Huhuhuhu T_T

Patutlah masa aku nak aktif balik blog ni aku jadi pelik kenapalah blog yang aku follow cuma ada seratus lebih. Rupanya kebanyakan blog yang aku follow dulu-dulu semua guna akaun yang lagi satu ni. Haih.

Kelakar pulak bila ingat balik dulu-dulu punya perangai. Hahaha. Aku dah tak macam dulu ye. Sekarang ni memang nak fokus satu blog je. Tak nak mendua-tiga-empat-limakan lagi dah. Lol. Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Hahaha. Apa benda aku merepek ni duhhhh. Hmmmm.

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

Assalamualaikum.

Sejujurnya, aku ni bukanlah perempuan cantik berkulit flawless yang korang boleh nampak bersepah di Instagram upload selfie ber-caption-kan hashtag uitmdihatiku eh uitmpretty. Kulit aku banyak masalah sebenarnya. Masalah jerawat, kulit berminyak, parut. Sebab kulit aku agak sensitif. Mengada-ngada sangat kulit aku ni. Hmmm. Tapi alhamdulillah sekarang dah elok sikitlah berbanding dulu sebab dulu ceritanya masa kulit tak ada problem, gedik sangat nak try produk itu ini lepas tu salah pakai produk hancuzzz muka aku. Orang kata terlajak kereta boleh reverse tersalah pakai produk muka maka berhuhuhu-lah kamu.

Makanya janganlah jadi macam aku ye. Kepada adik-adik yang baru nak meningkat remaja tu kalau kulit korang bersih tak ada masalah tak payah usik-usik. Jangan berangan nak pakai produk macam orang dewasa nanti korang menyesal macam akak. Sila jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran. Uhuks.

Aku dapat idea nak tulis entri ni sebab aku tengok banyak isu produk skincare yang berlambak dijual di pasaran dengan tagline “kesan seawal 3 hari..” dan yang sewaktu dengannya. Aku suka baca review belakang tabir yang luahkan perasaan masing-masing lepas pakai produk berkenaan sampai rosak muka, huhuhu. Sebab selalunya kita tak akan jumpa testimoni macam tu ditunjukkan secara umum, betul tak?

Sebenarnya aku ada pengalaman pakai produk-produk macam ni. Aku tak tahu nak kategorikan macam mana, tapi bukan produk skincare yang korang boleh dapatkan di drugstore macam Safi, Olay, Himalaya semua tu. Alaaa faham-fahamlah. Hehehe. Aku tulis entri ni bukan nak jatuhkan sesiapa atau nak tutup periuk nasi orang. Niat aku cuma nak kongsi pengalaman aku je. Tak salahkan? Sharing is caring. Heeeeeeeee.

Aku start pakai satu produk ni sebab aku terpengaruh testimoni kat Facebook. Heh. Masa tu produk ni memang hot gila macam pisang goreng. Semua pakat-pakat nak beli. Aku pun dengan beraninya order online. Memandangkan harga produk ni memang affordable untuk student, aku tak teragak-agaklah untuk cuba.

Lepas 3 hari pakai muka aku memang nampak perubahan yang ketara. Nampak flawless-lah senang cerita. Aku pun apa lagi, mestilah gembira kan. Dahlah murah, berkesan pulak tu. Tapi apakan daya, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya pagi-pagi dah hujan, tak dapat den nak keluar. Okey rosak peribahasa. Setelah seminggu aku pakai, muka aku start keluar biji-biji merah, macam jerawat tapi tak tahulah apa dia. Jerawatlah kot. Kah. Aku tanya seller tu dia kata, biasalah itu tandanya dia tengah bertindak balas nak keluarkan kotoran-kotoran yang ada dalam muka kita. Memang akan naik jerawat dulu lepas tu baru bersih balik. Aku pun macam... What!? Dia bersihkan muka aku lepas tu tiba-tiba naik jerawat lepas tu nak bersihkan balik pulak. Macam mana tu? Kau gila ke kakkkk. Aku pun rasa lain macam je. Setelah aku membuat kajian dengan lebih mendalam tentang produk tu barulah aku tahu yang sebenarnya produk tu mengandungi merkuri. Hmmm. Mesti korang dah dapat agak produk apa ni kan? Hahaha.

