Pinterest

Sunday, October 23, 2011

True love begins when nothing is looked for in return :]


Ehem,

Pernah tak mengalami situasi macam ini?

Awak menyesal sebab lepaskan seseorang yang pernah sayang awak dulu dan sekarang dia bahagia dengan orang lain. Dan dalam masa yang sama, awak masih sayangkan dia tapi sebab awak tahu dia dah ada orang lain, jadi awak simpan perasaan tuh dalam hati dan awak seorang saja yang tahu apa yang awak rasa?

Okey, semput.

Kita manusia, tak lepas dari kesilapan. Mungkin dulu, sebelum kita betul-betul kenal dia, kita rasa dia belum cukup baik untuk kita. Kita ego. Kita tak nak kenal dia dengan lebih mendalam dulu tapi awal-awal kita dah reject dia. Kejam bukan? Tapi itulah kenyataannya. Manusia selalu bertindak begitu sebab dia rasa dia dah bagus sangat. Awak tak rasa awak macam tuh? Okey, saya memang tak cakap awak pun.

Dan sekarang, bila kita dah cukup mengenali dia, luar dan dalam, kita jadi sayang pada dia. Tapi kita tahu dia dah ada orang lain yang dia sayang. Dan orang itu bukan kita. Mungkin agak menyakitkan, tapi itulah kenyataannya. Kadang-kadang rasa menyesal dengan apa yang dah berlaku, tapi kita cuma manusia biasa. Kita takde kuasa nak putar balik masa dan terima dia waktu dia "propose" kita dulu. Kalau kita ni Doraemon takpe jugak, boleh-lah kita guna mesin masa untuk kembali ke masa silam, kan kan? Malangnya, kita bukan Doraemon makhluk debab berwarna biru yang takut tikus tuh. Eeeeuuu, saya pun takut tikus -.-"

Okey, balik kepada topik asal.

Kadang-kadang hati syaitan macam berbisik-bisik jeh suruh kita buat apa yang kita tak nak buat. Sebagai analoginya, mungkin kita akan buat sesuatu yang jahat untuk dapatkan dia balik. Pehhh, kejam. Tapi alhamdulillah, saya tak pernah ada niat nak buat macam tuh. Setiap apa yang saya buat, saya masih fikir tentang satu hati yang perlu saya jaga. Ya, masih ada hati yang perlu saya jaga. Bukan apa, sekali hilang dia cukup-lah saya tak nak hilang dia lagi. Tak kisah-lah mungkin sekarang kami cuma kawan, tapi saya bahagia :') Ye, kami cuma kawan. Tolong jangan salah faham ^^

Cuma satu benda saya nak cakap, kalau ada orang yang sayang kita, bersungguh-sungguh dengan kita, jangan sia-siakan dia, kalau kita tak boleh terima dia on the spot pun at least bagi dia peluang untuk buktikan yang dia betul-betul sayang kita. Bagi dia masa. Kalau dia tak gunakan masa dan peluang yang kita bagi dengan baik, okey then just move on. Dia memang tak layak untuk kita. Tak payah buang masa lagi. Sebab mungkin dia cuma jenis manusia yang sweet-talker. Manis di bibir saja tapi hampeh! Apa pun tarak. Sweet-talker macam tuh layak direjam jeh sampai mati. Haha. Kerja nak mainkan hati orang jeh kan buat apa hidup :3

Jangan pernah memberi harapan andai hanya ingin menyakitkan :')

Sunday, October 16, 2011

Hang-out with Black Skylark :]

http://data.whicdn.com/images/16176240/tumblr_lt55ysf9jH1r4htxfo1_500_large.jpg

Hey hey, semalam saya hang-out dengan Black Skylark tersayang :))

Lama tak hang sesama kan kan? Selalunya kalau hang pun jarang semua ada.
Tp semalam enam - enam ada. Best sangat - sangat - sangat.
Mula - mula ingatkan nak tengok cerita Klip 3gp but then tukar Al-Hijjab.
Ceritanya takde-lah seram sangat tp okey-lah. Banyak scene yg mengejutkan.
Saya bagi 4/5. Siapa belum tengok, pergi tengok. Masih ada saya rasa :')

 
Farah suap birthday boy yg manja gila nih. HAHA :D


Yeah, best sangat harinie. Saya berjaya lupakan "dia" sekejap. Ye, sekejap.
Terima kasih kepada semua yg temankan saya keluar harinie. Lainkali keluar lagi tau.


Sayang korunk, bye

Friday, October 07, 2011

One more day to go :]

6219844352_610ae7d9bf_z_large

Dua kertas lagi dan PMR akan berakhir. Yihaaaa. 
Inilah masa yg ditunggu - tunggu. Hahaha.
Tiga hari pertama exam agak okay-lah tp semalam paper Sejarah sangat sakai -,-"

Saya tak tahu apa nak cakap, tp pada saya susah sangat :'(
Dan rambut saya dah hampir botak akibat keguguran yg melampau semalam.
Isnin minggu depan kertas Mathematics dengan Kemahiran Hidup. 
Takut nih, takut nih. Nampak tak? Wooo.

So kepada calon PMR 2011, good luck untuk yg kesekian kali-nya. Hihihihi.
Especially kepada the STK-rians, try to grab the other two A's okay. Insya'Allah :')


. . . . .

Copyright 2010-2017 © Blog ini diedit dengan penuh kasih sayang oleh Fieyqa Adelova.