• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

bodohnya aku pabila aku merasa cemburu terhadap perempuan perempuan cantik yang jelasnya gemar memuat naik gambar gambar mereka di laman sosial dengan pelbagai gaya dan riak wajah hanya kerana ingin memberitahu kepada dunia cantiknya mereka, sempurnanya mereka dan betapa bangganya mereka dengan apa yang mereka ada.

jahilnya aku saat aku merasa iri hati terhadap perempuan perempuan bertuah yang kononnya terpaling bahagia kerana di setiap hari mereka pasti disulami rasa cinta terhadap insan insan biasa berlainan gender yang semestinya belum halal bagi mereka sedangkan jauh di sudut hati, aku tahu cinta sebegitu tak kemana perginya.

ya Allah,
bodohnya aku.
jahilnya aku.
kerana adanya rasa cemburu dan iri hati sebegitu yang terkadang membuat aku merasa tidak bersyukur dan berharap lebih daripada apa yang selama ini aku miliki.

kenapalah tidak aku cemburukan wanita wanita mulia, srikandi muslimah sejati pembela agama, yang sesungguhnya sudah dijanjikan syurga buat mereka?

aisya humairah yang dikenali kerana bijak cerdiknya dia
siti khadijah yang terpaling tulus hati dan kasihnya
rabi'atul adawiyah yang zuhud dan patuh terhadap tuhannya
halimatul saadiah yang terpaling ikhlas dan murni hatinya melebihi segala
naila farashiyah yang tetap gagah dan teguh meski tangan bermandi darah.

merekalah sebenar benar wanita solehah. kenapalah tidak aku cemburukan mereka? kenapalah tidak aku berkejar kejaran untuk menjadi permata di kaca lembah daripada terus mendamba mengukir pelangi impian menjadi wanita perhiasan dunia, yang hidupnya sentiasa dipuja puja manusia sedangkan malaikat sendiri melaknatinya?

pimpin aku Ya Rabb.
bimbing aku menjadi wanita solehah.
agar selalu dekat denganMu-- agar syurga menjadi destinasi terakhirku.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

assalamualaikum.

dalam berjuta-juta perasaan yang wujud dalam dunia ni, ada satu perasaan yang paling aku takut; kehilangan. jujur aku benci bila saatnya aku merasa kehilangan. tak kiralah rasa itu pasti, nyata, atau hanya bayangan perasaan aku sekalipun, aku tetap tak suka. 

aku tak rasa aku berseorangan dalam hal ini bukan?

bila aku terlalu rapat dengan seseorang, perasaan inilah yang paling aku takut. sebab tu kadang-kadang bila aku rasa aku dah terlalu rapat dengan seseorang dan aku tak nak ambil risiko, dengan kadar paling segera aku ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada seseorang yang aku kasihi hanya sebab aku tak mahu rasa kehilangan. 

paranoid betul aku ni. haha.

yelaaa, kita ni manusia biasa tak ada kuasa nak meramal masa depan. kita tak tahu apa yang akan berlaku esok, lusa, setahun lagi atau mungkin sepuluh tahun lagi. dan kita pun tak ada daya nak tetapkan masa depan kita sendiri. kalaulah aku boleh tentukan masa depan aku, aku tak nak hilang orang-orang yang aku sayang. tak nak dan tak akan pernah berlaku. aku akan pastikan mereka sentiasa ada dengan aku, bersama aku. walau bukan depan mata, tapi sekurang-kurangnya aku tahu wujudnya mereka. malangnya aku manusia biasa. tiada daya aku nak lawan ketentuan Tuhan. hanya mampu berserah dan pasrah.



*****


dan yeah..... aku rasa kehilangan lagi untuk kesekian kalinya. kita dah tak rapat macam dulu. aku rasa dalam diam, aku kehilangan kau. aku tak tahu sama ada ini hanya perasaan aku atau memang itulah hakikatnya. kita makin jauh dan jauh. if you know what i mean. 


aku bukan apa.
aku cuma..

rindu!


argh bencinya bila rasa macam ni.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
butterfly, red, and hand image
assalamualaikum.

akhirnya, dapat juga aku lepaskan rindu yang membuak-buak terhadap blog ni. so how's your life guys? agak-agak masih ada lagi ke orang nak baca blog ni? hmmm sedih -__-

sekarang ni tengah cuti sekolah. itu yang excited semacam nak update blog. 
biasalah, budak spm. nak spend time sangat dekat blog pun tak boleh. busy manjang.