Bila dah macam tu, aku terus stop guna produk tu. And guess what? Muka aku jadi lebih teruk. Hahahahahahahahahahahaha *evil laugh* Aku tak tahu kenapa aku gelak tapi aku rasa kelakar. Lol.

Lepas muka aku dah teruk tu, aku memang tak pakai apa-apa selama seminggu. Lepas tu baru aku pakai pencuci muka Cetaphil untuk rawat balik kulit aku. Honestly I love Cetaphil because it really works on me. Cuma Cetaphil ni kerja dia rawat kulit je, tapi dia tak akan buatkan kulit kau cantik putih berkilat semua.

Aku ada pakai satu lagi produk lepas tu. Mesti korang cakap, tak reti serik ke budak ni, kan kan? Haha. Biasalah terpengaruh testimoni lagi plus tengok pengasas dia yang putih melepak terus aku beli dengan girangnya. Produk yang ni pun okey jugak mula-mula je lepas tu hampeh. Sekarang baru aku tahu yang produk tu sebenarnya sama je dengan produk yang mula-mula aku pakai tadi cuma di-rebranding. K.

Aku pernah pergi satu kedai macam kedai jamu ni, pakcik tu siap bagitahu aku lagi semua jenis produk yang di-rebrand. Korang tahu tak apa benda tu rebrand? Bagi yang tak tahu, rebrand tu bila korang beli krim timbang kat Thailand ke mana-manalah lepas tu korang repack dan korang letak brand korang sendiri. Lepas tu mengaku produk sendiri. Aku rasalah, ke ada istilah lain? Hahaha. Kalau salah, maafkan saya. Sobs sobs.

Sebenarnya banyak je produk di pasaran tu yang mengandungi merkuri dan bahan kimia yang terlalu banyakkkk tapi kita je yang tak tahu. Dan yang di-rebrand dan di-repack pun. Serta produk-produk tiruan, memang berlambak di pasaran. Kita sebagai penggunalah yang kena berhati-hati dan bijak memilih.

Sekarang ni memang aku dah tak berani nak pakai produk-produk macam ni. Better pakai produk dari drugstore. Aku tak cakap produk drugstore tu tak ada bahan kimia tapi at least kita tahu syarikat-syarikat macam tu syarikat besar dan dikenali. Dan kalau ada apa-apa pun kita senang nak buat report. Tapi kalau produk-produk macam ni, bila terbeli yang tiruan, siapa yang nak bayar ganti rugi? Kawan aku beli dua kali produk tiruan, minta ganti rugi memang dia buat tak layan je. Kisah benar ni bukan dusta. Huhuhuhu.

Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman aku yang aku rasa nak kongsi dengan korang. Aku tak paksa korang untuk percaya. Ada orang pakai mungkin menampakkan perubahan positif tapi orang-orang yang aku kenal dan dari sumber-sumber yang aku peroleh memang ramai cakap yang produk macam ni mendatangkan kesan negatif. Terpulang kepada diri masing-masing untuk terima macam mana. Tepuk dada tanya selera.



Till then, stay pretty girls! :)

Share
Tweet
Pin
Share
51 comments

Assalamualaikum.

Bulan lepas, aku ada dapat satu mesej di Cbox tanya aku tips untuk new blogger. Bernama tetapi tak ada link. Tak tahulah siapa Niena tu kan malu-malu kucing pulak ye. Hihi. Aku fikir banyak kali jugak nak buat ke tak, nak buat ke tak, sebab tak tahulah layak ke tak nak buat entri macam ni since aku bukanlah blogger famous atau termasuk dalam kategori blogger professional pun. Blogger baru nak belajar merangkak je. Huhu.

