Blogging is a conversation from heart to heart :')

by - January 02, 2012


Dulu, aku nak sangat ada website sendiri. Aku selalu berangan nak hias website aku macam tuh lah, macam nih lah. Aku nak ada website sendiri pertama sebab aku minat menulis dan kedua ialah sebab aku nak cerita hidup aku disimpan supaya satu hari nanti aku boleh baca balik dan ketawa macam orang tak betul.

Masa aku darjah lima, aku baru pandai nak godeh-godeh internet. Social site pertama yg aku sign up ialah Friendster. Haha. Masa tuh kalau ada Friendster memang maju gila lah. Then ada seorang kawan aku kat Frienster suruh aku follow blog dia. Aku yg tak faham apa-apa nih pun tekan jeh lah link yg dia bagi. First impression aku macam "Wow! Aku pun nak website macam nih.." Aku ingat nak buat blog sendiri tapi aku tak faham apa-apa masa tuh so aku batalkan niat aku yg suci lagi murni nih. Agak dramatik disitu ye.

Naik darjah enam, aku dah tak selalu online sebab nak UPSR. Skema kan? Pelajar cemerlang lah katakan. Kalau aku online pun, aku just buat modul kertas soalan yg aku search kat Google. Dulu memang aku rajin gila okey. Bukan puji diri sendiri tapi memang hakikat. Haha. Masa akhir tahun darjah enam baru aku ambil keputusan untuk tekan button Create A Blog yg aku tak berani tekan setahun sebelumnya. 

Aku dah buat lepas tuh aku edit sikit-sikit. Satu malam aku edit tapi asyik jahanam jeh blog aku. Kesian kan? Masa tuh tak banyak tutorial best-best lagi macam sekarang. Dah penat edit tapi haram apa pun tak jadi, aku give up. So aku tinggalkan blog aku macam tuh jeh. Setahun aku biarkan blog aku tanpa kasih sayang. Bukan aku tak nak bertanggungjawab ke atas blog aku, cuma aku fed up. Haha. Booooo -.-

Aku mula aktif blogging since akhir tahun tingkatan satu. Okey masa tuh baru pandai edit sikit-sikit. Dah cun jugak lah blog aku masa tuh. Haha. Waktu tuh addicted gila kat blog. Kalau boleh, lepas update post, lima jam nak duduk depan pc tenung blog sendiri. Sewel tak sewel, kau jawab lah. Tp kita sendiri rasa puas hati bila tengok follower kita makin hari makin bertambah. Perasaan yg tak boleh digambar dengan kata-kata. Huhuhuhu.

Honestly, dari dulu aku tak pernah mengamalkan amalan "Follow you, follow me back." atau apa-apa yg sewaktu dengannya. Aku cuma akan follow blog yg aku rasa aku akan baca. Post yg menarik minat aku. Bukanlah blog yg hari-hari post cerita pasal boyfriend dia. K aku tak nak tahu pun semua tuh. 

Dulu, semua orang blogging sebab minat. Seronok bila blogging dua tahun lepas. Tapi sekarang dah lain. Dah berubah.. Kebanyakan newbie sekarang berblogging kejar follower. Tahu kenapa aku cakap macam tuh? Sebab itulah hakikatnya. Orang yg kejar follower nih bila kita bw kat blog dia, dia akan bw balik kat blog kita. Then dia akan follow kita lepas tuh tinggalkan mesej kat shoutbox kita "Dah follow awk. Follow saya balik. Tq." Kita bw balik kat blog dia tapi still blog dia tak menarik minat kita untuk follow dia so kita tak follow. Esoknya, dia unfollow kita. K terbaik kan? Aku tak cakap semua tapi sebahagian daripada mereka.

Aku dah kena dah. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah berkali-kali. Tapi aku tak kisah pun. Nak unfollow? Silakan. Tak menjejaskan mood aku nak blogging langsung. Sebab aku blogging kerana minat. Lagi sekali aku ulang, minat. Untuk apa follower beribu berjuta tapi yg baca post kita betul-betul dari awal sampai akhir cuma berapa ketul jeh? Zaman sekarang nih bukan kuantiti yg dipandang, tapi kualiti. Ye, kualiti itu penting.

Sejujurnya, follower aku memang tak ramai. Tapi aku bersyukur sebab masih ada yg nak baca setiap kata-kata yg aku luahkan. Beribu terima kasih aku ucapkan kepada semua follower yg ikhlas follow blog aku. Terima kasih banyak-banyak. Kalian tulang belakang aku. Tanpa kalian, blog nih cuma tong sampah buruk di tepi jalan yg hanya dipandang tapi langsung tak bernilai. Terima kasih sekali lagi :') Meh peluk ketat-ketat meh.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan di alam maya yg selalu ada waktu aku perlukan seseorang untuk meluahkan segala rasa hati. Terima kasih atas nasihat kalian. Terima kasih atas sokongan kalian. 

Biar tangan tak berjabat, namun hati kita saling memiliki.

Aku sayang kalian. Sungguh, aku benar sayang :')

You May Also Like

12 comments

  1. lamenye kau berkecimpung . Hahha aku since form5 kot .

    ReplyDelete
  2. @Aliff Haikal
    Tak lah lama sangat. Haha. Lebih kurang jeh :p

    ReplyDelete
  3. haish. tacing dowh aku baca. terharu nih.

    nah, gegula dari aku. hacks putih gitteww.

    ReplyDelete
  4. @haikal blank
    Amboi, terharu bagai. HAHA.
    Hacks? Ikhlas tak nih? Muehehehe :)

    ReplyDelete
  5. blog awk best

    *silence reader

    ReplyDelete
  6. LIKE entry ni fieyqa (: qila pun macam fieyqa , suke tenung blog sendiri . memang puas hati bile follower makin bertambah . qila paham tu . hee :p

    ReplyDelete
  7. @chinta qiela
    HAHA kan? Rasa seronok bila tengok follower tuh bertambah.
    Btw, terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. like this entry <3
    ngeee :D
    nasib kite same ajee yangggg :)

    ReplyDelete

Be nice please. Thank you ♥