• Home
  • OPEN CBOX
  • ❤
  • ❤
    • Category
    • Category
    • Category
  • ❤
  • ❤
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
Fieyqa Adelova

Assalamualaikum.

Siang tadi aku kemas bilik, terjumpa pula novel Seyogia karya Amal Hamsan yang aku beli saing dengan novel Awek Chuck Taylor dan Kasarnova, tak ingat bila. Tahun lepas rasanya. Aku memang dah lama suka baca novel-novel keluaran Lejen Press ni sebab santai, senang cerita memang bestlah. Lagi satu Buku Fixi pun aku minat juga. Dulu suka baca kawan-kawan punya je. Muka tak malu pinjam orang punya. Haha. Alasannya sebab aku suka kumpul novel omputeh je plus susah nak jumpa buku-buku macam ni kat tempat aku.

Tiba-tiba tadi bila nampak buku ni rasa macam nak baca balik, padahal buku The Fire Witness pun tak habis baca lagi. Haha. Macam ni lah perangai aku. Kadang-kadang sampai tiga empat buah buku dalam satu masa T_T Buku ni bukanlah buku baru sebenarnya. Diterbitkan pun pada tahun 2013. Aku syak mesti ramai yang dah baca. Tapi bagi yang belum baca, aku recommend korang cubalah baca buku ni :)


Sinopsis

Pertemuan mereka berdua tidak berdiri atas dasar kebetulan. Rasa yang terselit antara mereka berdua dengan seorang lagi manusia, berlainan. Walau permulaannya sama, namun yang hujungnya jelas tiada persamaan.

Cinta antara mereka tidak pernah bertemu muka. 
Cinta antara mereka terus-terusan membuta. 
Cinta antara mereka hanya mengait rasa derita.


Review :~

Pada aku buku ni memang best sebab berjaya buat aku nangis banyak kali. Ke aku yang emotional sangat ni. Haha. Jazreen atau dalam nama panggilannya Jard dalam cerita ni merupakan seorang gadis yang kesunyian sebab parents dia pun tak ambil kisah pasal dia kecuali abang dia, Jazman. Watak Jazman ni aku paling sukaaaa sebab aku bayangkan alangkah bestnya ada abang yang macam tu. Huu T_T Protective sangat-sangat. Aku dapat rasa yang dia sayang sangat kat adik dia si Jazreen tu walaupun dia tak tunjuk secara zahir. Mereka memang rapat sejak kecil sampailah ada satu peristiwa berlaku yang menyebabkan hubungan mereka bertukar dingin. Paling sedih sebab lepas tu abang dia meninggal. Perkara ini menyedarkan aku bahawa tak kira macam mana pun kita sayang seseorang, satu hari nanti kita pasti akan kehilangan mereka :'(

Sementara itu, pertemuan Jard dengan Laila menyedarkan Jard yang walaupun dia rasa hidup dia teruk, sebenarnya ada orang lain yang perjalanan hidup mereka lebih teruk daripada dia. Laila banyak mengajar Jard tentang erti hidup walaupun lepas tu Laila pun tinggalkan Jard sebab kanser otak. Nangis lagi T_T

Ada seorang lagi watak Kak Mas yang berjaya bimbing Jard semula ke jalan yang lurus dan Azzad yang dok admire kat dia walaupun dia tak layan. Haha. Ada lagi ke lelaki yang macam tu kat dalam dunia ni ._.


Dan part paling sedih antara part-part paling sedih. Lol. Bila Jard jumpa CD milik abangnya yang tertulis.....

Will you ever know, that the bitterness and anger left me long ago,
Only sadness remains, and it will pass.

You will be loved by somebody good.
By somebody good, Jard.

Bukan itu je, ada juga gambar-gambar Jard yang Jazman tangkap menunjukkan bahawa Jazman sentiasa memerhati dan mengawasi adiknya. Nampak macam stalker kan? Tapi sebenarnya itulah tanda yang dia sayang sangat pada adik dia dan dia nak pastikan adik dia sentiasa selamat. Hurm. 

