Pinterest

Saturday, February 04, 2017

Menjaga amanah.


Assalamualaikum.

Bercakap tentang amanah, cuba tanya diri kita, faham benarkah kita dengan makna amanah yang sebenar-benarnya? Kalau dalam bahasa, amanah ni bererti jujur dan dapat dipercaya. Manakala menurut istilah  aqidah, amanah merupakan segala perkara yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang. 

Dalam Islam, apabila seseorang itu diberikan amanah, dia wajib memelihara dan melaksanakan amanah tersebut. Mungkin bagi orang-orang yang tidak berapa faham dengan makna amanah ini, mereka hanya akan nampak perkara yang besar-besar saja, seperti amanah seorang manusia terhadap Tuhannya. Tapi tahukah kita pengertian amanah ini sebenarnya besar dan bukan sekadar hubungan manusia dengan Tuhan, bahkan meliputi hubungan manusia sesama manusia dan juga amanah manusia terhadap dirinya sendiri.

Fokus aku pada hari ini ialah nak bercakap tentang amanah manusia dengan manusia lain.

Mungkin kita tak perasan, tapi pernah tak kita ada kawan yang suka bercerita masalah atau meluahkan perasaan dia yang mana dia tak bagitahu orang lain pun tapi dia bagitahu kita, which means benda tu rahsia dan dia hanya nak kita seorang je yang tahu? Itu amanah. Dan sebagai kawan yang amanah, kita kena simpan rahsia tu baik-baik walau apa keadaan sekali pun, even suatu hari nanti persahabatan tu dah terputus pun, amanah tetap amanah. Tak boleh kita ceritakan kepada orang lain lagi-lagi dengan tujuan nak burukkan dia.

Ini hanya satu contoh situasi je. Banyak lagi sebenarnya, contohnya bila kita pinjam barang orang lain. Menjadi amanah untuk kita jaga baik-baik barang yang kita pinjam tu dan pulangkan semula dalam keadaan yang asal sama macam masa kita terima. Bukannya kita pinjam novel kawan kita 365 muka surat tapi bila pulang tinggal 350 muka surat je sebab kita dah koyakkan semua muka surat yang ada ayat-ayat cinta best nak buat koleksi. Nampak macam mengarut tapi inilah yang terjadi bila peminjam tu tak amanah. 

Aku pernah dua kali berada dalam situasi ni bila kawan aku pinjam novel aku. Aku ni jenis yang sayang buku so aku akan balut semua novel aku kemas-kemas. Tak akan ada lipatan sebab aku guna penanda buku, teheee. Ceritanya aku bagilah kawan aku seorang ni pinjam. Dia memang janji dengan aku nak pinjam dua minggu untuk cuti pertengahan tahun masa tu. Tapi bila dah naik sekolah, tak pulang-pulang pun. Perkara pertama yang menunjukkan dia tak amanah adalah bila aku tanya pasal buku aku, dia janji dia akan pulangkan minggu depannya, tapi tak pulang-pulang juga -_- End up aku diamkan je lepas sebulan lebih baru dia pulang.

Itu satu hal. Satu hal lagi bila buku yang dia pulangkan tu dah tak serupa buku dah. Dengan pembalut bukunya yang dah terkoyak. Masa aku bagi pinjam punyalah elok pakai baju, bila pulang bogel dah jadinya. Lipatan penanda di helaian muka surat tu jangan cakaplah, lipat besar, lipat kecil, lipat separuh, erghhhhh. Yang lebih teruk bila ada kesan air tumpah kat kulit belakang. Aku pantang betul bila air tumpah atas buku. Nak makan ke nak minum ke nak buang air ke please-lah letak jauh-jauh dulu buku tu T_T

Taubat tak akan bagi dia pinjam barang-barang aku lagi sebab masa dia pulang dia cuma cakap macam ni... 

"Weh sorry tau adik aku terkoyakkan sampul novel kau," Kau ghaseeeee?

Mungkin perkara-perkara macam ni nampak ringan, nampak kecil. Tapi ia juga termasuk dalam "AMANAH". Amanah ni berat sebenarnya so kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras lagi sempurna tolonglah jangan pandang ringan perkara-perkara macam ni. Ini baru bercakap pasal amanah yang kecil, belum lagi sebut amanah-amanah yang besar seperti amanah Allah dan amanah terhadap ibu bapa.


Allah menggambarkan orang yang menepati amanah sebagai orang mukmin yang beruntung 
sebaliknya Allah tidak suka orang-orang yang berkhianat dan tidak merestui tipu dayanya,
dan orang yang mengkhianati amanah termasuk salah satu sifat orang munafik (sumber).


p/s : Semoga kita semua dihindari dari sifat khianat dan munafik. Ameen.

18 comments:

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow. Blog akak cantik. :)

    ReplyDelete
  2. Betul betul betul. pernah dlu kakak senior kita tegur pasal kita tak pulangkan balik buku nya and bagi pnjam org lain. rasa teruk sbb diri sndiri tak amanah. lepas tu berazam da tak nak buat bgtu lg huhu. Cos kepercayaan org lain kepada kita worth to be fighting for.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bila sekali orang dah tak percayakan kita, susah nak dapatkan kembali kepercayaan dia :)

      Delete
  3. kak D BW kat sini :) nice blog lepas ni jgn heran klu nmpk kak D nye jejak sentiasa disini :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah ehehehe jenguk-jenguklah selalu ><

      Delete
  4. Susah nak cari orang yang betul betul amanah.. Sabo je la kalau kawan camtu.. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tak boleh nak buat apa. redha jelah. huhu.

      Delete
  5. salam perkenalan. singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  6. erghh geramnya! ada dia buat mcm tu?! ina kalau dah tahu tu barang org, ina akan jaga gila2.. ye lah, mcm mana kita amik, mcm tu lah kita pulangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak tahulah, manusia kan macam-macam ragam.

      Delete
  7. Hahaha sy pun pantang juga pinjam tp kembalikan koyak rabak.. paling sadis pinjam tp x di kembalikan T_T huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pulang langsung tu memang harulah. haha. sabar jela :3

      Delete
  8. indeed. dan setiap perlakuan dan benda yang berlaku mesti ada hikmah. cuba cari apa hikmah dia:) heee.

    ReplyDelete
  9. salam fieyqa, semoga fieyqa sehat hendakNya! ^^ betul fieyqa, kadang even bende simple macam pinjam harta orang walaupon sebatang pensil pun dikira amanah. so kene jage betul-betul. tapi itulah, ramai yg pandang remeh bende camni. hmmm.

    btw fieyqa, jemput singgah blog fie and bace new entry di http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2017/02/produk-johnson-johnson-boleh-undang.html

    thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. betul. tak semua orang kisah atau ambil peduli kan :) okay. in shaa Allah.

      Delete

Wanna say something? :)

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.