Tapi bila fikir-fikir balik, tak apa kot kalau aku nak kongsi pengalaman aku selama 5 tahun berblogging ni. Baru 5 tahun ye, bukan 15. Jangan salah baca kekekeke. Sebenarnya tak reti pun nak bagi tips tips ni. Wuwuwu. Rasa macam Dato Dr Fadzilah Kamsah pulak nak bagi tips. Haha. Mohon jangan bash saya T_T


Okey, jom kita mula. Bismillahirrahmanirrahim.

1. Yang pertama semestinya kita perlu rajin. Rajin update entri baru. Buat satu goal untuk dicapai macam 'Aku mesti update blog setiap hari.' atau dua kali seminggu atau seminggu sekali. Depends kepada keadaan diri sendiri. Tapi janganlah sebab nak update selalu sampai buat entri merepek atau copy paste je entri orang lain. Tak baik main kotor. Haha. Yang penting selalu update. Jangan tinggalkan blog setahun tak berupdate. Macam aku. Huhu. Lainlah kita ni blogger famous bertahun tak update pun masih ada orang datang baca.

2. Rajin lagi. Rajin blogwalking. Salah satu cara paling senang untuk kita nak orang lain kenal dan tahu kewujudan blog kita ialah dengan blogwalking ke blog orang lain. Tak kisahlah korang nak walking ke hopping ke running ke, yang penting mesti buat, dan jangan lupa tinggalkan jejak. Bila kita jengah blog orang lain, mereka mesti akan jengah blog kita balikkan. So kat situ kita dah boleh up traffic blog jugak. Hehe.

3. Jangan sombong. Bila dah baca entri orang lain, ambillah masa sikit untuk tinggalkan komen. Pada aku, bila orang tinggalkan komen kat entri aku, aku rasa dihargai sangat. At least aku tahu ada orang yang betul-betul baca apa yang aku bebel. Haha. Lagi satu, bila orang komen entri kita pulak, rajin-rajinlah balas. Kesian orang lain tinggalkan komen tapi kita tak balas pun. Nanti dia merajuk sampai bila-bila tak komen dah. Haha.

4. Kemas. Bukan tadika kemas ye tapi kekemasan blog. Sentiasa pastikan yang blog kita kemas dan tak serabut dilihat. Kalau boleh, widget-widget yang tak penting tu tak payahlah letak. Macam widget bagi makan ikan ke, jam ke. Semua orang dah ada jam kat desktop masing-masing jadi widget jam tu tak perlu pun. Plus kalau widget tak banyak, blog pun tak berat sangat. Dan bila tak berat, taklah ambik masa yang lama untuk loading.

5. Susun atur blog yang rapi. Pastikan layout blog sentiasa tersusun dan tak berterabur. Paling penting, kotak shoutmix atau cbox haruslah diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Bayangkan kalau korang letak tempat yang susah nak nampak, orang blogwalking blog korang punyalah scroll banyak kali tapi tak jumpa pun kotak tu. Dahlah internet tengah cari gaduh. Tak ke menguji kesabaran mereka pada waktu itu? Huhuhu.

6. Pemilihan warna yang sesuai. Pemilihan warna yang aku maksudkan ialah pemilihan warna di blog post dan warna tulisan. Sorry to say, jangan marah ye. Aku selalu perasan perkara ni berlaku pada blogger yang guna template blogskin. Bukan semualah. Few of them. Background blog post warna putih lepas tu tulisan boleh pulak warna kelabu sikit je lagi nak putih. Mahu berair mata aku nak baca entri korang weh T_T

7. Jadilah blogger yang pemurah. Pemurah bukan murah tau. Kalau blogwalking kat blog orang lain nampak iklan tengah menari-nari tu tolonglah klik ye. Tak rugi kan? Dapat pahala lagi tau. Hahahahahahahahaha.



Okey yang last sekali tu bukan tips sangatlah. Kekekeke.