Aku bagi 5/5 bintang. Siapa belum baca, cubalah. Confirm tak menyesal. Bravo kepada penulis.


Okay bye. Nak nangis lagi T_T

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Assalamualaikum.

Memandangkan aku tengah free ni, duduk mereput je kat rumah, online jelah kerja aku. Ingatkan nak kerja tapi since sekarang tengah musim hujan jadi malas sikit. Rasa nak tidur je kat rumah. Hmmm. Tadi masa tengah selongkar galeri handphone terjumpa pula gambar-gambar ni terus aii rasa nak throwback sikit *emoji ketawa nangis* Cehhh, acah-acah Instagram je nak throwback-throwback segala. Hahaha.

Waktu aku dah habis asasi haritu, family aku datang jemput aku kat Kedah. Alang-alang dah sampai Kedah tu, marilah kita berjalan sekali. Orang kata, sambil menyelam minum air iye tak? Tapi kalau menyelam dalam swimming pool tak payah sambil minumlah sebab kebarangkalian anda untuk terminum sisa kumbahan orang lain sangatlah tinggi. Heh *sila muntah* Takut nanti terkena kencing tikus pula. Haha tetiba.

Kami terus menuju ke Jitra lepas ambil aku sebab kawan ayah ajak bermalam di rumah. Esoknya tu pagi-pagi kami pergi ke taman rekreasi D'Aman Park, Jitra, saja ambil udara pagi yang dah nak tengah hari tu.

Kat sini boleh sewa bot swan tu dan buggy ride kalau just nak pusing keliling tasik. Sorry tak ada gambar buggy. Sewa untuk buggy ride tu RM15 boleh naik 4 orang. Lebih tak tahu boleh ke tak. Kami sewa 2 buggy, sebuah untuk kanak-kanak dan remaja, sebuah lagi untuk ibu bapa kihkih. Kami malas nak naik bot swan sebab masa tu cuaca tengah panas lagipun waktu kat Langkawi dulu dah pernah naik :)

Gambar-gambar yang diambil waktu tengah naik buggy yang slow tu. Jalan kaki pun lagi laju tahu tak T_T Kalau naik buggy ni jangan berangan-lah nak bawa berlumba yeeeee. Hahaha.

Buggy yang dinaiki oleh para ibu dan bapa telah tertinggal jauh di belakang kehkeh.


Amacam? Cantikkan tempat ni? Siapa belum pernah sampai tu cubalah pergi sini. Boleh bawa anak-anak naik bot swan ke buggy ride ke bagi makan ikan ke.. Bagi sesiapa yang suka memancing, kat sini boleh memancing juga. Tapi kena bayarlah. I think RM10 untuk 4 jam rasanya if I'm not mistaken. Kalau rasa nak berenang atau menyelam dalam tasik tu pun boleh juga. Tak ada siapa akan melarang. Hahaha.

Balik dari Jitra, kami meneruskan perjalanan ke Ipoh, Perak sebab nak menziarahi ibu saudaraku yang tinggal di sana. Haaa amek bahasa baku aku bagi. Hahaha. Tidur semalam kat sana, malam tu makan besar kehkeh esoknya dia bawa kami ke Kellie's Castle. Itu pun sebab aku yang beriya sangat nak pergi. Tak tahulah mengapa suka sangat melawat tempat-tempat macam ni T_T Rasa macam tengah belajar History gitu. Lol.



Satu jam lebih jugalah kami dalam istana ni mencari harta karun tapi malangnya tak jumpa. K tipu. Istana ke? Sebab nama dia castle aku panggil istana jelah ye padahal rumah agam. Haha. 

Sebenarnya Malaysia ni memang ada banyak tempat menarikkan? Tak payah pergi jauh-jauh ke luar negara, kat Malaysia pun dah ada macam-macam tempat best dan menarik yang boleh kita teroka. 

Korang pula macam mana? Cuti sekolah ni pergi manaaa? Hehehehe.


p/s : Dah seminggu entry ni terkubur dalam draft sebab busy sangat. Huhu T_T

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Assalamualaikum.

Hi there!
Love your writing. I would agree with you that no one can literally be genuinely happy but yes we should be grateful for everything that God has given us. In a world where people hanker after money, wealth and fame, I am overjoyed to have met a person who has so much love for the smallest things in life. I wish you the very best in life and keep thanking God for showering you with a blessed life. Good luck for your future undertakings :)

Best wishes,
Ms. Renukha

So this is the reply I got for my short essay on this question,

"Are you genuinely happy? Be honest!"

I tried my best to write the most honest answer and I think I got the most sincere reply :) I really love how she replied my essay with these inspiring words. I don't know if it inspires other people, but it inspires me.

Apa yang aku tulis dalam essay tu biarlah menjadi rahsia hidupku. Hahaha. Apa yang penting, aku memang tulis semua benda yang terbuku di hati, yang paling jujur. Lebih kurang macam luahan perasaan-lah kiranya since kami tak perlu tulis nama so she didn't know who was the writer and I'm free to write whatever I want.

By the way, I'm currently reading this book. Baru je start. So far, buku ni interesting gila menyebabkan aku tak cukup tidur sebab tak boleh berhenti baca. Nasib baik sekarang dah boleh berhenti -.-" I bought it few months ago sebab murah sangat, RM10 je T_T Itu pun guna baucar buku. Haha. Please excuse my bahasa pasar in this entry. I really think that whenever I use English in my blog, it just sounds so wrong. I don't even know why. Lol. Honestly, I'm not good in English and my English is totally suck. Tapi selalu berangan nak cakap Inggeris dan cemburu gila tengok orang yang gunakan Bahasa Inggeris dalam blog dia. Erm T___T

Okey, abaikan. Haha. So guys, are you genuinely happy? Please write your answer in the space provided :p

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Assalamualaikum. Hai.

Hari Khamis lepas aku pergi Melaka sebab ada hal sikit nak settle. Ayah pula ada kerja jadi terpaksalah pergi sendiri. Nasib baik ada seorang kawan kat Melaka, bolehlah minta tolong dia teman aku kat sana. Hehe. Aku keluar dari rumah bukan main awal pukul 7.40 pagi sebab dia kata bas paling awal pukul 8. Rupanya pukul 9. Terpaksalah menggelupur kebosanan di stesen bas tu selama sejam sebab nak tunggu pukul 9. Huhu.

Naik bas dari Kluang ke Melaka cuma 3 jam je. Pukul 12 tengah hari dah sampai. Tiket berharga RM15.40. Masa kat Melaka Sentral aku pusing-pusing sampai mabuk tengok macam-macam barang yang dijual. Lepas tu pergi makan kejap sementara tunggu kawan aku sampai. Aku nampak ramai orang dengan beg sandang besar cuci mata tengok cenderamata. Backpackers lettuw~ Hatiku berbisik. Lol.

Bila Qamarina dah sampai, dia tanya aku nak pergi makan pisang goreng cheese tak? Mestilah nak. Siapa tak nak?! Aku pun cakap okay jelah. Jadi kami pun pergi ke Kapten Pisang di Foodcourt Taman Seri Cempaka.

Masa kami sampai tu dah ramai orang tengah beratur. Qamarina cakap memang sedap plus yang bestnya kat sini sebab pisang goreng tu ada banyak topping. Jadi kita boleh pilih mana yang berkenan dihati.

Nak pilih crew dia pun boleh. Huhu. Kami pilih topping cheese, chocolate, oreo cheese dan cinnamon sugar. 12 keping hanya RM10. Kami berdua je tapi sebab nak rasa banyak sikit jadi ambillah yang 12 keping boleh pilih maksimum 4 toppings :) Kalau beli set yang 6 keping tu cuma boleh pilih 1 topping je.

Memang sedappppppp! :D

Selepas makan, pergi selesaikan urusan sebenar lepas tu pergi jalan-jalan kejap sementara tunggu bas nak balik pukul 5.15 petang. Ramai betul orang, memang sesak jalan masa ni.

River cruise Melaka. Dah naik masa pergi Melaka dengan family tiga tahun lepas :)


Last sekali, kami pergi minum di vendor boutique sebelah Aeon. Comel je tempatnya.

Lepas tu Qamarina terus hantar aku pergi Melaka Sentral sebab dah pukul 5.15. Bas pun dah gerak. Panik gila aku masa tu. Hahaha. Nasib baiklah dia berhenti waktu aku dengan muka tak malunya tahan bas tu kat tengah jalan. Lol. Mestilah dia berhenti kalau tak sah-sah dia langgar aku -.-"

Terima kasih Qama sebab bawa I jalan-jalan! Kehkeh. Kali terakhir jumpa dia masa kami darjah 6. Lepas 7 tahun baru jumpa balik. Itu pun disebabkan adanya Instagram. Haha. Tak sangka Qama nak kahwin dah. Tahniah! Semoga bahagia hingga ke anak cucu. Wish awal-awal takpe kan? Hehe. 

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

Assalamualaikum.

Baiklah, entry ini adalah sambungan daripada entry ini :)

Esoknya, lepas kemas barang, kami terus check out dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yang kami sendiri tak pasti mana nak pergi. Main redah je. Haha. Sebelum tu, ambil gambar dulu depan Muntri House. Buat kenangan waktu tua nanti. LOL.


Dekat-dekat dengan Muntri House tu ada The Chocolate Boutique, macam muzium jugalah kot. Tak sure sebab kami tak berminat nak masuk. Masa tengah borak-borak kat depan tu tiba-tiba ternampak ada pelancong dari Korea lepas tu si Fadh dan Zati terus kejar mereka sebab nak ambil gambar -.- Ai don't understand. Kejar bukan main jauh tapi tak dapat bergambar pun sebab pelancong Korea tu lari bukan main laju terus masuk dalam satu restoran. Kami syak mereka takut sebab kena stalk. Mesti mereka ingat kami gila. Haha.


Kami nampak 'Friendship Park' dalam peta jadi rasa excited nak pergi sebab nak tengok juga tempatnya macam mana- best ke tak. Gigihlah ni jalan panas-panas sebab nak pergi Friendship Park. Rupanya...


Macam ni je tempatnya. Macam taman untuk berehat. Nak tahu lebih lanjut, klik sini.

Selepas tu, kami jalan-jalan cuci mata lagi dan terus menuju ke Penang 3D Mural Art Street yang bersambung sekali dengan Time Tunnel. Jalan nak ke Time Tunnel ni tersembunyi sikit. Kena pandai carilah. Bayaran masuk untuk dewasa RM22 manakala kanak-kanak RM12 dan student pula, RM10 jewwww.


Macam ntah apa-apa je gambar dalam ni tapi alang-alang dah masuk, layankan jelah T_T

Lepas sarapan, kami naik bas rapid menuju ke Kompleks Bukit Jambul. Saja jalan-jalan. Ingatkan nak singgah Queensbay tapi sebab masa dah suntuk jadi terpaksalah batalkan hasrat tersebut. Cari barang sikit lepas tu makan tengah hari kat KFC dan naik bas rapid sekali lagi untuk balik ke Pengkalan Weld.

Kami sampai UiTM Kedah dalam pukul 9 lebih. Memang penat sangat tapi pengalaman tu yang paling best. Tak puas rasa macam tak nak balik sebenarnya. Hekhek. Walaupun tak banyak tempat pun yang kami pergi tapi okaylah, we had an amazing time. Lain kali ada rezeki boleh pergi lagi. Tapi tempat lainlah. In shaa Allah :)

Banyak lagi sebenarnya gambar tapi tak dan lah aku nak upload semua kan. Haha.

Total perbelanjaan asas macam pengangkutan + hotel + muzium cuma lebih kurang RM80 seorang. Tak masuk shopping plus makan ye. Memang jimat banyaklah. Tak sampai seratus pun. Hehehehe.

p/s: Aku tak adalah taip entry ni mengikut kronologi sangat sebab aku sendiri tak ingat apa yang kami buat. Haha. Jadi aku taip ikut suka aku je. Banyak lagi perkara yang aku tak masukkan macam pergi makan atau pergi mana-mana tempat sebab aku nak make it short and simple. Alasan je padahal malas. Plus aku tak suka cerita pasal makan sebab sekarang ni pun aku dah lapar T_T

Till then, have a nice day everyone! :D

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Assalamualaikum. Hai.

Dua bulan lepas iaitu pada 29 Ogos 2015, aku dan dua orang classmate aku telah backpacking ke Penang. Kami pergi 2 hari 1 malam je sekadar nak mengisi cuti hujung minggu. Pagi 29 Ogos tu, kami bertolak dari UiTM Kedah jam 8 pagi. Naik teksi pergi Ukir Square. Ukir Square tu sejenis terminal bas ye anak-anak (bagi yang tak tahulah) tapi sekarang ni dah direnovate jadi apa tak tahulah i. UTC kot? Maaf kalau salah. Hekhek. Tambang teksi RM15 je untuk 3 orang. Pakcik teksi tu memang pemurah sangatlah sebab biasa pergi situ paling murah pun RM18. Waktu kami sampai tu betul-betul Rapid Penang nak gerak dah. Bukan nak gerak, memang dah gerak pun. Lepas tu masing-masing jadi kelam kabut sebab nak bayar duit teksi lagi, nak ambil beg lagi, nak kejar bas rapid tu lagi. Tapi Alhamdulillah, pakcik bas tu nampak kami dok melambai-lambai jadi kami terus je naik. Tak payah tunggu bas lain. Tambang bas rapid ni seorang RM4.70 je ke Penang.


Sampai Penang Sentral, terus menuju ke terminal feri. Bayar tambang feri seorang RM1.20, beli sarapan dan terus duduk tunggu feri sampai sambil makan roti sandwich dan air milo. Budak dua orang tu sarapan Red Bull sebab nak tenaga katanya. Bhahahaha. Sesampainya di Pengkalan Weld, kami terus berjalan kaki menuju ke Penang Street Art. Walaupun sebenarnya kami tak tahu pun Penang Street Art tu kat celah mana tapi kami gagahkan je diri ikut cakap Pak Cik Waze. Dah lah tetiba ada anjing besar kat depan kami, masing-masing takut sampai rasa nak balik Kedah semula. Hekhek. Jalan jalan jalan tetiba nampak ada kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa basikal dan kami pun decide-lah nak sewa basikal. Murah je, RM8 seorang untuk satu hari tapi kena pulangkan sebelum pukul 5 petang. Penang Street Art ni ada kat area George Town je. Mula-mula aku ingat semua mural tu dalam satu tempat je rupanya bersepah -.- Kenalah pandai-pandai cari sendiri dengan berpandukan peta yang dibekalkan. Kami tak jumpa semua mural pun sebab masing-masing dah keletihan plus cuaca yang panas so cari yang mana dapat jela. 

Memperkenalkan yang mengambil gambar, Fadh dan yang sibuk selfie, Zati :p

Gambar kat Street Art banyak tapi malas nak upload so.. lantaklah. Haha. 


Waktu tengah pusing-pusing tu terjumpa Masjid Kapitan Keling jadi kami berhentilah sekejap. Bila nak gerak tu baru perasan yang kami terlupa nak kunci basikal. Nasib baik basikal tak hilang, cuma kena bebel jela dengan seorang pakcik yang sangat prihatin T_T Pakcik tu membebel sampai tak nak berhenti. Insaf sekejap. Haha.

Dah puas cuci mata tengok Masjid Kapitan Keling, kami teruskan ekspedisi ni menuju ke Upside Down Museum di Lebuh Kimberly. Bayaran masuk muzium ni untuk dewasa ialah RM16 manakala kanak-kanak RM8 tapi since kami ni pelajar, just tunjuk student card je dapatlah RM11. Hekhek. Suasana dalam muzium ni macam rumah je (on the first floor). Ada ruang tamu, bilik, tandas, dapur etc. Cuma di bahagian belakang sekali ada macam warung makan or idk what is it. Haha. Naik tingkat dua, suasana bertukar menjadi tempat-tempat sekitar George Town (I guess) but it is in an old town setting.

Dan obviously semuanya dalam keadaan terbalik. Pening jugak kami dalam tu nak ambil gambar sebab tak tahu angle mana yang betul untuk nampakkan gambar tu real. Tapi jangan risau, sebab staff dalam muzium tu sentiasa bersedia, amanah dan tangkas untuk bantu korang, siap tangkapkan gambar sekali walaupun gambarnya banyak yang gegar menyebabkan bengkak hati saya pada waktu itu. Huhu.


Bila dah tengah hari, masing-masing dah rasa lapar so kami pun decide nak makan tengah hari di Prangin Mall. Makan di food court je sebab semua tak terasa nak makan Nasi Kandar ke cendul ke apa-apa yang special di Penang. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab dah pernah makan kot? Lepas makan, kami just jalan-jalan dalam Prangin Mall, Komtar dan Park Avenue Mall sambil membeli beberapa barangan keperluan.

Selepas tu, kami teruskan perjalanan dengan berbasikal sekitar Armenian Street dan beberapa street yang lain untuk mencuci mata dan membakar kulit. Huhuhu.


Penang atau lebih khususnya George Town ni yang paling aku suka ialah bangunannya yang old-school dan mempunyai reka bentuk yang menarik. Memang puaslah kalau naik basikal pusing-pusing sebab dapat tengok semua bangunan yang ada. Lepas puas pusing-pusing, kami cari hotel untuk bermalam malangnya kebanyakan hotel dah penuh. Kalau ada pun hotel mahal dan hotel yang tak boleh nak bertolak ansur bagi kami masuk 3 orang dalam bilik yang disediakan untuk 2 orang. Kami bukan besar mana pun. Berkira betul. Selepas beberapa jam mencari, akhirnya kami jumpa satu hotel yang ada dorm untuk 8 orang. Satu katil RM25/malam. Setelah berbincang selama 5 minit 14 saat haha kami pun bersetuju untuk bermalam disitu. Nama tempat tu Muntri House. Not bad lah. Tak crowded sangat dan aman damai je suasana tempat tu. Ramai mat saleh pulak. Haha. Bolehlah praktis speaking dengan mereka. Erm k.

Malam tu, kami keluar cari makanan sebab lapar sangat. Bukan main jalan punyalah jauh tapi habuk pun tak dapat sebab kedai makan tak buka malam-malam. Hahaha. Kalau ada pun kedai makan cina. Yang meriah cuma kelab malam atau bar je sebab ramai mat saleh melepak minum-minum sambil dengar live band. Seronok je tengok walaupun tak dapat join T_T Last-last kami beli burger je lepas tu makan dalam bilik. Yang bestnya order burger telur je tapi dapat burger special sebab abang tu salah dengar. Murah rezeki malam tu dapat makan burger special dengan harga yang murah. Terima kasih bang. Bhahaha.

Selepas kenyang, kami pun tidur dengan lenanya~ 

Untuk hari kedua, sambung di next entry ye. See you! :)

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

About Me
Fieyqa // 24 years old
"She was free in her wildness. She was a wanderess, a drop of free water. She belonged to no man and to no city."
- Roman Payne, The Wanderess

email: syafiqahsyarmine@gmail.com

Sweethearts

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  June (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (34)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ▼  2015 (15)
    • ►  December (7)
    • ▼  November (6)
      • Review buku : Seyogia karya Amal Hamsan
      • Jalan-jalan cuci mata!
      • Are you genuinely happy?
      • 5 jam di Melaka.
      • Backpacking ke Penang (Part 2)
      • Backpacking ke Penang (Part 1)
    • ►  October (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  May (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (2)
Powered by Blogger.

Popular Posts

  • Cara nak tahu expiry date produk yang kita guna.
  • Random post #1.
  • Foundation life : Second semester.
  • 3 MUST-HAVE MAKEUP FOR BEGINNERS
  • Are you genuinely happy?

Labels

backpack blogging diary getaway outing random review tips traveloka zalora

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates