Pinterest

Saturday, February 25, 2017

Dah kenapa pulak dengan Whatsapp ni?

Assalamualaikum.

Haa, korang perasan tak update Whatsapp yang terbaru ni? Aku tak berkenan betullah. Hahaha. Apa pasal semua nak sama macam Snapchat ni. Dari Instagram, lepas tu Facebook sekarang ni Whatsapp pulak. Alahai. Jujurnya, dari awal lagi aku paling suka aplikasi Whatsapp sebab sangat ringkas, mudah dan convenient. Malangnya, bila ada update baru ni rasa macam rimas pulak. Aku lebih prefer status macam dulu je.

Tak pun bukan ke lebih bagus kalau kita diberi kesempatan untuk membuat pilihan sama ada nak update tak. Ini tidak. Pagi-pagi bukak Whatsapp tengok dah berubah dengan sendirinya. Magik. Haha.. kelakar kan.




Kalau aku tengok di Playstore tu memang ramai yang mengadu tak suka dengan latest update Whatsapp ni. Yelah orang nak yang mudah je, yang ringan. Tak makan space banyak. Ini kalau dah ada macam-macam feature macam ni dah tentulah saiz fail dia pun makin besar. Membazir memory handphone je nanti -_-

Aku punya tahap tak berkenan tu sampai gigih aku email through Playstore konon-konon nak mengadulah yang aku tak suka diorang punya latest update. Hahaha poyo kan. Tapi balasan yang aku dapat macam errr... ke diorang memang tak ada masa nak layan aku hahahaha sedihnya hidup ini T_T

Pendapat korang pulak macam mana? Okey ke Whatsapp punya latest update ni pada korang?

Friday, February 24, 2017

Lawanya koleksi terbaru dari Uniqlo ni!

Hai, assalamualaikum.

Ada antara korang yang dah sibuk-sibuk buat persiapan untuk raya ke? Hahaha amboi excited sungguh. Tapi aku yakin mesti ada je yang dah buat persiapan sikit-sikit untuk raya lagi-lagi bab pakaian, betul tak? Kalau dulu-dulu, aku selalu jugak beli baju, seluar awal-awal sebab nak kumpul sikit-sikit. Haha. Method ni digunakan supaya ibu ayah kita tak rasa terbeban sangat nak belikan kita semua sekaligus sebelum raya. Bayangkanlah kalau ada 5 orang adik beradik? Lepas tu seorang nak sampai 5-6 pasang tak ke gugur rambut ibu ayah kita nanti? Hahaha. Itu baru bab pakaian, belum cerita langsir rumah, kuih muih, kerepek lagi.

Jadi kalau rasa nak ikut cara ni, mulalah berbelanja dengan bijak sekarang. Hahaha. Raya pun bukan lama sangat pun lagi. 4 bulan je. Dah boleh dah start beli sikit-sikit. Kalau masih rasa pening-pening lalat ke, dilema ke tak tahu nak beli kat mana pakaian yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, apa lagi, Uniqlo lah jawapannya! Tunggu apa lagi ni? Let's shop at Uniqlo for the latest Women's Collection! :D

Meh sini aku tunjuk latest collection dari Uniqlo supaya kita boleh rambang mata sama-sama. Haha.

WOMEN Striped Flare Long Sleeve Long Dress
ITEM CODE: 196584
RM149.90

Favourite!!!! Ya Allah, terus jatuh cinta pandang pertama bila aku tengok dress ni. Hahaha. Ni Hana Tajima punya collection tau. Serius cantik. Aku suka dress ni sebab nampak simple je tapi elegant sangat. Mihmih. Kalau rasa macam raya pertama tu dah bosan asyik pakai baju kurung atau jubah je setiap tahun boleh dah kot rasanya nak usha dress ni lepas tu terus add to shopping bag je. Tak payah fikir banyak dah. Hahaha.

WOMEN Crepe Tuck Long Sleeve Tunic
ITEM CODE: 191102
RM149.90

Ni pun koleksi daripada Hana Tajima. Ya Allah waduh waduh kuatkanlah aku Tuhannnn. Haha. Cute gila kot blouse ni. Haish. Ada 3 pilihan warna yang korang boleh pilih. Orange, natural and navy. Tapi serius aku suka yang orange ni macam cantik macam comel je. Kalau pakai mesti nampak ayu je kan? Huhuhu berangan jap.

WOMEN Tuck Flare Wide Pants
ITEM CODE: 198138
RM79.90

Yang ni ohsem. Siapa suka wide pants tapi asyik pakai palazzo je bolehlah tukar taste pakai Tuck Flare Wide Pants dari Uniqlo ni pulak. Kalau rasa dah bosan pakai kain pun boleh gantikan kain dengan seluar ni. Longgar dan yang paling penting cantik especially kalau pandai gayakan. Seluar ni ada 4 pilihan warna :)

Bagi lelaki, jangan sedih. Korang pun boleh bergaya di hari lebaran ini dengan koleksi terbaru dari Uniqlo. Klik je cepat-cepat link ni okay :) Shop online for the latest Men's Collection Sale at Uniqlo!

