Jatuh dan bangun sendiri.
kadang-kadang ada satu masa di mana aku rasa satu perasaan yang paling teruk sampai aku tak mampu bicara. hanya menangis, menangis dan menangis. rasa nak meluahkan tapi tak tahu pada siapa. berapa ramai orang pun di sekeliling kita, bukan semua orang kita boleh percaya. walaupun di depan pijak semut pun tak mati, tak berarti mereka tetap mereka yang sama di hadapan kita ketika mereka di belakang kita.
pengalaman mengajar aku untuk tidak terlalu mempercayai manusia-manusia di sekeliling aku. walaupun kau nampak dia baik macam malaikat sekalipun bila dia ada dekat dengan kau, ianya sama sekali tidak menjanjikan yang dia tidak akan menjadi syaitan mahupun iblis yang paling celaka ketika di belakang kau.
hati manusia, siapa boleh baca?
hati manusia, siapa boleh baca?
selama 16 tahun 11 bulan aku hidup, aku dah jumpa macam-macam jenis manusia. daripada yang paling baik paling mulia, sampailah paling kejam yang sanggup tikam aku bertubi-tubi di setiap sudut jiwa aku. cuma aku bukan manusia lemah yang senang dibunuh dengan kata-kata dan perbuatan kotor lagi hina oleh seorang manusia berhati busuk yang tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia.
aku ada ramai kawan. tapi serapat mana pun aku dengan kawan-kawan aku, bukan semua perkara aku akan cerita kepada mereka. aku pernah melalui rasa itu bila aku luahkan semua kepada dia, tapi sebaliknya dia punya sejuta rahsia yang dia simpan daripada aku. konon "friends forever, no secret, no lies" padahal "big secret, full of lies." dan akhirnya aku tinggalkan dia dalam dunia dia. sebab aku rasa hanya dia saja yang boleh faham hidup dia?
kadang-kadang memang aku rasa aku perlukan seseorang untuk meluahkan. tapi hanya kerana aku takut orang akan melabel aku sebagai "manusia paling banyak masalah" atau "manusia lembik yang terlalu bergantung kepada orang lain" dan seumpamanya, aku jadi seorang yang penyimpan. pendam dalam hati dan telan semuanya. seorang. lambaian kenyataan menampar lembut pipi aku sehingga membuat aku sedar. kita hidup dalam dunia ni memang tak boleh terlalu bergantung pada orang lain. bila kita jatuh tersungkur sekalipun, bukan semua orang akan hulur tangan penuh ikhlas untuk bantu kita bangkit semula meniti hidup. ada pun orang yang menghulur tangan memberi bantuan tetapi setelah kita pergi, dia hanya tahu memaki-maki dalam hati kata kita tak reti bangun sendiri. who knows?
jadi kerana itu, aku belajar untuk hidup sendiri. walaupun berkali-kali aku rebah dalam meniti perjalanan hidup yang dipenuhi manusia-manusia berhati hitam dan busuk seperti longkang, aku perlu tetap utuh untuk bangkit semula dan berjalan dengan langkah yang lebih baik dan teratur. dengan mengabaikan segala duri dan batu-batu kerikil yang pernah membuat aku jatuh. meskipun aku pasti akan berjumpa lagi dengan duri dan batu-batu kerikil yang mungkin lebih tajam, sekurang-kurangnya aku dah persiapkan diri untuk cabaran yang lebih hebat yang bakal menghambat. manusia belajar dari pengalaman kan? peace......
tak mengapalah kalau aku perlu menangis di sudut paling sepi tanpa diketahui orang lain dan dengan mata bengkak sambil mulut mengukir senyum berhadapan dengan orang sambil kata "aku okay.." lantas ketawa macam perempuan gila. sekurang-kurangnya aku masih punya ibu bapa yang paling menyenangkan. ubat yang paling mujarab -- kertas dan pen. juga Tuhan yang terpaling dekat dalam hati. aku percaya Tuhan ada -- dan akan selalu ada.
2 comments
Alhamdulillah :) kuat. Kuat dan kuat. Semoga Allah menjadi penenang bagi fiqa. InsyaAllah. Doa byk2. Fiqa akn jd stenang-tenang manusia.
ReplyDelete@Anis Khalilah
ReplyDeleteAmin ya rabb. In shaa Allah. Terima kasih kak :')
Be nice please. Thank you ♥