• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum.

5 Februari

Shift noon sepatutnya masuk pukul 1 setengah sampai 10 setengah malam, tapi aku mintak untuk masuk pukul 1 jadi boleh balik pukul 10. Sepanjang pukul 1 sampai pukul 3 tu hati resah tak menentu memikirkan keputusan penerapan degree uitm yang akan keluar pada pukul 3 petang. Tak senang duduk weh. Bila dah pukul 3 lebih, nak check online tapi tak ada masa sebab customer ramai sangat, nak raya katanya.

Balik rehat pukul 5 petang aku terus capai laptop. Berdebar-debar nak tahu keputusan permohonan walaupun dah boleh agak dapat apa. Tak tahu kenapa beberapa hari sebelum keputusan keluar aku rasa sedikit menyesal sebab mohon course yang aku mohon tu. Aku memang harap aku tak dapat pilihan pertama, tapi pilihan kedua. Bila check, aku dapat pilihan pertama. Tergamam kejap tak tahu nak bagi respond apa. Huhu. Dalam rasa kesal, ada jugak rasa kesedaran mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Alhamdulillah.


6 Februari

Full shift, masuk pukul 10 pagi tapi hari ni special sebab balik pukul 2 pagi. Heh. 14 jam kerja, bangla pun kalah. Mesti company ingat dapat sambutan besar-besaran sebab dah nak dekat raya kan, rupanya... hampeh.

Kami yang jaga fair ni boleh mati kebosanan. Sampai pukul 11 lebih gitu je orang ramai, lepas tu berkurang berkurang dan berkurang akhirnya kami yang promoter ni je tinggal terpacak setia kat situ. Aku dah membebel je dekat supervisor suruh tutup fair pukul 12 sebab tak ada orang. Membebel dalam hatilah tapi.

Dari pukul 12 lebih sampai 1 lebih tu aku memanfaatkan waktu dengan membaca novel. Novel Anak Patung Nana. Nasib baik ada novel, kalau tak ada? Sudahlah bateri handphone pun tinggal nyawa-nyawa ikan -_-

Dalam pukul 1 lebih dengar bunyi pagar ditarik terus hilang ngantuk sebab itu bermakna fair nak tutup dah. Kemas fair dan..... cabut. Promoter yang jaga dalam tak boleh balik lagi. Kehkeh. Aku punch out pukul 1.38 pagi. Hujan lebat gila kat luar. Sudahlah dua kali rehat balik rumah, dua kali jugak kena hujan. Nasib baik pagi tu ayah jemput aku sebab ayah tak bagi balik sendiri. Sampai rumah, mandi, salin baju, terus pengsan.


7 Februari

Cuti. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA aku dah agak dah. Demam, tak larat. Pengsan sepanjang hari, lol.

p/s : Photobook dah sampai! Teruja gila aku. Haha. Nanti free aku buat entry :)


8 Februari

Shift noon lagi. Bersyukur sebab dapat rehat lama sikit sampai tak nak bangun. Haha. Lepas tu masuk kerja terus kelaparan sebab tak makan nasi. Ada orang cakap nak hantar makanan, tiba-tiba ada hal pulak sampai tak boleh nak hantar. Moody terus aku. Customer pulak ramai gila hari ni. Lepas tu ramai jugaklah yang tanya pendapat aku pasal beg kat situ. Aku main hentam je jawab ikut suka.

Paling menyampah bila orang tanya pendapat aku 'cantik tak beg ni, sesuai tak dengan akak' dan segala yang sewaktu dengannya, lepas tu aku bagilah jawapan paling jujur, tapi tiba-tiba ada orang menyampuk 'mestilah dia cakap cantik sebab nak lakukan beg dia. hihihi' <-- sambil ketawa paling syaitoooon bunyinya.

Aku senyum je, malas nak balas. Kalaulah saya dapat komisen untuk setiap beg yang terjual kak, memang saya jerit-jerit macam kat pasar malam tu dua singgit dua singgit dua singgit. Malangnya tak. Huhuhuhu.


9 Februari

Customer boleh tahan ramai hari ni, tapi sempat jugaklah aku curi masa sambung baca novel.

Best novel Anak Patung Nana tu, catchy. Sampai aku rasa yang Nana tu memang betul-betul wujud. Sepertinya dia yang memanggil-manggil aku untuk meneruskan pembacaanku. Haha. Eh seram pulak kitew.

Aku suka tagline cerita tu, "Seru nama saya dan saya akan datang." Hihihihihihihihihihihihihihihihihihi.

Sepatutnya hari ni full shift tapi aku mintak balik pukul 7 sebab period pain. Ingatkan nak tahan je tapi bila fikir-fikir balik argh tak sanggup aku nak tunggu sampai pukul 10. Ada karang yang pengsan tengah jalan T^T


10 Februari

Full shift hari ni. Datang kerja tiba-tiba terawal daripada biasa. Pagi-pagi customer tak ramai jadi aku sambung baca novel. Dah masuk cerita kedua, Gumanthong. Best jugak cerita tu. Mula-mula macam tak berapa nak faham sebab plot ceritanya yang agak complicated, tapi lama-lama baru faham.

Ada seorang lelaki ni pulak, pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Bising-bising bagitahu aku yang dia kena buat full shift hari ni sebab promoter dia ingat aku tak datang, so nanti malam tak ada orang jaga fair. Membebel macam perempuan. Menyampah aku. Bukan salah aku pun, aku tak ada cakap pun yang aku nak MC ke apa hari ni. Apa masalah dia pun aku tak tahulah. Hari-hari ada je benda nak buat aku panas.

Mood kerja dah makin down. Aku rasa macam nak berhenti je -_-



p/s : Entri ini sepatutnya sudah di-publish pada 11 Februari tapi sebab kepenatan, sekarang baru dapat publish T^T

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Klik banner untuk join :)


Cinderella? Haha. Masa kecik-kecik dulu Cinderella memang antara fairy tale yang menjadi favourite aku. Tak tahu kenapa suka sangat jalan cerita yang macam ni. Sama macam cerita Puteh, aku suka gila cerita tu! Kalau boleh setiap hari nak tengok. Huhu. Samalah macam cerita Cinderella ni.

Masa kecik tipulah kalau aku cakap aku tak pernah berangan nak jadi Cinderella, tapi aku cuma berangan part yang selepas pari-pari tu tolong dia sampailah dia kahwin dengan anak raja. Part-part sebelum tu tak nak aku, jadi kuli lepas tu hari-hari kena buli buat kerja rumah tak berhenti T_T Tak bestlah hidup macam tu. Haha!

Aku selalu berangan, kan best kalau dapat kahwin dengan anak raja. Hidup mewah, bahagia, dapat pakai pakaian mahal-mahal, dapat makan sedap-sedap, dapat duduk dalam istana, dapat anak cantik (tetiba). Sampaikan bila main pondok-pondok mesti nak namakan anak Puteri. Lol -.-" Macam ntah apa-apa kan? Hmm. Eleh macamlah korang tak pernah berangan macam ni. Tipulah. Hahaha. Tapi bila aku makin besar, baru aku sedar bahawa apa yang aku angankan masa aku kecik-kecik dulu tu semua merepek je. Sia-sia. Apakehenya anak raja nak kahwin dengan aku, dah macam sinetron je, kehkeh. 

Masa sekolah rendah, disebabkan tahap fanatik aku terhadap Cinderella yang melebihi ketinggian klcc, aku pernah masuk satu pertandingan bercerita bahasa Melayu. Peringkat sekolah jelah. And guess what? Mestilah aku pilih Cinderella sebagai cerita yang aku nak sampaikan. Siap merengek-rengek kat ayah suruh belikan gaun kembang macam Cinderella dengan kasut tumit! Hahaha. Beriya betul nak jadi Cinderella.