MEN Broadcloth Printed Short Sleeve Shirt
ITEM CODE: 198273
RM79.90

Sorry to say kalau korang rasa taste aku pada kemeja lelaki sangat teruk tapi aku suka kemeja macam ni sebab nampak comel. Hehehe. Coraknya macam polka dot tapi kecik-kecik alahai comel je kalau lelaki pakai. Haha. Bolehlah beli sehelai buat pakai pergi beraya rumah girlfriend nanti, mesti dia terjatuh cinta lagi :3

MEN Washed Striped Lone Sleeve T-Shirt
ITEM CODE: 195166
RM79.90

Yeah, lagi satu aku suka tengok lelaki pakai sweatshirt. Tapi memandangkan cuaca kat Malaysia ni yang agak panas, bolehlah tukar sweatshirt tu kepada t-shirt lengan panjang yang nampak macam sweatshirt. Hehe. *macam sweatshirt ke?* Kalau panas jugak, jangan risau. Boleh pakai buat pergi beraya di malam hari :D

Macam mana? Menarikkan koleksi terbaru dari Uniqlo ni? Kalau rasa tak puas cuci mata lagi jemputlah klik link-link kat atas tu untuk tengok koleksi yang lain. Banyak lagi yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb, tapi aku rasa kalau nak letak semua dalam ni memang berjela-jelalah jadinya entri ni. Hahaha. 

Untuk korang yang kaki shopping ni, aku nak bagi pulak diskaun RM10 untuk korang buat duit raya. Hahaha. Enter this Uniqlo coupon code to enjoy RM10 off! Apa tunggu lagi? Ayuhlah berbelanja di Uniqlo. Mihmih.

Saturday, February 04, 2017

Menjaga amanah.


Assalamualaikum.

Bercakap tentang amanah, cuba tanya diri kita, faham benarkah kita dengan makna amanah yang sebenar-benarnya? Kalau dalam bahasa, amanah ni bererti jujur dan dapat dipercaya. Manakala menurut istilah  aqidah, amanah merupakan segala perkara yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang. 

Dalam Islam, apabila seseorang itu diberikan amanah, dia wajib memelihara dan melaksanakan amanah tersebut. Mungkin bagi orang-orang yang tidak berapa faham dengan makna amanah ini, mereka hanya akan nampak perkara yang besar-besar saja, seperti amanah seorang manusia terhadap Tuhannya. Tapi tahukah kita pengertian amanah ini sebenarnya besar dan bukan sekadar hubungan manusia dengan Tuhan, bahkan meliputi hubungan manusia sesama manusia dan juga amanah manusia terhadap dirinya sendiri.

Fokus aku pada hari ini ialah nak bercakap tentang amanah manusia dengan manusia lain.

Mungkin kita tak perasan, tapi pernah tak kita ada kawan yang suka bercerita masalah atau meluahkan perasaan dia yang mana dia tak bagitahu orang lain pun tapi dia bagitahu kita, which means benda tu rahsia dan dia hanya nak kita seorang je yang tahu? Itu amanah. Dan sebagai kawan yang amanah, kita kena simpan rahsia tu baik-baik walau apa keadaan sekali pun, even suatu hari nanti persahabatan tu dah terputus pun, amanah tetap amanah. Tak boleh kita ceritakan kepada orang lain lagi-lagi dengan tujuan nak burukkan dia.

Ini hanya satu contoh situasi je. Banyak lagi sebenarnya, contohnya bila kita pinjam barang orang lain. Menjadi amanah untuk kita jaga baik-baik barang yang kita pinjam tu dan pulangkan semula dalam keadaan yang asal sama macam masa kita terima. Bukannya kita pinjam novel kawan kita 365 muka surat tapi bila pulang tinggal 350 muka surat je sebab kita dah koyakkan semua muka surat yang ada ayat-ayat cinta best nak buat koleksi. Nampak macam mengarut tapi inilah yang terjadi bila peminjam tu tak amanah. 

Aku pernah dua kali berada dalam situasi ni bila kawan aku pinjam novel aku. Aku ni jenis yang sayang buku so aku akan balut semua novel aku kemas-kemas. Tak akan ada lipatan sebab aku guna penanda buku, teheee. Ceritanya aku bagilah kawan aku seorang ni pinjam. Dia memang janji dengan aku nak pinjam dua minggu untuk cuti pertengahan tahun masa tu. Tapi bila dah naik sekolah, tak pulang-pulang pun. Perkara pertama yang menunjukkan dia tak amanah adalah bila aku tanya pasal buku aku, dia janji dia akan pulangkan minggu depannya, tapi tak pulang-pulang juga -_- End up aku diamkan je lepas sebulan lebih baru dia pulang.

Itu satu hal. Satu hal lagi bila buku yang dia pulangkan tu dah tak serupa buku dah. Dengan pembalut bukunya yang dah terkoyak. Masa aku bagi pinjam punyalah elok pakai baju, bila pulang bogel dah jadinya. Lipatan penanda di helaian muka surat tu jangan cakaplah, lipat besar, lipat kecil, lipat separuh, erghhhhh. Yang lebih teruk bila ada kesan air tumpah kat kulit belakang. Aku pantang betul bila air tumpah atas buku. Nak makan ke nak minum ke nak buang air ke please-lah letak jauh-jauh dulu buku tu T_T

Taubat tak akan bagi dia pinjam barang-barang aku lagi sebab masa dia pulang dia cuma cakap macam ni... 

"Weh sorry tau adik aku terkoyakkan sampul novel kau," Kau ghaseeeee?

Mungkin perkara-perkara macam ni nampak ringan, nampak kecil. Tapi ia juga termasuk dalam "AMANAH". Amanah ni berat sebenarnya so kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras lagi sempurna tolonglah jangan pandang ringan perkara-perkara macam ni. Ini baru bercakap pasal amanah yang kecil, belum lagi sebut amanah-amanah yang besar seperti amanah Allah dan amanah terhadap ibu bapa.


Allah menggambarkan orang yang menepati amanah sebagai orang mukmin yang beruntung 
sebaliknya Allah tidak suka orang-orang yang berkhianat dan tidak merestui tipu dayanya,
dan orang yang mengkhianati amanah termasuk salah satu sifat orang munafik (sumber).


p/s : Semoga kita semua dihindari dari sifat khianat dan munafik. Ameen.

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.