cakap pasal spm, actually sampai sekarang aku masih lagi tak percaya yang aku dah nak spm. dah nak habis sekolah dah. rasa macam kanak-kanak lagi. kenangan manis waktu mula-mula masuk sekolah, masih terpahat segar dalam ingatan. how i wish i could turn back time... waktu dimana aku mula-mula melangkah ke sekolah menengah. berjumpa dengan kawan-kawan baru. suasana baru. pengalaman baru. semuanya baru. 

entah kenapa, aku seperti masih berada di dalam lena yang panjang. diisi dengan mimpi indah. dan kerana itu, aku seakan tidak mahu bangkit dari lena ini. aku cuma berharap akan hadir seseorang yang mampu bangunkan aku dari segala mimpi indah yang tak kemana ini. 

ah sudah! 

aku tahu spm ni penting. so, for the sake of my future, aku perlu bangun juga dari lena ini walau indah mana sekali pun mimpi yang aku alami. dah tak boleh nak berangan-berangan lagi. waktu dah tak lama lagi dah. pejam celik pejam celik dah tiba harinya. aku harap aku boleh lupakan semua benda yang tak penting dan fokus dengan apa yang aku betul-betul perlu lakukan. ini masa depan aku, aku yang tentukan masa depan aku. kalau bukan aku siapa lagi ya tak? takkanlah ayam jiran belakang rumah aku pulak yang nak tentukan.

aku tahu apa yang aku nak. aku tahu apa yang selama ini aku impikan. and i would do anything to achieve what i want. pandang ke depan dan tak perlu toleh ke belakang lagi. doakan yang terbaik untuk aku. in shaa Allah, aku doakan yang baik-baik buat kalian :) semoga kita sama-sama berjaya hendaknya.


Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bikhair. 
"Wahai tuhanku permudahkanlah segala urusanku dan janganlah kau susahkannya. "

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

assalamualaikum.

aku tahu benar ada satu jenis manusia itu yang bila masanya dia bahagia, dia terpaling suka kalau orang lain tahu. kalau boleh, dia nak satu dunia tahu yang dia tengah bahagia. biasalah. ayam bertelur pun riuh sekampung. inikan pula manusia. tak gitu? erm.

aku tak salahkan manusia-manusia ini yang mungkin niat mereka cuma nak berkongsi kebahagiaan yang mereka alami sekarang dengan manusia lain. aku pun pernah juga mengalami situasi yang sama. bahagia yang teramat sampai aku nak seluruh alam ini tahu dan meraikan kebahagiaan aku bersama. okey itu over.

tapi kalau melihatkan keadaan dunia saat ini yang penuh dengan manusia berhati busuk dan bermulut longkang, aku rasa lebih baik tak perlu. bukan lebih baik, memang tak perlu pun.

kalau benar pun kau sedang merasa bahagia bagaikan jasadmu sedang terapung-terapung di awangan nan biru, simpanlah. simpanlah untuk diri sendiri. terutamanya adik-adik yang baru nak kenal dunia. baru nak berjinak-jinak dalam percintaan. aku bukan nak melarang orang nak bercinta. tak pernah. tak ada hak pun. cuma serius aku cakap, berhentilah menjual cerita bahagia anda sana sini. kami tak mahu tahu.

awak cintakan dia, dia cintakan awak. 
ye aku tahu. tapi cukuplah kamu berdua saja yang tahu.

kebahagiaan yang kita rasa pun semuanya Allah yang beri. sujudlah. panjatkan rasa kesyukuran ke atas-Nya dalam setiap sujudmu. itu lebih baik daripada kita sibuk menjaja cerita dan aib sendiri. 

maafkan kiranya ada yang terasa dengan entry aku ini. tak apa. tak paksa pun untuk kalian ikut dan patuh. kalau rasa betul dan boleh diterima, ambil. kalau tak suka, endahkan. 

kita memang suka melihat kita bahagia. 
tapi ingatlah satu perkara...




tak semua orang suka melihat kita bahagia :)

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

assalamualaikum.

"kau ada kawan baik tak?"
"ada. kenapa?"
"siapa kawan baik kau?"

diam.

bila cakap pasal kawan entah kenapa aku jadi sangat sensitif. padahal bukan isu sensitif pun. aku tak hipokrit untuk menafikan yang aku sangat memerlukan kawan dalam hidup. betul. aku sangat memerlukan kawan.

since aku darjah 1 sampailah sekarang aku dah tingkatan 5, i really need friends. 

aku perlukan manusia-manusia caring di sekeliling aku. atau dalam bahasa mudahnya "kawan" walaupun sebenarnya tak adalah caring mana pun... hahaha! well at least you know..... i can't even imagine my life without friends. pergh, mesti bosan dan pathetic sangat. borak sorang-sorang. belajar sorang-sorang. ketawa sorang-sorang. nangis pun sorang-sorang. rasa nak telan clorox je.

tapi aku bersyukur sebab aku ada kawan yang ada dengan aku waktu senang-senang. waktu susah-susah belum tahu lagilah sebab belum ada pengalaman. ahaks. in shaa Allah kawan susah senang. just berharap persahabatan yang terjalin ni kekal sampai akhir hayat. amin.


p/s: tadi gaduh dengan fynaz. menyampah!

p/s/s: lepas tu dua-dua ego taknak mintak maaf. hahaha.

p/s/s/s: aku rindu seseorang sebenarnya....

p/s/s/s/s: okay kalau boleh memang nak banyak lagi. haha. bye :)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

kadang-kadang ada satu masa di mana aku rasa satu perasaan yang paling teruk sampai aku tak mampu bicara. hanya menangis, menangis dan menangis. rasa nak meluahkan tapi tak tahu pada siapa. berapa ramai orang pun di sekeliling kita, bukan semua orang kita boleh percaya. walaupun di depan pijak semut pun tak mati, tak berarti mereka tetap mereka yang sama di hadapan kita ketika mereka di belakang kita.

pengalaman mengajar aku untuk tidak terlalu mempercayai manusia-manusia di sekeliling aku. walaupun kau nampak dia baik macam malaikat sekalipun bila dia ada dekat dengan kau, ianya sama sekali tidak menjanjikan yang dia tidak akan menjadi syaitan mahupun iblis yang paling celaka ketika di belakang kau.

hati manusia, siapa boleh baca? 

selama 16 tahun 11 bulan aku hidup, aku dah jumpa macam-macam jenis manusia. daripada yang paling baik paling mulia, sampailah paling kejam yang sanggup tikam aku bertubi-tubi di setiap sudut jiwa aku. cuma aku bukan manusia lemah yang senang dibunuh dengan kata-kata dan perbuatan kotor lagi hina oleh seorang manusia berhati busuk yang tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia.

aku ada ramai kawan. tapi serapat mana pun aku dengan kawan-kawan aku, bukan semua perkara aku akan cerita kepada mereka. aku pernah melalui rasa itu bila aku luahkan semua kepada dia, tapi sebaliknya dia punya sejuta rahsia yang dia simpan daripada aku. konon "friends forever, no secret, no lies" padahal "big secret, full of lies." dan akhirnya aku tinggalkan dia dalam dunia dia. sebab aku rasa hanya dia saja yang boleh faham hidup dia?

kadang-kadang memang aku rasa aku perlukan seseorang untuk meluahkan. tapi hanya kerana aku takut orang akan melabel aku sebagai "manusia paling banyak masalah" atau "manusia lembik yang terlalu bergantung kepada orang lain" dan seumpamanya, aku jadi seorang yang penyimpan. pendam dalam hati dan telan semuanya. seorang. lambaian kenyataan menampar lembut pipi aku sehingga membuat aku sedar. kita hidup dalam dunia ni memang tak boleh terlalu bergantung pada orang lain. bila kita jatuh tersungkur sekalipun, bukan semua orang akan hulur tangan penuh ikhlas untuk bantu kita bangkit semula meniti hidup. ada pun orang yang menghulur tangan memberi bantuan tetapi setelah kita pergi, dia hanya tahu memaki-maki dalam hati kata kita tak reti bangun sendiri. who knows?

jadi kerana itu, aku belajar untuk hidup sendiri. walaupun berkali-kali aku rebah dalam meniti perjalanan hidup yang dipenuhi manusia-manusia berhati hitam dan busuk seperti longkang, aku perlu tetap utuh untuk bangkit semula dan berjalan dengan langkah yang lebih baik dan teratur. dengan mengabaikan segala duri dan batu-batu kerikil yang pernah membuat aku jatuh. meskipun aku pasti akan berjumpa lagi dengan duri dan batu-batu kerikil yang mungkin lebih tajam, sekurang-kurangnya aku dah persiapkan diri untuk cabaran yang lebih hebat yang bakal menghambat. manusia belajar dari pengalaman kan? peace......

tak mengapalah kalau aku perlu menangis di sudut paling sepi tanpa diketahui orang lain dan dengan mata bengkak sambil mulut mengukir senyum berhadapan dengan orang sambil kata "aku okay.." lantas ketawa macam perempuan gila. sekurang-kurangnya aku masih punya ibu bapa yang paling menyenangkan. ubat yang paling mujarab -- kertas dan pen. juga Tuhan yang terpaling dekat dalam hati. aku percaya Tuhan ada -- dan akan selalu ada.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Assalamualaikum.

so, cuti raya cina hari tu aku pergi langkawi. yeay! lompat tinggi-tinggi! langkawi okay. bukan paris, bukan london, tapi langkawi. best sangat. bestlah sebab dapat shopping sakan! haha. secara jujurnya memang aku malas nak cerita apa-apa sebab benda dah lepas buat apa nak dikenang kan. k poyo. mestilah kena kenang. nama pun kenangan.

percutian selama enam hari enam malam itu memberikan kenangan yg manis dalam hidup aku. percutian yg mendamaikan dan menenangkan. segala macam masalah dan tekanan dapat dilupakan dengan jayanya. itulah objektif utama percutian kali ini kan. haha. hal sekolah telah aku letakkan jauh dan paling jauh di belakang.


selain langkawi, perlis dan kedah juga merupakan antara destinasi percutian kami. actually, dalam perancangan nak pergi kelantan dan terengganu sekali tapi memandangkan budak-budak kecik mula tak sihat dan kebarangkalian mereka untuk menjejaskan percutian sangat tinggi, kami pun pulang ke johor.

dalam puas ada juga rasa tak puas. kalau ikutkan hati jiwa raga memang nak lanjutkan percutian itu untuk lagi tiga minggu. tapi apakan daya ........................ haha.

semua gambar di atas bersumber dari camera handphone-yang-minta-diganti-baru-tapi-takde-duit-lagi. gambar dalam handphone sikit sebab handphone buat hal madah bateri kong. bikin gua panas jeeeee. gambar yang lain ada dalam camera. takde masa nak masukkan. i busy jeeeeeeeee all the time. (fakta sebenar = malas)

sejuta penghargaan untuk ibu dan ayah tercinta sebab bawa kami bercuti walaupun kami nakal dan malas nak buat kerja-kerja di rumah. terharu sobs sobs. terima kasih untuk semuanya. terima kasih sebab belikan blouse banyak-banyak dan jeans warna-warni hahaha. next time kita pergi new york oteyyy! loveyou. ahaks.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

kalau perasan, post dalam blog ini makin lama makin kurang. entah kenapa bila usha balik post-post lama rasa nak buang; nak hapuskan semuanya. banyak jugak yg aku dah delete. daripada 200+ post sekarang tinggal 100+ je. ada post yg aku delete sebab selekeh. serabut.......... argh whatever. ada yg gambar-gambar dalam post tu dah hilang jadi nampak macam kosong sangat. entah. rasa nak delete semuanya pun ada. tapi sayang pulak..... banyak kenangan dalam post-post lama tu. argh! biarkan jelaa.

dashboard pun aku dah kemas baik punya. dah tak semak sarat sesak lagi dah.

memandangkan hari ini hari ahad. esok adalah isnin. ini bermakna cuti sekolah sudah berakhir. dan aku telah menggunakan cuti aku dengan sebaiknya. bercuti dengan keluarga -- itu paling menyenangkan. seronok. puas. terima kasih ibu dan ayah. untuk semuanya :)

homework yg telah seminggu ditinggalkan memanggil-manggil aku. gila. memang gila.
selamat kembali ke sekolah semua. selamat dapat kerja rumah baru. yg lebih banyak -.-


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

5 sains akaun.
kelas aku tahun ini, tahun 2013.

memandangkan tiada streaming sebab kelas aku merupakan satu-satunya kelas akaun, jadi memang kena hadap muka-muka tahun lepas untuk lagi setahun. bosan tak bosan, jemu tak jemulah. memang muntah hijau hari-hari sebab tengok muka orang yg sama. k aku tipu.

tahun lepas, aku ada buat satu post pasal kelas lama aku. 4 sains akaun. dalam post tu, memang aku luahkan ke-menyampah-an aku pada kelas tu. but now... hehehe. betul orang cakap, tak kenal maka tak cinta. setahun berlalu, aku makin sayang pada kelas aku. bukan bangunan kelas tu yg aku sayang. i mean, classmates aku. seriously, we're like one big happy family. walaupun masih ada kelompok-kelompok tertentu dalam kelas macam yg ni kelompok pandai, yg tu kelompok bising, yg sana kelompok gay *opps* tapi tapi bila ada apa-apa aktiviti, semua jadi satu. all for one, one for all! yeah, itu yg kita nak! 1 Malaysia! -.-


jujurnya memang aku sayang. waktu kami tinggal setahun je. tak lama. lepas ni semua akan bawa haluan masing-masing. entah jumpa lagi, entah tidak. setiap momen-momen yg kami lalui, aku akan ingat sampai bila-bila. tak akan terlupakan. tahun ni, aku nak kumpul kenangan banyak-banyak. biar penuh satu bakul. biar ada banyak perkara yg boleh buat aku senyum waktu tua nanti. hehehehe. sekarang pun, bila ingat balik, aku mesti tersenyum :')

budak-budak ni beriya rancang nak pergi sana sini lepas habis SPM. jauh betul fikir :p nak bercuti sama-sama. nak spend time sama-sama. nak pergi tepi pantai, nak mandi laut, nak teroka gua, nak itu, nak ini. aku nak tengok sejauh mana rancangan tu boleh pergi. berjaya atau tidak. just wait and see yaaaaaaaaaaa. hahaha. 

*senyum sumbing*

susah-susah sangat, kita bentang tikar kat dataran tasik putih, pasang radio kuat-kuat sambil layan tempe cicah sambal kicap. lagi ohsemmmmmmmmmmmmmmmm! kahkah.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku datang lambat
dengan seribu harapan
yang aku tak akan bertembung dengan kau.

Tapi apa nak buat --
kalau dah memang takdir Allah
aku pandang belakang, aku nampak kau, dan kau senyum.

Allah...

Jatuh lagi...

Aku cuba untuk tak melihat.
Aku ambil beg aku.
Aku pandang sekilas.

Dan...

Aku senyum tiga saat.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

assalamualaikum.
pertama sekali, selamat tahun baru kawan kawan.

masih belum terlalu lambat kan? sebab yang jelas, sekarang masih dalam bulan januari. lagipun, baru hari yg ke dua-puluh-empat. baru okey baru. *padahal lagi seminggu dah masuk februari*


mukadimah yg 'agak' panjang dan membosankan.


so, apa khabar semua? semuanya baik baik sahaja kan? errr. kepada siapakah yg aku tujukan agaknya. masih adakah yg sudi membaca setiap bait kata yg aku lontarkan disini memandangkan aku memang dah tak ada masa langsung untuk blog ni. argh asdfghjkl.

baideway, pejam celik pejam celik, dah lima tahun aku di stk. (sekolah tinggi kluang) secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa tahun ini aku sudah bergelar pelajar tingkatan lima.

senang cerita, aku calon SPM 2013. diulangi, calon espiyemmm. chop! macam tak percaya. setiap detik yg berlalu ibarat angin taufan yg... sambung sendiri. aku tak ada idea nak bermadah kat sini. erm...

sebenarnya tadi waktu melayan perasaan sendiri tengok bintang yg bertaburan di langit.. dengan angin yg sepoi sepoi bahasa, tiba tiba je aku teringat kat blog ni. rindu pulak rasanya nak update kat sini. tiga tahun dulu, semua benda aku cerita dalam ni. kalau boleh setiap perkara yg berlaku, aku nak catat kemas dalam ni. tapi sekarang, nak jenguk blog ni pun tak ada masa. lagi nak update, memang taklah. sedihnya. sobs sobs.

jujurnya, aku selalu bukak blogger. rasa hati menjerit meronta ronta nak update. macam banyak benda sangat nak cerita. tapi setiap kali aku nak tekan new post, aku tak tahu nak post ke sini atau ke blog satu lagi. konpiusss. fikir punya fikir akhirnya tak berupdate. memang hobi aku cenggitu. nak buat cemana. huhu.

tak mengapa. lain kali kalau ada masa lapang, aku nak tulis banyak banyak, nak luah semuanya, nak cerita segalanya -- dalam sini. sampai semua orang muntah baca kisah aku, cerita basi aku. *pokerface.jpg* tapi itu semua "kalau". kalau kalau kalau. harapan jelah ye. tak janji pun tau T_T



aku rasa aku merindui seseorang.
tapi aku tak pasti;
apa ini rindu atau dendam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (11)
    • ▼  May (3)
      • Wanita hiasan dunia.
      • Apa rasanya kehilangan?
      • Bangkit dari lena yang panjang.
    • ►  April (1)
      • Simpanlah bahagia itu untuk diri sendiri.
    • ►  March (2)
      • Kawan.
      • Jatuh dan bangun sendiri.
    • ►  February (2)
      • Kenangan yang tak mampu dibeli.
      • Selamat kembali ke sekolah.
    • ►  January (3)
      • 5 Sains Akaun.
      • Jatuh.
      • Dua puluh empat.
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Random post #1.
  • Foundation life : Second semester.
  • 3 MUST-HAVE MAKEUP FOR BEGINNERS
  • Are you genuinely happy?

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates