• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum.

Apa khabar? Hihi. Aku sihat je, alhamdulillah. Cuma lately busy dengan persiapan nak masuk universiti. Biasalah, siapa tak kenal aku. Kalau kemas barang confirm seminggu baru settle -_-

27 Februari dah nak pergi daftar kolej dah. Huhu. Bagi yang tanya aku dapat sambung mana, aku jawab kat sini jelah ye. Aku akan sambung di UiTM Shah Alam. In shaa Allah. Dekatlah sikit daripada Kedah dulu. Memang kali ni tak nak jauh-jauh pun, sebab nak belajar tiga tahun kan, aku dah serik belajar jauh-jauh. Penat, perbelanjaan pun tinggi, kalau apa-apa hal susah nak balik.

Lepas tu, aku tak sambung degree in law. Walaupun aku dah penuhi syarat-syarat kelayakan tapi.. entahlah. Dari asasi dulu memang tak ada niat pun nak sambung law. Suka belajar law sebab best tapi minat tu tak ada. Cuba jugaklah nak tanam minat dan rasa cinta tu masa asasi dulu tapi perasaan tu tak kunjung tiba. Orang kata, cinta tak boleh dipaksa. Jadi daripada kena reject di kemudian hari, lebih baiklah aku undur diri dulu.

Apa-apa pun, untuk kawan-kawan yang sambung degree in law di UiTM Shah Alam nanti, semoga berjaya. Kalau terserempak, buat-buat tak kenal jelah ye. Yang sambung di Seremban pun, all the best :)

Sedih sebab masing-masing dah buat haluan sendiri :'/

Sebenarnya ada banyak entry yang aku nak update tetapi masih terkubur di dalam draft. Tak tahu kenapa hilang mood these few days. Nak update pasal photobook pun tak update-update lagi sebab aku malas nak ambil gambar photobook tu. Kenapa eh? Homesick maybe? Aik, belum apa-apa dah homesick. Parahhh.

Doakan aku dipermudahkan segala urusan dan diberi ketenangan hati untuk belajar ye? Heee.
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Assalamualaikum.

Kelmarin aku keluar dengan kawan. Plan asal nak sarapan kat luar lepas tu tengok Deadpool, tapi plan ke laut sebab macam-macam halangan dan rintangan kami terpaksa tempuhi. Akhirnya, tak dapat tengok pun. Cis.

Mula-mula dah decide tak payah tengok movie, nak shopping barang untuk sambung belajar je tapi lepas tu aku rasa macam gian pulak nak tengok wayang dengan kawan so ajaklah jugak Iqaa tengok movie ni :<

Tak dapat tengok Deadpool pun tak apalah :<

Kenapa handsome :<

Cerita ni tentang Bernie, seorang pengawal pantai yang dah jatuh cinta pada seorang gadis bernama Miriam. Masa diorang punya first date Miriam dah lamar si Bernie ni hahahaha pantas sungguh kau yee Miriam. Nama Miriam, kenapalah tak Mariam ke, Meriam ke, senang sikit nak menyebutnya punnn.

Diorang decide nak kahwin. Yang si Bernie ni pulak macam poyo sikit nak formal sangat siap nak mintak izin ketua dia untuk kahwin. Masa hari dia nak mintak izin tu, ada sebuah kapal tangki terbelah dua so Bernie telah ditugaskan bagi mengetuai misi menyelamat kapal tu bersama dengan tiga orang krew yang lain.



Dalam masa yang sama, krew-krew dalam kapal tu pulak tengah bertungkus-lumus untuk elakkan kapal tu daripada tenggelam. Biasalah cerita mat saleh kalau scene macam ni mesti ada pertelingkahan sebab semua orang rasa diri sendiri betul. Haha. Tapi akhirnya, semua orang ikut cakap Sybert. (alah, yang macho tu)


Si Miriam ni pulak dah risau sangat dekat boyfriend dia, si Bernie tu sebab dia rasa yang misi menyelamat tu macam 'Suicide Mission' memandangkan cuaca kat laut yang memang menakutkan. Huhu.