Fortunately, berbaloilah sebab aku menang tempat pertama tau. Tak sangka... Eleh padahal dah agak dah aku mesti top 3 sebab ramai tak hafal cerita waktu tu. Haha. Dapat set pensel warna yang besar tu. Alaa yang dalamnya ada pensel warna kayu, pensel warna air, marker dengan crayon. Kejap aku google. Lol.

Haaa set yang macam nilah, tapi aku punya bentuk kereta. Tak dapat nak describe betapa gembiranya aku waktu tu sebab dapat jadi Cinderella depan orang ramai lepas tu pulang membawa sebiji kereta, kehkeh.

Oh ye, lupa nak tunjuk!


Inilah buku cerita Cinderella yang memberi seribu kenangan buatku. Kehkehkeh. Sekarang dah buruklah. Dah lama kan, tapi kenangan dengan Cinderella tetap terpahat dalam ingatan *LOL, apa aku ni*

Banyak pulak aku membebel, dahlah macam lari topik je. Haha. Tak kisahlah.

Hadiah best gila aku rasa nak menangis sampai esok T_T Korang joinlah sekali. Mana tahu ada rezeki kan? Kalau tak ada rezeki pun, kita menangislah berjemaah tengok hadiah tu menjadi milik orang lain. Hahaha.


Nota kaki : Entry ini telah siap ditaip pada 27 Disember 2015. Sekian, harap maklum. Lol.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Assalamualaikum.

Kejap je dah empat hari kerja. Hari ni baru ada masa nak online sebab setiap hari balik malam. Kalau esoknya shift noon boleh jugak online, tapi kalau full shift masuk pukul 10 memang tak ada masa-lah nak bukak blog.

Kerja makin best sebab kami empat perempuan dah makin rapat, mihmih. Bukan macam sebelum ni dok usha dari jauh je lepas tu senyum-senyum, pemalu konon, last-last aku bantai tegur lagi dua orang tu. Haaa dah rapat pun. Haha. Pengajarannya senang je, kalau orang tak nak mula, kita kena mulakan. Ok? Ok.

Perhaps okay will be our always.

Ada seorang promoter lelaki ni kadang-kadang asyik nak cari gaduh dengan aku je. Kadang-kadang kelakar sangat sampai jadi bahan lawak kami. Hari tu berbual dengan dia pasal cermin mata (macam tak ada topik lain) lepas tu tiba-tiba dia cakap "Ada sorang promoter perempuan tu dia pakai apa tu.. eye bag." Aku tahu dia nak maksudkan contact lens tapi dia cakap eye bag ._. Kami terus bantai gelakkan dia sampai dia cakap "Sorrylah kak, saya tak tahu." banyak kali. Tak tahu kenapa aku rasa kelakar sangat, mungkin sebab aku bayangkan perempuan tu pakai 'eye bag' dalam mata kot. Hmmm. Tapi sekarang dah tak kelakar sangatlah. Haha.

Dari dulu kalau aku kerja situ, waktu rehat mesti aku balik rumah. Lagi puas makan kat rumah dapat tambah seberapa banyak kali pun plus dapat jimat duit. Tapi dah dua hari ni aku tak balik jadi aku rehat dengan kawan-kawan. Akibatnya, aku dah guna RM25 untuk makan. Gaji separuh hari tu. Tak boleh jadi ni ><

Aku paling suka jadi promoter ni sebab boleh tengok macam-macam ragam pelanggan. Ada yang dah belek berjam-jam akhirnya tak jadi beli. Ada pulak yang dah suka sangat-sangat lepas tu tanya harga lepas diskaun last-last cakap kat rumah ada lagi beg yang elok-elok. Kadang-kadang kesian jugak tengok makcik-makcik yang tengok handbag tapi lepas tu dia cakap "Nak jugak merasa pakai handbag mahal, tapi duit takde." sambil gelak buat-buat ke asli ke aku tak pasti sebab aku pun pura-pura gelak je lepas dia cakap gitu. Huhu.

Yang paling tak best, "Dik, handbag harga RM30 ada dik?" Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Lagi satu pengajaran yang aku dapat ialah kalau anak anda menangis dan meraung di khalayak ramai sebab nakkan sesuatu tapi tak dapat, jangan pujuk, biarkan je sambil rakam sight untuk post kat moment wechat.

Hari ni 5 Februari. Hmmm. Semoga ada berita gembira buat aku. Amin.

Maaf sebab belum sempat balas blogwalking korang. Happy blogging! :)
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Assalamualaikum.

Semalam hari pertama aku kerja. Tapi bukan kali pertama aku kerja situlah sebab sebelum ni pun dah beberapa kali jugak masuk kerja situ. Asyik-asyik masuk situ kalau cuti. Hihi. Macam tak ada company lain je yang nak ambil aku kerja. Bukan tak ada, tapi aku tak mintak pun sebab yang lain semua jauh. Kluang Mall je yang paling dekat dengan rumah. Itu pun tak dekat sangat. Kalau jalan kaki semput jugaklah. Huhu.

Aku dapat kerja situ sekali dengan kawan sekolah lama. Seronoklah dapat kerja sama-sama jaga fair nanti tak adalah bosan sangat sebab boleh gossip-gossip. Haha. Kejap lagi rupanya dia jaga fair tingkat bawah, aku pulak jaga fair tingkat atas. Memang sehari kerja tak nampak satu sama lain pun sampai kan rehat pun dia cakap dia lupa aku kerja situ -.-" Arghhhhhh stress. Itulah, niat tak baik Tuhan tak izinkan. Hahaha.

Hari pertama macam biasalah kaki naik kejang berdiri sebab dah lama tak kerja kan. Haha. Padan muka. Bosan pulak tu mula-mula sebab aku seorang je yang baru masuk semalam so yang dah lama masuk tu macam tak tegur aku sangatlah. Heh. Aku dah fikir macam.. habislah mereput aku sepanjang dua minggu ni. Tapi lepas tu bila dah tegur-tegur terus macam dah kenal lama. Asyik borak je. Hahaha. Nasib baik diorang okey.

Aku jaga bahagian handbag, brand Gio Fiore. Kecur je tengok handbag lawa-lawa, stok baru pulak tu. Hmmm. Pakkal lah baru kerja gaji tak ada lagi, kahkah. Tapi aku dah jatuh cinta pada dua beg kat situ. Tapi... aku nak simpan duit. Erm. Tak apalah mungkin kali ni aku hanya mampu untuk mencintai tapi tidak untuk memiliki. 



Ok.

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

Assalamualaikum.

Hari ni aku free jadi aku rajinkanlah diri join segmen yang aku dah bookmark banyak-banyak tu. Haritu time aku busy, kalau aku ada nampak segmen baru je terus aku bookmark dulu. Time free macam ni boleh join. Banyak kot aku bookmark. Hahaha. Tapi yang syarat-syaratnya leceh sikit tu aku tak join-lah. Huhuhuhu.

Bagi yang tak tahu, dah dua bulan aku menganggur kat rumah lepas habis foundation. Aku bukan tak nak kerja atau malas kerja, tapi aku ada banyak kerja yang nak dibuat. Walaupun aku ni penganggur, tapi hidup aku selalu busy tau. Busy apa tak tahulah. Hehe. Tapi mulai 1 Februari ni aku dah start kerja dah. Part time promoter jeeee. Eh best tau kerja promoter. Boleh latih kaki berdiri lama-lama nanti kaki cantik je. #legsgoal Tak payah gigih buat squat dah. Kehkeh. Tapi kerja fair dua minggu je. Tak lama pun.