Aku rasa itu je kot. Apa lagi eh? Dah tak ada idea dah. Kepada Niena, maaflah ye lambat jawab soalan Niena. Kak Fieyqa dilema tak tahu nak buat ke tak. Hahaha. Poyo gila. Rasa diri tua sangat pulak guna 'kak'. Hmmm.

Anyway aku nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau entri ni ada buat sesiapa terasa. I'm just sharing my humble opinion. Kalau ada yang tak puas hati nanti kita cerita belakang ye. Hahaha.

p/s : Kepada blogger-blogger baru, happy blogging. Teruskan usaha, pasti berjaya. Mihmih ><



Share
Tweet
Pin
Share
42 comments
*gambar semestinya tak ada kena mengena*

Assalamualaikum.

Tadi saja-saja jelah aku check akaun Nuffnang aku sebab dah lama tak bukak. Aku memang jarang check sebab selalu kecewa amaun terkumpul yang biasanya hidup segan mati tak mahu je. Biasalah blogger sendu. Huhuhu. Tapi tadi check tiba-tiba nampak ada 22 CPUV tengah on going. Terkejut ai. Alhamdulillah...


Murah hati betul Nuffnang bagi banyak-banyak ye. Beberapa hari ni aku selalu nampak orang update CPUV mereka pun tengah sakan on going. Rasa cemburu je sebab tahu tak akan dapat. Haha. Kali terakhir aku dapat masa tahun 2014. Lepas tu memang tak dapat dah. Harap CPC je. Huhu :( Tak sangka pulak Nuffnang nak bagi. Hehe. Terima kasih Nuffnang! Sayang lebihlah macam ni. Ni yang eksaited nak update selalu. Haha.

Aku update ni bukan nak menunjuk atau bongkak cuma nak bagitahu yang kalau aku boleh dapat, korang pun mesti boleh, kan? Aku yakin korang pun mesti dapat yang sama, mungkin lebih banyak daripada aku sebab masa aku blogwalking selalu je nampak iklan-iklan di atas ni kat blog korang. Hehe. Betul tak? Haaa.

Yang penting, jangan putus asa. Teruskan berblogging dengan rajin. Hehe. Lagi satu, rajin-rajinlah klik iklan aku ye. Bagitahu je kalau klik, mesti aku klik balik. Jangan risau. Aku tak kedekut pun. Hahaha.

Anyway, aku selalu je klik iklan korang walaupun aku tak bagitahu. Aku anggap sebagai sedekah atau tengah menderma je, hihi. In shaa Allah kalau kita ikhlas memberi, mesti Allah beri kita balikkan? Have faith :)

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Assalamualaikum.

Sejujurnya aku bukanlah peminat fanatik drama Melayu. Uhuks. Kalau drama Melayu bersiaran kat tv tu aku memang buat tak tahu je walaupun sampai trending kat Twitter. Pelik ke aku ni? Sebab pada aku, drama Melayu ni plot dia lebih kurang sama je. Cinta, persahabatan, mati, itu jelah balik-balik. Plus aku tak suka cerita yang bersiri yang menyebabkan aku kena tunggu setiap hari untuk sambungannya. Malas weh ._.

Kalau aku nak tengok sangat pun aku akan tunggu cerita tu tamat lepas tu baru aku tengok online sekaligus berapa hari settle. Haha. Macam drama Sebenarnya Aku Isteri Dia, itu pun tengok sebab aku beli novel dia dulu sebelum drama keluar, so nak tengok jugaklah macam mana rupa dramanya kan. Plus sebab hero dia Izzue Islam. Ehem. Drama yang lain macam Ariana Rose semua memang aku tak tengok. Haha.

Tapi drama dalam slot Akasia kali ni telah menarik perhatian aku wiwiwi. Sebab apa? Mestilah sebab Adi Putra kekekeke, lepas tu bergandingan dengan Mira Filzah pulak. Alahai comelnya. Aku minat Mira ni sebelum dia mula berlakon lagi. Selalu usha ig dia sampai rasa insekiyo gila kenapa dia comel sangat T_T

Cuma satu jelah slot Akasia ni aku tak berkenan sikit sebab dia bersiaran jam 7 malam memang taklah aku nak tengok tv maghrib maghrib macam tu, jadi penyelesaiannya aku kenalah tengok online ye kawan-kawan.

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur di tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. >> Sinopsis penuh klik sini <<

Sekarang dah nak masuk episod 4. Siapa yang terlepas episod 1-3 boleh tengok online ye!

Cinta Si Wedding Planner (episod 1)
Cinta Si Wedding Planner (episod 2)
Cinta Si Wedding Planner (episod 3)

UPDATE !

Episod 4 • Episod 5 • Episod 6 • Episod 7 • Episod 8 • Episod 9 • Episod 10 • Episod 11 • Episod 12 • 
Episod 13 • Episod 14 • Episod 15 • Episod 16 • Episod 17 • Episod 18 • Episod 19 • Episod 20 • 
Episod 21 • Episod 22 • Episod 23 • Episod 24 • Episod 25 • Episod 26 • Episod 27 • Episod 28 •


Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Assalamualaikum.

Cepatnya dah 3hb kan? Sebulan yang lepas, di malam yang sepi tiba-tiba aku dapat ilham nak ada planner sendiri. Tak tahulah mana datang ilham tu, jatuh dari langit kot? Just rasa nak ada sesuatu yang boleh bantu aku untuk mengurus masa dengan lebih baik, dan tak lupa perkara-perkara penting yang aku kena buat. Aku ni bukanlah pelupa sangat cuma kadang-kadang bila banyak sangat benda yang nak kena ingat, hidupku jadi serabut huu huu huu. Lepas tu mulalah nangis tepi katil sambil berdendang "tidakku pinta lahir ke dunia..." 

Okey tak, tu tipu.

Plus aku banyak tengok channel youtube mat saleh diy planner cantik-cantik ya ampun aku nak pengsan. Kenapalah kreatif sangat T_T Kalau aku yang buat confirm tak cantik macam tu, biasalah tangan kayu. Haha.

Aku memang tak pernah ada planner sebelum ni. Kalau diari tu adalah. Itu pun muka surat kosong je banyak. Sejak jadi pelajar universiti, aku macam tak ada masa nak menulis diari. Ceh. Tengok blog ni je cukuplah. Asyik-asyik terbengkalai, sampai pernah rasa nak delete blog pun ada. Padahal bukanlah busy mana pun ._. 

Tapi sejak dua menjak dah nak masuk 20 ni, banyak kesedaran pulak timbul, kekeke. Aku rasa macam tahun 2016 ni adalah tahun yang terbaik kalau aku nak mula buat planner. Sebab dah 20 tahun kan haha apa kena mengena? Tak tahulah tapi aku rasa aku memang dah patut mula untuk masa depan yang lebih baik. Haa kau.

Oleh itu, berbekalkan semangat yang tinggi dan keazaman yang jitu, aku pun mulalah diy planner aku sejak hari Khamis yang lepas. Gila punya gigih berjam-jam aku buat. Cantiknya tak pun. Hahaha. Aku tak tahu sangat pun nak buat macam mana tapi aku hentam je. Dengan bantuan google-lah pastinya. Google banyak je printable planner yang free. Kena pandai-pandai carilah. Tapi aku tak refer just satu website yang specific since aku ikut keperluan aku je mana yang aku perlu. Lepas tu aku pandai-pandailah tambah dan edit sendiri haha memang tak adalah lawa macam kat youtube tapi bukan orang lain pun yang nak tengok, aku je ><'

Kenapa buat sendiri, kenapa tak beli kat kedai je, kan lagi senang?

Aku ada tanya soalan tu pada diri sendiri. Jawapannya sebab kalau aku buat sendiri aku boleh ikut citarasa aku, plus yang jual kat kedai tu mahal. Tak adalah mahal sangat tapi plannernya agak tebal. Aku takut membazir pulak nanti tak banyak pun yang aku isi dalam tu since aku baru je nak cuba cuba kan. Hehe.