Banyak kali dia suruh ketua Bernie untuk arahkan Bernie supaya patah balik tapi ketua dia buat bodoh je -_-

Yang paling tak boleh blah, krew dalam kapal tangki tu ada 30 lebih tapi nak selamatkan pakai bot kecik je yang kapasiti muatan 12 orang. Aku dah gelak-gelak macam orang gila dengan Iqaa sebab dah macam sardin dah bot tu. Haha. Sudahlah ribut tengah kuat lepas tu pakai bot kecik je. Kena pukul ombak, terpelanting krew. Kompas pun boleh hilang. Kahkah. Aku fikir bot tu akan tenggelam tengah laut je tapi tak pun.

Bernie dan rakan-rakan berjaya menyelamatkan 32 orang krew kapal tangki SS Pendleton ><

Yeay, mission accomplished! Walaupun lawak dan macam tak masuk akal tapi diorang berjaya okey. Haha. Bernie dan crew dia lagi tiga orang tu pun dianugerahkan Gold Lifesaving Medal.

Aku tengok cerita ni banyak scene tengah laut dengan atas kapal je dah macam cerita Titanic. By the way, filem ni based on true story tau. So walaupun tak berapa logik dek akal, korang kena terima jugak. Haha.


Best dan tak rugi tengok!
Rating : Aku bagi 3.5 / 5 bintang :)

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

11 Februari

Masuk pukul 12:30 hari ni sebab terlambat bangun. Aku mati-mati ingatkan hari ni shift noon rupanya full. Argh, salah tengok jadual pulek. Macamlah salah besar sangat tak masuk pagi sebab takut tak ada orang jaga. Aku tengok ada je orang yang boleh tolong tengokkan. Lagipun pagi bukannya ramai customer sangat.  

Sambung baca novel lagi setiap kali free. Haha. Khusyuk betul aku baca. Selagi novel tu tak habis rasa macam tak tenteram je hati aku, lol. Cerita Gumanthong dah habis. Cerita ketiga Ngeri, pun dah habis. Sekarang baru nak masuk cerita terakhir, Sorok-sorok. Tapi aku tak start baca pun lagi sebab tadi dah pukul 9:50 malam. 

Cerita Ngeri memang ngeri gila. Macam filem Saw. Meremang bulu roma aku baca. Nak muntah pun ada -.- 

Aku tak sangka pulak ada part time kat situ yang kuat mengadu. Kau nak bodek si SA tu ke macam mana? Poyo lebih macam tak pernah buat salah je. Haishhhhhhh. Mind your own business boleh tak?


12 Februari

Akhirnya... Aku dah habis baca novel Anak Patung Nana. Lega hati saya dibuatnya. Kihkih. Lepas tu sambung pulak baca komik Sumpahan Puaka Soichi. Komik ni pun best jugak, sekejap je baca dah habis.

Hari ni shift morning. Okeylah dapat balik pukul 7 petang sebab sebelah malamnya sepupu aku tunang. Ingatkan tak nak pergi sebab penat kerja kan tapi pergi jelah, bukan selalu dapat tengok dia tunang. Hahaha. Tak sangka dah tunang dah. Dulu masa kecik main sama-sama, bukak spa, bukak kedai gunting rambut. Hari ni dah jadi tunang orang. Tahun depan dah nak kahwin dah. Huhuhu. Aku bila pulak? Erkkkkkkkkkkkk.


13 Februari

Mintak cuti hari ni sebab nak pergi Shah Alam, sepupu yang lain kahwin pulak. Best lah dapat jalan-jalan sekali, release tension dan penat kerja. Siapa cakap jadi part time promoter tak penat? Bukan setakat penat fizikal, mental pun boleh exhausted nak layan kerenah manusia yang berhati busuk. Hati kena sado tau.

Wedding kali ni diadakan di Roof Garden Hotel, Shah Alam. Masuk-masuk hall, nampak warna dark green je. Aku dengan adik sesat warna peach. Lol. Sempatlah bergambar di photoboth buat kenangan. Haha.


Sebenarnya aku tak faham betul dengan manusia yang berhati busuk ni. Tak boleh langsung tengok orang senang. Walaupun aku banyak curi masa waktu kerja untuk baca novel, tapi tak adalah sampai tak buat kerja, tak layan customer langsung. Pandai kau buat cerita cakap aku tak serve customer eh?

Yang selama ni kau lepak borak-borak dengan geng-geng kau, customer nak cari kasut tak jumpa sampai datang tanya aku, tak nak kecoh pulak? Salah orang nampak je, salah sendiri buat bodoh, buta tak nampak.

