Foundation life : First semester.

by - December 18, 2015


Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila dok berangan tiba-tiba teringat kenangan zaman asasi. Walaupun baru dua bulan tinggalkan. Tipulah kalau tak rindu, tapi bukanlah jenis rindu 'gila' sampai meroyan menangis tu taklah. Haha.

Foundation life banyak mengajar aku kehidupan sebenar di universiti. Walaupun setahun tu tak lama mana tapi at least aku dapat banyak pengalaman. Pengalaman yang berbeza dengan yang aku alami waktu zaman persekolahan. Yang mana aku rindu nak rasa lagi. Aku tahu asasi tu kalau nak dikira baru 1/10 agaknya daripada keseluruhannya, dan aku yakin dan pasti kehidupan degree nanti mesti lebih mencabar.

Waktu pertama kali aku dapat asasi kat Kedah aku tak terkejut pun sebab aku memang dah tahu yang second intake cuma akan ditempatkan di Kedah. Jadi aku memang dah mentally and physically prepared-lah kononnya. Malangnya seminggu sebelum tarikh daftar aku dah nangis-nangis cam onggile T_T Hahaha. Biasalah first time nak duduk jauh daripada keluarga, selama ni aku memang tak pernah duduk asrama.

Minggu MDS adalah minggu yang paling menguji kesabaran. Biasalah freshie kalau baru-baru masuk mesti ada MDS. Yang paling tak tahan sebab pukul 5 pagi dah kena berkumpul, pukul 2 pagi baru dapat balik bilik semula. Paling awal pukul 1 pagi. Itu pun waktu pm tengah berhati mulia. Ada hari-hari tertentu nak dekat pukul 3 pagi baru dapat balik bilik sebab pm tak puas hati dengan kami. Hahah. Itu tak kira lagi kena jalan cepat-cepat, kalau lari kena marah tapi suruh cepat. I kenot understand. Makan pun sampai nak tercekik sebab kena cepat untuk pergi tempat lain. Kadang-kadang menyirap juga rasa nak baling pinggan kehkeh.

Tapi itulah.. MDS ni bagus sebenarnya sebab nak bagi kita kuat. Fizikal dan mental, especially. Sepanjang MDS memang busy sangat sampai tak ada masa nak homesick melalak rindu family. Bila MDS dah habis baru sedar yang MDS tu sebenarnya ciput je kalau nak dibandingkan dengan kehidupan seterusnya di universiti yang lebih tough. Waktu MDS bukan main rasa nak maki je sepanjang hari. Haha.


Ini waktu dah habis minggu MDS, rasa merdeka gila, lol. Ajak rumet jalan-jalan pusing uitm. Lepas tu tak ingat pergi mana. Gambar terpaksa diconteng sebab selekeh sangatkan. Haha. Aku ada 3 rumet sebab satu bilik 4 orang. Tapi masa ni yang lagi sorang tu balik Penang rumah dia, jadi tak adalah dalam gambar.

Sem satu ialah sem yang paling heaven sebab kau akan rasa enjoy dan seronok gila, despite masalah assignment yang berlambak dan kawan-kawan satu group assignment yang menyakitkan hatilah. Haha.

Yang paling best sebab jadual tak padat, lepas tu banyak kelas cancel. Memang banyak sangat masa senggang untuk aku layan movie, drama korea 23 episod dan habiskan novel 5-6 buah. Itu belum kira tidur lagi.

Sejujurnya, jangan tiru aksi ini XD

Sem satu cuma ada tujuh subjek. Tiga subjek Law, dua daripadanya killer subject. Bagi akulah. Bagi student yang pandai mungkin pada dia celah gigi je. Huhu. Yang lain, subjek english ada dua (ELC080, ELC091), science computer (CSC134) dengan pendidikan Islam (CTU085). CSC134 antara subjek favourite aku. Walaupun waktu lecture aku jarang pay attention sangat sebab suka duduk belakang buka 9gag ataupun baca blog orang. Haha. Tapi madam kata tak apa buatlah apa pun yang penting masa test dan final mesti score.

Yang aku ingat, sem satu aku selalu outing. Sem dua pun sama je sebenarnya. Kehkeh. Kadang-kadang tak ada kepentingan pun. Saja-saja keluar nak release stress katanya, padahal tak adalah stress mana. Haha. Bila ingat balik rasa macam membazir je duit selama ni kalau aku simpan agaknya dah dapat beli kereta haha amboi hiperbola kau. Nak buat macam mana, bila kawan ajak je terus okay tak fikir apa-apa dah. Hmm.

Ada sekali cuti aku balik rumah makcik aku, Cik Som dekat-dekat dengan uitm juga. Dalam 5-10 minit perjalanan. Lepas tu petang-petang Cik Som bawa kami jalan-jalan sebab sibuk sangat nak tengok sawah. Jakun eh kat Kluang tak ada sawah. Hahahaha.



Cantikkan sawah? Aku suka sangat tengok sawah, sebab hijau dan menenangkan. Cewahhh. Waktu ni rumet aku Anys ikut aku. Lepas tu bila cuti raya cina aku tak balik sebab cuti empat hari je, jadi aku pula ikut dia balik rumah dia kat Penang. Hehe. Tapi masa kat Penang tak ada gambar. So sad T_T

Aku ingat lagi final week masa sem satu paling tak boleh blah. Study main-main lepas tu kadang-kadang layan Running Man. Haih. Study bila rasa nak study. Malam sebelum paper baru nak bersengkang mata study lepas tu kalau dah tak tahan ngantuk buat perangai tidur bangun tidur bangun macam hape je T_T


Masa ada gap paper Law, aku ajak Anys dan Kak Azi jalan-jalan pergi Tanjung Dawai. Niat di hati ingatkan nak lepak-lepak makan sotong goreng tepung sambil menikmati angin laut tiba-tiba hujan pulak dah. Cuaca tak mengizinkan. Jadi, selepas mengambil beberapa keping gambar, kami pun bergerak menuju ke Amanjaya Mall, Sungai Petani untuk merawat hati yang lara. Jangan marah he... Kehkeh.

Kami lepak di Amanjaya Mall sampai malam. Waktu nak balik tiba-tiba dapat call daripada Jiji suruh tunggu dia dan Maiza kat parking lot sebab nak balik uitm sama-sama. Tunggulah dia kat situ sambil buat beberapa pusingan drift dan nyanyi lagu Blank Space kuat-kuat. Haha. Haih rindunya. Bila diorang dah sampai, aku terus drive balik uitm. Masa on the way nak balik tu tiba-tiba diorang berbunyi ajak pergi Penang. Masa tu dah pukul 10 lebih. Aku tanya betul-betul serius ke diorang nak pergi. Diorang kata ya aku pun apa lagi terus naik highway menuju ke Penang. Haha. Gila betul masa tu, dengan tak bawa baju apa semua terus plan nak overnight kat Penang. Malam tu pusing-pusing beberapa tempat lepas tu semua dah lepak sebab dari pagi dah keluar. Plan nak overnight ke laut sebab semua nak tidur. Terpaksalah cari hotel tengah-tengah malam.

Kami bermalam di hotel Lodge 18, Butterworth. RM140+ semalam sebab bilik lain semua dah penuh. Ada satu queen bed dan satu single bed. Tv ada tapi astro tak ada. Haha. Selesalah juga buat tidur untuk beberapa jam kan walaupun rasa macam membazir je. K. Tak apalah, kenangan. Bila ingat balik rasa nak gelak je.

Dari kiri : Anys, aku, Jiji, Kak Azi, Maiza.

Pagi esoknya kami cepat-cepat balik uitm sebab takut kereta sewa kena bayar lebih. Haha. Pakai pun baju semalam tapi jangan risau kami mandi siap berus gigi tau. Jangan cakap pengotor pula! Kehkeh.

Sebenarnya banyak lagi kenangan best-best masa sem satu tapi kalau nak cerita semuanya entah berapa page baru habis. Mostly kenangan dengan kawan-kawan rapatlah yang paling aku rindu. Kalau nak cakap pasal kelas tu memang… Aku ni bukan jenis yang rapat sangat dengan budak-budak sekelas. Biasalah diorang pandai-pandai, bakal lawyer kan, tak boleh nak join, tak masuk otak. Senang cerita, tak sekepala .__.

Haih... Rindu korang. Rindu Jiji rindu kak Azi rindu Syasya rindu Anys rindu Maiza rindu semorang T_T


p/s: Jangan tanya kenapa tajuk bahasa inggeris isi bahasa melayu i pun tak tahu uolsss.

You May Also Like

18 comments

  1. Memori paling best memang masa belajar tau. Boleh jalan sana, jalan sini. Bila cuti mula lah rindu. Biasalah, itulah namanya zaman belajar. Hehe. :)

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa gambar sawah.. Lissa tak pernah pegi sawah T_T

    ReplyDelete
  3. memang semester 1 la paling bermakna. :D
    dapat kawan baru dan pengalaman baru. :)
    cantik2 semua gambar tu :3

    ReplyDelete
  4. Enjoy ur life as a student.dah kerja nanti, mesti lagi rindu 😀

    ReplyDelete
  5. @♥ Momma Zulaikha ♥
    Itulah, sekarang pun dah mula rindu sikit-sikit hehe. Tak sabar nak belajar lagi :)

    ReplyDelete
  6. @Melissa Muklis
    Yeke? Heee pergilah jalan-jalan tempat yg ada sawah XD

    ReplyDelete
  7. Hehe so skrg ni cdang nak smbung mana pula?

    ReplyDelete
  8. Hai Junior !
    tp scya dulu kat s.alam >.<

    ReplyDelete
  9. hahaha kelakarlah baca part MDS tu. tetiba teringat saya punya mds jugak xD mmng takleh blah bangun awal tidur lambat.
    bestnya korang, boleh tengok2 sawah, pegi penang jalan2 dgn kawan ;-;

    kawan2 yg masa asasi dulu dah tak sama tempat degree ke?

    ReplyDelete
  10. @Mazni Munawar
    Mesti akan selalu rindu zaman mds kan? Hahaha. Tapi tak sanggup nak hadapi lagi :3
    Sekarang belum masuk degree lagi. In shaa Allah next year. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Amboiii.. berjalan sakan ye :P hahaha

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Hehehe fieyqa second intake kena campak ke merbok :p

      Delete

Be nice please. Thank you ♥