Review filem : Munafik
Assalamualaikum.
Semalam aku keluar dengan kawan-kawan sebab nak cari barang sikit plus tengok wayang. Filem Munafik menjadi pilihan. Kami tengok kat Aeon Bukit Raja. Masa nak beli tiket tu, seat pun dah nak habis. Hahaha. Nasib baik sempat beli. Itu pun beratur di priority line, kalau tak confirm tak dapat tengok -_-
Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.
Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.
Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.
Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).
Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.
Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.
Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.
Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.
Review :
Pada pendapat aku, cerita ni memang best sangat! Thumbs up kepada pengarahnya iaitu Syamsul Yusof.
Walaupun bukan cerita hantu sangat, tapi filem ni dah buatkan aku terkejut dan terjerit banyak kali. Haha. Malu sangat rasa macam nak menyorok bawah kerusi walaupun bukan ada orang tahu pun aku yang jerit.
SINOPSIS FILEM MUNAFIK

Sumber : Sinopsis Munafik
Review :
Pada pendapat aku, cerita ni memang best sangat! Thumbs up kepada pengarahnya iaitu Syamsul Yusof.
Walaupun bukan cerita hantu sangat, tapi filem ni dah buatkan aku terkejut dan terjerit banyak kali. Haha. Malu sangat rasa macam nak menyorok bawah kerusi walaupun bukan ada orang tahu pun aku yang jerit.
LOL.
Cerita ni akan membuatkan korang sentiasa tertanya-tanya siapa sebenarnya dalang di sebalik semua kejadian yang berlaku? Apa kaitan di antara Adam dan Maria? Siapa sebenarnya yang terlibat dalam kemalangan langgar-lari isteri Adam? Kenapa Maria jadi macam tu? Siapa sebenarnya yang berniat jahat terhadap Maria? Mak tiri Maria tu jahat ke tak sebenarnya? Watak Shah yang macam mencurigakan tu kenapa sebenarnya? Ayah Adam nak beritahu apa sebenarnya kepada Adam? Apa semua ni????? Hahahaha.
Ye, itulah persoalan-persoalan yang akan bermain di minda korang sepanjang menonton cerita ni.
Banyak scene dalam cerita ni yang buatkan jantung aku mengepam darah dengan kadar paling laju. Hahaha. Scene masa Adam nak ubatkan Maria yang first sekali tu memang paling awesome. Aku tak pernah lagi tengok cerita Melayu sampai rasa seram macam tu sekali. Lagi-lagi part bila Maria sebut "Dajjal". Huhuhu. Rasa macam nak menggigil.
Dan klimaks cerita ini ialah bila semua perkara terhurai satu persatu. Perkara yang korang tak akan expect pun berlaku. Dan orang jahat dalam cerita ini ialah watak yang paling tak disangka-sangka. Huhuhuhu.
Aku pelik bila kawan-kawan aku cakap diorang nangis tengok cerita ni sebab aku tak nangis-nangis pun sampai kesudah. Rupanya part paling lastttttttttt tulah yang paling sedih sampai aku termenangis T_T
Apa yang best pada cerita ni ialah sebab cerita ni sarat dengan pengajaran. Even kawan aku yang non-muslim pun suka tengok cerita ni. Cerita ni mengajar kita supaya sentiasa memaafkan dan jangan berdendam, dan kita kena redha terima qada' dan qadar Allah. Sesungguhnya Allah tak akan membebankan umat-Nya.
Sesiapa yang tak suka tengok cerita Melayu kat wayang (macam aku), pergilah tengok cerita ni. Sangat worth it!
Rating : Aku bagi 4.8 / 5 :)
18 comments
Wahh. Teringinnya nak tengok. Tapi takde kawan pulak nak teman tengok wayang. Huhuhuhu
ReplyDeletetakpe. tengok je sorang-sorang, hihihihihi.
Deletewah, cam menarik, tp x de keberanian nk tengok. hahaha
ReplyDeleterugilah kalau takut-takut :p
DeleteWuuuu. Best kan ^^
ReplyDeletememang best :)
Deletebanyak kali dah blogger post pasal ni tapi sampai skrg tak tgk2 lagi erhhh geram jugak rasanya ni. rasa mcm nak pergi tgk skrg je. dah berapa kali plan nak pergi tapi tak jadi2 T_T
ReplyDeletehehehehe pergilah tengok kalau masih ditayangkan, best ^^
Deletememang berbaloi kan..hehe
ReplyDeleteyup :)
DeleteWaaah semua org bg rating tinggi.. Kalau Fieyqa nak tahu, sis mmg nak tgk citer ni sgt tapi terpaksa batalkan niat ni sbb sis penakut.. Kalau masuk panggung tapi memanjang tutup muka baik tak yah kann.. Huhuhu tp rasa ingin tahu kesudahan citer ni sangat menebal, gitu...
ReplyDeletehahahahaha takpelah nanti tengok kat rumah je ramai-ramai tak takut sangat :)
Deleteaaaaa qila tak sempat :(((( but i knew its best dot comz!! <3
ReplyDeletetakpe jangan risau, nanti download ><
Deleteramai yg review best cite ni tapi xkesempatan nk tengok lagi... baru terjah batman & superman jek..
ReplyDeletebtw, singgah jalan2 sini.
salam kenal ye =)
salam kenal jugak. hihihihihihi.
DeleteJie dah tengokkkk. Ya Allah serious best. sampai sekarang terkesan lagi.
ReplyDeleteand sorry akak. i cant read your FULL review sbb ada gambor mariaa tu huaaa. laju jee Jie scroll. *aduhh. XD
best kan? haaa dah cakao dah. hahaha.
DeleteBe nice please. Thank you ♥