By the way, dengar cerita penerapan degree uitm masuk akhir bulan Februari. Hmmm, cepatnya. Hari tu ingat pertengahan bulan Mac baru masuk. Tak sangka tiba-tiba kawan aku cakap awal bulan Mac dah mula kelas. Aku harap ini cuma khabar angin semata-mata. Huhu. Seram pulak nak masuk degree T_T


Oh ye, haritu lepas aku terbaca entry Tashira pasal photobook ni terus aku excited nak jugak. Hahaha. Hari tu jugak aku survey website Lazada sebab nak beli photobook. Dah siap pilih terus aku settle-kan payment. Aku tak fikir apa-apa pun masa tu. Lepas aku dah settle payment, aku saja-sajalah usha website Photobook ni. Biasalah bila kita baru first time bukak, dia akan keluar satu pop-up untuk subscribe. Aku pun subscribe lepas tu aku sign up terus. Lepas sign up, aku dapat email daripada Photobook inform yang aku dapat 'free welcome gift' sebab join Photobook family-lah kononnya. Aku pun apa lagi, seronoklah. Dapat free kan. Haha.

Tapi lepas tu aku terus terfikir, yang aku beli tu nak buat apa pulak? Lol. Aku memang tak kuasa nak edit sampai dua photobook sebeb leceh kan. Dahlah 40 muka surat. Fuhhhh. Mula-mula aku fikir macam 'Takpelah yang beli tu untuk gambar family, yang free ni boleh letak gambar dengan kawan-kawan.' Tapi bila aku dah start design yang free tu aku terus berubah fikiran nak design satu je. Haha. Last-last esoknya hari Jumaat tu aku call Lazada sebab nak cancel order. Nasib baik dekat Lazada tu boleh cancel order ><

Jadi semalam aku pun bertungkus lumus siapkan photobook tu. Gigih aku buat walaupun main hentam je. Tak tahulah hasil dia nanti macam mana. Harap-harap cantiklah. Haha. Bila dah siap tu, aku terus buat payment pukul dua pagi tu dan taraaa..... tinggal tunggu photobook aku sampai depan rumah je. Heee.

Kalau tengok harga waktu dah siap, RM83 something tapi lepas redeem voucher, aku cuma kena banyar RM8.48 je iaitu untuk shipping fee muehehehe. Murah kan? Walaupun yang ni saiznya kecik sikit, 6" x 6" sebab yang aku beli kat Lazada tu besar sikit, 8" x 8" tapi tak apalah. Lain kali boleh beli yang besar pulak :D

Siapa yang belum sign up photobook tu, pergi sign up sekarang.
Nanti boleh dapat welcome gift percuma macam aku. Hehe.

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Assalamulaikum.

Beberapa hari ni aku agak sibuk dengan banyak perkara yang perlu dibuat dan diselesaikan menyebabkan aku tak ada masa nak update blog dan balas blogwalking korang. Kalau ada masa pun dah tengah malam. Maaf ye. Terima kasih kepada yang masih gigih singgah blog ni, tinggalkan jejak dan komen. I terharu T_T

Apa yang buat aku tak terharu dan sedih hiba ialah bila aku perasan yang bilangan followers aku makin lama makin menurun. Banyak pulak tu yang hilang. Masalah blogspot lagi ke ni? Apa masalah blogspot sebenarnya eh? Sudahlah tahun lepas aku dah hilang 200 lebih aku rilek je lagi minum kopi sambil goyang kaki sebab aku malas nak cari gaduh *ceh* kejap lagi tengok hilang lagi 30 lebih. Hmm saya okey.

Siapa lagi yang mengalami masalah yang sama macam aku angkat tangan! Kalau masalah blogspot tak apalah, aku redha. Tapi kalau memang blogger yang beramai-ramai unfollow aku, aku mintak maaf ye kalau ada update entry yang membuatkan sesiapa terasa atau berkecil hati. Sesungguhnya saya tak sempurna. Kehkeh.


p/s : Entri macam sedih sangat je. Poyo. Hahaha. Have a good day everyone! :)

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Asaalamualaikum dan Salam Jumaat. Hihi.


Semalam tiba-tiba datang satu perasaan yang membuak-buak untuk menukar header blog ni. Actually header yang sebelum ni aku dah pakai since 2013 tak tukar-tukar. Bukan tak nak tukar tapi sebab tak ada masa nak mengedit yang baru jadi aku biarkan jelah dulu since header tu pun elok lagi. Lol. Memang header boleh berkulat pun. Hehehe. Lepas dah tukar header, aku rasa macam nak letak background pulak sebab sebelum ni kan aku tak pakai background apa-apa, memang biar kosong je. Nak nampak simple-lah kononnya.


Setelah ditukar kedua-duanya maka jadilah seperti apa yang korang lihat sekarang ini. Uhuks. Macam tak ada apa-apa perubahan kan? Hahahaha. Adalah. Besar tau perubahannya dalam hidup aku. Eh, dah kenapa?

Bila aku nak edit header ni barulah aku perasan yang skill photoshop aku dah terkubur. Huhuhu. Dah lama sangat aku tak pakai sampai tak reti nak guna dah. Nak delete background pun aku tak ingat dah macam mana, hahaha. Sebenarnya aku nak buat header design lain tapi sebab masalah photoshop ni lah aku terus decide nak edit asal boleh jelah. Recycle yang lama punya T_T Itu pun guna freebies je. Huhuhuhu.

Nak kena asah balik ni kalau tak habislah tumpul berkarat terus. Haha. Aku bukanlah pandai guna sangat dulu tapi setakat nak edit suka-suka bolehlah. Bila dah lama sangat tak guna jadi macam ni lah, apa pun aku tak ingat. Tapi sejak edit header semalam aku rasa dah ingatlah sikit-sikit. Itu yang malam tadi aku dok bersengkang mata buat watermark sampai pukul tiga pagi. Hahaha. Excited sangat main photoshop sampai lima watermark aku buat sebab asyik tak puas hati je. Tak nak tunjuk sebab nanti kena kutuk. Kekekeke.

Last-last pagi tadi aku buat lagi satu sebab yang semalam punya tu aku rasa macam over sangat je -.-''


Yeay inilah namanya watermark orang paling malas dalam dunia. Haha. Simple kan kan kan? Eh yang simple itu lagi menawan tau. Hahaha. Mohon sifu photoshop tak kutuk aku walaupun dalam hati. Kekekeke.

By the way, gambar ini diambil sewaktu aku sedang menunggu lampu traffic light untuk bertukar hijau. Kena ke bagitahu? Cantik kan Kluang? Tak? Okey. Bagi yang tak tahu, Kluang terletak di dalam negeri Johor ye. Kalau siapa nak jalan-jalan kat Kluang contact-lah aku mana tahu aku boleh jadi tour guide korang ke. Heee.

Gambar terpaksa di-blur-kan untuk menjaga sensitiviti tuan blog :p

Kumpul punya kumpul dah banyak jugak header yang pernah aku guna rupanya. Haha. Ini belum masuk dalam pendrive lama yang dah kena virus tu, habis semua hilang tak dapat diselamatkan. Nasib baik yang ni aku simpan dalam komputer lama, bolehlah simpan buat kenangan. Huhuhu.

Agaknya cecah 60 lebih jugak header aku ye. Biasalah dulu memang suka tukar-tukar header, asyik-asyik rasa nak tukar je bila dapat ilham baru. Hahaha. Sekarang ni je satu header pakai tiga tahun. Jimat. Ahaks.


p/s : Tajuk entri ni aku recycle je daripada entri lama Aku dan Planner 2016. Haha.



Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Berhati-hatilah membeli produk muka di pasaran!
  • Foundation life : Second semester.
  • Aku dan Planner 2016.
  • Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova
  • Review buku : Anak Patung Nana

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates