• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum.

so, cuti raya cina hari tu aku pergi langkawi. yeay! lompat tinggi-tinggi! langkawi okay. bukan paris, bukan london, tapi langkawi. best sangat. bestlah sebab dapat shopping sakan! haha. secara jujurnya memang aku malas nak cerita apa-apa sebab benda dah lepas buat apa nak dikenang kan. k poyo. mestilah kena kenang. nama pun kenangan.

percutian selama enam hari enam malam itu memberikan kenangan yg manis dalam hidup aku. percutian yg mendamaikan dan menenangkan. segala macam masalah dan tekanan dapat dilupakan dengan jayanya. itulah objektif utama percutian kali ini kan. haha. hal sekolah telah aku letakkan jauh dan paling jauh di belakang.


selain langkawi, perlis dan kedah juga merupakan antara destinasi percutian kami. actually, dalam perancangan nak pergi kelantan dan terengganu sekali tapi memandangkan budak-budak kecik mula tak sihat dan kebarangkalian mereka untuk menjejaskan percutian sangat tinggi, kami pun pulang ke johor.

dalam puas ada juga rasa tak puas. kalau ikutkan hati jiwa raga memang nak lanjutkan percutian itu untuk lagi tiga minggu. tapi apakan daya ........................ haha.

semua gambar di atas bersumber dari camera handphone-yang-minta-diganti-baru-tapi-takde-duit-lagi. gambar dalam handphone sikit sebab handphone buat hal madah bateri kong. bikin gua panas jeeeee. gambar yang lain ada dalam camera. takde masa nak masukkan. i busy jeeeeeeeee all the time. (fakta sebenar = malas)

sejuta penghargaan untuk ibu dan ayah tercinta sebab bawa kami bercuti walaupun kami nakal dan malas nak buat kerja-kerja di rumah. terharu sobs sobs. terima kasih untuk semuanya. terima kasih sebab belikan blouse banyak-banyak dan jeans warna-warni hahaha. next time kita pergi new york oteyyy! loveyou. ahaks.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

kalau perasan, post dalam blog ini makin lama makin kurang. entah kenapa bila usha balik post-post lama rasa nak buang; nak hapuskan semuanya. banyak jugak yg aku dah delete. daripada 200+ post sekarang tinggal 100+ je. ada post yg aku delete sebab selekeh. serabut.......... argh whatever. ada yg gambar-gambar dalam post tu dah hilang jadi nampak macam kosong sangat. entah. rasa nak delete semuanya pun ada. tapi sayang pulak..... banyak kenangan dalam post-post lama tu. argh! biarkan jelaa.

dashboard pun aku dah kemas baik punya. dah tak semak sarat sesak lagi dah.

memandangkan hari ini hari ahad. esok adalah isnin. ini bermakna cuti sekolah sudah berakhir. dan aku telah menggunakan cuti aku dengan sebaiknya. bercuti dengan keluarga -- itu paling menyenangkan. seronok. puas. terima kasih ibu dan ayah. untuk semuanya :)

homework yg telah seminggu ditinggalkan memanggil-manggil aku. gila. memang gila.
selamat kembali ke sekolah semua. selamat dapat kerja rumah baru. yg lebih banyak -.-


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

5 sains akaun.
kelas aku tahun ini, tahun 2013.

memandangkan tiada streaming sebab kelas aku merupakan satu-satunya kelas akaun, jadi memang kena hadap muka-muka tahun lepas untuk lagi setahun. bosan tak bosan, jemu tak jemulah. memang muntah hijau hari-hari sebab tengok muka orang yg sama. k aku tipu.

tahun lepas, aku ada buat satu post pasal kelas lama aku. 4 sains akaun. dalam post tu, memang aku luahkan ke-menyampah-an aku pada kelas tu. but now... hehehe. betul orang cakap, tak kenal maka tak cinta. setahun berlalu, aku makin sayang pada kelas aku. bukan bangunan kelas tu yg aku sayang. i mean, classmates aku. seriously, we're like one big happy family. walaupun masih ada kelompok-kelompok tertentu dalam kelas macam yg ni kelompok pandai, yg tu kelompok bising, yg sana kelompok gay *opps* tapi tapi bila ada apa-apa aktiviti, semua jadi satu. all for one, one for all! yeah, itu yg kita nak! 1 Malaysia! -.-


jujurnya memang aku sayang. waktu kami tinggal setahun je. tak lama. lepas ni semua akan bawa haluan masing-masing. entah jumpa lagi, entah tidak. setiap momen-momen yg kami lalui, aku akan ingat sampai bila-bila. tak akan terlupakan. tahun ni, aku nak kumpul kenangan banyak-banyak. biar penuh satu bakul. biar ada banyak perkara yg boleh buat aku senyum waktu tua nanti. hehehehe. sekarang pun, bila ingat balik, aku mesti tersenyum :')

budak-budak ni beriya rancang nak pergi sana sini lepas habis SPM. jauh betul fikir :p nak bercuti sama-sama. nak spend time sama-sama. nak pergi tepi pantai, nak mandi laut, nak teroka gua, nak itu, nak ini. aku nak tengok sejauh mana rancangan tu boleh pergi. berjaya atau tidak. just wait and see yaaaaaaaaaaa. hahaha. 

*senyum sumbing*

susah-susah sangat, kita bentang tikar kat dataran tasik putih, pasang radio kuat-kuat sambil layan tempe cicah sambal kicap. lagi ohsemmmmmmmmmmmmmmmm! kahkah.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku datang lambat
dengan seribu harapan
yang aku tak akan bertembung dengan kau.

Tapi apa nak buat --
kalau dah memang takdir Allah
aku pandang belakang, aku nampak kau, dan kau senyum.

Allah...

Jatuh lagi...

Aku cuba untuk tak melihat.
Aku ambil beg aku.
Aku pandang sekilas.

Dan...

Aku senyum tiga saat.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

assalamualaikum.
pertama sekali, selamat tahun baru kawan kawan.

masih belum terlalu lambat kan? sebab yang jelas, sekarang masih dalam bulan januari. lagipun, baru hari yg ke dua-puluh-empat. baru okey baru. *padahal lagi seminggu dah masuk februari*


mukadimah yg 'agak' panjang dan membosankan.


so, apa khabar semua? semuanya baik baik sahaja kan? errr. kepada siapakah yg aku tujukan agaknya. masih adakah yg sudi membaca setiap bait kata yg aku lontarkan disini memandangkan aku memang dah tak ada masa langsung untuk blog ni. argh asdfghjkl.

baideway, pejam celik pejam celik, dah lima tahun aku di stk. (sekolah tinggi kluang) secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa tahun ini aku sudah bergelar pelajar tingkatan lima.

senang cerita, aku calon SPM 2013. diulangi, calon espiyemmm. chop! macam tak percaya. setiap detik yg berlalu ibarat angin taufan yg... sambung sendiri. aku tak ada idea nak bermadah kat sini. erm...

sebenarnya tadi waktu melayan perasaan sendiri tengok bintang yg bertaburan di langit.. dengan angin yg sepoi sepoi bahasa, tiba tiba je aku teringat kat blog ni. rindu pulak rasanya nak update kat sini. tiga tahun dulu, semua benda aku cerita dalam ni. kalau boleh setiap perkara yg berlaku, aku nak catat kemas dalam ni. tapi sekarang, nak jenguk blog ni pun tak ada masa. lagi nak update, memang taklah. sedihnya. sobs sobs.

jujurnya, aku selalu bukak blogger. rasa hati menjerit meronta ronta nak update. macam banyak benda sangat nak cerita. tapi setiap kali aku nak tekan new post, aku tak tahu nak post ke sini atau ke blog satu lagi. konpiusss. fikir punya fikir akhirnya tak berupdate. memang hobi aku cenggitu. nak buat cemana. huhu.

tak mengapa. lain kali kalau ada masa lapang, aku nak tulis banyak banyak, nak luah semuanya, nak cerita segalanya -- dalam sini. sampai semua orang muntah baca kisah aku, cerita basi aku. *pokerface.jpg* tapi itu semua "kalau". kalau kalau kalau. harapan jelah ye. tak janji pun tau T_T



aku rasa aku merindui seseorang.
tapi aku tak pasti;
apa ini rindu atau dendam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

assalamualaikum.

saya dah dapat L! yeay! *lompat setinggi mungkin* okey, L je pun. hahaha. 
semalam keluar ambil lesen L ni lepas tu terus hang out sekali. 
tak pergi mana pun. just karaoke dua jam dan pusing-pusing cari barang sikit. 
dah karaoke dua jam sampai hilang suara tapi masih belum puas lagi.

btw, ni L saya. hahaha!


malu nak tunjuk muka sebab guna gambar masa tingkatan 1. k.
dah empat tahun tak ambil gambar passport.
yang ni pun ambil sebab masa tu nak daftar sekolah asrama.
kalau tidak, memang guna gambar masa darjah 6 agaknya. hahaha wuuu.

lepas ni dah boleh ride seorang diri dengan sangat yakin dan telus.
tanpa perlu lari daripada polis dan roadblock di tengah perjalanan. haha!
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

ehem hai :) rindu tak? haha. post terakhir sebelum post ini bertarikh 28 julai 2012. check calendar, hari ni dah 21 november 2012. berapa bulan tak update? kira sendiri. kalkulator kan ada. haha.

nak tengok stats blog pun tak sampai hati. macam ada tak ada je visitor blog ni. haha. rindu zaman dulu-dulu. ramai kawan blogger. sekarang seorang pun takde dah. sobs :'(

dah lama nak update blog ni sebenarnya. masa ramadhan. masa raya. tapi tak ada masa. lepas raya dah sibuk dengan final examination pulak. tiga minggu tu.... tension gua. habis exam, ingat nak update. tapi blogger tak boleh bukak. langsung. i don't know why. maybe dia tak kasi aku update. so, terbengkalai lagi. sampailah hari ni. ni pun try-try je bukak tetiba boleh pulak, apa lagi terus update lah. gelojohnya. hehehe.

ouh btw, jangan lupa, pray for gaza. pray for islam :')

526243_458657854180279_1535993270_n_large

Tumblr_mb0jutoq6c1rn12jfo1_400_large

insha Allah. it will all come to an end very soon. 
victory will be yours. palestine will be free.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  October (1)
      • Usaha dan rezeki.
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ►  November (6)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Degree life update.
  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Review movie : The Finest Hours
  • Aku dan Planner 2016.
  • It's 2018 already...

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates