Goodbye 2011. Welcome 2012.
Saya update nih cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua. Tuh jeh. Okey tak, saya tipu. Membazir jeh update kalau setakat nak tulis tuh jeh. Kan kan?
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Kalau boleh, saya nak hentikan masa dan tetap tinggal dalam tahun 2011. Saya tak nak beralih. Saya tak bersedia lagi. Saya takuttttt. Takut apa tuh biarlah rahsia. Saya seorang jeh yg tahu. K poyo.
Tahun depan dah Tingkatan 4. Aww, macam tak percaya jeh saya dah jadi senior agung. Lagi setahun dah jadi senior terhormat pulak. Tidak sabar rasanya nak buli budak - budak bawah saya. Biar mereka rasa! Biar mereka tahu langit tinggi rendah. Ahhh kejam. Padahal konon - konon jelah kan.
Tahun 2011 nih tahun paling tough sebab saya merupakan calon PMR. Now dah "bekas calon PMR". Lega. 3 tahun belajar untuk PMR dan alhamdulillah saya dah buat yg terbaik dan saya puas hati. Tak sia - sia pergi library nak belajar walaupun sebenarnya tak belajar pun, main jeh lebih. Tahun nih paling banyak main. Belajar tak serius. Tidur dalam kelas. Ketawakan cikgu Razak bila ada tulisan "Cikgu Razak comel" kat skrin.
Ahhh. Banyak sungguh kenangan tahun 2011 nih. Kalau nak cerita satu - satu memang 7 hari 7 malam pun saya tak tahulah habis ke tak. Saya yakin dan sangat pasti bahawa saya akan merindui semua itu :')
Azam 2012? Dah ramai yg tanya tadi kat IM. Okey, saya annoying. Saya annoying dengan soalan tuh macam saya annoying dengan soalan "berapa A PMR?" dulu. Dah seminggu keputusan keluar, tolong jangan tanya lagi. BOSAN. Haha. Syukurlah keputusan elok. Kalau tak, lagi bengang eden nak menjawabnya -.-
Saya takde azam. Setiap tahun pun takde rasanya. Cuma bila orang tanya, saya jawab jeh lah apa - apa untuk buatkan dia diam dan tak tanya lagi soalan yg sama. LOL. Sebenarnya setiap hari saya ada azam baru. Cuma buat dengan tidak jeh bezanya. Anda bagaimana? Anda mampu mengubahnya. Tetiba, k.
So tahun 2012 nih mesti ramai kawan - kawan yg keluar sana sini. Ada yg pergi SBP, ada yg pergi Teknik, ada yg berhenti sekolah konon nak kerja nak carik duit buat kahwin, ada yg saja - saja pindah sekolah and ada yg kena tendang mungkin, muehehe. Harap - harap korang semua dapat apa yg korang nak okey? :) Saya ada apply SBP jugak. Tp my dad tak bagi pergi. Okey, sayang jugak dia kat saya. Saya macam nak pergi, macam tak nak. Rasa sayang pulak pada STK. Sayang nak tinggalkan kawan - kawan yg dah tiga tahun bersama. Auww.
Tak kisahlah korang pergi mana pun, yg penting semoga persahabatan kita kekal sampai bila - bila. Alamak terpanjang pulak post kali nih. Ehehehehe. Selamat Tahun Baru semua! Semoga Tahun 2012 nih memberi kebahagiaan dan kegembiraan buat kalian. Kepada calon - calon PMR dengan SPM tuh, goodluck guys...! Jangan main - main nanti menyesal. Nangis air mata darah pun tak dapat ubah apa - apa tau :p
Baiklah. Dah pukul 2 pagi. Saya nak tidur. Bye semua :)
3 comments
happy new year!!canteknye blog kamooo...
ReplyDeleteHNY jugaaaa. Terima kasih :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBe nice please. Thank you ♥