Planner aku tak siap pun lagi, masih dalam pembikinan. Banyak benda yang aku nak beli dan tambah supaya planner aku nampak cantik, at least cantik di mata aku. Ayat pasrah, haha. Lagi satu, maaf sebab tak ada gambar planner sebab handphone rosak, cisss alasan, padahal tak nak tunjuk sebab malu. Hahaha.

Ada kat sini yang ada planner sendiri? Mesti planner korang comel comel kan T_T

Sumber : weheartit

Jelesnyaaaaaaa T_T Doakan semoga projek diy aku siap dan menghasilkan planner yang comel

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

Assalamualaikum.

First of all, mestilah nak ucap Selamat Tahun Baru 2016 kat korang kan kan, macam tak biasa pulak. Kekeke. Semua orang busy tukar template baru sempena tahun baru. Untunglah rajin dan banyak idea nak godeh template. Hmm. Aku tak berapa nak rajin pulak since baru sebulan tukar template yang paling simple ni.

Tak sangka 2016 dah nak doploh tahun dah aku. Rasa macam tua pulak umur dah tak ada 1 di hadapan. Huhuhu. Seramnyaaa. Kenapa cepat sangat masa berlalu. Belum bersedia lagi nak jadi dewasa. Boleh tak kalau aku nak kembali ke zaman kanak-kanak semula T_T Main kejar-kejar, nenek si bongkok tiga. Hmm.

2015 banyak mengajar aku tentang kehidupan. Bezanya kawan dan sahabat. Kawan memang senang nak dapat, kawan ketawa, kawan berseronok, tapi sahabat yang ada di sisi kita waktu susah dan senang payah nak cari. Sedih bila orang yang selama ni aku anggap sahabat rupanya cuma seorang kawan biasa. 

Scary how time can change everything, kan?

***

Bila cerita pasal tahun baru mesti nak cerita pasal azam. Haha. Itu jelah balik-balik. Tahun baru, azam baru. Lepas tu krik krik. Azam tahun lepas pun tak semua aku dapat capai. Azam nak dapat dekan untuk kedua-dua sem hanya tinggal kenangan. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya aku gembira dengan keputusan aku. Alhamdulillah. Semoga Tuhan limpahkan kejayaan untuk hari-hari seterusnya. Amin :)

Azam tahun 2016... biarlah rahsia. Haha. Banyak azam sebenarnya, lol. Harap-harap dapat capai semuanya. Tak semua pun, 90% daripadanya okeylah. Salah satu azam aku pada tahun ini ialah nak siapkan post untuk Foundation Life sem 2. Sebenarnya itu azam sebelum berakhir tahun 2015. Huhu. Nampak tak nampak tak? Daripada tahun lepas nak siapkan, tapi tak buat-buat. Tak tahu nak jadi apalah malas sangat ni T_T

Semoga aku menjadi semakin rajin pada tahun ini dan seterusnya. Mihmih. Dan semoga Tuhan kurniakan kesihatan yang baik kepada diriku, ibu ayah, ahli keluarga yang lain, kawan-kawan dan kalian semua. Amin.

Anyway, apa azam tahun baru korang? Rahsia jugak ke? Hehehe.

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ▼  January (13)
      • Random post #2.
      • Kenapa buat aku macam ni T_T
      • Aku dan Header 2016.
      • Wordless Wednesday #1
      • Foundation life : Second semester.
      • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
      • Random post #1.
      • Berhati-hatilah membeli produk muka di pasaran!
      • Tips untuk new blogger ikhlas daripada saya. Hehe.
      • 22 CPUV Nuffnang On Going !
      • Cinta Si Wedding Planner
      • Aku dan Planner 2016.
      • Welcome 2016! Page 1 of 366 :)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Random post #1.
  • Foundation life : Second semester.
  • 3 MUST-HAVE MAKEUP FOR BEGINNERS
  • Are you genuinely happy?

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates