Aku dan Planner 2016.

by - January 03, 2016


Assalamualaikum.

Cepatnya dah 3hb kan? Sebulan yang lepas, di malam yang sepi tiba-tiba aku dapat ilham nak ada planner sendiri. Tak tahulah mana datang ilham tu, jatuh dari langit kot? Just rasa nak ada sesuatu yang boleh bantu aku untuk mengurus masa dengan lebih baik, dan tak lupa perkara-perkara penting yang aku kena buat. Aku ni bukanlah pelupa sangat cuma kadang-kadang bila banyak sangat benda yang nak kena ingat, hidupku jadi serabut huu huu huu. Lepas tu mulalah nangis tepi katil sambil berdendang "tidakku pinta lahir ke dunia..." 

Okey tak, tu tipu.

Plus aku banyak tengok channel youtube mat saleh diy planner cantik-cantik ya ampun aku nak pengsan. Kenapalah kreatif sangat T_T Kalau aku yang buat confirm tak cantik macam tu, biasalah tangan kayu. Haha.

Aku memang tak pernah ada planner sebelum ni. Kalau diari tu adalah. Itu pun muka surat kosong je banyak. Sejak jadi pelajar universiti, aku macam tak ada masa nak menulis diari. Ceh. Tengok blog ni je cukuplah. Asyik-asyik terbengkalai, sampai pernah rasa nak delete blog pun ada. Padahal bukanlah busy mana pun ._. 

Tapi sejak dua menjak dah nak masuk 20 ni, banyak kesedaran pulak timbul, kekeke. Aku rasa macam tahun 2016 ni adalah tahun yang terbaik kalau aku nak mula buat planner. Sebab dah 20 tahun kan haha apa kena mengena? Tak tahulah tapi aku rasa aku memang dah patut mula untuk masa depan yang lebih baik. Haa kau.

Oleh itu, berbekalkan semangat yang tinggi dan keazaman yang jitu, aku pun mulalah diy planner aku sejak hari Khamis yang lepas. Gila punya gigih berjam-jam aku buat. Cantiknya tak pun. Hahaha. Aku tak tahu sangat pun nak buat macam mana tapi aku hentam je. Dengan bantuan google-lah pastinya. Google banyak je printable planner yang free. Kena pandai-pandai carilah. Tapi aku tak refer just satu website yang specific since aku ikut keperluan aku je mana yang aku perlu. Lepas tu aku pandai-pandailah tambah dan edit sendiri haha memang tak adalah lawa macam kat youtube tapi bukan orang lain pun yang nak tengok, aku je ><'

Kenapa buat sendiri, kenapa tak beli kat kedai je, kan lagi senang?

Aku ada tanya soalan tu pada diri sendiri. Jawapannya sebab kalau aku buat sendiri aku boleh ikut citarasa aku, plus yang jual kat kedai tu mahal. Tak adalah mahal sangat tapi plannernya agak tebal. Aku takut membazir pulak nanti tak banyak pun yang aku isi dalam tu since aku baru je nak cuba cuba kan. Hehe.

Planner aku tak siap pun lagi, masih dalam pembikinan. Banyak benda yang aku nak beli dan tambah supaya planner aku nampak cantik, at least cantik di mata aku. Ayat pasrah, haha. Lagi satu, maaf sebab tak ada gambar planner sebab handphone rosak, cisss alasan, padahal tak nak tunjuk sebab malu. Hahaha.

Ada kat sini yang ada planner sendiri? Mesti planner korang comel comel kan T_T

Sumber : weheartit

Jelesnyaaaaaaa T_T Doakan semoga projek diy aku siap dan menghasilkan planner yang comel

You May Also Like

40 comments

  1. cantik-cantiknya sis... akak suka planner dan diary... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..... Jeles tengok T_T Fiqa pun suka.
      Kadang-kadang beli diari bukan guna pun, saja nak simpan. Haha.

      Delete
  2. buat handiwork ni memang kena sabar, kalau tak hasilnya tak memuaskan :) Hana pernah buat buku nota yang kena jahit sendiri guna jarum tu, ya Allah sabar aje la sebab nak kasi cantik. nanti sharela planner buatan tu ^^ all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah rajinnya siap jahit. Mesti cantik hasilnya kan? Itulah. Sabar je buat sikit-sikit. Setiap hari tambah apa yg patut. Hehe. Ala malunya :3 Anyway thanks :)

      Delete
  3. nanti share taw macam mane planner diy tu hihi. biasanya yang buat sendiri tu laa lawaaaaa hihi. all the best ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkk harap-harapnya lawalah nanti. Haha. Thanks fina!

      Delete
  4. Wahhhh cantik-cantiknyaaaa plannerrr! Nak try jgk ada, tp x berapa nak tau kegunaan planner ni utk apa. Kreatif mmg taklah. Hahahahahah Nak kena searchlah ni x3

    Btw, samalah kita 20 already! Huhuhuhuhu ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah. Planner ada macam-macam kegunaan, ikut diri masing-masing :)

      Hehehe yeay high five!

      Delete
  5. thn lps pakai kikki k planner, tp ampun , x sekreatif omputeh2 kt utube tu haaa . . . T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dyorg mmg rajin sgt lah tak tahu knp. Haha. Sanggup berhabis duit untuk hias planner je T_T Takpelah asalkan ada, yang penting isinya kan :)

      Delete
  6. gambar 1: cnteknyer planner dia. nak buat jugak la.
    gambar 2: macamana dia buat planner mcm ni? T.T
    gambar 3: eh~ okay. blom buat lagi. haha

    kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha apa ni tengok gambar je ke ><

      Delete
    2. tak. semangat bace your entry sebab I pun tgh smngat taik cicak nak design planner. ingatkan dah buat. baru nak tnya. haha jgn nangis~ :p

      Delete
    3. Haha dah buat cuma masa tu belum siap. Sekarang dah siap dah hehehehehe

      Delete
  7. sy buat planner sndiri tahu ni, tapi printable from omputih website saja ..
    knp xbeli jer...pasal yg beli tu mcm org2 tua mcm ahli korporat sgt je kan planner diorang..xkene dgn jiwa..betul x? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Banyak print je lepas tu pandai pandailah hias. Hehe.
      Betul betul betul. U spoke my mind, hihi. Yg beli tu mcm sesuai utk kerja je :/

      Delete
  8. dh lama xbt planner2 ni..krg rajin T_T..gudluck sis..bt lawa2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah selalunya buatlah ye? Hehehe in shaa Allah. Thanks!

      Delete
  9. pergh! semua planner lawa2....
    Amin! semoga planner diy awak dapat disiapkan hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kan? Walaupun serabut tapi still nampak comel comel huwargh!
      Amin! Hehehe terima kasih sofie :)

      Delete
  10. kalau dah siap nanti jgn lupa buat post! hehe nak jugak tengok ni T_T
    sy ada plan nak buat tapi blum start lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala malulah hahaha tengoklah dulu macam mana ye hihi.
      Cepat cepat buat! Dah 4 hari dah ni. Dah buat boleh terus guna hehe :)

      Delete
  11. nanti dah siap tunjuk la sikit nak tgk , anis suka jugak ada planner ni , tpi slalunya beli yg dah siap aje :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah tengok keadaan dulu kekeke. Takpelah asalkan ada okeylah ^^

      Delete
  12. Tengok planner dekat YouTube memang boleh bikin hati jeles. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Samalah. Macam nak mintak dyorg buatkan satu haha :3

      Delete
  13. salam singgah dari blog kak mia.
    semoga dipermudah Allah urusan kita pada tahun ini, Aamiin.

    -cahayakehalusankelembutan.blogspot.my-

    ReplyDelete
  14. ADUHDUH HAHAHAHA QILA TAKLEH AAA BENDA CECOMEL NI EYYYY
    hihihihi
    qila punya planner minimum je decoration heheheheeh
    bcs im more to journaling wiwiwi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah! Rasa nak gigit je kan. Ops, hahaha. Wah bestnya! Nak tengok ><

      Delete
  15. chayok, teruskan usaha..
    senang je nak buat...

    akak dh buat, tp simple je, sesuai utk suri rumah, heee

    salam perkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. In shaa Allah ^^ Okey lah rajin jugak buat. Hehe. Salam perkenalan :)

      Delete
  16. Eee cantiknyaaa! <3 Kita punya buruk je sambung pakai yang 2015 punya hahahha cedih je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha takpelah asalkan ada. Ada masa boleh hias hias ^^

      Delete
  17. awak x nak jual kee? susahnya nak jumpe cute cute yang affordable. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha tak mampu lagi nak hasilkan sesuatu yang boleh dijual :3

      Delete
  18. cantiknya... sweet gitu. Teringin nak satu.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Saya pun suka planner, rasa terurus je kerja-kerja :)

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