Haish.

Kak Afiqah kata mungkin dia dengki dengan aku sebab aku budak department ladies tapi aku selalu join budak department gents. Seriously lah? Dah fair terpisah, kau expect aku nak datang kat kau semata-mata nak borak dengan kau ke? Lepas tu nanti bukak cerita yang aku kuat berjalan pulak. Haha OK.

Seriously malas nak layan, perangai macam budak-budak.


14 Februari & 15 Februari

Masih cuti. Disebabkan dalam jadual aku OFF, jadi aku sambung jelah cuti. Kalau ikutkan hati memang aku nak berhenti je terus. Habis cerita. Kerja kali ni paling tak best aku rasa. Yang jadikan best cuma sebab ada manusia-manusia masuk air yang sekepala dengan aku macam Iqaa, Fatin, Kak Afiqah, Kak Yana, Kak Marina. Kalau tak ada mereka semua ni maka suramlah hari-hari bekerja aku setiap hari. Huhuhu. 

Ceh, dah letak nama dalam blog, kenalah belanja waffer. Crepe2u ke... Haha.


16 Februari

Full shift. Rasa macam nak sambung cuti je -_-

Panas hati rasanya bila tengok budak-budak kaki mengadu berkumpul, borak-borak lepas tu gelak kuat-kuat. Amboi, mengaku dulang paku serpih nampak??? Hahahahahahahahaha pathetic gila.

Fatin dah berhenti. Lepas ni siapa pulak nak berhenti?

Akulah.
Hahahahahaha.

Semua orang pun dah menyampah dengan budak-budak kaki mengadu yang tak reti cermin diri sendiri tu.


17 Februari

Full shift lagi untuk kali yang terakhir. Huuu tak sedih pun. Pagi-pagi dapat berita Kak Yana dah berhenti. Semalam last day. Habislah tinggal kami tiga orang, makin tepulah jawabnya. Hahahaha. Konon-konon aku nak jadi orang yang berhenti dulu lepas Fatin berhenti rupanya Kak Yana dah berhenti dulu. Heh.

Nasib baik semalam dah rehat, dah selfie, dah buat video sama-sama. Adalah kenangan jugak :p

Dah tak ada apa sangat pun nak cerita pasal kerja, customer pun ada tak ada je. Memang kami berbual sesama sendiri jelah. Semalam ada jugak sale 700 lebih. Hari ni langsung tak ada. Hahahahaha. Kesian tak laku T^T

Tak sabar nak berhenti esok. Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!


18 Februari

Masuk pukul 10 pagi, balik pukul 2 petang. Alangkah heaven-nya hidup ini. Hahahaha.

Hari ni okey je. Tak ada apa yang best atau tak best pun berlaku. Cuma tadi aku pergi isi minyak motor sorang-sorang. Entah macam mana tiba-tiba jadi tak reti lah pulak sampai habis tumpah minyak tu. Adoi. Nasib baik tiba-tiba ada lelaki baik hati tolong isikan minyak elok-elok sampai penuh tak boleh nak isi dah -_-

Terima kasih ye siapa pun anda. #humanityrestored Kihkih. Walaupun perkara sekecil ini, kita kena hargai. Hihi.


Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Assalamualaikum.

Macam yang aku cerita dalam entri lepas, Diari Februari #1, aku banyak memanfaatkan masa yang terbuang bila customer tak ada dengan membaca novel ni. Hehe. Novel ni bukan aku punya, tapi kepunyaan part time sebelum-sebelum ni yang mewariskan novel ini kepada part time baru. Hahaha. Apa benda.....

Dalam novel ni ada empat buah kisah yang berbeza iaitu :

  1. Anak Patung Nana - Suzani Nadzir
  2. Gumanthong - Maria Kajiwa
  3. Ngeri - Eqbal Mohaydeen
  4. Sorok-sorok - Sufi Abqari

Pada aku, novel ni best sebab membuatkan aku rasa nak baca dan nak habiskan cepat-cepat sebab nak tahu kesudahan cerita. Terlalu kemaruk menghayati cerita dalam ni sampai aku dihantui bayang-bayang hitam selama beberapa hari. Hahaha. Masalah betul aku ni -_-

Kisah pertama : Anak Patung Nana - “Seru nama saya dan saya akan datang.”

Kisah ini menceritakan tentang Nana yang memiliki sebuah anak patung yang dinamakan Puteri. Anak patung tu sebenarnya milik anak Puan Khor yang dah mati bernama Carla. Carla ni cacat so Puan Khor macam tak suka dia sangat, dia selalu dera Carla sampai akhirnya bila Carla dah mati baru dia rasa menyesal. Jadi untuk menebus kesilapannya, dia janji untuk jaga anak patung kesayangan Carla, si Marie tu macam anak sendiri. Dia jahit Marie dengan rambut Carla yang dah mati tu so anak patung tu macam hidup.

Anak patung tu sebenarnya dibuat perhiasan je kat pejabat Puan Khor, tapi sebab anak patung tu macam boleh bergerak sendiri, dia bergerak ke rak anak patung untuk dijual sampailah Nana terbeli anak patung tu. Nana ni pulak tangan dia cacat sampai dia dibenci oleh ayahnya sendiri. Cuma mak dia je sayang dia.

Lepas daripada tu, Puteri ni macam jadi pelindung Nana. Bila ada orang yang kacau atau buli Nana kat sekolah, roh jahat yang wujud dalam Puteri tu akan memainkan peranan. Ada sorang budak kelas Nana, tangan dia sampai hancur tersepit sebab dia ejek Nana tak ada tangan. *mulut terlopong* Boleh tahan kejam jugaklah si Puteri ni, macam Chucky. Haha. Sampaikan ayah Nana pun accident sebab gangguan Puteri. 

Part yang agak sedih ialah bila Nana mati sebab dia ikut Puteri terjun dalam kolam renang. Mati lemas -_- Kesian Nana. Lepas Nana mati, family dia dah tak duduk rumah tu lagi, tapi mereka tinggalkan patung Puteri tu kat situ sampai menghantui penghuni-penghuni baru rumah tu. Huhuhu.


Kisah kedua : Gumanthong - “Bumi, langit, air dan api tidak menerimanya!"

Gumanthong ni best gila walaupun pada asalnya aku tak faham disebabkan jalan ceritanya yang agak memeningkan otak sebab ada throwback kisah zaman dahulu dengan nama yang pelik-pelik. Hahaha.

Sinopsis : Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan satu sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayutthaya 500 tahun dahulu? Dapatkah Luqman menyelamatkan keadaan sebelum terlambat?

Gumanthong ni macam ilmu perang zaman dahulu yang dituntut untuk menewaskan musuh. *Yekeeeeeee ni?* Tapi ilmu gumanthong yang dituntut oleh Ply Kaew ni kira paling hebat dan power lah sebab dia guna janin anak dia sendiri yang disalai atas api sampai kering. Lepas tu dibuat loket. Huhuhuhu.

Yang si Luqman ni pulak, dia dengan secara tak sengajanya dah terima Gumanthong tu. Sejak tu, perniagaan jual perabot dia terus jadi laris. Pelanggan hari-hari ramai, duit hasil jualan pulak macam beranak pinak. Malangnya, macam yang kita tahu, perjanjian dengan syaitan pasti hanya akan menguntungkan syaitan. Walaupun Luqman dah makin kaya, tapi sebab Gumanthong tu, dia dah korbankan dua orang anak dia T_T


Kisah ketiga : Ngeri - "Apa yang kau percaya tidak semestinya betul."

Sinopsis : Sekumpulan rakan mengatur satu percutian. Keseronokan yang dirancang menjadi peristiwa paling hitam dalam hidup apabila salah seorang ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Bayangan-bayangan yang menggerunkan terus-terusan menghantui. Maut dirasakan berlegar-legar di sekeliling. Pembunuhnya kekal misteri. Satu per satu nyawa diburunya dengan rakus. Antara pemburu dan mangsa, siapakah yang akan memenangi permainan ini?

Aku syak penulis cerita ni mesti suka tengok filem-filem kejam macam Saw atau Wrong Turn sebab sepanjang aku baca cerita ni, aku mesti teringat cerita Saw. Hahaha. Pembunuhnya kejam gila.

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada Fahrin, Muiz, Adam, Natasha dan Marlisa ni mengisi masa cuti mereka dengan pergi bercuti di rumah percutian keluarga Marlisa yang telah lama ditinggalkan. Malangnya, berlaku pelbagai kejadian ngeri sepanjang mereka di sana. Seorang demi seorang mati dibunuh dengan kejam.

Cerita ni ohsem sebab aku tak sabar nak tahu siapa pembunuh yang sebenar. Tapi end up, aku keciwa sebab plot twist sampai otak dan isi perut aku pun rasa di-twist. Lol. Tiba-tiba teringat flem Death Do Us Part. Walau bagaimanapun, cerita ni tetap best dan berjaya membuat bulu tengkuk aku meremang. Hahaha.


Kisah keempat : Sorok-sorok - "Bila salah berjanji, mata jadi galang ganti."

Sinopsis : Ketakutan Remmy menjadi nyata apabila dia kehilangan sebelah mata dan hampir menemui ajal ketika bermain sorok-sorok dengan seorang budak lelaki di Jalan Kemboja. Adakah budak lelaki itu punca kesemua kejadian yang berlaku? Kalau ya, mengapa? Dan adakah sebelah lagi mata Remmy dapat diselamatkan atau bakal dikorbankan juga?

Aku paling sakit hati baca cerita ni disebabkan kesombongan dan kebongkakkan si Remmy tu. Huh. Sudahlah bajet bagus, berlagak, tak reti hormat perempuan. Semua yang negatif ada pada dialah senang cerita. Haha.

Dah hilang satu mata pun boleh sombong lagi dengan orang yang tolong dia. Eh macam nak kena tampor je. Hahaha. Tak pandai sangat nak ulas cerita ni sebab ia berkisarkan tentang something macam saka or I don't know what to call it... yang diwarisi oleh keluarga si Remmy tu. Macam perjanjian dengan syaitan jugaklah. Jin ifrit tu kot? Dan kalau nak batalkan perjanjian tu, kena korbankan mata -_-

Cerita ni pun best sebab aku penat teka siapa sebenarnya yang betul-betul jahat dan tamak sebab nak kuasai jin tu. Rupanya... orang yang tak disangka-sangka. Ingatkan si Murni, adik si Remmy tu. Arghhhhh salah lagi.




Overall, novel ni memang best dan aku bagi 4.5 bintang. Haha. Setiap kisah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun ada certain part yang jalan ceritanya tunggang langgang tapi sebab ideanya best, aku tak boleh berhenti daripada membacanya. Kehkehkeh. Sangat worth to read bila ada masa lapang ><


Till then, happy reading! :)

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

Assalamualaikum.

5 Februari

Shift noon sepatutnya masuk pukul 1 setengah sampai 10 setengah malam, tapi aku mintak untuk masuk pukul 1 jadi boleh balik pukul 10. Sepanjang pukul 1 sampai pukul 3 tu hati resah tak menentu memikirkan keputusan penerapan degree uitm yang akan keluar pada pukul 3 petang. Tak senang duduk weh. Bila dah pukul 3 lebih, nak check online tapi tak ada masa sebab customer ramai sangat, nak raya katanya.

Balik rehat pukul 5 petang aku terus capai laptop. Berdebar-debar nak tahu keputusan permohonan walaupun dah boleh agak dapat apa. Tak tahu kenapa beberapa hari sebelum keputusan keluar aku rasa sedikit menyesal sebab mohon course yang aku mohon tu. Aku memang harap aku tak dapat pilihan pertama, tapi pilihan kedua. Bila check, aku dapat pilihan pertama. Tergamam kejap tak tahu nak bagi respond apa. Huhu. Dalam rasa kesal, ada jugak rasa kesedaran mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

Alhamdulillah.


6 Februari

Full shift, masuk pukul 10 pagi tapi hari ni special sebab balik pukul 2 pagi. Heh. 14 jam kerja, bangla pun kalah. Mesti company ingat dapat sambutan besar-besaran sebab dah nak dekat raya kan, rupanya... hampeh.

Kami yang jaga fair ni boleh mati kebosanan. Sampai pukul 11 lebih gitu je orang ramai, lepas tu berkurang berkurang dan berkurang akhirnya kami yang promoter ni je tinggal terpacak setia kat situ. Aku dah membebel je dekat supervisor suruh tutup fair pukul 12 sebab tak ada orang. Membebel dalam hatilah tapi.

Dari pukul 12 lebih sampai 1 lebih tu aku memanfaatkan waktu dengan membaca novel. Novel Anak Patung Nana. Nasib baik ada novel, kalau tak ada? Sudahlah bateri handphone pun tinggal nyawa-nyawa ikan -_-

Dalam pukul 1 lebih dengar bunyi pagar ditarik terus hilang ngantuk sebab itu bermakna fair nak tutup dah. Kemas fair dan..... cabut. Promoter yang jaga dalam tak boleh balik lagi. Kehkeh. Aku punch out pukul 1.38 pagi. Hujan lebat gila kat luar. Sudahlah dua kali rehat balik rumah, dua kali jugak kena hujan. Nasib baik pagi tu ayah jemput aku sebab ayah tak bagi balik sendiri. Sampai rumah, mandi, salin baju, terus pengsan.


7 Februari

Cuti. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA aku dah agak dah. Demam, tak larat. Pengsan sepanjang hari, lol.

p/s : Photobook dah sampai! Teruja gila aku. Haha. Nanti free aku buat entry :)


8 Februari

Shift noon lagi. Bersyukur sebab dapat rehat lama sikit sampai tak nak bangun. Haha. Lepas tu masuk kerja terus kelaparan sebab tak makan nasi. Ada orang cakap nak hantar makanan, tiba-tiba ada hal pulak sampai tak boleh nak hantar. Moody terus aku. Customer pulak ramai gila hari ni. Lepas tu ramai jugaklah yang tanya pendapat aku pasal beg kat situ. Aku main hentam je jawab ikut suka.

Paling menyampah bila orang tanya pendapat aku 'cantik tak beg ni, sesuai tak dengan akak' dan segala yang sewaktu dengannya, lepas tu aku bagilah jawapan paling jujur, tapi tiba-tiba ada orang menyampuk 'mestilah dia cakap cantik sebab nak lakukan beg dia. hihihi' <-- sambil ketawa paling syaitoooon bunyinya.

Aku senyum je, malas nak balas. Kalaulah saya dapat komisen untuk setiap beg yang terjual kak, memang saya jerit-jerit macam kat pasar malam tu dua singgit dua singgit dua singgit. Malangnya tak. Huhuhuhu.


9 Februari

Customer boleh tahan ramai hari ni, tapi sempat jugaklah aku curi masa sambung baca novel.

Best novel Anak Patung Nana tu, catchy. Sampai aku rasa yang Nana tu memang betul-betul wujud. Sepertinya dia yang memanggil-manggil aku untuk meneruskan pembacaanku. Haha. Eh seram pulak kitew.

Aku suka tagline cerita tu, "Seru nama saya dan saya akan datang." Hihihihihihihihihihihihihihihihihihi.

Sepatutnya hari ni full shift tapi aku mintak balik pukul 7 sebab period pain. Ingatkan nak tahan je tapi bila fikir-fikir balik argh tak sanggup aku nak tunggu sampai pukul 10. Ada karang yang pengsan tengah jalan T^T


10 Februari

Full shift hari ni. Datang kerja tiba-tiba terawal daripada biasa. Pagi-pagi customer tak ramai jadi aku sambung baca novel. Dah masuk cerita kedua, Gumanthong. Best jugak cerita tu. Mula-mula macam tak berapa nak faham sebab plot ceritanya yang agak complicated, tapi lama-lama baru faham.

Ada seorang lelaki ni pulak, pagi-pagi dah cari pasal dengan aku. Bising-bising bagitahu aku yang dia kena buat full shift hari ni sebab promoter dia ingat aku tak datang, so nanti malam tak ada orang jaga fair. Membebel macam perempuan. Menyampah aku. Bukan salah aku pun, aku tak ada cakap pun yang aku nak MC ke apa hari ni. Apa masalah dia pun aku tak tahulah. Hari-hari ada je benda nak buat aku panas.

Mood kerja dah makin down. Aku rasa macam nak berhenti je -_-



p/s : Entri ini sepatutnya sudah di-publish pada 11 Februari tapi sebab kepenatan, sekarang baru dapat publish T^T

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Klik banner untuk join :)


Cinderella? Haha. Masa kecik-kecik dulu Cinderella memang antara fairy tale yang menjadi favourite aku. Tak tahu kenapa suka sangat jalan cerita yang macam ni. Sama macam cerita Puteh, aku suka gila cerita tu! Kalau boleh setiap hari nak tengok. Huhu. Samalah macam cerita Cinderella ni.

Masa kecik tipulah kalau aku cakap aku tak pernah berangan nak jadi Cinderella, tapi aku cuma berangan part yang selepas pari-pari tu tolong dia sampailah dia kahwin dengan anak raja. Part-part sebelum tu tak nak aku, jadi kuli lepas tu hari-hari kena buli buat kerja rumah tak berhenti T_T Tak bestlah hidup macam tu. Haha!

Aku selalu berangan, kan best kalau dapat kahwin dengan anak raja. Hidup mewah, bahagia, dapat pakai pakaian mahal-mahal, dapat makan sedap-sedap, dapat duduk dalam istana, dapat anak cantik (tetiba). Sampaikan bila main pondok-pondok mesti nak namakan anak Puteri. Lol -.-" Macam ntah apa-apa kan? Hmm. Eleh macamlah korang tak pernah berangan macam ni. Tipulah. Hahaha. Tapi bila aku makin besar, baru aku sedar bahawa apa yang aku angankan masa aku kecik-kecik dulu tu semua merepek je. Sia-sia. Apakehenya anak raja nak kahwin dengan aku, dah macam sinetron je, kehkeh. 

Masa sekolah rendah, disebabkan tahap fanatik aku terhadap Cinderella yang melebihi ketinggian klcc, aku pernah masuk satu pertandingan bercerita bahasa Melayu. Peringkat sekolah jelah. And guess what? Mestilah aku pilih Cinderella sebagai cerita yang aku nak sampaikan. Siap merengek-rengek kat ayah suruh belikan gaun kembang macam Cinderella dengan kasut tumit! Hahaha. Beriya betul nak jadi Cinderella.

Fortunately, berbaloilah sebab aku menang tempat pertama tau. Tak sangka... Eleh padahal dah agak dah aku mesti top 3 sebab ramai tak hafal cerita waktu tu. Haha. Dapat set pensel warna yang besar tu. Alaa yang dalamnya ada pensel warna kayu, pensel warna air, marker dengan crayon. Kejap aku google. Lol.

Haaa set yang macam nilah, tapi aku punya bentuk kereta. Tak dapat nak describe betapa gembiranya aku waktu tu sebab dapat jadi Cinderella depan orang ramai lepas tu pulang membawa sebiji kereta, kehkeh.

Oh ye, lupa nak tunjuk!


Inilah buku cerita Cinderella yang memberi seribu kenangan buatku. Kehkehkeh. Sekarang dah buruklah. Dah lama kan, tapi kenangan dengan Cinderella tetap terpahat dalam ingatan *LOL, apa aku ni*

Banyak pulak aku membebel, dahlah macam lari topik je. Haha. Tak kisahlah.

Hadiah best gila aku rasa nak menangis sampai esok T_T Korang joinlah sekali. Mana tahu ada rezeki kan? Kalau tak ada rezeki pun, kita menangislah berjemaah tengok hadiah tu menjadi milik orang lain. Hahaha.


Nota kaki : Entry ini telah siap ditaip pada 27 Disember 2015. Sekian, harap maklum. Lol.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Assalamualaikum.

Kejap je dah empat hari kerja. Hari ni baru ada masa nak online sebab setiap hari balik malam. Kalau esoknya shift noon boleh jugak online, tapi kalau full shift masuk pukul 10 memang tak ada masa-lah nak bukak blog.

Kerja makin best sebab kami empat perempuan dah makin rapat, mihmih. Bukan macam sebelum ni dok usha dari jauh je lepas tu senyum-senyum, pemalu konon, last-last aku bantai tegur lagi dua orang tu. Haaa dah rapat pun. Haha. Pengajarannya senang je, kalau orang tak nak mula, kita kena mulakan. Ok? Ok.

Perhaps okay will be our always.

Ada seorang promoter lelaki ni kadang-kadang asyik nak cari gaduh dengan aku je. Kadang-kadang kelakar sangat sampai jadi bahan lawak kami. Hari tu berbual dengan dia pasal cermin mata (macam tak ada topik lain) lepas tu tiba-tiba dia cakap "Ada sorang promoter perempuan tu dia pakai apa tu.. eye bag." Aku tahu dia nak maksudkan contact lens tapi dia cakap eye bag ._. Kami terus bantai gelakkan dia sampai dia cakap "Sorrylah kak, saya tak tahu." banyak kali. Tak tahu kenapa aku rasa kelakar sangat, mungkin sebab aku bayangkan perempuan tu pakai 'eye bag' dalam mata kot. Hmmm. Tapi sekarang dah tak kelakar sangatlah. Haha.

Dari dulu kalau aku kerja situ, waktu rehat mesti aku balik rumah. Lagi puas makan kat rumah dapat tambah seberapa banyak kali pun plus dapat jimat duit. Tapi dah dua hari ni aku tak balik jadi aku rehat dengan kawan-kawan. Akibatnya, aku dah guna RM25 untuk makan. Gaji separuh hari tu. Tak boleh jadi ni ><

Aku paling suka jadi promoter ni sebab boleh tengok macam-macam ragam pelanggan. Ada yang dah belek berjam-jam akhirnya tak jadi beli. Ada pulak yang dah suka sangat-sangat lepas tu tanya harga lepas diskaun last-last cakap kat rumah ada lagi beg yang elok-elok. Kadang-kadang kesian jugak tengok makcik-makcik yang tengok handbag tapi lepas tu dia cakap "Nak jugak merasa pakai handbag mahal, tapi duit takde." sambil gelak buat-buat ke asli ke aku tak pasti sebab aku pun pura-pura gelak je lepas dia cakap gitu. Huhu.

Yang paling tak best, "Dik, handbag harga RM30 ada dik?" Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm.

Lagi satu pengajaran yang aku dapat ialah kalau anak anda menangis dan meraung di khalayak ramai sebab nakkan sesuatu tapi tak dapat, jangan pujuk, biarkan je sambil rakam sight untuk post kat moment wechat.

Hari ni 5 Februari. Hmmm. Semoga ada berita gembira buat aku. Amin.

Maaf sebab belum sempat balas blogwalking korang. Happy blogging! :)
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Assalamualaikum.

Semalam hari pertama aku kerja. Tapi bukan kali pertama aku kerja situlah sebab sebelum ni pun dah beberapa kali jugak masuk kerja situ. Asyik-asyik masuk situ kalau cuti. Hihi. Macam tak ada company lain je yang nak ambil aku kerja. Bukan tak ada, tapi aku tak mintak pun sebab yang lain semua jauh. Kluang Mall je yang paling dekat dengan rumah. Itu pun tak dekat sangat. Kalau jalan kaki semput jugaklah. Huhu.

Aku dapat kerja situ sekali dengan kawan sekolah lama. Seronoklah dapat kerja sama-sama jaga fair nanti tak adalah bosan sangat sebab boleh gossip-gossip. Haha. Kejap lagi rupanya dia jaga fair tingkat bawah, aku pulak jaga fair tingkat atas. Memang sehari kerja tak nampak satu sama lain pun sampai kan rehat pun dia cakap dia lupa aku kerja situ -.-" Arghhhhhh stress. Itulah, niat tak baik Tuhan tak izinkan. Hahaha.

Hari pertama macam biasalah kaki naik kejang berdiri sebab dah lama tak kerja kan. Haha. Padan muka. Bosan pulak tu mula-mula sebab aku seorang je yang baru masuk semalam so yang dah lama masuk tu macam tak tegur aku sangatlah. Heh. Aku dah fikir macam.. habislah mereput aku sepanjang dua minggu ni. Tapi lepas tu bila dah tegur-tegur terus macam dah kenal lama. Asyik borak je. Hahaha. Nasib baik diorang okey.

Aku jaga bahagian handbag, brand Gio Fiore. Kecur je tengok handbag lawa-lawa, stok baru pulak tu. Hmmm. Pakkal lah baru kerja gaji tak ada lagi, kahkah. Tapi aku dah jatuh cinta pada dua beg kat situ. Tapi... aku nak simpan duit. Erm. Tak apalah mungkin kali ni aku hanya mampu untuk mencintai tapi tidak untuk memiliki. 



Ok.

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ▼  February (8)
      • Diari Februari #3.
      • Review movie : The Finest Hours
      • Diari Februari #2.
      • Review buku : Anak Patung Nana
      • Diari Februari #1.
      • Oh Cinderella by KMLIA HSHM
      • Cerita tentang kerja.
      • Hari pertama kerja.
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Random post #1.
  • Foundation life : Second semester.
  • 3 MUST-HAVE MAKEUP FOR BEGINNERS
  • Are you genuinely happy?

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates