Assalamualaikum.
Bila sebut pasal usaha,
sebenarnya banyak bentuk usaha yang kita boleh buat untuk dapatkan sesuatu yang
kita nak. Tak kisahlah usaha macam mana pun. It doesn't matter whether your
effort is big or small, as long as you do something to get what you want or to
achieve your target, then it will be counted as effort, right?
Kita boleh buat apa je sebagai
usaha kita untuk nakkan sesuatu. Flashback waktu habis sekolah dulu, bila kita
applied for our diploma or matriculation or foundation, itu semua dikira usaha
in which kalau kita tak bersusah payah isi borang permohonan semua, kita tak
akan dapat pun panggilan untuk masuk ke universiti/kolej. Walaupun tak
selalunya kita dapat apa yang kita nak, but the efforts count right?
Sebab tu bila kita dah
berusaha, step seterusnya ialah tawakal. Dan serahkan semuanya kepada Allah.
Macam jata negeri Johor, to Allah we surrender, kepada Allah berserah.
Tiberrrr. Sebab macam mana pun kita usaha, kalau Allah kata itu bukan untuk
kita, maka tak akan jadi kepunyaan kita. Buatlah apa pun, usahalah sekuat mana
pun, what is not meant for you, will not be yours. Bila macam ni, kita balik
semula kepada konsep rezeki.
Dari kecil kita dah diajar dengan konsep rezeki. Bila mana Allah dah aturkan tiga perkara dalam hidup manusia. Iaitu; ajal, jodoh dan rezeki. Andai kita dah berusaha dan bertawakal tapi masih tak dapat apa yang kita nak, bersangka baiklah pada Allah. Kadang-kadang apa yang kita nak sangat-sangat tu mungkin bukan yang terbaik untuk kita, sebab tu Allah tak bagi. Sentiasa yakinkan diri bahawa ada perkara yang lebih baik yang Allah dah tentukan untuk kita di luar sana. In shaa Allah, hati kita akan rasa lebih tenang.