Wanita hiasan dunia.
bodohnya aku pabila aku merasa cemburu terhadap perempuan perempuan cantik yang jelasnya gemar memuat naik gambar gambar mereka di laman sosial dengan pelbagai gaya dan riak wajah hanya kerana ingin memberitahu kepada dunia cantiknya mereka, sempurnanya mereka dan betapa bangganya mereka dengan apa yang mereka ada.
jahilnya aku saat aku merasa iri hati terhadap perempuan perempuan bertuah yang kononnya terpaling bahagia kerana di setiap hari mereka pasti disulami rasa cinta terhadap insan insan biasa berlainan gender yang semestinya belum halal bagi mereka sedangkan jauh di sudut hati, aku tahu cinta sebegitu tak kemana perginya.
ya Allah,
bodohnya aku.
jahilnya aku.
kerana adanya rasa cemburu dan iri hati sebegitu yang terkadang membuat aku merasa tidak bersyukur dan berharap lebih daripada apa yang selama ini aku miliki.
kenapalah tidak aku cemburukan wanita wanita mulia, srikandi muslimah sejati pembela agama, yang sesungguhnya sudah dijanjikan syurga buat mereka?
aisya humairah yang dikenali kerana bijak cerdiknya dia
siti khadijah yang terpaling tulus hati dan kasihnya
rabi'atul adawiyah yang zuhud dan patuh terhadap tuhannya
halimatul saadiah yang terpaling ikhlas dan murni hatinya melebihi segala
naila farashiyah yang tetap gagah dan teguh meski tangan bermandi darah.
merekalah sebenar benar wanita solehah. kenapalah tidak aku cemburukan mereka? kenapalah tidak aku berkejar kejaran untuk menjadi permata di kaca lembah daripada terus mendamba mengukir pelangi impian menjadi wanita perhiasan dunia, yang hidupnya sentiasa dipuja puja manusia sedangkan malaikat sendiri melaknatinya?
pimpin aku Ya Rabb.
bimbing aku menjadi wanita solehah.
agar selalu dekat denganMu-- agar syurga menjadi destinasi terakhirku.
6 comments
blogwalking..jmput folow tmpt sy =)
ReplyDelete:) syurga di tangan muslimah sejati <3
ReplyDeletekekadang sy pun rasa cemburu tgk perempuan2 cantik mcm yg awak cakap, tapi bila dipikirkan balik, no point nak jeles pun. plus setiap org ada kecantikan tersendiri, tak semestinya rupa :)
ReplyDeletemoga kita sentiasa berazam untuk menjadi wanita solehah seperti mereka.:)
ReplyDeleteAku sama macam kau :')
ReplyDeleteSetuju.... Kadang2 kita boleh cemburu dengan benda yang tak sepatutnya.. - KTC
ReplyDeleteBe nice please. Thank you ♥